Sejak kebelakangan ni masa saya agak sibuk dengan masalah kesihatan anak2 dan menguruskan keperluan persekolahan mereka,baru sekarang ni saya berkesempatan untuk menyambung semula entri sebelum ini....
Anak saya sihat sepenuhnya selepas setahun melakukan pembedahan yang berkaitan dengan jantung di IJN.Dia membesar seperti kanak2 biasa cuma perkembangannya agak lembab dibandingkan dengan teman2 seusia.Sehinggalah dia memasuki alam persekolahan sewaktu berumur 6 tahun,dia lambat dan sukar untuk diajar menulis.Sehinggalah memasuki ke tahun 1,tulisan dia agak buruk dan selalu tersalah atau menulis abjad2 dan angka dengan terbalik.Kebiasaannya abjad yang ditulis terbalik ialah 'a','b'menjadi 'd' no '9' menjadi 'p'..'m menjadi 'w'dan angka 4 boleh jadi 4 ke bawah(ni memang pelik sebab saya rasa ramai orang akan merasa sukar untuk menulis 4 tertonggeng ke bawah).Keadaan menulis dengan cara tunggang terbalik ni berlanjutan sehingga dia di tahun 3.Malah ketika itu dia masih belum pandai membaca dan hanya boleh mengeja dan membunyikan perkataan yang mempunyai 2 sukukata sahaja.seperti batu,kaki....bila ada perkataan seperti sayur atau baling dia selalu tertinggal huruf terakhir seolah2 tidak nampak huruf tersebut.
Kadangkala dia mampu mengeja tetapi terlupa perkataan awalnya untuk dibunyikan.Sewaktu belajar dia tidak boleh menumpukan perhatian untuk jangkamasa yang panjang,sekejap nak minum air,kejap lagi nak ke bilik air...
Akhirnya saya tersedar sendiri,saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anak saya...kerana kedua abangnya sebelum ni tidak pernah melalui suasana pembelajaran yang sukar sepertinya.Saya menjadi sangat takut dan mula dibayangi perasaan bahawa anak saya akan mengalami masa depan yang sangat gelap...dan saya rasa cukup terdesak dan sesak memikirkan nasibnya.Saya mula berusaha membimbingnya dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya walaupun rasa sudah terlambat...tidak lupa juga saya memanjatkan doa agar Allah membantu usaha saya itu....Sehinggalah pada satu hari saya terbaca di sebuah majalah mengenai artikel mengenai kanak2 'dysleksia'.Itu la kali pertama saya berjumpa istilah tersebut,dan didalam artikel tersebut diperincikan ciri2 kanak2 tersebut sangat menepati dengan permasalahan yang dialami
oleh anak saya.Syukur ke hadrat illahi kerana artikel tersebut membawa kami dari Pekan,Pahang ke persatuan dysleksia di Taman Titiwangsa, K.Lumpur.
Sewaktu disana anak saya dikehendaki menduduki ujian IQ bersama pihak di situ hampir sejam tanpa kehadiran kami bersama,dan akhirnya dia disahkan oleh pihak persatuan bahawa anak saya memang tergolong dalam kategori anak dysleksia.Waktu itu,terdapat hampir 20 orang murid yang mengikuti kelas di situ.Mereka diajar dalam masa 15-20 minit sahaja dan dibenarkan berehat dalam 5 minit dan sambung kelas semula...rupa2nya anak2 yang begini memang sifatnya begitu,konsentrasi mereka tidak panjang,mudah bosan dan meresah!!Padan la anak saya tak duduk diam bila belajar....
Waktu tu tidak wujud lagi persatuaan dysleksia di Kuantan seperti sekarang,dan saya hampir buntu untuk mencari guru yang dapat memberi bimbingan kepada golongan yang bermasalah seperti anak saya,kerana guru2 di sekolah dia pun tak berapa tau tentang masalah kanak2 dysleksia waktu itu.Saya cuma berbincang dan bercerita masalah anak saya kepada guru kelasnya dan saya hanya mampu memberi sedikit panduan mengikut cara saya saja.
