Tuesday, July 14, 2009

TERUK SANGAT KE AKU NI???

Tak silap aku 2 bulan lepas aku terjumpa semula dengan Gee,kawan zaman sekolah yang dah hampir 10 tahun tak jumpa.Dia datang berkunjung ke rumah aku dalam keadaan aku tidak sempat menyediakan juadah yang sebaiknya.Jadi kedatangannya petang tu, aku cuma menyediakan pau goreng dan air teh o je...Aku pun tak faham kenapa kawan aku ni cam tak caya je,yang pau tu aku buat sendiri,siap tanya lagi intinya tu aku buat juga ke??Dia kata "nasib baik ko kata inti ni ko beli ,kalo tak aku nak rasa kagum sangat ngan ko ni".Tak lama selepas tu,aku dapat message dari seorang lagi kawan kitorang yang dok kat Seremban,June.Dia minta resepi pau goreng,yang menurutnya,Gee dah bercerita tentang pau goreng buatan aku tu!




pau goreng..









2 minggu lepas,kebetulan June balik ke rumah maknya di Pekan,jadi aku dan Gee mengambil kesempatan berjumpanya,maklumla dah hampir 20 tahun tak jumpa,sejak abis sekolah,ni dah dalam pantang anak ke 4 baru jumpa semula..Jadi banyak la cerita dari zaman sekolah,hingga masalah anak2 dan yang paling kelakar si June dan Gee ni cam tak caya plak aku ni berkebolehan jugak la dalam bab masak memasak ni.June kata"Hai,ko tau tak,kalo dengar si Gee jual citer pasal pau goreng ko ni,kira kalo aku ni lelaki bujang,tak sabar aku nak masuk meminang".Hahaha..dasyat tol diorang ni ngutuk aku je...aku pun tak faham apa yang tak kenanya ngan aku ??? Diorang ni tak perasan kot,anak aku 7 orang,kalau tak reti memasak,kebulur la anak2 aku!!

Si June siap tanya aku lagi,"eh!cuba cerita ko pandai masak apa"??Sengal tol la!Bila diorang ni excited bercerita pasal member aku kat Kemaman si Eg tu dah jadi tokey roti sekarang,so aku ni offer kat June,"ko kalo setakat nak belajar buat roti,meh aku ajarkan"...ek eleh!Diorang kata,"betul ke ko reti ni"?? "Aku rasa cam tak caya je yang ko ni pandai masak,kalo tengok ko zaman sekolah dulu,ko ni jenis yang tak ada masa depan"....Siot! tol,patut la diorang ni asyik gelakkan aku je....





simple mini pizza coz tak de chesse..







Tengahari semalam,classmate aku pulak telefon,selepas abis sekolah memang tak pernah lagi jumpa dia semula.Dia tanya "ko tengah buat apa tu?"Kebetulan aku tengah masak,so aku jawab la "tengah masak ni".Eh,dia boleh ketawa panjang plak,"Aku cam tak caya dengar ko tengah masak,aku tak boleh nak membayangkan camana ko tengah masak tu,sebab aku rasa ko ni reti buat kerja2 adventure je..."EH! Apasal suma member2 aku fikir aku gitu,ek!!Aku betul2 tak faham....aku ni bukannya jenis tomboy ke,nak kata lasak tak la lasak mana pun tapi betul ke satu masa dulu,teruk
sangat ke aku ni????

Monday, July 13, 2009

SERABUT!!!!





























Dua tiga hari ni memang aku sibuk giler,projeknya ialah mengoperasikan rumah aku yang
berserabut ni!!Aku tak berniat pun nak buat entri ni,sebenarnya aku cadang nak menjahit langsir.(cam nampak beria je nak nyambut raya,hehehe).Tah camana plak,masa aku tarik bangku kat mesin tu,tangan aku rabak la pulak terkena paku kat tepinya tu.Dah berdarah ni,terpaksa la relax jap...lagipun kain yang aku nak jahit tu warna putih kang tak pepasal je bercop merah!2 hari ni aku sibuk dok mengecat kayu2 pada pagar dan set kerusi, meja kat luar tu.Cat2 tu dah dibeli 2 tahun lepas,adoi!Kenapa la aku terajin pulak minggu lepas.Memang haru kalau sesapa pun tengok persekitaran rumah aku ni...Yang jadi begini,kerana suami aku jenis yang hobinya suka membuat pengubahsuaian sendiri dan hanya mengambil masa, semasa cuti Sabtu/Ahad untuk mengusahakannya.Satu lagi rumah aku ni sesak sangat dengan tah apa2 barang yang menyesakkan bagi orang2 pompuan.Banyak barang yang dia tangguh nak buang,takut boleh digunakan lagi menjadi barang keperluan lain...... Poning den!!!

