Wednesday, November 13, 2013

MIGRAIN TANPA UBAT???

Assalamualaikum..

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di sini tentang suami saya seorang penghidap "migrain" ...Saya tak pasti ,sejak bila dia mula mendapat penyakit ni...tapi semenjak berkahwin dengan dia 23 tahun lalu memang itu la yang berlaku...kerap sakit kepala dan kadang kala sakit kepala melampau  berhari2...Saya rasa mungkin juga ada kaitan dengan genetik keturunannya kerana semua adik beradik dia menghidapi masalah yang sama.

Untuk hilangkan sakit kepala maka dia kerap mengambil "ponstan"sejenis ubat tahan sakit...Waktu tu saya saya tak pernah kesah,janji dia sembuh dan sihat semula sehinggalah kami terbaca sebuah artikel,di readers diagest.."Painkillers is the silent killer"!!Memang agak memeranjatkan....sekian lama dia mengambil painkiller...akhirnya suami saya cuba  bertahan untuk tidak mengambil ubat jika rasa kurang sakit ,dan sekiranya sakit sangat dia akan mengambil "paracetamol".Masalahnya bila makan "paracetamol" atau org suka gelarkan ubat KK atau panadol...biasanya dia terpaksa mengambil lebih..kadang hampir sepapan paracetamol pun x memberi kesan.

Baru2 ni saya di perkenalkan oleh seorang kawan dengan kopi mineral(garam buluh)...mengikut kawan tu kopi ni boleh mengubati berbagai penyakit termasuk migrain,stress,kencing manis,darah tinggi,gastrik,buasir,buah pinggang dan berbagai penyakit lain.Saya tertarik dengan kopi tu kerana kandungan garam buluhnya,sebab sebelum ni ada seorang lelaki cina yang berkongsi cerita dengan suami saya  tentang kebaikan garam buluh...di mana kalau seseorang yg menghidap penyakit buah pinggang boleh pulih hanya dengan mengamalkan pengambilan garam buluh.Syaratnya sebelum sampai  tahap dyalisis.

Beberapa minggu lepas suami saya balik dari pejabat dengan muka yg stress, dia tanya saya ada panadol tak sebab dia sakit kepala sangat.Kebetulan saya baru ambil sekotak kopi dari kawan,terus saya tanya nak ubat ke kopi??Terkejut dia...Aik!takkan la tengah pening ni nak  minum kopi!!Saya kata ..kawan saya bagitau kopi ni boleh merawat migrain..Hanginkan...tengah pening nak bagi kopi...hehehe... Akhirnya dia mengalah bila saya bagitau yg kopi tu ada campuran garam buluh,dan waktu tengah pening ni la kita cuba tengok kalau memang ianya memberi kesan.Alhamdulillah....saya rasa 2 jam lepas minum tu dia dah rasa semakin pulih...dan nampaknya kopi ni lah yang bakal menjadi pengganti ubat tahan sakit.Rasa kopi mineral yang sedap tanpa campuran tambahan lain seperti susu atau gula memang sangat di gemari ramai dan mendapat sambutan yang baik...lebih2 lagi garam buluh memang terbukti mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Pada yang berminat untuk mencuba bolehlah hubungi saya:
019-9136370

Wednesday, November 6, 2013

KHASIAT GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM...

ASSALAMUALAIKUM...
Fuyooo....lama betol tak berblog ni....bertahun rupanya.. heee...just nak sharing sesuatu yg mungkin bemanfaat dalam kehidupan kita seharian..

KHASIAT GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM...

1. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar di
goreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

2. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

3. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

4. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

5. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

6. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

7. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

8. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( No.6).


9. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Produk-produk selain mineral coffee yg menggunakan garam juga boleh digunakan utk tujuan di atas...
Malah lebih luas lagi dengan khasiat garam buluh...
Insya Allah...jom try!

berminat??
haizan
tel 019-9136370

Sunday, March 25, 2012

LAGI CANGGIH....LAGI SENGAL!!

Saya bersetuju dgn blogger "Teh Tarik Gelas Besar"dalam posting terbarunya....sila klik.Mengapa setelah merdeka lebih 50 tahun,serta wujudnya segala sistem yang canggih,kita di Malaysia masih lagi terbelenggu dengan karenah birokrasi yg sangat menjengkelkan!!

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan sistem persekolahan di Malaysia.Hampir setiap tahun setiap kali sekolah dibuka,anak2 saya akan bawa balik "borang maklumat murid".Bayangkan saya ada  7 orang anak dan saban tahun mengisi borang yang sama......termasuk la menyediakan salinan slip gaji ayahnya!Bukan saya tak boleh nak isikan borang tu,persoalannya,kemana perginya borang maklumat yg kita isi setiap tahun tu???Bukankah dengan kecanggihan sistem yg ada sekarang ni ,setiap data maklumat murid boleh di simpan  didalam sistem komputer di sekolah.Cukup la sekadar salinan slip gaji diberikan setiap tahun untuk dikemaskini...itu pun jika perlu!!

