Sunday, March 22, 2009

Alhamdullillah, syukur ke hadrat ALLAH atas limpah kurniaNya memberi peluang kedua buat abah yang telah menjadi 'buta' selama 4 bulan lamanya.Abah telah selamat menjalani pembedahan membuang katarak mata sebelah kanan pada 20 Mac lepas,di Hospital Temerloh. Pembedahan telah ditunda sebanyak 3 kali kerana masalah kesihatan abah,lagipun abah telah berusia 69 tahun.Pembedahan itu mengambil masa 2 jam.Semasa di bawa keluar dari dewan bedah terdapat lelehan darah mengalir dari tepi mata abah.Kami rasa sebak melihat abah,tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama abah dimasukkan ke hospital.Kami menunggu dengan resah semasa jururawat membuka penutup mata abah buat pertama kalinya selepas dibedah.Itulah saat paling mencemaskan kerana semua orang tidak pasti adakah abah boleh melihat semula.Saat paling bahagia buat semua yang ada di sisi abah bila abah kata...alhamdulillah, saya nampak...


Kedua adik kembar abah yang ada ketika itu,jelas terharu dan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan tersebut.Bayangkanlah bila seseorang yang telah melihat dunia hampir 69 tahun, ditarik nikmat melihat untuk seketika dan diberi semula nikmat itu..Cuba letakkan kita didalam situasi itu.....Ya! Inilah ujian ALLAH,tapi abah masih bernasib baik,kerana 2 malam abah di hospital abah ditemani oleh satu satunya anak lelaki abah, Arafat(seorang lagi syndrom down),dan cucunya, Harith.Abah bertuah walaupun menantu lelaki abah tidak bersama kerana bertugas,tetapi dia mengizinkan isterinya menggunakan kereta dan merelakan beberapa hari untuk menguruskan keperluan abah hingga selesai.Semua anak anak abah balik menziarahi abah.Kak Long dan Huda balik dari K.L,anak jantan abah yang sorang tu,dari Kedah(masih belajar), Angah dari Kuantan dan kedua adik kembar abah datang dari Raub.Walaupun abah tidak dikurniakan ramai anak lelaki tetapi abah mempunyai 9 orang cucu lelaki dan 3 cucu perempuan dari 3 orang anak perempuan abah yang telah berumahtangga.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,pembedahan abah yang tertunda sebanyak 3 kali ada baiknya kerana pembedahan kali ini sewaktu cuti persekolahan.Tentunya,memberi banyak ruang untuk kami bersama abah,tetapi kami cukup sedih dengan jiran sebilik abah semasa di wad.Abah ditempatkan di sebuah bilik yang hanya memuatkan 4 pesakit sahaja.Kebetulan hari abah dimasukkan ke wad,hanya ada seorang pesakit disebelah abah.Ini bermakna hanya abah berdua sahaja di bilik tersebut.Beliau, seorang pakcik yang agak berumur dan telah hilang penglihatan seperti abah juga.Peliknya,pakcik ni hanya seorang diri sahaja tanpa ada sesiapa yang menemaninya.

Sewaktu kami sampai,makan malam sedang dihidangkan,waktu itu sekitar jam 6.30 petang.Datang seorang jururawat yang baik hati ni menawarkan diri untuk menyuap makanan pada pakcik,lalu kami pun bersembang bersama pakcik tu.Pakcik ni bukan setakat hilang penglihatan malah pendengarannya juga kurang.Kadang kadang kami rasa terhibur bila berbual dengan pakcik ni kerana dia agak kelakar dan jujur dengan ceritanya.Sesekali,suaranya seakan akan suara Hamid Gurkha.

Kami tidak pasti pakcik ni dihantar dengan ambulan dari Hospital Raub atau dihantar oleh anaknya tapi yang pasti anaknya ada sewaktu dia di masukkan ke wad.Menurut cerita pakcik ni,dia mempunyai 2 orang anak,seorang lelaki dan perempuan.Anak perempuannya tinggal di K.L dan anak lelakinya di Sg.Koyan,Raub.Isterinya sedang menjalani rawatan di Hospital K.Lipis.Ya Allah!Besar sungguh dugaan yang pakcik ni tempuhi,sewaktu dia tiba di wad,anaknya menerima panggilan yang ibunya agak kritikal kerana 'berak berdarah',menyebabkan dia meninggalkan ayahnya dan terus ke Hospital K.Lipis.Isteri pakcik ni mempunyai berbagai jenis penyakit,bila di tanya makcik sakit apa dia menunjukkan jarinya ada 5 penyakit....

Oleh kerana pakcik tiada waris untuk menguruskannya,maka kami arahkan budak berdua tu mengambil peranan sebagai pembantu pakcik selain menguruskan abah.Malam tu,perut pakcik ni meragam la pulak,3 kali Arafat menghantarnya ke tandas dan Harith hanya bertugas sekali saja menghantarnya ke tandas,sepanjang malam tu.Kesian sungguh pakcik tu,kalau abah tidak ada,tentu pakcik tinggal seorang di bilik dan hanya Allah yang mengetahui segala galanya.

