Monday, October 11, 2010

ORANG TAK LAYAN!

Sepanjang sebulan lebih suami aku bercuti lepas eksiden tu ari...aku la yang terpaksa mengambil alih menghantar anak2 ke sekolah...biasanya dia yang hantar dan terus ke pejabat,tugas aku plak cuma mengambil anak2 je!Semasa menghantar anak2,aku perasan juga ada sorang budak lelaki yang selalu menunggu teksi untuk ke sekolah.Tak tahu kenapa,satu ari tu aku tergerak hati nak menumpangkan dia...sebab aku rasa kesian la plak,nak kata dah besar sangat baru tahun 6,tapi keluarga dia boleh percaya lepaskan dia sorang...

Mula2 dia agak malu2 dan takut ...tapi bila dah selalu aku tumpangkan dia pergi sekolah...waktu balik pun dia nampak cam menempel je nak menumpang!!Aku tak kisah pun sebab kalau dia naik ke tidak...aku memang akan pergi dan balik seperti biasa,ke destinasi yang sama.Aku sebenarnya tak berapa kenal dengan keluarga budak tu sebab dia tinggal di taman  lain yang berada jauh ke sebelah dalam dari taman aku ni!Oleh kerana rumah dia agak jauh ke dalam,selalunya waktu balik, aku akan  menghantar dia terus ke depan rumahnya.

Dah masuk 2 bulan ni,baru le aku berpeluang berbual dengan dia,itu pun sementara menunggu Hana dan Izzah membeli jajan dia di sebuah kedai.Biasa la soklan makcik2....nama apa?pastu  tanya pasal keluarga dia...adik beradiknya...hanya sekadar nak beramah mesra je...Amirul namanya....anak ke 5 dari 9 orang adik beradik...menurut cerita dia,ayahnya seorang pemandu lori yang dah lama tinggalkan mak dia selepas berkahwin lain.Dia tak tahu ayahnya dimana sebab ayahnya dah lama tak balik menjengok mereka.Ibunya bekerja sebagai atendan di Hospital dan terpaksa menanggung anak seramai 7 orang(sepatutnya 9,tapi 2 orang dah meninggal masa kecil ).Mujur juga abang sulongnya(22 tahun) dah bekerja,sebagai pengawal keselamatan di hospital,jadi abangnya la yang selalu menghantar ibunya pergi bekerja.

Aku rasa sangat bersimpati dengannya...dari cerita dia  aku tau dia begitu kecewa dengan ayahnya.Aku cuba untuk meredakan ketidakpuasan hatinya dengan memberikan nasihat agar dia,adik beradik lebih menghargai jasa ibunya yang bersusah payah membesarkan mereka.Aku pesan kat dia supaya belajar bersungguh2 supaya menjadi orang yang berilmu dan dapat mengubah masa depan keluarganya...juga jangan terlibat dengan budak2 nakal dan jauhkan diri dari aktiviti yang tak sihat!!Aku katakan pada dia,soal ayahnya tu terpulang kepada Allah yang menentukannya nanti....

Aku perasan juga ada 2 orang  jiran yang agak hampir dengan  rumah Amirul tu pun menghantar dan mengambil anak diorang dari sekolah yang sama....pelik jugakan, takkan la mereka tak pernah terserempak dengan Amirul ni yang berjalan kaki pergi dan balik dari rumah ke jalan besar,sedangkan yang sorang tu tinggal beberapa pintu je dari rumah Amirul.Aku sekadar bertanya dengan Amirul....."Bukan ke jiran kat rumah awak tu pun hantar anak dia ke sekolah,napa awak tak tumpang dia?"Amirul jawab"orang tak layan"!!Terasa sedih bila mendengar jawapan sebegitu dari seorang budak.........jadi fikir2kan la bersama!!

9 comments:

marinahunny said...

manusia kak, rambut sama hitam hati lain2..diorang ni kdg2 buat hal sendiri je..

Relevan said...

Banyak yang pentingkan diri sendiri saja masa kini..

semut-terbersin said...

hish truk betul jiran dia tu..

endiem said...

sedih jugak tgk orang gitu. mungkin jiran dia ingat dia orang kaya , kerana selalu naik teksi.

Anonymous said...

kak, akhir zaman ni,
"MONEY IS POWER".
sbb tu ler jd gitu.

hai said...

salam marihunny,
ya la...kadang sedih bila tgk masyarakat dah x prihatin.

salam relevan,
betul tu...tapi diorang lupa kalo kita sakit/meninggal nanti...jiran2 terdekat yg kita harapkan!!

salam angah,
ntah la org zaman skrgkan!!

hai said...

salam endiem,
kat sini susah nak dapat bas...mmg kena naik teksi..tapi bdk pakai uniform skolah dpt separuh harga..
x mgkn org anggap dia kaya kita leh nilai,sebab
family dia pun x de transport lain selain motor je...n dok pun kat rmh kos rendah ...!!

salam intan,
tapi duit x boleh bwk matikan...kadang akak sedih sebab org yang kaya raya leh bela beberapa org pompuan simpanan dlm satu2 masa...x terpikir ke untuk melabur sikit pada org2 yang memerlukan....emmm...kita pikir gitu sebab kita x kaya kot!!

Hashim Zabidi said...

hal-hal sebegini jarang disedari orang, apalagi pihak tertentu. Maklumat hai ini mungkin membawa rahmat kepada keluarga ibu separuh tunggal itu mendapat perhatian.

hai said...

salam pak hashim,
Saya harap pun dapat membantu mereka...kalau tak boleh dengan wang ringgit,moga2 boleh membantu dengan cara lain!!