Monday, January 4, 2010

ANAK DYSLEKSIA!!

Sejak kebelakangan ni masa saya agak sibuk dengan masalah kesihatan anak2 dan menguruskan keperluan persekolahan mereka,baru sekarang ni saya berkesempatan untuk  menyambung semula entri sebelum ini....

Anak saya sihat sepenuhnya selepas setahun melakukan pembedahan yang berkaitan dengan jantung di IJN.Dia membesar seperti kanak2 biasa cuma perkembangannya agak lembab dibandingkan dengan teman2 seusia.Sehinggalah dia memasuki alam persekolahan sewaktu berumur 6 tahun,dia lambat dan sukar untuk diajar menulis.Sehinggalah memasuki ke tahun 1,tulisan dia agak buruk dan selalu tersalah atau menulis abjad2 dan angka dengan terbalik.Kebiasaannya abjad yang ditulis terbalik ialah 'a','b'menjadi 'd' no '9' menjadi 'p'..'m menjadi 'w'dan angka 4 boleh jadi 4 ke bawah(ni memang pelik sebab saya rasa ramai orang akan merasa sukar untuk menulis 4 tertonggeng ke bawah).Keadaan menulis dengan cara tunggang terbalik ni berlanjutan sehingga dia di tahun 3.Malah ketika itu dia masih belum pandai membaca dan hanya boleh mengeja dan membunyikan perkataan yang mempunyai 2 sukukata sahaja.seperti batu,kaki....bila ada perkataan seperti sayur atau baling dia selalu tertinggal huruf terakhir seolah2 tidak nampak huruf tersebut.
Kadangkala dia mampu mengeja tetapi terlupa perkataan awalnya untuk dibunyikan.Sewaktu belajar dia tidak boleh menumpukan perhatian untuk jangkamasa yang panjang,sekejap nak minum air,kejap lagi nak ke bilik air...
Akhirnya saya tersedar sendiri,saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak  kena pada anak saya...kerana kedua abangnya sebelum ni tidak pernah melalui suasana pembelajaran yang sukar sepertinya.Saya menjadi sangat takut dan mula dibayangi perasaan bahawa anak saya akan mengalami masa depan yang sangat gelap...dan saya rasa cukup terdesak dan sesak memikirkan nasibnya.Saya mula berusaha membimbingnya dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya walaupun rasa sudah terlambat...tidak lupa juga saya memanjatkan doa agar Allah membantu usaha saya itu....Sehinggalah pada satu hari saya terbaca di sebuah majalah mengenai artikel mengenai kanak2 'dysleksia'.Itu la kali pertama saya berjumpa istilah tersebut,dan didalam artikel tersebut diperincikan ciri2 kanak2 tersebut sangat menepati dengan permasalahan yang dialami
oleh anak saya.Syukur ke hadrat illahi kerana artikel tersebut membawa kami dari Pekan,Pahang ke persatuan dysleksia di Taman Titiwangsa, K.Lumpur.

Sewaktu disana anak saya dikehendaki menduduki ujian IQ bersama pihak di situ hampir sejam tanpa kehadiran kami bersama,dan akhirnya dia disahkan oleh pihak persatuan bahawa anak saya memang tergolong dalam kategori anak dysleksia.Waktu itu,terdapat hampir 20 orang murid yang mengikuti kelas di situ.Mereka diajar dalam masa 15-20 minit sahaja dan dibenarkan berehat dalam 5 minit dan sambung kelas semula...rupa2nya anak2 yang begini memang sifatnya begitu,konsentrasi mereka tidak panjang,mudah bosan dan meresah!!Padan la anak saya tak duduk diam bila belajar....
Waktu tu tidak wujud lagi persatuaan dysleksia di Kuantan seperti sekarang,dan saya hampir buntu untuk mencari guru yang dapat memberi bimbingan kepada golongan yang bermasalah seperti anak saya,kerana guru2 di sekolah dia pun tak berapa tau tentang masalah kanak2 dysleksia waktu itu.Saya cuma berbincang dan bercerita masalah anak saya kepada guru kelasnya dan saya hanya mampu memberi sedikit panduan mengikut cara saya saja.

Saya berpindah ke Kuantan ketika anak saya di darjah 5,penghujung tahun itu baru saya bertemu dengan seorang guru yang memang mengajar kanak2 dysleksia di sekolah itu,waktu itu dia dah pandai membaca cuma kurang faham apa yang dibaca.Jadi saya memohon jasa baik guru tersebut untuk membimbing anak saya,dan akhirnya anak saya dihantar tuisyen ke rumah guru tersebut...Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan guru terbabit di saat2 saya memerlukan bantuan seseorang ....Dia bukan saja pandai mengajar malah melayan anak saya seperti anaknya sendiri.Atas usaha dan tunjuk ajarnya pada tahun tu anak saya berjaya mendapat 1A1B3C untuk keputusan UPSRnya.Saya sangat terhutang budi kepada beliau dan orang yang saya maksudkan itu ialah Arwah Cikgu Mubin,dia kembali ke rahmatullah pada penghujung tahun 2008.Al-Fatihah!!