Keesokannya,selepas penat berulang alik ke tandas malam tu,pakcik bangun agak lewat,jadi dia minum pagi pun lewat sedikit.Budak berdua tu melayan pakcik makan roti dengan air susu je,tapi belum sempat dia menghabiskan roti,datang pulak seorang jururawat yang membawa arahan doktor bahawa dia mahu membawa pakcik ke ruangan lain sebentar .Mulanya dia suruh pakcik tu sambung makan kemudian,tapi melihatkan rupa pakcik yang sedih dan lapar tu,dia beri masa untuk pakcik menghabiskan sarapannya.

Bila mereka bersedia nak membawa pakcik,tiba tiba je pakcik tu mengerang..."Adui...aku nak ke jamban....nak tercirit....".sabar je la,jururawat tu ingat pakcik tu saja membuat alasan,ada ke patut dia suruh pakcik tu" pospone" hajat dia.....nasib baik budak berdua tu bagitau yang memang pakcik tu benar benar sakit perut.Akhirnya selamat pakcik tu membuang hajat...

Tengahari tu,saya datang lewat sikit,terus ke katil abah.saya sangka abah dah selesai dibedah,rupanya abah baru je di masukkan ke dewan bedah.Kebetulan makanan tengahari baru je sampai,jadi saya tanya pakcik tu nak makan ke..Dia terus jawab" boleh juga".Saya dudukkan dia di kerusi,rapatkan meja,basuhkan tangan dan letakkan tangan dia pada nasi dan lauk.Hati saya cukup sayu bila dia menyuapkan makanan dengan tangan yang terketar ketar.Saya dapat rasakan dia terlalu lapar ketika itu.Bila saya ambil tangan kirinya dan letakkan pada gelas dia terus tanya" air ya"?Lepas tu dia meneguk hampir separuh air tu,saya mengadap dia makan hingga selesai.Dia memang terlalu lapar,dia menghabiskan semua makanan dan sendawa beberapa kali.Saya basuhkan tangan dia dan tiba tiba datang seorang jururawat mengarahkan saya memakaikan "pampers" pada pakcik tu.

Eh,biar betul..."saya tolong pakcik ni makan je"jelas saya."Ops...sori saya ingat awak waris dia."Rupa rupanya pihak hospital mahu menghantar pakcik ni ke Hospital Kuantan pula,dan ambulan telah menanti untuk menghantar pakcik.Pertemuaan saya berakhir di situ saja,tapi sejam kemudian datang seorang lelaki bertubuh sasa,misai melintang,menjenguk ke katil pakcik."mana orang tua kat katil ni"tanya dia."Saya rasa pihak hospital dah hantar dia ke Kuantan,tapi kalau nak kepastian tanya jururawat bertugas tu"arah saya.Seketika kemudian lelaki tu datang kepada saya dengan wajah yang hampa dan mengiakan bahawa abahnya telah dihantar ke Kuantan."Dah nasib saya,kedua duanya masuk hospital,tak ada upaya saya nak berkejar ke hulu ke hilir,mak saya agak tenat jadi saya lebihkan dia dulu.Abah,saya pasrah pada hospital untuk menguruskannya."Itulah luahan seorang anak,yang saya kira pasrahnya itu Allah bantu melalui adik dan anak saya ketika dia memerlukan pertolongan.

Bagi kami sekeluarga,kami amat bersyukur dipertemukan dengan pakcik Gantan B.Burak,yang telah memberi kami pengalaman yang paling berharga.Kenangan bersama pakcik biarpun sekejap cuma tetapi membekas di hati kami.Semoga pakcik dapat melihat semula,dan makcik sembuh seperti sediakala.Kepada sesiapa pun,ingatlah kalau kita rasa kita susah,ramai lagi orang yang lebih susah dari kita, begitulah sebaliknya.

5 comments:

Nurulhana Hussain said...

Alhamdulillah abah Hai selamat dan sihat. Moga Hai sekeluarga diberkati Allah selalu.

hai said...

Insyallah.

MARINI said...

Salam Kak Hai...

Tak sangka Kak Hai boleh terlocate blog Mimi...He he...ni sesaje suka-suka sebab taknak memori hilang macam tu je...Nak tulis buku takde masa, bukak blog je la... Pak Long ngan Mak Long sihat ke? Baca blog kak Hai buat Mimi teringat arwah abah.... Kak Hai tau ke apa alamat blog Najib?

hai said...

Alhamdullillah diorang sihat.X tau plak dia ada blog nanti kak hai siasat....

MARINI said...

Thanks Kak Hai sebab jadi follower blog Mimi. Makin seronok pulak nak kongsi cerita. Takde insiden apa - apa pun cumanya biasala Mak tu biala abah dah takde dia selalu ingat orang buang dia... Ala Kak Hai bukan tak kenal Mak...