Tuesday, April 6, 2010

AWAS!!

Kalau kita perhatikan sekarang ni,berlaku peningkatan penularan wabak H1N1 dan juga Denggi.....Apa yang  saya kesalkan ialah,terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan keuntungan semasa kes2 ni berlaku.Sebagai contohnya,ada farmasi yang menjual topeng muka dengan harga yang berganda dari biasa,penjualannya juga agak terhad atau sengaja menghadkan penjualan(tak tau la)....bila kita dah tiada pilihan,terpaksa la membelinya juga.!!
Bagi kes2 yang melibatkan denggi....terdapat juga penipuan dari mereka2 yang mengaku bahawa mereka datang dari syarikat2 pest control untuk melakukan fogging dan mengenakan caj terhadap individu yang bersetuju supaya rumah mereka disembur,untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.Sebenarnya ramai orang yang tidak sedar,bahawa ini merupakan penipuan secara terang2an.Modus operandi mereka ni sangat  licik...Biasanya mereka akan datang secara berkumpulan dalam 7-8 orang dengan menaiki van,target mereka di kawasan perumahan....Bila sampai ke destinasi mereka ni akan berpecah dan terus menuju ke setiap rumah untuk meminta persetujuan tuan rumah untuk melakukan fogging dengan bayaran yang mereka minta.Bayaran tu pula boleh plak di tawar menawar,dan sekiranya tawaran mereka berjaya,terus sahaja perkhimatan tu dijalankan....sangat cepat.....tak sampai setengah jam mereka akan meninggalkan kawasan tersebut!!
Pernah berlaku ditempat saya,mereka meminta saya membuat bayaran sebanyak RM60 untuk caj kali pertama dan kononya 3 bulan lagi mereka akan datang semula dan akan dicaj RM30 setiap kali servis dilakukan.
Saya memang dah tau ini semuanya auta je..saya cuba bertanya,bukan ke kerja2 fogging ni dilakukan oleh Kementerian Kesihatan atau Majlis Bandaran je.....Dia kata kerana terlalu banyak sangat kawasan,jadi badan2 yang berwajib ni,tak cukup masa nak buat semua tempat.Oh ya ke,tapi selalunya orang2 yang buat fogging  ni tak penah la pulak menyembur waktu tengahari camni....Masa tu dia dah lain macam je...cepat2 je mintak persetujuan saya untuk melakukan fogging...Saya katakan pada dia,tak pe la...tak payah sebab husband akak pun buat kerja camni gak...dia cam terkejut!!Dia keje kat mana??Ala,dia keje kat majlis daerah je....kawalan vektor ni di bawah seliaan dia la.Tak pe la kak,kalau tak nak kita tak paksa....cepat2 dia blah!!Pastu sekejapan je diorang meninggalkan Taman tu,yang sedihnya,walaupun sekejap gitu,ada jugak kawan2 yang terkena...tak sempat nak bagitau.....caj bayaran mereka juga berbeza2,ada yang kena setinggi RM100 dan serendah RM30...nak buat camna dah nasib!!Tapi janji mereka untuk datang semula ke taman tu hanya tinggal janji kosong je...asap yang mereka semburkan tu pun tak tau la entah ia ke tidak!!.

9 comments:

semut-terbersin said...

haa padan muke..kene skalik ngan makteh..sebbayek eteh keje tu kan? so takde laa tertipu..

piewahid said...

manusia yg sanggup hidup dgn mengambil kesempatan dari penderitaan.

mazru said...

salam..

ye ke weh?

hmm elok aok bgtau ni kak..kala ade geng te sampai cni bole koi sound awal2

endiem said...

bagi semburan fogging kena buat secara menyeluruh, bukannya boleh buat sebuah sebuah rumah.Nyamuk boleh terbang jauh jugak. Entah esok entah lusa nyamuk lain datang pulak.

Maiyah said...

mcm2 hal le kan, dlm kes camni mmg slalu kene

Relevan said...

Bermacam macam cara orang nak menge pow` sekarang ni..

atie said...

Salam Kak Hai..

Kes tu dah biasa kat tempat saya nie... kalau datang cakap tak mau aje.. tutup pintu sudah.... sembur denggi... biasa kkm buat free aje....

hai said...

salam angah,
tu la pasal tak terpedaya..kalo x harus gak...hehehe...

salam piewahid,
betul tu..dia kira untung dia je..tak kesian langsung kat org2 cam kita ni!!

salam Mazru,
berhati2 la....macam2 cara org menipu!!

salam endiem,
betul tu..mmg tak berkesan langsung...nyamuk yg fening2 tu boleh survive kat rumah2 yang tak disembur...lgpun org2 tu gila nak menyembur kul 12 tghari,nyamuk2 tu tgh lepak kat ner je masa tu...

salam maiyah,
org kita mudah percaya dan diperdaya!!

salam relevan,
gitu le gayanya,x kira apa cara untuk nak survive masakini!!

salam atie,
betul tu,dah 3 daerah akak pindah,dah 3 kali jugak didatangi oleh agen2 yg sewaktu dengannya ni!!
masyarakat kena peka,semburan ni hanya dilakukan oleh KKM atau majlis bandaran sahaja dan tiada caj dikenakan!!

ummu said...

bila insan hilang kemanusiaan,
kelemahan diambil kesempatan
macam-macam perkatra boleh terjadi,kan kak hai.
akak,akak ada dapat award dari saya..
http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=654