Kebaikannya,boleh la menjimatkan banyak kos,tidak berlaku pembaziran bahan2 dan berpuashati dengan hasil kerja tangan sendiri.....keburukannya,mungkin projeknya memakan masa 10 tahun untuk siap sepenuhnya dan terpaksa hidup dengan pemandangan yang menyakitkan mata .....

Walaubagaimanapun ini adalah antara hasil kerjanya yang menggunakan bahan2 seperti katil 2 tingkat semasa anak2 kecil dahulu....dijadikan set kerusi dan meja...































Almari kartun zaman anak2 masa kecil telah digubah menjadi meja komputer,tempat letak printer dan meja study....






























Pagar2 kayu dan pintu pagar rumah ni pun hasil kerja dia,dan antara projek yang masih
dalam pembinaan,taman mininya dan projek paling terkini,Spa impiannya....




























Tengok la tu,belum siap sepenuhnya dah siap boleh letak khazanah kat atas spa dia tu....kadang tu betul gak kata akak ipar aku,rumah sekangkang kera,macam2 nak di buatnya!!!

Thursday, July 9, 2009

MAKAN ,JANGAN TAK MAKAN!!!


"Kalau gajah tu boleh dimakan,agaknya gajah pun awak makan!!"Itulah ungkapan yang pernah di ucapkan oleh akak ipar aku.Nampak sangat betapa bengangnya dia ngan aku pasal dia heran sangat,asal sebut makanan apa je, mesti aku dah penah makan atau teringin nak makan.Tapi jangan salah faham lak,maksud aku tu semua makanan yang halal je la...Sebenarnya akak ipar aku yang pelik,banyak sangat bende yang dia tak makan,tu dengki kat aku kot...hahaha...

Aku ni, hidanglah makanan apapun,aku tak kisah,janji sedap.Bagi aku yang penting rasa dulu,bukan susah nak mencuba sesuatu tu,kalau memang tak menepati selera aku,jawabnya itu kali pertama dan terakhir.Senang je kan apa nak disusahkan,ni kang belum makan lagi dah kata saya tak makan,saya tak suka!Pelik manusia ni,dah Allah bagi kebenaran untuk makan,tapi kadangkala sikap kita seolah2 menghina makanan itu.Ada tu,pandang semacam sambil mencebikkan bibir,seolah2 makanan tu menjijikkan.

Aku ni walaupun sedari kecik memang makanan asasi aku ialah telor,tapi alhamdulillah la bila dah semakin dewasa aku boleh makan macam2.Aku kalau bab ikan ni,aku suka semua jenis ikan tak kira laut ke,sungai, paya ke, tapi lambat sikit la kalau makan ikan banyak tulang tu,takut tercekik..Pertama kali aku makan ikan sungai ialah ikan Lais,fuh!sedapnya, isinya manis..,tapi rasanya dah hampir 20 tahun aku tak jumpa ikan tu.Ikan patin,baung,lampam tu dah jadi mainan je!Ikan tilan pun aku penah bedal ..teringat arwah uwan aku,jirus air panas pada badan ikan tu untuk nak buangkan kulit luar dia.Badan ikan tu bulat,sesekali cam bentuk ular pun ada,isinya putih dan manis...buat goreng pun sodap!Kak Long aku kata rasa cam makan ular sawa plak!Sengal.
Ikan laut yang paling aku suka,ialah ikan pari,tapi sedih gak,bila akak ipar aku kata "orang tak makan ikan pari ni".Tau pasal apa???Pasal suami dia,ambik ikan pari tu buat umpan untuk "membinto" ketam je...huhuhu...Aku penah makan sejenis ikan laut yang rupanya cam jenglot,ikan tu lembik cam tak de tulang.Aku masak kari,tapi ikan tu jenis yang tak boleh masak lama dalam kuah,silap2 tinggal tulang je...isinya hancur bersepai dalam kuah tu,tapi rasanya memang sedap.Ikan yu pun sedap,tapi leceh nak mengembalakannya,nak kena buang kulit dia dulu dengan air panas dah tu kalau tak kena gaya memasaknya ada rasa hanyir!Aku rasa kebanyakkan ikan yang ada dipasaran tu semua aku dah cuba makan.
Ikan puyu(betuk),sepat memang aku suka,lebih2 lagi kalau dah di buat pekasam,cuma ikan potak aku tak berapa suka,pasal tak berapa sedap!Ikan keli atau haruan dah jadi menu dalam rumah ni.Belut pun sedap,aku cuma geli nak siang tapi kalau dah siap masak,tak de hal la,bedal semacam!!!