Saya berpindah ke Kuantan ketika anak saya di darjah 5,penghujung tahun itu baru saya bertemu dengan seorang guru yang memang mengajar kanak2 dysleksia di sekolah itu,waktu itu dia dah pandai membaca cuma kurang faham apa yang dibaca.Jadi saya memohon jasa baik guru tersebut untuk membimbing anak saya,dan akhirnya anak saya dihantar tuisyen ke rumah guru tersebut...Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan guru terbabit di saat2 saya memerlukan bantuan seseorang ....Dia bukan saja pandai mengajar malah melayan anak saya seperti anaknya sendiri.Atas usaha dan tunjuk ajarnya pada tahun tu anak saya berjaya mendapat 1A1B3C untuk keputusan UPSRnya.Saya sangat terhutang budi kepada beliau dan orang yang saya maksudkan itu ialah Arwah Cikgu Mubin,dia kembali ke rahmatullah pada penghujung tahun 2008.Al-Fatihah!!
Semenjak naik ke tingkatan satu,saya dapati dia telah mula selesa dan pandai sikit menguruskan hal yang membabitkan persekolahannya,sekali sekala saya masih lagi membuat pemantauan.Saya tetap tak berpuashati dengan tulisannya,saya selalu bising pasal tulisannya yang buruk mengalahkan budak darjah satu....kadang saya katakan pada dia, kalau saya cikgu dia,dah lama saya ketuk tangan dia...Walaupun saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi padanya,tapi keputusan PMRnya yang lalu sangat membanggakan saya dan keluarga....akhirnya dia berjaya juga mencatatkan sejarah buat dirinya dengan memperolehi 2A2B3C1D.....dan tahun ni dia akan ke tingkatan 4,saya berharap sangat,agar dia lebih bersemangat dan berusaha melakukan sebuah lagi sejarah buat dirinya pada peperiksaan SPM tahun hadapan,dan saya percaya dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik!!Insyallah....
Monday, January 4, 2010
Wednesday, December 16, 2009
SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN.
"Akak.. bole cite tak pasal dysleksia, saya interested nak tau sebab saya pernah tgk drama pasal tu kat TV3 dulu, tapi saya nak tau dengan lebih terperinci.. Akak tuliskah dalam new post nanti..Xpuashati"
Ini antara komen yang saya terima dari seorang teman blogger pada entri yang lepas,saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman tu tapi saya rasa biarla saya memulakannya dengan perjalanan kisah anak saya itu dari awalnya.
Sewaktu mengandungkan anak ke 3,saya memang tidak menghadapi apa2 komplikasi sama seperti mengandung dan melahirkan anak2 sebelum tu....sepanjang kehamilan memang tiada masalah kesihatan cuma berat badan saya tidak naik sangat...sampai bulan pun,berat saya cuma 49kg je.. tapi Alhamdullillah saya ni jenis yang mudah bersalin..!!Oleh kerana waktu itu hanya anak sulong diwajibkan bersalin di hospital,jadi anak ke 2 dilahirkan di rumah dan kerana tiada masalah, maka anak ke 3 saya dibenarkan bersalin di rumah juga.Pagi tu saya merasa sakit seperti mahu bersalin sewaktu bangun untuk solat subuh...terus suami memanggil bidan di klinik berdekatan.Setibanya bidan dirumah, sakit tu terus hilang...selepas diperiksa oleh bidan,dia kata dah tiba masa untuk saya melahirkan...masalahnya saya tak de rasa nak bersalin pun..tak de rasa sakit....Saya kesiankan bidan tu,sebab katanya dia belum sempat solat subuh lagi..jadi saya suruh dia solat dulu.Dia tak berani nak meninggalkan saya kerana bila2 masa je saya akan bersalin...akhirnya bila puas menunggu ..dia membantu memecahkan air mentuban memandangkan saya masih tidak merasa apa2...sedangkan baby dah nak keluar...
Akhirnya saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang beratnya cuma 2.5 kg .Sewaktu lahir anak saya tidak menangis...tak seperti bayi2 yang akan test suara diorang yang nyaring tu bila menjenguk ke dunia ni....Sepanjang hari tu memang dia hanya tidur dan tak menangis langsung,saya pulak yang berusaha memberikan dia susu..Saya mula rasa tak sedap hati,begitu juga suami.. kami membayangkan anak saya ni mungkin bisu sebab dia tak berbunyi sepanjang hari.Kebetulan klinik swasta di belakang rumah je,jadi suami mengajak doktor tu datang ke rumah....setelah memeriksanya,doktor tu mengatakan anak saya belum cukup matang untuk lahir..x paham saya!!Dia tonggengkan kepalanya kebawah dan menepuk tapak kakinya...baru la kami dengar suara dia menangis....perlahan macam bunyi anak kucing!!
