Monday, January 25, 2010

BAIK BERPADA2!!

Baru2 ni ada sorang jiran minta tumpangkan anaknya ke kelas Fardhu Ain yang sama dengan anak2 aku...tapi aku rasa cam tak sedap hati, bukan kerana tak nak tolong tapi aku memang serik dengan apa yang telah berlaku sebelum ni.Walaupun tidak melibatkan aku tapi melibatkan kawan2 aku yang lain...dan berlaku didepan mata aku.Sebelum ni aku ada 3 orang kawan yang menghantar anak2 mereka ke Sek Fardhu Ain yang sama...2 orang tu memang surirumah yang tugasnya menguruskan anak2 sementara seorang lagi seorang peniaga yang agak sibuk.Aku tak tau apa motifnya dia menghantar anaknya ke Fardhu Ain tersebut sebab sekolah tu agak jauh dari rumahnya ..sedangkan yang sorang lagi tu menyekolahkan anaknya disitu kerana berhampiran dengan sekolah rendah anak2nya !!Aku sendiri menghantar anak2 aku di sekolah Fardhu Ain yang berdekatan.

Oleh kerana anak2 mereka bersekolah bersama jadi kedua2 surirumah tadi berpakat untuk bergilir2 menghantar anak mereka,kononya untuk berjimat sebab waktu tu harga minyak naik!!Jadi kalau sorang ni hantar,kejap lagi sorang lagi gi ambil anak2...memang boleh berjimat la....tapi si peniaga tadi,bila melihat suasana yang begitu,dia pun cuba nak berjimat sama dan memutuskan untuk terlibat sama dengan penghantaran secara bergilir ni...Pada mulanya semua pun berjalan dengan lancar,tapi bila dah lama sikit dia mula asyik sibuk dan meletakkan beban kepada 2 orang kawan ni untuk menghantar 2 orang anaknya tu!Paling menyakitkan hati mereka berdua ,bila tiba giliran dia menghantar anak2 dia akan bagitau anaknya tak ke sekolah ...tapi bila giliran orang lain anak dia akan ke sekolah.Sewaktu mengambil anak2 pun begitu kalau tiba giliran dia,dia akan menelefon memberitahu yang dia tak sempat balik,jadi terpaksa la mereka berdua juga yang terpaksa mengambil anak2!

Akhirnya kerana ketidakpuasan masing2 maka berlaku persengketaan antara si peniaga tadi dengan surirumah berdua tu...dan tak pepasal sehingga melibatkan aku pulak!!Bukan aku tak sudi nak membantu jiran ni,kalau dia memang tak mampu atau tak ada kemudahan mungkin kita akan senang hati membantu.Masalahnya dia ada kereta dan boleh memandu cuma tak ada lesen je dan dia cuma ada anak 2 orang je.Aku rasa bukan alasan dia tak boleh nak urus anak dia sendiri sebab sekolah Fardhu Ain yang aku maksudkan tu cuma terletak dalam 1 km.Tahun lepas,aku tidak ada kenderaan untuk menguruskan anak ke fardhu ain waktu pagi sebab suami  gunakan kereta dan anak aku no 2 tu gunakan motor untuk ke sekolah.Dia sendiri bukan tak nampak, aku hanya gunakan basikal mengangkut 2 orang anak di seat belakang yang telah diletakkan bantal untuk mengelak sakitnya punggung diorang!!!Untuk mereper basikal tu pun,aku menghabiskan RM50.

Aku pun tak faham la dengan orang sekarang,anak baru je sorang yang bersekolah  dah nak mengharapkan orang lain,sedangkan aku mempunyai 7 orang anak yang selama ni aku uruskan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.Suami aku pernah bertugas selama 2 tahun di Pulau Tioman,aku tak ikut dia ke sana dan kami menyewa di Pekan, di sebuah taman perumahan yang berdekatan dengan sekolah.Anak2 ke sekolah menggunakan basikal,tapi sekiranya basikal mereka buat hal,terpaksa la berjalan kaki ke sekolah.Kalau itu berlaku,aku tidak pernah meminta jiran2 berdekatan untuk menumpangkan anak2..dan anak2 tidak merungut pun.Kadang2 anak2 bercerita juga sewaktu mereka berjalan tu ada juga insan2 prihatin yang menumpangkan mereka dan aku anggap itu rezeki mereka!!

