Tahun 1980,waktu tu umur aku baru 10 tahun,dan Kak Long berumur 12 tahun.Masa tu cuti sekolah jadi kitorang nak balik bercuti ke kampung.Kampung yang aku maksudkan terletak di Raub,Pahang.Ketika itu kami tinggal di Kelang,Selangor.Abah aku cukup berani melepaskan kitorang balik ke kampung berdua je.Dia hantar kitorang kat Bus Stand Klang je,pastu dia arahkan kitorang pergi ke Pekeliling untuk destinasi seterusnya.
Untuk ke Raub,kitorang terpaksa ambil bas ke Pekeliling,kemudian ambil satu bas lain ke Raub,dan bas tu akan berhenti 5 minit di bandar Bentong.Sesampai di Raub kitorang kena ambil pula bas yang menuju ke K.Lipis atau Benta,dan kitorang akan turun di pertengahan jalan iaitu di Dong.Walaupun kitorang kecik,otak Kak Long aku ni kira bergeligalah jugak.Weh,kalau tanya perasaan takut tu memang la ada tapi kita kena cekap berlakon.Bila kitorang berjalan atau nak melintas jalan,kitorang cari le pakcik atau makcik yang boleh kitorang harapkan untuk kitorang berlakon jadi anak mereka.Caranya dengan berjalan rapat kat belakang diorang,seolah olah ikut mak ke ayah kita gitu.Lagipun masa melintas tu agak selamat,dan orang mesti tak perasan yang kitorang ni hanya berdua waktu tu.
Akhirnya kitorang berjaya sampai ke destinasi setelah berpatah balik ke belakang sejauh 5oom dengan berjalan kaki setelah bas terlajak kerana kitorang lambat picit loceng...Pak Uda saya menyambut kedatangan kitorang dengan perasaan terkejut,gembira dan marah...Terkejut pasal kitorang balik berdua,gembira pasal kitorang selamat sampai dan marah pasal abah kitorang macam tak sayang anak.
Tahun 1982,masa cuti sekolah juga,kat rumah Wan(sebelah mak)di Mentakab.Masa tu aku baru darjah 6.Sepupu aku (lelaki)yang sebaya aku ajak pergi memancing di sungai berhampiran.Jorannya sebatang kayu yang diikat tali tangsi dan dipasangkan mata kail,umpannya hanya cacing.Sebelum memancing, kitorang cari cacing di persekitaran rumah Wan.Di satu kawasan tempat Wan tanam pandan tu agak lembab,jadi cacing kat situ panjang dan gemuk.Kitorang dapat penuhkan cacing satu tempurung kelapa dengan sekejap je..setelah dibantu oleh beberapa sepupu perempuan yang lain.
Entah camana sepupu lelaki aku ni cabar siapa yang boleh masukkan cacing tadi tu ke dalam mulut.Ek eleh,dia ingat aku takut,aku dan dia lumba siapa yang dapat masukkan cacing paling banyak dalam mulut.Sambil dia suapkan cacing tu dalam mulut dia akan kata 'capuak'...memang kelakar.Akhirnya bila dah penuh mulut,kitorang ngangakan mulut sikit,dan biarkan cacing tu berjalan keluar dari mulut cam citer hantu la konon.Rasanya camana tau,ada rasa masin gitu.
Kalau sepupu sepupu aku yang lain tu asyik menjerit jerit,dan ada yang rasa nak muntah dengan aksi gila kitorang tu...
Tahun 1984,aku dah form 2,Kak Long form 4,Masa tu abah dah jadi pengedar sos cili untuk pasaran seluruh Pahang.Ketika itu kami semua telah berpindah ke Mentakab.Hari tu abah akan ke K.L mengambil stok,kebetulan pula kitorang nak ke K.L juga jadi, untuk nak menjimatkan tambang,kitorang secara sukarela menumpang lori yang abah naiki.Tempat duduk kitorang bukannya di sebelah pemandu ke tapi di belakang lori bersama sama botol sos cili.Aduhai!gila betul, dah la panas,malu pulak tu,sebabnya kenderaan yang dok di belakang lori tu..memang direct nampak kitorang terhegeh hegeh dalam lori.Bayangkan la pompuan tu,2 jam jugak nak menyampai ke K.L.
Sampai kat K.L,kitorang dah janji dengan pakcik(sepupu abah)dia dari Raub.Pakcik ni tua lebih kurang 4-5 tahun je dari aku.Dia datang bersama kawan 'mat2 rock' dari kampung dan seorang sepupu perempuan aku yang baru darjah 6.Kawan2 pakcik ada la dalam 6 orang gitu.Salah seorang tu anggota band'Meditasi'.Hari tu kitorang berkonvoi beramai ramai,dari Chow Kit ke Pertama Complex ke Jalan TAR lepas sampai ke Muzium,kelakar mat2 rock melawat Muzium..Kak Long aku bawak pulak kamera (Yashica) abah,zaman abah jadi wartawan dulu.Bayangkan la kamera tu yang jenis main fokus dulu,dah la besar gantung kat leher macam tourist je.
Diorang ni sebenarnya ada target nak ke suatu tempat pada sebelah malamnya.Aku tak ambik pot pun.Sementara menunggu malam kitorang pergi ke Subang Jaya,rumah kakak salah sorang dari mereka.Sampai je kat perumahan kat situ,terkejut aku bila nama aku dilaung dari jauh,cilakak mamat mana pulak yang terjerit jerit melaung nama aku dari atas sebuah bukit tu.Fuh!memang gila kuat tu, bergema satu taman.Rupanya si mamat sengal sekolah aku,haramjadah tah apa yang dia buat kat situ.Aku buat bodo je....Kak Long aku gelak bagai nak rak..kitorang dilayan baik oleh tuan rumah(bukan orang lain waris aku juga).