Ketika berumur 3 hari ,saya perasan ketika dia menarik nafas kelihatan wajahnya bertukar kebiru2an.Saya beritau pada suami,cepat2 dia membawa anak ke klinik dan aritu juga anak saya dikejarkan ke hospital Mentakab dengan ambulan.Itu la pertama kali anak saya dimasukkan ke dalam inkubator dan diberikan bantuan oksigen untuk bernafas,betapa luluhnya hati saya melihat tubuh kecil itu berselirat dengan tah apa2 wayar diseluruh badannya. ..Dan bermula detik itu jugala,anak saya sering diserang astma dan di tahan di wad seperti menjadi satu kebiasaan.Setiap kali dia di serang astma,terasa begitu sengsaranya dia bertarung dengan nyawa...betapa sukarnya dia memaksa diri untuk menarik nafas,kadang terasa bagaikan nafas tu bisa terputus tiba2..Ya Allah,...ketika itu hanya tuhan je yang tahu perasaan saya ,terkadang saya ingin memohon agar penyakitnya tu dipindahkan saja kepada saya,tak sanggup melihat penderitaannya.
Menjelang umurnya 7 bulan,dan entah kali keberapa sudah dia sering keluar masuk ke hospital,akhirnya doktor dapat mengesan melalui sinar x-ray yang dilakukan,didapati jantungnya besar sebelah.Ketika doktor mengabarkan berita itu,hati saya begitu kacau sekali....tambahan pula doktor pakar sendiri tidak pasti apa puncanya begitu...Anak saya terpaksa dirujuk ke IJN pula,oleh kerana anak saya merupakan pesakit dari hospital tersebut maka saya terpaksa mengiringnya dengan menaiki ambulan.Bayangkan la masa tu bulan puasa,ambulan dipandu laju...kita yang dok kat belakang tu rasa macam di ayak2.Sampai di IJN saya dah pening kepala...rasa nak termuntah,tapi saya kuatkan semangat, hati saya tak senang selagi belum tahu apa penyakit yang anak saya hidapi.
Selepas menunggu hampir sejam lebih untuk diperiksa,akhirnya saya mendapat keputusan bahawa anak saya menghidap sejenis penyakit jantung yang digelar PDA,apa tu??Menurut doktor yang memberikan penerangan kepada saya ..ketika didalam perut,semua bayi mempunyai 3 saluran darah yang akan masuk dan keluar ke jantung dan apabila saja bayi lahir, secara otomatiknya satu saluran itu akan tertutup dengan sendirinya.Dalam kes ni semasa dia dilahirkan,tidak berlaku proses penutupan secara otomatik tersebut,menyebabkan darah yang dipam ke jantung berlebihan dan melimpah ke paru2 menyebabkan paru2 tu selalu lembab.Itu la puncanya anak saya sering di serang astma,tidak boleh berlari,mudah penat dan tercungap2,selalu tersedak ketika minum dan mudah berlaku jangkitan melibatkan paru2.Saya tak pasti adakah penerangan doktor dan pemahaman saya ni benar,kerana saya sendiri keliru ketika itu!!
Ketika pulang dari IJN ke hospital Mentakab,saya dah semakin lemah..denyutan dikepala semakin laju,selaju ambulan yang dipandu....sesampainya saya di hospital ,saya terus ke bilik air...termuntah!!Mujur juga anak saya baik dan tidur je,selepas dia diberikan ubat tidur sewaktu melakukan pemeriksaannya di IJN..Saya betul2 melepek lembik,tak bermaya dan serik rasanya menaiki ambulan!
Berbalik pada keputusan dari pihak IJN,anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menutup satu saluran yang terbuka itu,tetapi kerana dia masih kecil maka pembedahan tersebut hanya boleh dilakukan ketika dia berumur 2 tahun keatas.
Kami berasa lega,seminggu sebelum raya anak saya telah pulih dan dibenarkan balik.Tahun tu giliran sebelah suami,maka kami balik ke kampungnya di Pekan 2 hari sebelum raya.Sehari sebelum raya,anak saya di serang astma semula dan ditahan di hospital Kuantan pula,maka merasa la saya beraya di hospital tahun tu!!