Sekarang ni aku memang agak cerewet,dan lebih berhati2 sebab orang sekarang ramai yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain (bukan nak kata aku ni baik sangat).Tapi bila selalu sangat terkena rasa serik!!Nampaknya memang benar ungkapan yang di sebut sebagai "buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali!!"

11 comments:

Guru said...

assalammualaikum hai

betullah tu, buat jahat jangan sekali

Tirana said...

Kalau hati dah berat, baik tak payah..nanti timbul masalah. Jika nak tolong, biar tolong dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Setuju, orang sekarang suka ambik kesempatan..lebih2 lagi jika kita ni terlampau berlembut sangat..

semut-terbersin said...

haih macam2 hal lah jiran2 makteh tu..pelik tui perangai..

Maiyah said...

elok gak tu.. nnti byk hal lak.. pentingkan hal sndri dlu.. mungkin kalo hal lain kita bleh bntu dia

hai said...

salam Teacher,
insyallah!harap dijauhkan dari berbuat jahat!!biar orang buat kita jgn kita buat org ...hehehe..boleh ke gitu??

salam Tirana,
rasanya itu la keputusan yang tepat...sesekali kena keraskan hati juga!!

salam angah,
orang sekarang ni,lebih mementingkan diri sendiri..tu belum lagi jiran2 yang suka menumpangkan anak2..bukan kita xnak tolong,tapi kalo dah buat rumah kita cam taska tak daya juga...suka ati je nak antar pastu x reti nak ambik balik...ada yang maknya malas masak,mintak nasi kat rumah kita...boleh gitu!!padahal dia berniaga..kalo malas masak tapau je la..ni dia dah siap makan kat luar..
bila kita rasa dikulikan dan mula menolak permintaan dia,dibuatnya kita musuh sebab dia rasa kita dah tak boleh dimanfaatkan untuk kepentingan dia lagi..jaja citer yg bukan2.Allah tu maha kuasa...suma citer2 dia x menjadik dan skrg dia yg terasa dipinggirkan...
sebelum ni pun ada jiran yang menumpangkan anak ke sek ren. masa izah sek petang aritu...dah le dia menumpang,kita gi ambik dia kat depan rumah dia memusing sekerat taman..ada beberapa kali eteh lambat balik,dia boleh antar anak dia je..dah la kita ni lambat ke sekolah,pegi rumah dia plak..tup2 dia kata anaknya bapak dia dah antar...apa la salahnya bgtau nak pegi dulu ke tak pun tlg la antarkan sekali ke...ha..gitu le jiran...memang serik kena orang camni!!
salam maiyah,
sebenarnya jiran2 tu adalah saudara kita yang paling dekat,tapi semangat kejiranan tu dah semakin terhakis kerana sifat2 manusia yang lebih mementingkan diri mereka sendiri sebab dalam masyarakat ni kita perlu bertolak ansur juga...bukan niat tak nak menolong tapi kadang2 tanggungjawab mereka sendiri nak dibebankan kepada org lain...

atie said...

Salam ..

perkara yang biasa terjadi... pada saya kalau ganti2 ambil tak pe..tapi kalau hanya harap orng lain nak tolong sedangkan kita lepas tangan tak patut...

mazru said...

ye la kak hai..macam tu la jugek berlaku ditempat kome nih,pepatah td tu mmg sesuai digunakan..bile kite dah tolong deme pijak kepala kite..

baik x yah

Relevan said...

Haa tu lah aok..

abu muaz said...

susah ni....

hai said...

salam atie,
tu la pasal...susah nak cakap!!

salam mazru,
yang ianya memang gitu le lumrahnya yek!!

salam relevan,
erk..??

salam abu muaz,
dah nak buat guane??

ummu said...

salam kak hai
kagumnya saya. akak ambil anak2 akak dengan basikal.
zaman sekarang memang kena hati2 banyak.
kak Hai,saya dah tukar 'rumah'.'rumah' lama dah ditutup.
http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/