Tuesday, October 12, 2010
EEIII....SABOR JE LA KORANG NI !!!
Semalam pada hari yang sama aku dapat message dari 2 orang hero aku....macam berjanji la plak,padahal sorang di Bangi,sorang di Penang.
Monday, October 11, 2010
ORANG TAK LAYAN!
Sepanjang sebulan lebih suami aku bercuti lepas eksiden tu ari...aku la yang terpaksa mengambil alih menghantar anak2 ke sekolah...biasanya dia yang hantar dan terus ke pejabat,tugas aku plak cuma mengambil anak2 je!Semasa menghantar anak2,aku perasan juga ada sorang budak lelaki yang selalu menunggu teksi untuk ke sekolah.Tak tahu kenapa,satu ari tu aku tergerak hati nak menumpangkan dia...sebab aku rasa kesian la plak,nak kata dah besar sangat baru tahun 6,tapi keluarga dia boleh percaya lepaskan dia sorang...
Mula2 dia agak malu2 dan takut ...tapi bila dah selalu aku tumpangkan dia pergi sekolah...waktu balik pun dia nampak cam menempel je nak menumpang!!Aku tak kisah pun sebab kalau dia naik ke tidak...aku memang akan pergi dan balik seperti biasa,ke destinasi yang sama.Aku sebenarnya tak berapa kenal dengan keluarga budak tu sebab dia tinggal di taman lain yang berada jauh ke sebelah dalam dari taman aku ni!Oleh kerana rumah dia agak jauh ke dalam,selalunya waktu balik, aku akan menghantar dia terus ke depan rumahnya.
Dah masuk 2 bulan ni,baru le aku berpeluang berbual dengan dia,itu pun sementara menunggu Hana dan Izzah membeli jajan dia di sebuah kedai.Biasa la soklan makcik2....nama apa?pastu tanya pasal keluarga dia...adik beradiknya...hanya sekadar nak beramah mesra je...Amirul namanya....anak ke 5 dari 9 orang adik beradik...menurut cerita dia,ayahnya seorang pemandu lori yang dah lama tinggalkan mak dia selepas berkahwin lain.Dia tak tahu ayahnya dimana sebab ayahnya dah lama tak balik menjengok mereka.Ibunya bekerja sebagai atendan di Hospital dan terpaksa menanggung anak seramai 7 orang(sepatutnya 9,tapi 2 orang dah meninggal masa kecil ).Mujur juga abang sulongnya(22 tahun) dah bekerja,sebagai pengawal keselamatan di hospital,jadi abangnya la yang selalu menghantar ibunya pergi bekerja.
Aku rasa sangat bersimpati dengannya...dari cerita dia aku tau dia begitu kecewa dengan ayahnya.Aku cuba untuk meredakan ketidakpuasan hatinya dengan memberikan nasihat agar dia,adik beradik lebih menghargai jasa ibunya yang bersusah payah membesarkan mereka.Aku pesan kat dia supaya belajar bersungguh2 supaya menjadi orang yang berilmu dan dapat mengubah masa depan keluarganya...juga jangan terlibat dengan budak2 nakal dan jauhkan diri dari aktiviti yang tak sihat!!Aku katakan pada dia,soal ayahnya tu terpulang kepada Allah yang menentukannya nanti....
Aku perasan juga ada 2 orang jiran yang agak hampir dengan rumah Amirul tu pun menghantar dan mengambil anak diorang dari sekolah yang sama....pelik jugakan, takkan la mereka tak pernah terserempak dengan Amirul ni yang berjalan kaki pergi dan balik dari rumah ke jalan besar,sedangkan yang sorang tu tinggal beberapa pintu je dari rumah Amirul.Aku sekadar bertanya dengan Amirul....."Bukan ke jiran kat rumah awak tu pun hantar anak dia ke sekolah,napa awak tak tumpang dia?"Amirul jawab"orang tak layan"!!Terasa sedih bila mendengar jawapan sebegitu dari seorang budak.........jadi fikir2kan la bersama!!