Kali ni anak saya di serang demam yang agak pelik kerana demamnya tidak kebah walau diberikan ubat demam.Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mendapati pangkreas anak saya membesar dan dia disyaki menghidap 'thalasemia'!!Pelik,susah untuk kami mempercayainya dan membayangkan betapa anak saya akan menjalani hidup yang agak sukar ......Alhamdulillah,bukan semua pendapat doktor tu benar, kami bersyukur sangat rupa2nya anak saya bukan penghidap thalasemia'tapi di serang demam virus yang menyebabkan pangkreasnya membesar.
Sewaktu anak saya berumur setahun setengah kami telah berpindah ke Raub kerana suami bertugas di sana.Ketika usianya 2 tahun lebih,anak saya di serang demam,dan dimasukkan ke hospital Raub,memang dah tabiat dia asal demam je,dia akan tidur sepanjang hari tanpa makan.Kalau tak pun dia akan mintak nak minum milo je. Oleh kerana kesian melihatkan anak yang tak berselera,suami saya membelikannya buah2an untuk menarik minat selera anaknya.Anak saya cuma makan 3 biji anggur je,terus dia diserang batuk yang menyebabkan dia termuntah2 dengan teruknya....oleh kerana dia muntah bercampur dengan darah ,maka pihak hospital merasa panik dan dengan segera memindahkan anak saya ke HKL.Saya tak rasa dia muntah darah kerana sebelum ni memang berlaku pendarahan hidungnya ,mungkin kerana kepanasan sebab dia demam.Jadinya darah yang keluar tu cuma lebihan darah di hidungnya je...Lagipun memang perkara biasa bagi kami kerana dia mudah berdarah hidung bila demam.
Akhirnya sekali lagi saya terpaksa menaiki ambulan mengiring anak yang dipindahkan ke HKL.....seksa betul rasanya.Di HKL,suasananya agak sibuk dan terlalu ramai pesakit .Kita belajar dari pengalaman,baru la kami tahu rupanya anak saya bukan saja tidak boleh makan tembikai,anggur juga merupakan makanan yang memberi kesan sampingan yang dasyat buat dia.Setelah menerima rawatan beberapa hari,tiba2 kami dikejutkan oleh doktor yang ingin melakukan pembedahan kerana mendapati batunya tertinggal di dalam perut dan tidak turun ke bawah.Sekali lagi kami menghadapi situasi yang sukar,mujurla arwah mak mertua saya seorang yang pandai mengubati pesakit angin pasang,dengan bantuan dia dibuatnya urutan di perut anak saya dan selepas tu bila doktor buat pemeriksaan semula,dia dapati anak saya tidak bermasalah dan tak jadi untuk dibedah!
Tidak lama selepas tu anak saya selamat menjalani pembedahan menutup satu saluran darah ke jantungnya itu di IJN.Saya pun tak berani sebenarnya untuk mengatakan itu adalah pembedahan kerana proses yang dilakukan adalah paling moden iaitu hanya memasukkan alat kecil yang seperti coil ubat nyamuk dimasukkan melalui celah kelangkangnya dan melalui kamera mereka memasukkan coil tersebut ke saluran darah yang terbuka tu untuk menutupnya.Alhamdulillah selepas itu,dia mula menunjukkkan perkembangan yang agak baik,kerana kurang di serang astma dan boleh bergerak cergas dari sebelumnya.
Masalah kesihatan semakin baik ,tapi timbul pula masalah lain kerana dia kurang berkomunikasi,dan tidak berminat untuk berkomunikasi.Dia tidak begitu mengambil perhatian bila kita memanggil atau bercakap dengannya.Ibarat kata,dia buat derk je....Sewaktu membuat pemeriksaan susulan di HKL,doktor pun jadi bingung bila dia tak melayan doktor sewaktu doktor tu berkomunikasi dengannya.Doktor suspek dia kurang pendengaran menyebabkan kesnya dirujuk ke jabatan audiologi di HUKM di Titiwangsa.Selepas dibuat pemeriksaan,dia didapati normal dan tidak ada kecederaan atau kelainan pada gegendang telinganya.Yang pastinya saja begitu....