Semenjak naik ke tingkatan satu,saya dapati dia telah mula selesa dan pandai sikit menguruskan hal yang membabitkan persekolahannya,sekali sekala saya masih lagi membuat pemantauan.Saya tetap tak berpuashati dengan tulisannya,saya selalu bising pasal tulisannya yang buruk mengalahkan budak darjah satu....kadang saya katakan pada dia, kalau saya cikgu dia,dah lama saya ketuk tangan dia...Walaupun saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi padanya,tapi keputusan PMRnya yang lalu sangat membanggakan saya dan keluarga....akhirnya dia berjaya juga mencatatkan sejarah buat dirinya dengan memperolehi 2A2B3C1D.....dan tahun ni dia akan ke tingkatan 4,saya berharap sangat,agar dia lebih bersemangat dan berusaha melakukan sebuah lagi sejarah buat dirinya pada peperiksaan SPM tahun hadapan,dan saya percaya dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik!!Insyallah....

16 comments:

saharul said...

doa ibu adalah doa yg paling mustajab...usahakanlah ...

al-mankaraqi said...

kesabaran pasti membuahkan kejayaan............

Relevan said...

Tahniah atas keputusan PMR dia..lulus juga dia..penentuan adalah SPM..

Walaupun dia kanak2 dysleksia..

Anonymous said...

Salam Hai, tu la cabaran plg hebat sbg sorang ibu, mendidik anak2. Hrp semuanya berjalan dgn baik.

abu muaz said...

Salam.Lama saya tak singgah .Semoga tabah menghadapi apa saja ujian hidup.

Maiyah said...

pengorbanan ibu mmg tiada penghujungnya.. alhamdulillah

moga akak ttp tabah ye;)

YanDarwisy said...

Ada hikmah yg tersembunyi, yg mungkin kita tak tahu. tapi Dia Maha mengetahui....sabar kamu ada balasannya. Insyallah...

ummu said...

Salam Kak hai
pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya. al fatihah untuk cikgu yang sabar itu.
Saya gembira dengan pencapaian anak akak tu,satu perkembangan yang membanggakan bagi anak dyleksia.
Pengalaman saya suatu ketika dulu bersama anak-anak ini memang kena sabar,yang pastinya anak-anak ini jujur dalam dunia yang serba mencabar ini..

hai said...

salam Cikgu Jang,
Insyallah!selain dari usaha, sememangnya iringan doa yang termampu kami berikan.

salam al-mangkaraqi,
Insyallah!!

salam relevan,
memang betul keputusan SPM dapat mencorakkan masa depannya, tapi nampaknya dengan keputusan PMR ni telah membuat dia sedar dan bersemangat untuk berusaha lebih lagi...
sebenarnya ramai anak2 dysleksia yang berjaya menjadi orang2 yang hebat seperti Alexander Graham Bell,Lee Kwan Yew,Tom Cruise,Bill Gates dan ramai lagi...

salam Intan,
Saya redha dan menganggap ini hanya la ujian dari allah!!

salam abu muaz,
Insyallah!!Saya pon dah lama tak meround ke blog kawan2 yang lain...

salam maiyah,
semua ibu pon sanggup berkorban demi kesejahteraan anak2 mereka!!

salam Yan,
mak akak penah bagitau yang akak ni patut bersyukur kerana diberikan cuma sorang je anak yang bermasalah,bayangkan kalo semua anak2 begitu....setiap yang berlaku memang ada hikmahnya tersendiri!!

hai said...

salam um.masyitah,
akak memang terasa kehilangan arwah cikgu tu,kerana dia dan isteri baik sangat....orang baik2 ni memang cepat sangat allah ambil..
memang betul tu,nak mengajar anak2 camni memerlukan lebih banyak kesabaran....

izman said...

syukurlah kak sebab dapat kesan masalah dari awal dan membetulkan. saya kagum

Hashim Zabidi said...

Jangan bimbang
Saya punya anak (bungsu - lelaki)
Ibunya kembali kerahmatullah sebaik dia masuk sekolah dr.1. Dari tahun 1 sampai tahun 6 saya tak pernah tengok dia punya keputusan biru melainkan merah belaka. Dari Tngkt 1 sampai 111 sekali lagi saya tak jumpa markah biru tetapi PMR membolehkan dia ke vokesional. Di vocesional demikian juga, SPM nya membolehkan dia pergi ke IKM pekan.

Masa lapang dia boleh belajar main gitar dengan internet sambil baca kamus.

Haru punya anak.

Abang said...

Sebuah kisah dan dugaan yang berat dari Allah s.w.t... Syukur akak dan keluarga dapat melaluinya dengan tabah. Insya Allah keadaan anak akak akan bertambah baik dari hari ke hari, kita semua sama-sama berdoa.

hai said...

salam izman,
kalo ikutkan dah terlewat jugak tapi alhamdulillah la boleh gak dia catch up walaupun agak slow sikit!!

salam Pak Hashim,
mungkin dia terkejut dgn kehilangan ibu secara tiba2...sebenarnya ibu juga memainkan peranan penting dalam perkembangan anak2.Tapi x pe la tu,dia dah ada kemahiran nanti boleh la dia survive,keluarga hanya perlu menyokong dan beri semangat pada dia selalu.

salam Abang,
insyallah!!setiap rezeki yang allah beri tu memang ada ujiannya tersendiri...dan kepada allah juga la kita memohon semoga semuanya dipermudahkan!!

Guru said...

assalammualaikum hai..

anak saya pun bermasalah juga, tapi saya pun tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam peperiksaannya...
cuma saya sentiasa berdoa agar Allah memudahkan segala urusan hidupnya ..

hai said...

walaikumsalam,
ya,saya setuju ngan teacher...saya percaya setiap manusia ada kelebihan masing2,tak semestinya orang yang tidak berjaya akademiknya tidak boleh berjaya dalam hidup mereka...!!Hanya kepada Allah kita bermohon!!