Sunday, October 10, 2010
ARGHH....TAK RELA DIPERDAYA BEGINI!!!
Sumber diperolehi dari Facebook!!
Utk sape2 yg nak pegi indon @ dah penah pegi indon tp ada perancangan nak pegi lg... bacala statement azizah elias ok.. coz parents dia memang duduk kat sana ( Bandung ) & dia tau selok-belok pemakanan org2 kat sana ..
Just FYI & our knowledge only.
YANG PASTI DI JAKARTA , BANDUNG , MEDAN , SURABAYA,YOGJAKARTA,MAKASSAR DAN BALI . TEMPAT LAIN X SURE LA PLAK.....
PESANAN,
KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK BERCUTI KE INDONESIA DI NASIHATKAN SUPAYA TIDAK MAKAN DI GERAI-GERAI TEPI JALAN ATAU DI PASARAYA.
PERINGATAN SUPAYA TIDAK MEMESAN NASI GORENG CAMPUR / GILA , BAKSO SAPI DAN SATE KERANA TERDAPAT CAMPURAN BABI DAN TIKUS. DI INDONESIA SAPI A.K.A LEMBU DAN AYAM MAHAL SO
DIAORANG GANTIKAN DENGAN DAGING BABI DAN TIKUS.
YUMMY!!
BERHATI-HATILAH PADA MEREKA YANG HENDAK PERGI BERCUTI DI SEKITAR BALI, BANDUNG , JAKARTA ... INDONESIA
Pada mereka yang pernah pergi Indonesia ...korang sure ke yang korang makan tuh ayam goreng? Hehehe ..??? Betul ke, macam tak percaya gitu??????? Di beberapa tempat di Indonesia tikus sawah ada yang dimakan? Kalau tidak ingin memakannya di interview aje dulu dagingnya? Tetapi yang paling membedakan adalah struktur tulangnya, tiap binatang ada bedanya maka, harus belajar anatomi tikus, ayam dll..
PENGUMUMAN !!!!!!!
Hati-hati... ...kelihatannya seperti daging ayam....?

Wednesday, October 6, 2010
Sunday, October 3, 2010
Monday, September 27, 2010
HARAP, BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAPKAN SALAM AIDIL FITRI!!
Mak oii....dah naik bersawang blog aku ni.....bznya mengalahkan menteri...sampai terlupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin pada kengkawan semua...Harap2 ucapan tu masih relevan lagik....hehehe...walaupun ramai dah selamat menamatkan puasa sunat aidil fitri la plak!!
Raya tahun ni,sangat bermakna dan menjadi sejarah dalam hidup kami sekeluarga,bila abah ngan mak sanggup meraikannya bersama kami di rumah kami.Selalunya anak2 akan balik beraya ke rumah family,ni diorang plak yang berkorban untuk meraikannya di sini.Ini semua sebab keadaan suami aku....huhuhu...terharukan!!
Selepas hari raya ke3 baru mak ngan abah balik....tapi beberapa hari lepas tu,aku dikhabarkan yang mak demam teruk,sampai tak larat nak bangun....sakit kepala sesangat.Rupanya mak menjadi suspek demam denggi...mujur tak sampai masuk wad,cuma berulang alik ke klinik dan dimasukkan air setiap hari.Hari Jumaat tu aku berkejar ke rumah mak,itupun pergi dengan Zakwan,anak ke3 aku...buat peneman je la.Kebetulan pulak Haziq tengah sibuk buat persiapan menghadapi UPSR,hari2 ada kelas termasuk hari Ahad.
.