Kalau setakat ayam/itik ni aku rasa tak de orang yang tak penah makan,tapi aku dah rasa daging angsa,tak berapa beza sangat ngan daging itik cuma dagingnya banyak la sikit!Ayam belanda aku tak pernah makan lagi.Tapi arnab,memang sedap dari daging ayam sebab rasanya lebih manis dari ayam.Kalau daging binatang hutan ni,aku cuma pernah makan pelanduk,kijang dan rusa je...teringin gak nak rasa landak ke...tapi daging rusa paling best!! Isinya halus,jauhlah rasanya ngan daging kerbau/lembu ni.Pelanduk ni ada bau hamis sikit,rasanya aku kurang gemar sikit!!!Aku pun tak pasti pelanduk ni sama ke ngan kancil...ke yang aku rasa ada bau hamis tu kancil...???

Dulu abang ipar aku,beli sate bagi kitorang makan,lepas habis makan tu,dia saja tanya mak aku,"mak!sedap tak sate ni?",mak aku kata" sedap la"...pastu dia kata "ni sate arnab".Apalagi otomatik,mak aku terus je muntah berlambak2...pucat muka abang ipar aku...padan muka dia!Sebenarnya sate tu bukannya sate arnab,sate ayam je..tapi dia sesaja nak test mak aku pasal dia tau mak aku ni jenis yang sensitif sikit.Ha..ambik nak, lepas tu mak aku melepek terusss...kesian mak..hehehe...mak aku ni memang kelakar,ikan sungai pun tak makan!!!

Alhamdullillah!!Suami dan anak2 aku semuanya jenis tak memilih makanan,kalau tak sedap tak makan, itu je!Tak kira la indian style ke chinese style,western semua ok..opss..kitorang belum penah lagi mencuba sushi....tapi aku pernah gak teringin nak rasa 'ulat sago' yang kat Sabah tu,tapi bila ada terbaca hukumnya haram so dah tak fikir pasal tu dah...

Tuesday, July 7, 2009

POS MALAYSIA KINI...

Semalam aku pergi ke sebuah Pej.Pos Mini di batu 5,hanya untuk mengeposkan bungkusan kepada anak sulong aku di Bangi.Dia minta aku poskan adaptor dan beberapa jenis kabel komputernya.Aku mengganggarkan belanja pos barang tu mungkin dalam RM3.50 je,sebab beratnya tak sampai sekilo pun.Dulu,masa aku buat kerja yang sama,kalau berat bungkusan biasa yang di bawah sekilo hanya RM2.50.Itu zaman stem surat biasa 20 sen,sekarang ni kan cajnya 30sen jadi aku rasa ok la dalam RM3.50 je kot!

Masa berurusan tu,aku bagitau kerani tu nak buat hantaran bungkusan biasa je,tapi dia kata urusan tu dah tak ada,semua urusan bungkusan kena buat cara poslaju..Gila!!Camni kaya cepatla Pos Malaysia,tak logik langsung!Disebabkan orang beratur panjang, nak tak nak bayar je la kos tu RM 8.20.
Bungkusan biasa ni sebenarnya merupakan penghantaran yang mengambil masa untuk sampai ke destinasi,dan kebiasaannya barangannya pun jenis yang tidak berharga sangat,sama lah cam surat2 biasa tu. Kalau seseorang tu mahukan barangannya terjamin sampai dengan selamat,maka boleh la menggunakan bungkusan berdaftar,sama cam surat berdaftar dan harga kosnya tidak la mahal mana.Poslaju ni merupakan urusniaga yang diperkenalkan kemudiannya,bila seseorang memerlukan penghantaran surat atau barangan untuk tiba ke destinasi dengan kadar lebih cepat berbanding surat biasa,lebih kurang cam urusan yang disediakan oleh syarikat2 courier tu.Untuk surat biasa pun dalam RM 4.20 gitu,tapi tak kisah la sebab biasanya orang akan menggunakan perkhidmatan tu untuk urusan2 penting.

Itu pun,aku tak kirimkan toto yang dia mintak aku pos sekali ngan barang dia tu.Aku suruh dia ambik je kat rumah mak2 sedara yang dok kat K.L tu.Lagipun toto yang dia mintak tu dah boleh dibuat tukun.Cuba bayangkan kalau setakat mengeposkan barang yang tak berharga begitu dengan kos yang lebih,agak2 berbaloi ke???Ini lah masalahnya bila semua jabatan kerajaan diswastakan,yang menanggung bebannya hanya rakyat marhaen cam kita2 ni!

Monday, July 6, 2009

SIAPA YANG AKAN DIBANGKITKAN DULU???