Begitu juga dengan sistem di IPT....sewaktu permohonan kemasukan, telah diisikan semua maklumat diri pemohon, tapi bila waktu pendaftaran,apa ke sengalnya bila diminta memenuhkan berbagai jenis borang...Akhirnya proses kemasukan menjadi lambat!!!Sepatutnya sistem dah canggih,tak seharusnya berlaku keadaan sebegitu....Sesuatu yang pelik,bila kecanggihan sistem seperti membebankan manusia!!

Baru2 ni saya ke klinik kerajaan(dah suami orang kerajaankan)hehehe....Klinik kesihatan yang besar,baru siap,dengan peralatan yang baru/cantik dan suasana yang selesa...memang seronok!!Sayangnya sistem yang dijalankan sangat menyedihkan....Orang tak ramai langsung,sekitar 5-6 orang waktu saya sampai...tapi untuk mendapatkan rawatan mengambil masa 1 jam.Puncanya kerana sistem yang dibuat nampak lebih menyusahkan.
Bayangkan ek,semasa mendaftar,di kaunter 1,kita telah pun diberikan nombor giliran bersama kad rawatan yang sedia ada( sistem sekarang, klinik tak simpan kad rawatan pesakit)..selepas tu kita kena ke kaunter ke 2 untuk mengambil timbangan berat badan dan kad kita diambil oleh petugas dikaunter tersebut...seterusnya kita terpaksa menunggu sebelum dipanggil ke dalam bilik rawatan.(tang ni la berzaman menunggunya)!!

Petugas di kaunter 2, akan menghantar kad kita ke dalam bilik rawatan,kata la hari tu ada 2 orang doktor /pembantu doktor yang bertugas,jadi tugas dia membahagikan kad2 pesakit kepada kedua2 bilik doktor tersebut.Masalahnya kad2 pesakit tu dibahagikan dengan cara cukup tak cerdik...ada ke patut, bilik 1, dia berikan kad no giliran yg bermula dari 1-5 dan bilik ke 2, no giliran 6-10.Bayangkan kita di no 5....kita tak dipanggil lagi ,tapi orang yang no 6-7 dah boleh balik!!!Apa ke bebalnya....bagi la bilik no 1 tu, no giliran yang genap...dan bilik ke2 tu, no giliran yang ganjil ke...ok la jugak!!

Sesekali fikir,apa kejadahnya dok bagi no giliran kalau tak digunakan dengan cara yang betul...sepatutnya kaunter ke 2 tu tak perlu ambil dan bahagi2kan kad pesakit....cukup la doktor je menekan no giliran dari dalam mengikut urutan,dan  pesakit boleh masuk kebilik rawatan yang mana2 je mengikut giliran yang ditentukan....itu lebih adil dan cepat kan!!Payah la... bila  sistem canggih....tapi menyengalkan.....huhuhu...





Wednesday, March 14, 2012

JOM BERZUMBA.......

PADA YANG BERCADANG NAK BERJONGING ATAU BERSENAM KAT LUAR RUMAH TU,TAPI MALU......BOLEH LA CUBA BERZUMBA KAT DALAM RUMAH,DENGAN STEP NI......GERENTI BERPELUH WEH!!!LAYANZZZ..........

Saturday, February 25, 2012

JANDA???

Tadi aku saja berposing depan anak2 ,dengan baju dan seluar senamrobik baru.....Nampak cam 10 tahun muda la kot hehehe....Nak tengok kat cermin dalam bilik ada Mr.Hubby tengah mengadap komputer....Emmm...tetiba rasa segan la plak....Bila Hana tengok aku tak jadi masuk bilik,dia berlari ke bilik ,dan cakap kat ayah dia...."Ayah! Ibu nak jadi janda.....Huh!Sentap hati mak nak!!!Nasib baik ayah wat cool je.....Pastu aku tanya dia...tau ke apa makna janda tu???Dia gelak2 sambil jawab...tau la...janda tu orang muda,tak kawin lagi...berderai tawa kami .....Sengal!!Aku intai dari jauh .....Mr.Hubby senyum je,tapi masih mengadap komputer!!huhuhu.....

Tuesday, January 17, 2012

AMBOIII!!SERONOKNYA DAPAT BAUCAR RM200........

Beberapa hari lepas anak saya Angah menelefon,memaklumkan yang dia dah dapat baucar RM200 yang diagihkan kepada semua pelajar IPT seperti yang dijanjikan kerajaan pada belanjawan yang lepas.Dia bercerita yang baucar tu hanya boleh digunakan di kedai buku "POPULAR" sahaja.(di tempat dia)Sebelum ni saya difahamkan yang duit tu hanya boleh digunakan untuk membeli buku sahaja,tapi kalau ikut kata Angah,boleh beli apa saja janji di kedai buku tu je.Maksudnya beli la apa saja,walaupun bukan buku....

