
PEKANBARU - Seorang doktor mengesahkan bayi berkepala dua yang menjadi tumpuan umum di sini meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ di sebuah hospital di Indonesia.
Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia semalam.
Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot sejak kelmarin.
Kembar yang lahir menerusi pembedahan itu berkongsi semua organ penting kecuali jantung sekali gus menyebabkan usaha untuk memisahkan mereka sukar dilakukan.
Kembar itu meninggal dunia di Hospital Arifin Achmad di sini yang terletak dalam wilayah Riau.
Bayi itu adalah anak kepada pasangan Badrun dan isterinya, Nurhayati yang berumur 23 tahun.
Nurhayati pernah bermimpi dia akan melahirkan anak yang mempunyai dua kepala.
Saya teringat sekitar tahun 84,saya pernah menyaksikan manusia berkepala 2 seperti gambar bayi tersebut di sebuah expo di Mentakab.Pemuda tersebut dalam lingkungan usia 20 an.Keadaannya sangat menyedihkan kerana hanya mampu terbaring dan dipertontonkan pula kepada orang ramai.Kak Long saya teramat bersimpati kepadanya sehinggakan dia mengalirkan airmata....dia juga rasa tak puas hati dan marah kerana orang sanggup mengambil kesempatan diatas kecacatan budak tu untuk meraih keuntungan.Sempat juga dia berkata "kesiannya!Muka hansem tapi jadi cam tu pulak"!!
Rupa2nya itu semua hanyalah lakonan untuk cari makan, kerana budak berkepala 2 tu datang mencari kami selepas pertunjukannya habis.Agaknya dia kesian melihat kebodohan kami dan terharu dengan keprihatinan Kak Long.......Dia akhirnya menjadi kenalan Kak Long dan dia menceritakan bagaimana teknik penggunaan cermin yang di buat,membantu untuk dia kelihatan seperti berkepala 2. Kita nampak dia cam terbaring,hakikat yang sebenarnya dia hanya duduk sepanjang dipertontonkan kepada orangramai itu.Cilakak!!Kopak jugak la kami 6 hengget malam tu....Haiya!Macam ni punya olang pun ada!!!