Semalam,sewaktu menunggu masuk waktu Isyak, anak aku yang form 5 tu tanya "Ibu,di akhirat nanti orang mana yang akan di bangkitkan dulu?".So aku pun jawab le "dah tentulah umat Nabi Muhammad"!Dia kata "itu memang betul tapi kalau dari segi logiknya?"Aku fikir sekejap,apa yang tak kenanya,kenapa mesti berpandu kepada logik plak???Oleh kerana aku rasa was2 je nak menjawab,dia pun memberikan jawapannya."Secara logiknya memang orang Islam yang akan bangkit dulu,pasal tiada halangan lain dan orang cina paling lambat, sebab dia kena pecahkan simen dulu...Michael Jackson lagi tak nak bangkit,pasal sayang nak tinggalkan keranda emas dia"!Siot tol!Terkena aku sebijik!!!

Sunday, July 5, 2009

SEBARKAN!!!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan ,tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing,Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah, dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.


Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam
(holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidahmenjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani,Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting,Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar diakhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke NibongTebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu membaca Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.


PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...
ALLAHUAKHBAR!(di ambil dari inbox email aku).

Wednesday, July 1, 2009

RAMAI ORANG GILA KAT RUANGAN SEMBANG!!!

Baru2 ni aku diperkenalkan dengan iMesh,oleh adikku yang menghabiskan cuti semesternya di rumah aku.Ianya satu ruangan untuk bersembang di internet,adik beradik le ngan ICQ dan sedaramara ngan lain2 ruang sembang kot!Aku ni memang tak berapa nak celik IT jugak,saja je buat2 pandai,buat blog ni pun aku ikut panduan yang "3 minit membuat blog".Ya la kan..dah sesenja camni baru nak cuba buat macam2...

Dia pun download untuk aku,dan siap tunjukkan demonya sekali dengan bersembang ngan beberapa orang.Aku rasa cam menarik gak la.Kalau boring boleh gak aku bersembang2 sambil bertukar2 pandangan ngan orang lain.Aku pun dah tak berapa nak syok berborak ngan jiran2 aku ,pasal kalau bersembang kang mesti termasuk jugak tempias2 'buat ketupat' tu.Jadi aku rasa mungkin lebih baik aku dok diam2 dalam rumah sembang sesekali ngan member2 kat tenet ni....

Kali pertama aku online tu,aku seronok gak,pasal ramai orang yang masuk nak ajak borak...tapi mula aku rasa cuak semacam...ditambah lak dengan semua yang masuk tu menyoal dengan soalan paling bangang aku rasa...ada ke tanya 'buat apa tu'?'tak tido ke'?menyampah gak nak menjawabnyer....ada jugak yang cam nak menggatal je....Aku ni memang lurus sikit,tak reti nak bohong....bila orang tanya dah kawin?mestilah aku jawab ya...!hehehe..patut ramai orang nak bersembang ngan aku rupanya kat profile aku tu,memang la umur 39,tapi status aku 'single'.Aku tak sedar pun tentang kesilapan teknik yang berlaku sehingga adalah sorang mamat ni bagitau kat aku.Ha!terkejut aku,barulah aku edit balik...sebenarnya untuk registration tu,anak aku yang tolong buatkan...

Aku ni sebenarnya tak pandai nak pilih sapa yang aku nak borak,jadi aku tunggu je orang yang sudi nak bersembang.Yang ya nya aku tak belajar lagi cara nak ajak orang bersembang tu camana????Majoriti yang masuk tu,kaum lelaki....tapi yang tak bestnyer...kebanyakkan diorang ni boleh di kategorikan berpemikiran 18sx!Sorry la ....Tak kuaaasaaaa....akak, nak layan...orang2 gila abad ni!Aku mula terfikir kenapa kaum2 lelaki ni tak pernah ke berfikir benda lain yang lebih positif ?Pulak tu yang paling galak ni,semuanya yang berumur 40 an ke atas.Aku ingatkan lebih berusia seseorang tu lebih banyak kita boleh berkongsi sesuatu yang baik,bertambahnya umur bererti ajal kita semakin hampir.....Ni semua jenis tak sedar diri....nak mampos!Ada jugak aku bersembang ngan bebudak yang boleh dikira,peringkat adik2 ni lebih berhemah dan menghormati orang lain.

Aku ingatkan melalui ruangan bersembang ni kita boleh berdiskusi,meluahkan pendapat dan mendengar pandangan orang lain mengenai sesuatu yang boleh memberikan kita ilmu dan pengetahuan.Tapi nampak gayanya,cukup la setakat ini je kot,aku pun tak berani nak meneruskan niat murni aku ni bila suami aku kata ,ramai orang telah tertipu dengan mereka2 yang berada di ruang sembang ni....sumpah aku takut,tak rela akak terpedaya!