"Akak.. bole cite tak pasal dysleksia, saya interested nak tau sebab saya pernah tgk drama pasal tu kat TV3 dulu, tapi saya nak tau dengan lebih terperinci.. Akak tuliskah dalam new post nanti..Xpuashati"
Ini antara komen yang saya terima dari seorang teman blogger pada entri yang lepas,saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman tu tapi saya rasa biarla saya memulakannya dengan perjalanan kisah anak saya itu dari awalnya.
Sewaktu mengandungkan anak ke 3,saya memang tidak menghadapi apa2 komplikasi sama seperti mengandung dan melahirkan anak2 sebelum tu....sepanjang kehamilan memang tiada masalah kesihatan cuma berat badan saya tidak naik sangat...sampai bulan pun,berat saya cuma 49kg je.. tapi Alhamdullillah saya ni jenis yang mudah bersalin..!!Oleh kerana waktu itu hanya anak sulong diwajibkan bersalin di hospital,jadi anak ke 2 dilahirkan di rumah dan kerana tiada masalah, maka anak ke 3 saya dibenarkan bersalin di rumah juga.Pagi tu saya merasa sakit seperti mahu bersalin sewaktu bangun untuk solat subuh...terus suami memanggil bidan di klinik berdekatan.Setibanya bidan dirumah, sakit tu terus hilang...selepas diperiksa oleh bidan,dia kata dah tiba masa untuk saya melahirkan...masalahnya saya tak de rasa nak bersalin pun..tak de rasa sakit....Saya kesiankan bidan tu,sebab katanya dia belum sempat solat subuh lagi..jadi saya suruh dia solat dulu.Dia tak berani nak meninggalkan saya kerana bila2 masa je saya akan bersalin...akhirnya bila puas menunggu ..dia membantu memecahkan air mentuban memandangkan saya masih tidak merasa apa2...sedangkan baby dah nak keluar...
Akhirnya saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang beratnya cuma 2.5 kg .Sewaktu lahir anak saya tidak menangis...tak seperti bayi2 yang akan test suara diorang yang nyaring tu bila menjenguk ke dunia ni....Sepanjang hari tu memang dia hanya tidur dan tak menangis langsung,saya pulak yang berusaha memberikan dia susu..Saya mula rasa tak sedap hati,begitu juga suami.. kami membayangkan anak saya ni mungkin bisu sebab dia tak berbunyi sepanjang hari.Kebetulan klinik swasta di belakang rumah je,jadi suami mengajak doktor tu datang ke rumah....setelah memeriksanya,doktor tu mengatakan anak saya belum cukup matang untuk lahir..x paham saya!!Dia tonggengkan kepalanya kebawah dan menepuk tapak kakinya...baru la kami dengar suara dia menangis....perlahan macam bunyi anak kucing!!
Ketika berumur 3 hari ,saya perasan ketika dia menarik nafas kelihatan wajahnya bertukar kebiru2an.Saya beritau pada suami,cepat2 dia membawa anak ke klinik dan aritu juga anak saya dikejarkan ke hospital Mentakab dengan ambulan.Itu la pertama kali anak saya dimasukkan ke dalam inkubator dan diberikan bantuan oksigen untuk bernafas,betapa luluhnya hati saya melihat tubuh kecil itu berselirat dengan tah apa2 wayar diseluruh badannya. ..Dan bermula detik itu jugala,anak saya sering diserang astma dan di tahan di wad seperti menjadi satu kebiasaan.Setiap kali dia di serang astma,terasa begitu sengsaranya dia bertarung dengan nyawa...betapa sukarnya dia memaksa diri untuk menarik nafas,kadang terasa bagaikan nafas tu bisa terputus tiba2..Ya Allah,...ketika itu hanya tuhan je yang tahu perasaan saya ,terkadang saya ingin memohon agar penyakitnya tu dipindahkan saja kepada saya,tak sanggup melihat penderitaannya.
