Wednesday, April 14, 2010

KANSER ,ADA KAITAN DENGAN GANGGUAN JIN.

Semalam aku menyambung dengar siaran ceramah pilihan di Radio Malaysia Kuantan,yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud yang bertajuk Perubatan Islam.....Sangat menarik,berbagai info dan petua yang diberikan,sayangnya tiada sebarang catatan di buat sebab aku mendengar sewaktu dalam kereta sewaktu menunggu anak balik dari sekolah!!huhuhu....Ceramah yang aku dengar tu sebenarnya dah kira cam kat tengah2 je...rugi tak dengar dari mula...Alhamdulillah tergerak hati menekan channel radio Kuantan!!
Ustaz  ni sebenarnya salah seorang tenaga pengajar bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari ilmu pengubatan Islam...sesiapa je boleh belajar tapi lebih baik jika kita belajar berguru.....orang yang nak jadi pengubat ni perlu ada syarat...syarat yang utama perlu ikhlas....wah,nampak cam mudah je kan...tapi kalau aku pun tak sanggup rasanya....mampu ke kita ni merasa ikhlas ...kadang2 kalau diuji sedikit je...mula rasa riak!!Kata Ustaz sebagai pengubat,kalau dia tak ikhlas,usahanya tidak akan berhasil!!Bukan tu je sentiasa kena merendah diri,tak boleh sombong atau cuba menunjuk2....eii...memang susah.

Terkejut gak aku bila mendengarkan bahawa penyakit2 yang susah untuk diubati seperti aids dan kanser ada kaitan dengan gangguan jin...
Menurut Ustaz tu,Jin ni sebenarnya sama je ngan manusia,mereka ada jin islam dan kafir juga...dan bukan semua jin islam tu baik,dan tidak semestinya jin kafir tu semuanya jahat....serupa je macam kita ni!!Apa yang membezakan kita ngan dia,dia boleh bertukar rupa/saiz dan boleh bergerak pantas.Jin ni bila2 pun boleh masuk ke dalam badan manusia,samada orang yang hantar atau dia masuk sendiri...biasanya dia masuk melalui ubun2 atau melalui rongga2...seperti telinga,hidung atau mulut....jika seseorang tu pergi berubat,kadang dia berjaya dikeluarkan  ..tapi kadang tu,dia tak nak keluar pun ..dan dia akan bersembunyi di tempat2 yg susah untuk orang yg nak mengubat tu nak bawak dia keluar..bagi perempuan ,dia akan lari dok di payudara atau dekat dgn kemaluan...pastu kalau kita tak usaha keluarkan dia, lama2 dia akan rasa selesa dan beranak pinak kat situ...akhirnya ia akan menjadi kanser pangkal rahim dan kanser payudara.....takutkan bila dengar camtu....tapi sepupu aku ada bagi tips,untuk mengelakkan terjadinya perkara seumpama itu,dia sarankan kita mengamalkan surah nun....iaitu surah Al-Qalam!!
Kalau kita nak tau,samada jin berada berhampiran kita bila tetiba je,telinga kita berdesing kuat...pastu rasa berdebar lain macam.....teringat kat adik aku, dia penah bercerita yang telinga dia berdesing kuat dan dia terus baca ayat kursi..bila sampai bahagian wala yauduhu tu ..adik aku kata kat telinga dia jelas bunyi krek.krek...cam kertas yang dibakar !!


Satu lagi kisah yang menarik apabila Ustaz membantu seorang ibu yang kehilangan 2 orang anaknya....dengan cara dia melaungkan azan dan ibunya memanggil nama anak tersebut.Akhirnya dengan izin Allah,anaknya muncul didepan mereka...dan apabila di siasat anaknya cuma pergi ke kenduri di rumah kawannya bernama Boboy...dan Boboy tu juga, kawan sekolah mereka....menurut cerita anak2 tu rumah boboy tu tak sama dengan rumah mereka tapi kat rumah Boboy ada kereta kancil....dan Boboy tu sebenarnya jin!!Jangan tak caya ,jin pun pergi sekolah...mereka juga menggunakan segala kemudahan yang kita gunakan,dan adik aku juga pernah bercerita,sewaktu dia di universiti Al Azhar,sebenarnya terdapat ramai jin yang belajar di situ......silap2 ada gak blogger jin kat sini...hehehe...


Mungkin di entri lain aku akan berkongsi pengalaman sewaktu mak aku terkena gangguan jin ni.....

11 comments:

endiem said...

koi juga ada ikuti ceramah tersebut, memang menarik ceramah ustaz Abdullah te.. tapi katanya kalau nak belajar perubatan islam macam dia tu kena tahan dengan cabaran dari kalangan jin jugak. Itu yang susah sikit.

piewahid said...

salam,
sains ada jwpnnya.
perubatanj islam ada jawapan.
saling kait mengait dan kita hanya mampu berusaha.

t kasih kongsi info. sbb tu lah agaknya org yg selalu baca qura'an ni nampak bseri² dan sihat...

Hashim Zabidi said...

Satu orang ada satu jin. Kadang-kadang kita hendel jin dan ada kalanya jin yang hendel kita. Terpulang kepada siapa kuat.

Malaikat pun ada bersama kita. Tapi malaikat ni baik. Kalau kita tak minta tolong dengannya dia diam aje. Tak seperti jin. Jin sangat aktif...

Relevan said...

Ada jin baik dan ada juga jin yang jahat..macam manusia juga..

Abang said...

Ya, boleh jadi jugak...

hai said...

salam endiem,
betul tu...hanya org2 yang bersemangat kental dan punya ilmu yang tinggi je yang mampu menghadapinya dengan tabah dan tenang..kalau takat kita ntah le,gelok dek jin tu je!!

salam piewahid,
memang mereka berkait rapat,kalau kita teliti semula ramai para saintis barat yang memeluk agama Islam....kerana mereka mengakui kebenaran yang terdapat dalam al quran!!

salam pak hashim,
betul tu...bak kata ustaz tu,kalau ikut orang zaman dulu,mereka hanya sekadar berkawan dengan jin...itu pun bukan sebarang org yang berani berkawan ngan jin tu..biasanya org2 yang warak...mereka sembahyang berjemaah,waktu bekerja bersama2...tapi orang sekarang berkawan dgn jin supaya diorang leh jadi tuan...tuan yang kosong jiwanya!!silap2 perangai dia lagi teruk dari jin tu....


salam relevan,
sama je rupanya...tu kadang kita pun terpedaya!!

ummu said...

salam Kak Hai
begitulah tanda-tanda kekuasaan Allah...kan kak

mazru said...

setuju dgn ustaz tu..mmg kanser ade kena ngena dgn jin..

tunbegia said...

sungguh gangguan kanns,

salamm,

izman said...

pernah dengar, mungkin betul.

Vase la Vida said...

Sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.. so jgn berkawan dgn jin.