Saya pernah tinggal di Daerah Raub,Pahang selama 5 tahun,dari tahun 1995-2000.Apa yang menariknya di Raub ni saya benar benar jatuh cinta pada makanannya.Di sini saya banyak merasai makanan ala kampung yang mungkin orang lain pun tak pernah makan.Saya rasa orang zaman dulu mempunyai daya kreativiti dalam mempelbagaikan jenis masakan.Sebahagian besar masyarakat Pahang memang menggemari buah durian,tapi di sini mereka akan mengambil buah durian yang terbaik isinya untuk di buat tempoyak.Hasilnya,tempoyak mereka dapat bertahan lama sehingga bertahun walaupun tidak di simpan di dalam peti ais.
Durian juga dapat dihidangkan untuk santapan bersama nasi dengan beberapa cara,seperti Santan durian-iaitu santan yang dicampur sedikit garam,dan dimasukkan seberapa banyak ulas durian yang diperlukan, digaul mesra didalam santan....boleh makan.
Sambal durian-iaitu cili api ,ditambah sedikit garam dan sedikit ikan bilis ditumbuk lumat makan bersama isi durian yang telah dihancurkan.Cara begini juga boleh dimakan bersama tempoyak.
Tempoyak juga merupakan makanan yang paling di sukai oleh masyarakat di sebelah sini, juga sangat sesuai dimasak bersama ikan sungai,ramai yang tahu ikan patin,baung,jelawat...tetapi ramai yang tidak tahu bahawa masak asam tempoyak bersama ayam atau daging juga sedap...
Ada sejenis keladi,iaitu keladi kemahang (sejenis keladi yang hanya diambil sulurnya sahaja)kalau tak kena gaya gatal gila tekak lepas makan.Bagi orang di Raub ni,mereka kata orang yang paling terer masak ni orang Ulu Dong.Masakan ni pun dimasak bersama tempoyak. Pendekata,kebanyakkan menu mereka berkaitan 'Tempoyak'dan 'Ciliapi'.Sambal ikan bilis \udang tempoyak mereka juga menggunakan ciliapi.Mak Uda saya menggelarkan 'masakan lanun' untuk masak lemak tempoyak yang di campur dengan berbagai jenis daun,seperti daun kaduk,pucuk ubi,pucuk keledek,daun kunyit,buah terung pipit dan beberapa jenis daun yang sesuai(semua jenis daun dihiris seperti membuat bunga rampai).
Buah belimbing buluh juga sangat istimewa disini,selain dari di buat sambal belacan(gantikan asam limau)ianya boleh dimasukkan ke dalam masakan gulai lemak ikan.Jika buahnya terlalu banyak dan untuk mengelakkannya jadi busuk maka mereka akan merebusnya bersama garam sehingga airnya kering.Buah ni akan bertukar menjadi hitam tapi boleh di simpan bertahun lamanya.Ianya sangat sesuai di buat sambal menggunakan ciliapi dan ikan bilis yang ditumbuk dan dicampur sedikit belimbing hitam tu.Caranya, gorengkan semua bahan tersebut bersama sehingga garing dan bertukar menjadi hitam.Sambal ni sesuai di makan bersama nasi atau pulut..dan ianya tahan lama.(tidak basi).Orang di sini menggelarkannya 'sambal hitam'.Buah belimbing juga boleh di buat jeruk dan di buat halwa.
Kebiasaannya pucuk paku dimasak gulai lemak,di goreng atau di buat kerabu tapi tahu tak,orang disini buat rendang pucuk paku...sedap tau bila dah masak nampak macam serunding daging.Begitu juga daun maman pun sedap bila di rendangkan.Biasanya orang buat jeruk maman atau masak lemak je....rebung yang di jual di sini juga berbeza kerana disertakan bersama sejenis daging bahagian perut lembu...Sedap bila dicampur sekali,dalam masakan...itulah antara keunikan masakan disini yang paling saya rindu....
No comments:
Post a Comment