Menjelang umurnya 7 bulan,dan entah kali keberapa sudah dia sering keluar masuk ke hospital,akhirnya doktor dapat mengesan melalui sinar x-ray yang dilakukan,didapati jantungnya besar sebelah.Ketika doktor mengabarkan berita itu,hati saya begitu kacau sekali....tambahan pula doktor pakar sendiri tidak pasti apa puncanya begitu...Anak saya terpaksa dirujuk ke IJN pula,oleh kerana anak saya merupakan pesakit dari hospital tersebut maka saya terpaksa mengiringnya dengan menaiki ambulan.Bayangkan la masa tu bulan puasa,ambulan dipandu laju...kita yang dok kat belakang tu rasa macam di ayak2.Sampai di IJN saya dah pening kepala...rasa nak termuntah,tapi saya kuatkan semangat, hati saya tak senang selagi belum tahu apa penyakit yang anak saya hidapi.
Selepas menunggu hampir sejam lebih untuk diperiksa,akhirnya saya mendapat keputusan bahawa anak saya menghidap sejenis penyakit jantung yang digelar PDA,apa tu??Menurut doktor yang memberikan penerangan kepada saya ..ketika didalam perut,semua bayi mempunyai 3 saluran darah yang akan masuk dan keluar ke jantung dan apabila saja bayi lahir, secara otomatiknya satu saluran itu akan tertutup dengan sendirinya.Dalam kes ni semasa dia dilahirkan,tidak berlaku proses penutupan secara otomatik tersebut,menyebabkan darah yang dipam ke jantung berlebihan dan melimpah ke paru2 menyebabkan paru2 tu selalu lembab.Itu la puncanya anak saya sering di serang astma,tidak boleh berlari,mudah penat dan tercungap2,selalu tersedak ketika minum dan mudah berlaku jangkitan melibatkan paru2.Saya tak pasti adakah penerangan doktor dan pemahaman saya ni benar,kerana saya sendiri keliru ketika itu!!
Ketika pulang dari IJN ke hospital Mentakab,saya dah semakin lemah..denyutan dikepala semakin laju,selaju ambulan yang dipandu....sesampainya saya di hospital ,saya terus ke bilik air...termuntah!!Mujur juga anak saya baik dan tidur je,selepas dia diberikan ubat tidur sewaktu melakukan pemeriksaannya di IJN..Saya betul2 melepek lembik,tak bermaya dan serik rasanya menaiki ambulan!
Berbalik pada keputusan dari pihak IJN,anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menutup satu saluran yang terbuka itu,tetapi kerana dia masih kecil maka pembedahan tersebut hanya boleh dilakukan ketika dia berumur 2 tahun keatas.
Kami berasa lega,seminggu sebelum raya anak saya telah pulih dan dibenarkan balik.Tahun tu giliran sebelah suami,maka kami balik ke kampungnya di Pekan 2 hari sebelum raya.Sehari sebelum raya,anak saya di serang astma semula dan ditahan di hospital Kuantan pula,maka merasa la saya beraya di hospital tahun tu!!
Kali ni anak saya di serang demam yang agak pelik kerana demamnya tidak kebah walau diberikan ubat demam.Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mendapati pangkreas anak saya membesar dan dia disyaki menghidap 'thalasemia'!!Pelik,susah untuk kami mempercayainya dan membayangkan betapa anak saya akan menjalani hidup yang agak sukar ......Alhamdulillah,bukan semua pendapat doktor tu benar, kami bersyukur sangat rupa2nya anak saya bukan penghidap thalasemia'tapi di serang demam virus yang menyebabkan pangkreasnya membesar.
Sewaktu anak saya berumur setahun setengah kami telah berpindah ke Raub kerana suami bertugas di sana.Ketika usianya 2 tahun lebih,anak saya di serang demam,dan dimasukkan ke hospital Raub,memang dah tabiat dia asal demam je,dia akan tidur sepanjang hari tanpa makan.Kalau tak pun dia akan mintak nak minum milo je. Oleh kerana kesian melihatkan anak yang tak berselera,suami saya membelikannya buah2an untuk menarik minat selera anaknya.Anak saya cuma makan 3 biji anggur je,terus dia diserang batuk yang menyebabkan dia termuntah2 dengan teruknya....oleh kerana dia muntah bercampur dengan darah ,maka pihak hospital merasa panik dan dengan segera memindahkan anak saya ke HKL.Saya tak rasa dia muntah darah kerana sebelum ni memang berlaku pendarahan hidungnya ,mungkin kerana kepanasan sebab dia demam.Jadinya darah yang keluar tu cuma lebihan darah di hidungnya je...Lagipun memang perkara biasa bagi kami kerana dia mudah berdarah hidung bila demam.