Masa aku sampai tu,keadaan mak memang nampak teruk,sampaikan tak boleh nak celik mata....dia dok kata kepala dia pening sangat sampai rasa nak pecah!!Malam tu adik aku panggil seorang ustaz,jiran mak.Dia ada kebolehan mengubat menggunakan perubatan Islam.Mak aku ni memang jenis yang lemah semangat,asal demam sikit,mudah benor mengalami gangguan.Ustaz tu memulakan pengubatannya dengan bacaan Yassin,sambil meletakkan tangannya di atas perut mak, sebab selain dari sakit kepala dia mengadu sakit perut yang teramat sangat.
Selepas melepasi beberapa ayat...mak kelihatan lebih tenang dan pulih sedikit...sakit kepala dan perutnya semakin hilang!!Tapi Ustaz merasakan ada sesuatu yang tak kena berada di dalam rumah mak....setelah menamatkan surah Yassin..maka bermula la operasi melawan gangguan tersebut melalui adik aku yang "down syndrome"tu.Ustaz kata,benda2 macam ni memang suka memilih orang2 macam adik aku tu....yang tak boleh berkomunikasi tapi faham apa yang kita cakap!!Walaupun bertubuh kecil,seperti budak bersekolah rendah,tapi malam tu, 6 orang yang memegang dia pun lelah dibuatnya.....kuat betul dia....tapi yang sebenarnya bukan dia pun!!
Tapi beberapa hari berikutnya kami dikejutkan pulak,adik perempuan aku dimasukkan ke hospital Selayang kerana denggi berdarah!!Risau kami dibuatnya,mengenangkan anak2nya yang baru berusia 3 dan setahun tu buat aku rasa sedih....Pulak tu aku tak berkesempatan untuk melawat dia sebab Haziq akan menjalani peperiksaan UPSR....Hanya iringan doa saja yang mampu aku berikan semoga mak ngan adikku cepat sembuh....Kini adikku telah pun pulang ke rumah.
Alhamdulillah!! Mereka telah beransur pulih,walaupun badan masih terasa lemah dan letih...semoga mereka kembali sihat seperti sediakala!!

Sunday, August 22, 2010
BIMBANGNYA SAYA!!
Melihatkan fenomena pembuangan bayi yang semakin parah masakini memang menakutkan.....Hati ibu bapa mana yang tak risau dengan anak2 yang tinggal berjauhan dari mereka.Hanya pesanan dan doa saja mampu mengiringi agar mereka terpelihara dari melakukan perkara2 maksiat dan terkutuk itu!!
Bukan itu je,kes penculikan kanak2 pun dah kedengaran semula....sangat membimbangkan.Pagi tadi saya terbaca kegagalan pihak penculik melakukan penculikan di sebuah sek.cina di Perak.Hati saya terus terbayangkan anak2 yang belajar di sekolah rendah.Saya cukup bimbangkan Hana sebab dia jenis yang berani....Tekad saya dalam hati,dia balik nanti saya akan nasihatkan dia....
Kebetulan pula arini saya ada hal di bandar,saya ambil Hana agak lewat sikit,risaunya hati saya,tuhan saja yang tahu.Bila lihat Hana ada dalam kawasan sekolah,lega rasanya.Hana naik je kereta saya terus buka cerita ...saya bagitau Hana,"Hana,kalau ada sesiapa yang Hana tak kenal ajak balik,Hana jangan ikut tau....kecuali macam atuk ke wan atau mak long,mak tam....kira kalau Hana kenal baru boleh ikut"!"kalau kawan ayah ke?"tanya Hana...."Tak payah..tak de kawan ayah atau kawan ibu yang nak ambik Hana,hanya ibu atau ayah je yang akan ambik Hana....lain pada tu orang jahat."!
"Ala ibu,kalau orang tu kata,mari la saya ni kawan ibu awak,Hana boleh tanya dia,kalau awak kawan ibu,apa nama sebenar ibu saya??Kalau dia tak boleh jawab,dia penipu la"!!adoi.....sabor je la anak!!

Subscribe to:
Posts (Atom)