Dulu, waktu zaman sekolah aku ni memang peramah,mudah mesra dan tak kisah dengan sesiapa pun aku boleh berkawan.Mungkin kerana itu juga ramai kawan2 yang selesa bersama aku,lebih2 lagi aku ni jenis yang easy going ....menyebabkan aku ni bagaikan jadi rebutan dikalangan kawan2 untuk menjadi teman mereka keluar ke bandar(outing)waktu tu tinggal di asrama,teman balik ke kampung dan jugak menjadi teman kepada rakan2 yang berdating...hmm...dapat saham sekali!!Kadang2 diorang ni siap booking aku untuk hujung minggu nanti...memang kelakar.
Walaupun dorm aku paling ramai penghuninya,hampir 30 orang.. tapi kami agak rapat.Aku pun tak tau kenapa kawan2 bukan takat selesa berkawan dengan aku malah mudah berkongsi masalah mereka.Mungkin juga aku ni seorang pendengar yang baik kot,perasan!!....tapi biasa la masalah budak2 je,masalah rendah diri,tertekan dengan harapan keluarga yang tinggi,masalah teman lelaki dan ada juga yang menghadapi masalah dengan keluarga,biasanya mereka ni datang dari keluarga yang menghadapi "broken family".
Kini setelah sekian lama terpisah,hampir 22 tahun lamanya...aku bertemu semula dengan sebahagian daripada mereka.Pertemuaan yang berlaku di alam maya...dan di telefon sahaja.Aku masih rasa sangat terharu, kerana mereka masih sudi berkongsi cerita dan permasalahan mereka.Mereka masih memberi kepercayaan kepada aku untuk menjadi pendengar yang setia dan pada aku mereka meluahkan perasaan dengan harapan agar dapat meringankan bebanan perasaan yang mereka tanggung selama ini.
Sedih rasanya,bila berhadapan dengan kawan2 yang menghadapi berbagai kisah pedih yang aku sendiri tidak mampu untuk meleraikannya.Hanya sekadar sedikit pesanan dan nasihat, doa dan harapan agar mereka akan menemui jalan penyelesaainya.... Itu je yang termampu aku lakukan buat masa ini....semoga mereka akan menemui jalan kebahagiaan!!
9 comments:
Seronok jika dapat berutus semula dengan kawan kawa lama ni..nak pulak kawan ketika dialam persekolahan dulu..ada yang melalui kehidupan yang sukar..ada yang kaya raya..yang jadi mereng pun ada juge..
ye sronok le kak dpt jumpa, sy xde kawan2 lama pun, yg ada kwn sahabat2 blog maya je
doakan kesejahteraan seluruh umat islam.
salam relevan,
memang seronok,diorang pun dah berubah dari semua segi..tapi kalo nak compare dgn diorang suma koi le yang paling ala kadar je hidupnya huhuhu...tapi bersyukur sangat dengan kehidupan yang ada!!
salam maiyah,
alhamdulillah la..ada gak kawan walau di alam maya...dari x de langsung!!
salam endiem,
sepatutnya begitu la....
uihh tetibe dah ada playlist kat blog makteh nih..trus saye tutup mediaplayer saye..nak dengar lagu2 wintersonata ni..rindu plak dengar lagu2 ni..huhu tumpang dengar ye makteh! hehe
Salam kak hai.
cerita bab kawan lama,baru malam tadi..saya bertemu kawan lama dan dia berkongsi sesuatu dengan saya. saya terharu walaupun saya dah macam ni sekarang ni tapi kawan lama ini sanggup berkongsi masalah dgn saya.
pagi tadi,dia hantarkan dan temankan saya ke temujanji hospital,tunjukkan jalan dan tungu sehingga urusan kemasukan wad settle,baru di balik
kadang2 kawan lama lebih memahami kita kerana mereka lebih mengenali kita ketika kita masih merangkak...
namun kawan baru tetap menyinari hidup saya terutama kak hai,salah seorang kawan maya saya
salam angah,
silakan..ni first korean drama yang makteh tengok..hihihi...
salam um.masyitah,
kak hai setuju dengan pandangan awak mengenai kawan lama...selagi persahabatan ni disulami dgn keikhlasan dan kejujuran,selagi itu persahabatan ini akan berkekalan..sukar untuk mentafsir kasih sayang yang terjalin....terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya kak hai..mungkin satu hari nanti kita akan bertemu juga di alam nyata...insyallah!!
perjelaskan lah masalah kawan-kawan tu untuk boleh dikongsi berasama menyelesaikannya...
salam Pak Hashim,
tak tau la saya nak jelaskan camna...takut nanti cam membuka aib orang pulak...tapi apa yang boleh saya katakan banyak citernya melibatkan suami,dan orang yang berada disekeliling mereka..
salah satunya melibatkan kes poligami yang bersituasi sangat kritikal..dan diluar kemampuan saya untuk membantu.Kawan saya menghadapi masalah bila dianiaya dan diugut oleh madu sendiri...ntah la zaman sekrg !!
Post a Comment