Akhirnya sekali lagi saya terpaksa menaiki ambulan mengiring anak yang dipindahkan ke HKL.....seksa betul rasanya.Di HKL,suasananya agak sibuk dan terlalu ramai pesakit .Kita belajar dari pengalaman,baru la kami tahu rupanya anak saya bukan saja tidak boleh makan tembikai,anggur juga merupakan makanan yang memberi kesan sampingan yang dasyat buat dia.Setelah menerima rawatan beberapa hari,tiba2 kami dikejutkan oleh doktor yang ingin melakukan pembedahan kerana mendapati batunya tertinggal di dalam perut dan tidak turun ke bawah.Sekali lagi kami menghadapi situasi yang sukar,mujurla arwah mak mertua saya seorang yang pandai mengubati pesakit angin pasang,dengan bantuan dia dibuatnya urutan di perut anak saya dan selepas tu bila doktor buat pemeriksaan semula,dia dapati anak saya tidak bermasalah dan tak jadi untuk dibedah!
Tidak lama selepas tu anak saya selamat menjalani pembedahan menutup satu saluran darah ke jantungnya itu di IJN.Saya pun tak berani sebenarnya untuk mengatakan itu adalah pembedahan kerana proses yang dilakukan adalah paling moden iaitu hanya memasukkan alat kecil yang seperti coil ubat nyamuk dimasukkan melalui celah kelangkangnya dan melalui kamera mereka memasukkan coil tersebut ke saluran darah yang terbuka tu untuk menutupnya.Alhamdulillah selepas itu,dia mula menunjukkkan perkembangan yang agak baik,kerana kurang di serang astma dan boleh bergerak cergas dari sebelumnya.
Masalah kesihatan semakin baik ,tapi timbul pula masalah lain kerana dia kurang berkomunikasi,dan tidak berminat untuk berkomunikasi.Dia tidak begitu mengambil perhatian bila kita memanggil atau bercakap dengannya.Ibarat kata,dia buat derk je....Sewaktu membuat pemeriksaan susulan di HKL,doktor pun jadi bingung bila dia tak melayan doktor sewaktu doktor tu berkomunikasi dengannya.Doktor suspek dia kurang pendengaran menyebabkan kesnya dirujuk ke jabatan audiologi di HUKM di Titiwangsa.Selepas dibuat pemeriksaan,dia didapati normal dan tidak ada kecederaan atau kelainan pada gegendang telinganya.Yang pastinya saja begitu....
Walaupun begitu ,kita nampak perkembangan otaknya agak ok,sebab dia akan menunjukkkan perhatian yang lebih pada barang2 yang dia suka.Contohnya dia suka pada komputer,seboleh2nya dia cuba mencari jalan bagaimana nak menghidupkan komputer tersebut.Sewaktu dia berusia hampir 2 tahun,dia dah tau dimana dia perlu pergi kalau dia gagal menghidupkan komputer.Komputer saya waktu tu diletakkan di dining hall tapi kami terpaksa menggunakan wayar yang panjang kerana suis yang digunakan diambil dari plug dalam bilik,maklum la rumah sewa.Jadi dari situ kita boleh lihat,untuk mencari punca suis tu dia jalan ikut wayar tersebut....
panjangnya , nanti saya sambung kembali....
8 comments:
Kisah yang mengujakan. Semoga puan sekeluarga berupaya mengharungi detik-detik sukar ini. Salam hijrah, semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki, kesihatan badan,kewarasan dan keluasan berfikir. Dimudahkan dalam urusan dunia dan kerahmatan dalam urusan akhirat. Amin
Jangan lupa sambung cerita...semoga dapat diambil pengajaran dari pengalaman Hai ini.
salam kenal, saya datang dari blog pok li.
assalammualaikum
menunggu sambungan cerita...
salam maal hijrah
Banyak anak pasti banyak ragamnya. seorang ibu yg ramai anak telah banyak belajar apatah lagi bila diuji dgn pelbagai cabaran mengenai kesihatan dll. Justeru ibu seperti kamu tidak akan mudah panik. Kekalkanlah pengalaman dan keupayaan menghadapi detik-detik cemas semasa anak anak masih kecil. Dan ia amat beguna untuk masa depan bukan saja masa kini tetapi apabila sudah menjadi nenek kelak.
banyak bersabar.. ujian belaka.
salam maal hijrah..
mmg karangan ni pjg..sbb tu koi tak dan nk bc.. :)
Post a Comment