Walaupun begitu ,kita nampak perkembangan otaknya agak ok,sebab dia akan menunjukkkan perhatian yang lebih pada barang2 yang dia suka.Contohnya dia suka pada komputer,seboleh2nya dia cuba mencari jalan bagaimana nak menghidupkan komputer tersebut.Sewaktu dia berusia hampir 2 tahun,dia dah tau dimana dia perlu pergi kalau dia gagal menghidupkan komputer.Komputer saya waktu tu diletakkan di dining hall tapi kami terpaksa menggunakan wayar yang panjang kerana suis yang digunakan diambil dari plug dalam bilik,maklum la rumah sewa.Jadi dari situ kita boleh lihat,untuk mencari punca suis tu dia jalan ikut wayar tersebut....
panjangnya , nanti saya sambung kembali....

Friday, December 11, 2009
JUST TRY!!
Saya dapat citer ni dari seorang kawan yang menerima msg dari anaknya..tak tau la kalau benda ni cerita lama tapi cuba la kalo nak tgk hasilnya....
"cuba umi buka microsoft word, taip Q33NY." "Kod apa ni?" aku ingin tahu. "Nombor pesawat yang melanggar WTC dulu.Umi tukar saiz font tu kepada saiz 48. Umi highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings." Subahanallah! Apa aku nampak- gambar sebuah kapal terbang melanggar menara. Disusuli... lambang tengkorak dan yahudi. Cubalah ... subahanallah, allahuakbar... aku menarik nafas panjang.
Wednesday, December 9, 2009
TAK SAMPAI HATI!!
Beberapa bulan lepas sewaktu balik dari kerja,kereta suami dilanggar dari belakang.Nak kata cedera teruk tu,tak le sangat cuma nampak gak la kemek sikit dan alarm untuk nak detect halangan di belakang sewaktu reverse dah jadi sasau.....kadang asyik berbunyi,kadang tu senyap langsung!!Kebetulan orang yang melanggar tu kawan sepejabat menyebabkan dia rasa serba salah untuk nak claim ngan kawan dia tu,sebab kereta kawan tu pun teruk gak ...Menurut suami,kawan dia tanya berapa dia perlu bayar??Tapi dia tak sampai hati nak ambil duit kawan tu....saya mencadangkan pada dia,tak perlu ambil duit,suruh je kawan dia hantar ke workshop dan dia berurusan terus dengan tokey tu.....tapi suami kesian kat kawan tu, dah le kena repair kereta dia sendiri,nanti nak kena repair kereta kita pulak,sedangkan dia cuma berjawatan penghantar notis je........
Semalam sewaktu balik dari kerja,kereta dia kena langgar dengan motor pulak.Kejadian yang berlaku di tarffic light tu berpunca dari motor2 yang mencilok2 diantara kenderaan yang berhenti.Salah sebuah motor yang mencilok tu terlanggar motor lain, menyebabkan sebuah motor terlanggar bahagian kanan kereta suami ...bukan takat kemek malah goresan dari pedal motor tu melongkahkan catnya!!Penunggang motor yang terlanggar kereta suami tu terjatuh dan dia tak sampai hati lalu turun mengangkatkan motornya,sambil melihatkan kesan kecederaan keretanya...sempat lagi!!Katanya walaupun nampak kesan pada keretanya ,tapi dia lebih kesiankan penunggang motor yang terlanggar keretanya tu sebab dia seorang tua yang dah berusia sangat!!

Monday, December 7, 2009
Bapa nampak 4 anak tenggelam - Empat beradik mati lemas dalam tali air
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

Jenazah empat adik-beradik yang mati lemas dalam tali air ladang kelapa sawit Kota Shahbandar, Rompin semalam.
ROMPIN - "Saya lihat keempat-empat anak saya tenggelam timbul dalam air sebelum kesemua mereka hilang daripada pandangan."
Demikian luahan sedih seorang bapa, Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di Kota Shahbandar di sini pada pukul 1.30 petang semalam.
Empat anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd. Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.
Sebelum kejadian, Samsuri bersama empat orang anaknya yang maut, isterinya, Saeyah Mohd. Noor, 38, serta sepasang lagi anak kembar mereka berusia enam tahun, Nur Ainon Syahirah dan Nur Ainon Syariah pergi ke ladang itu untuk memancing ikan.
"Sampai di tali air di ladang itu, keempat-empat anak saya (mereka yang mati) meminta kebenaran untuk mandi.
