Abah saya dilahirkan pada 3.9.1940 di Kg Gali, Raub ,Pahang.Dia mendapat pendidikan awal di Sek.Agama Rakyat Dong,dan meneruskan persekolahan di Sek.Mahmud,Raub(Special Malay Class)dari darjah 3 hingga tingkatan 1.Oleh kerana minatnya lebih kepada bidang agama,dia menyambung semula persekolahannya ke Sek.Agama Rakyat Dong.
Selepas menamatkan persekolahan,abah berjaya mendapat pekerjaan sebagai Junior Rubber Assistant di R.R.I(sekarang ni Risda).Dia ditawarkan bekerja di Kuantan sekitar tahun 1958.Dia ditempatkan di banchelor mess, Jln.Telok Sisek.Menurut abah,dia kerap pergi ke Pekan pada hujung minggu kerana cukup teruja dengan udang galah yang di jual sekitar RM1-RM2 selonggok. Kebetulan abah ada sedara yang juga bertugas di Pekan,Abdul Rahman b.Ismail, jadi abah akan bermalam di rumahnya.
Peluang membeli udang galah yang agak murah ni, abah mengambil inisiatif mengirimkannya ke kampung.Sebelum itu abah akan menggoreng bagi memastikan ia tahan lama.Kemudian dia akan isikan semua udang tu ke dalam tin empat segi Jacob.(orang2 lama tau la).selepas itu dia akan kirimkannya melalui pos.
Kira2 setahun bekerja,setelah abah dapat menabung sedikit dari hasil gajinya setiap bulan,akhirnya abah mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang agama.Sebenarnya abah belum bersedia untuk bekerja kerana dia masih menyimpan minat yang mendalam untuk meneruskan pelajaran.
Akhirnya dalam tahun 1959,abah membawa diri ke K.Trengganu dan bersekolah di Sek.Men.Zainal Abidin,tanpa pengetahuan keluarganya.Semuanya terbongkar apabila kiriman "nasi manis"atau "wajik"yang dikirimkan keluarganya telah di pulangkan semula.Ini menyebabkan kekecohan berlaku kerana keluarga menganggap dia melarikan diri.Kisah tu selesai bila abah mengirimkan berita dari K.Terengganu.
Setiap kali pulang bercuti, abah akan membawa balik kain batik,kain songket dan barangan tembaga untuk dijual ke kampung.Dia mengambil stok dari kawan2nya,peniaga sekitar K.Trengganu.Dia hanya tolong menjual dan mengambil sedikit keuntungan tanpa mengeluarkan modal.Itulah cara abah untuk menyara kehidupan zaman persekolahannya.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment