Sunday, April 11, 2010

PELAJAR MENYAMAR ANAK ANGKAT TENGKU MAHKOTA DITAHAN!!

ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar  pada sidang media di Kuantan, semalam.
ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar pada sidang media di Kuantan, semalam.

KUANTAN: Seorang pelajar pintar ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Remaja berusia 18 tahun itu memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, sebelum itu dipercayai menghantar sepucuk surat rasmi palsu berlambangkan istana ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang, Cherating memaklumkan mahu membuat lawatan rasmi ke kem itu. 
Berikutan itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pergi ke Pahang, Isnin lalu dan ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini disambut sendiri suspek sebelum mereka bertolak ke Kem Cahaya Gemilang.
Siasatan awal polis mendapati remaja itu pernah membuat lawatan ke sebuah rumah kebajikan berhampiran Kem PLKN di Kampung Hijrah, Pekan pada 14 Mac lalu yang turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri.

Ketika menyertai lawatan rasmi ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, remaja itu turut menyempurnakan majlis menyematkan lencana kepada pelatih kem berkenaan. Helah remaja berasal dari Bera itu tambah meyakinkan apabila turut memakai pakaian PLKN yang bersulam namanya sebagai Tuan Muda dalam lawatan berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika berehat di rumah saudaranya di Tanah Putih Baru I di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Katanya, polis sebelum itu menerima maklumat daripada pihak istana berhubung kegiatan penyamaran berkenaan lalu menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan sehingga berjaya memberkas remaja terbabit.

“Kita masih menyiasat identiti sebenar remaja itu, selain berusaha mengesan ayah kandungnya kerana dia dipelihara keluarga angkat sejak kecil," katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan ke rumah berkenaan, polis turut merampas dua helai pakaian yang mempunyai nama Tuan Muda dipercayai digunakan remaja terbabit ketika membuat lawatan rasmi ke kem PLKN.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga Selasa ini di IPD Kuantan untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

**mushkil dengan penyamaran budak ni,sebenarnya ...apa  tujuan dia buat begini??

8 comments:

Hashim Zabidi said...

Anak yang cerdik ini, bukan saja pintar dalam pembelajaran tetapi juga boleh memperdayakan orang lain.

Masa depan anak ini akan lebih hahsyat dan sensara sekiranya pihak tertentu mengabaikan budak ini dan memperlakukannya sebagai budak jahat atau penjenayah.

Fadh said...

hebat org bera nie hehehe

Maiyah said...

dia teringin bebenor nk jd tuan muda le tu.. tp bebudak skrg mmg berani semacam kan

hai said...

salam pak hashim,
budak ni memang pintar,cuma caranya mungkin tak kena,tapi harap2 mereka yang berkenaan,dapat menanganinya dengan lebih bijaksana...semoga kisah hang nadim tidak berulang!!

salam Fadh,
hebatnya orang bera bila sesekali menunjukkan taring..hehehe...

salam maiyah,
mgkn juga terpengaruh dgn filem2 kot..hehehe..dia bukan saja pintar tapi sgt berani!!

Relevan said...

Ye orang Bera ni..sangat bijaksana dan berani..

eL said...

Akak, saya pun nak tanya soalan yang sama. Apa tujuan dia?

abu muaz said...

semoga dia jadi calon pilihanraya akan datang. Bakat kepimpinannya sudah terserlah.Gayanya sudah ada.Akademiknya bijak.... apa lagi.. nak dikata!

hai said...

salam el,
masih belum pasti lagi..mgkn juga ada seseorang dibelakangnya...mana tau!!

salam abu muaz,
mmg ada tokoh..sebab dia dia menghayati kepimpinan melalui teladan.hehehe...