"Ketika mereka berjalan untuk mencari tempat cetek, Nursyakirah tergelincir ke dalam tali air menyebabkan tiga lagi anak saya cuba menyambar tangan Nursyakirah tetapi mereka juga terjatuh," katanya ketika ditemui di Felda Keratong 3 di sini semalam.
***Belum habis lagi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa 2 orang pelajar masterskill semalam,dalam kemalangan yang berlaku di KBMall .Hari ni dikejutkan pula dengan berita ini..Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan harap bersabar menerima ujian Allah.Siapalah kita untuk menolak semua takdir yang telah ditentukan,diberikannya kita rezeki yang melimpah dan sampai masa diambilnya semula!!Dari Allah kita kita datang dan kepadanya juga kita kembali......memang cukup memedihkan, kerana dengan sekelip mata pasangan tersebut kehilangan 4 orang permata hatinya .....

BENGANGNYA!!!
Hana anak bongsu saya yang berumur 5 tahun,bangun awal pagi ni...masa tu saya baru nak menggosok baju kerja ayah dia...Saya tanya dia" kenapa bangun pagi2 ni?"Dia kata dia tak boleh tidur....saya tanya dia" kenapa tak boleh tidur??"Dia kata "Hana ni ada penyakit".Terkejut gak saya..."sakit apa?"Dia kata "sakit otak serius".....adoi la...nak tergelak pon ada dengar jawapan dia...gitu la selalunya Hana,ikut sedap je nak cakap apa....Teringat beberapa minggu lepas semasa menonton TV kat rumah mak saya...tah cerita apa...al kisahnya masa tu suami perempuan tu balik rumah dan dia tak layan isteri dia sebab dia tahu isterinya tu curang,,jadi isteri tadi naik ke balkoni sambil menyumpah2 kat suami dia...mak saya ni kata "ha..padan muka, laki dia dah tau..tu nak buat apa lagi"??Biasa la orang tua suka membebel sensorang...pastu selamba je Hana menyambung kata2 mak saya"apalagi bunuh diri je la"...Saya dan mak berpandangan,terkedu....camana dia terfikir boleh cakap camtu!!!
Baru2 ni saya terkejut melihat bil telefon yang baru sampai.... tercatat panggilan ke 999...ni mesti kerja si Hana....naik hangin sekejap,nasib le penyata je sampai, kalau polis yang sampai ..naya..terbayang cam iklan kat TV tu...Saya bagitau dia,kalau dia buat lagi camtu...nanti polis boleh tangkap dia...dia buat muka selamba dia je..gerammmm!!
Sekarang ni dia selalu mintak buatkan FB untuk dia...camana nak buatkan untuk dia sedangkan dia baru je kenal abc....akhirnya saya bagi dia gunakan FB saya sebab dia cuma berminat nak main games kat situ je....masalah timbul bila dia memandai2 terhantar mesej kat seseorang yang tak dikenali....mesej yang dihantar tu pulak sekadar abjad...abc gitu...mungkin tak puas hati...orang tu membalas mesej tersebut.Oleh kerana saya ingin membetulkan keadaan saya menjelaskan hal yang sebenar...tapi rasa sakit sangat bila orang tu balas dengan kata2 "tak masuk akal"!!Dia ingat saya ni mempermainkan dia agaknya...zaman sekarang ni bercakap benar pon salah!!

Tuesday, December 1, 2009
KERAJAAN KAJI CADANGAN TARIK BALIK SUBSIDI GULA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat Kabinet tidak lama lagi.
"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.
"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. Katanya antara faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan ialah kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.
Selain itu katanya ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.
Terdahulu, Presiden CAP S.M. Mohd Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA
**Mungkin bermula tahun depan kita akan menikmati kenaikan harga gula....kalau benar gula bukan barang keperluan kenapa harga beras yang menjadi makanan asasi rakyat negara ini,tidak berlaku penurunan harga pun!!Releven ke jika harga dinaikkan,kononya akan mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan rakyatnya...sedangkan harga rokok yang mencanak naik pun, tak diendahkan oleh perokok2 .....kalau ini benar2 berlaku,saya pasti harga air dan kuih atau apa saja produk yang terlibat dengan penggunaan gula pasti akan berlaku kenaikan juga!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)