Malam tu kitorang keluar balik ke K.L aku pun tidak pasti diorang bawa kitorang ni ke mana,kalau tak silap la cam kat area Jln TAR atau ke Medan Tuanku gitu le...blur aku .Rupa rupanya mamat2 ni semua nak pegi tengok kumpulan Search,(masa tu Search baru nak naik)Eh! bengang betul kitorang,diorang semua masuk kat' Red Rooster'.Abis takkan kitorang nak join diorang pulak,sebabnya kitorang suma di bawah umur.Sepupu aku yang darjah 6 tu siap menangis takut.Tempat tu memang nampak menakutkan bagi kitorang yang tak cukup umur ni.
Malam tu kitorang balik ke rumah kakak pakcik di Selayang...
Tahun 1988,Aku dan Kak Long nak pergi ke rumah mak saudara aku di Bentong,tak tahu macamana boleh timbul idea kitorang buat 'hitchike' dari Mentakab ke Bentong.(pengaruh T.V)Macam biasa, mastermind mestilah Kak Long,dia bagi tips untuk keselamatan.Katanya kalau kereta yang berhenti tu ramai lelaki,kita jangan naik.Kita hanya boleh tumpang kereta yang cuma ada seorang pemandu atau yang membawa isterinya saja.Kebetulan kereta yang berhenti tu seorang lelaki,boleh tahan jugak mamat tu.Dia dalam perjalanan dari Jengka ke K.L atas urusan business, so kitorang bagitau dia turunkan kitorang kat Bentong saja.On the way tu dia bagitau kitorang yang dia nak berhenti di Lanchang sekejap.Dia ada urusan di sebuah kedai hardware.Fuh!Kitorang saling berpandangan,tak sedap hati dah..Mula rasa cam ada sesuatu tak kena je tapi kitorang diam je.Sampai kat Lanchang,dia keluar berurusan dengan tokey tu,Kak Long aku dah mula buat aku bengang...Dia ni memang lorat sikit,dia kata ",eh entah2 budak ni nak berpakat ngan cina tu tak,dia suruh cina tu ikut dari belakang pastu dia behenti kat tengah hutan ke,mati kita".Lepas tu dia plan satu kemungkinan,kalau budak tu buat apa2,kita terjun dari kereta bila dia slow kan kereta...pening aku.
Adalah dalam 10 minit mamat tu selesai berurusan.Dalam perjalanan tu kitorang bersembang dengan ramahnya.Kak Long kata kalau kita berbuat baik,tentu orang tidak sampai hati nak bersikap tidak baik.Maka, kitorang pun berlakon cam nampak 'cool' je.Sesekali kitorang intai2 ke belakang takut diekori oleh kereta lain. Sebenarnya mamat tu baik sangat,orangnya pun cakap lembut je,hansome la pulak...he..he..akhirnya kitorang selamat sampai ke Bentong luar.Dia nak cepat,so dia tak dapat nak menghantar sampai ke bandar Bentong.Apa apa pun kitorang rasa bersyukur sangat...mamat tu sempat juga hulurkan kad dia pada aku..Alahai...
Untuk menyampai ke bandar Bentong kitorang terpaksa mengambil teksi atau bas,alamak! Puas
tunggu,akhirnya kitorang' hitchike' lagi,berhenti sebuah kereta,orangnya agak berumur.Rupa rupanya dia seorang POLIS..pakcik ni nasihat kat kitorang,jangan berani buat 'hitchike' ni bahaya,takut jadi apa apa .Ya la kitorang kan pompuan,comel lagi..ahak..lepas tu, tobat kitorang tak pernah buat kerja gila tu lagi....
Tahun 1989,lokasinya di Taman Keramat,kitorang dah dok kat K.L rumah mak angkat kitorang.Malam tu kitorang rasa lapar,so Kak Long ajak aku pegi beli makanan.Kebetulan anak sedara mak angkat tu ada motor,jadi aku mintak pinjam.Bayangkan aku ni kecik je kalau naik motor kapcai tu pun kaki tak berapa nak sampai,ni pulakRsx..Masa nak start enjin abang tu hidupkan...pastu akupun jalankan je.Sampai kat beberapa lorong Kak Long aku dah memekak kat telinga,"Alamak!mati le kita,apa nak buat ni polis follow kita ni.Abih la kita kena saman ni,camana ni,takut la".Aku tengok pakai cermin tepi sah memang kereta polis,mampus!Dah la aku tak ada lesen,tak pakai topi keledar lagi...masak aku kali ni...
Pastu aku dengar Kak Long mengilai cam pontianak,siut tol..rupanya polis tu follow kitorang sebab dia nak balik rumah dia je ,lorat la Kak Long.Sesampai je kat Food Court tu kitorang pun beli makanan dengan senang hati.Waktu nak balik tu,suey la pulak,enjin motor tak boleh di hidupkan.Puas aku mencuba,nasib baik ada sorang mamat ni yang baik hati datang membantu tapi garangnya muka dia."ha,apsal ni"?"tak leh start la, bang"Aik,tadi sapa yang startkan?"Abang kat rumah"."Bawak pandai,start tak tau".Akhirnya dia yang hidupkan enjin tu.."Terimakasih bang","Ha,bawak tu lelok"akhir bicaranya.Dia yang aku maksudkan ialah penyanyi asal lagu "memburu impian"...he.........he.......
No comments:
Post a Comment