Menurut Angah lagi,.ada yang memborong testpad dan kertas A4,boleh buat stok sampai 8 sem,,ada yang memborong segala jenis pen,highlight dan berbagai alat tulis,ada juga yang beli kamus bersuara....Kira ok la tu,ada kena mengena ngan student IPT,tapi ramai pelajar perempuan khasnya yang lebih berminat memborong novel,dan yang paling menyedihkan,bila Angah kata ada sorang kawan dia yang gunakan semua duit tu memborong coklat "cadbury"!!Mungkin budak tu dah terlebih kaya...dan tak tau nak beli apa,sebab semua dah ada kot!!

Bila saya tanya Angah,dahtu dia beli apa je??Dia kata dia tak tau lagi nak beli apa....sebab dia masih memikirkan apa yang sesuai untuk dia....jadi dia ke situ,sekadar mencuci mata dan melihat gelagat kawan kawannya yang sakan berbelanja!Saya cuma berpesan,pandai2 la membeli barang yang berfaedah untuk dia...saya percaya yang Angah memang seorang yang sangat berhemah berbelanja,dan anak saya yang paling cheti...dikalangan adik beradiknya....Emmmmm....tapi kalau Along,tak tau lagi!!!huhuhu...

**harap anak2 kita dapat menggunakan duit tu dengan berhemah....sebab mereka boleh dikategorikan sebagai golongan terpelajar!!tapi duit RM100 untuk pelajar sekolah rendah/menengah tu pun,ada je makbapak salahgunakan....ada ke patut beli henpon...kononya duit tu tidak la membazir sebab beli barang yang nampak/nyata!!Abis tu nak buat camna makbapak tak sekolah tinggi...hehehe....

Friday, December 23, 2011

NABILAH HUSNA.....

Semalam,kali ke 2 dalam hidup saya menunggu keputusan peperiksaan diumumkan secara "live"dari dewan sekolah......Kali pertama,tahun lepas semasa menunggu keputusan UPSR Haziq.Sebelum ni,3 orang anak saya yang teratas...dari UPSR hingga SPM,mereka uruskan sendiri.....Baru saya tau,betapa hebatnya debaran perasaan ketika berada di dewan,menyaksikan sendiri suasana yang berbagai ragam,sangat mengujakan.

Semalam saya menghantar Nabila,anak ke 4 ,juga merupakan anak sulong perempuan saya, ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR nya.Nabila anak saya yang sejak kecil,mempunyai tahap IQ yang agak sederhana,berbanding anak sulong dan kedua saya.Di sekolah rendah, tidak pernah sekali pun dalam 6 tahun tu ,dia merasa duduk di kelas pertama.Dalam peperiksaan UPSR,dia cuma berjaya mendapat 3a2b.

Saya dan suami tau kemampuan dia agak terbatas,maka kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.Walaupun begitu kami selalu memberi dorongan dan galakan supaya dia  melakukan yang terbaik untuk dirinya.Untuk merangsang semangatnya,ayah berjanji akan menghadiahkan trip ke Indonesia sekiranya mendapat 5a.

Semalam, selepas  diumumkan pelajar yang mendapat straight A....semua pelajar diarah mendapatkan keputusan masing2 di meja yang disediakan.Saya begitu yakin dia mampu meraih 5a,saya cuma memerhatikan reaksinya dari jauh sewaktu dia mengambil slip peperiksaannya.Sampai pada gilirannya, dia mengambil slip, bersalam dan mencium tangan gurunya,berlalu sambil memerhatikan slipnya....
Tiba2 dia menangis dan dipeluk oleh rakan2nya.Dia menangis sehingga  terduduk...saya yang memerhatikannya dari jauh,tiba2 rasa sebak,saya jarang melihat anak saya menangis begitu,tidak dapat menjangka apa sebenarnya yang berlaku....

Hati saya rasa tak tenang,terus saya mendapatkannya....."ibu....Bella dapat 7a....!!"tergamam kejap saya ,rasa nak nangis pun ada...memang mengharukan!!Saya  cam tak caya,saya ambil slip ditangannya....saya perhatikan namanya....takut tersilap slip...dan saya bilang a nya,eii...cam orang bengong plak!
Saya peluk dan cium dia...sambil ucapkan Alhamdulillah dan tahniah pada dia.
Alhamdulillah.....berkat usahanya dan doa ibu/ayah serta guru2nya......akhirnya membuahkan kejayaan buat dia.
Nampak macam saya tak yakinkan....sebabnya pada peperiksaan semester,nak dapat 2-3a pun payah!!Pada peperiksaan percubaan,dia cuma dapat 1a5b3c .....dan keputusan PMR ni dia leh dapat 7a1b1c...b untuk bahasa inggeris dan c untuk bahasa arab!


Masa ayah dia tanya,macamna result Nabila??Saya cuma jawab,tolong booking tiket ke Indon ok!!heeeee.........Semoga selepas ini,Nabila akan lebih berkeyakinan yang dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari ini!!