Tuesday, December 1, 2009

KERAJAAN KAJI CADANGAN TARIK BALIK SUBSIDI GULA

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat Kabinet tidak lama lagi.
"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.
"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. Katanya antara faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan ialah kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.
Selain itu katanya ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.
Terdahulu, Presiden CAP S.M. Mohd Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

**Mungkin bermula tahun depan kita akan menikmati kenaikan harga gula....kalau benar gula bukan barang keperluan kenapa harga beras yang menjadi makanan asasi rakyat negara ini,tidak berlaku penurunan harga pun!!Releven ke jika harga dinaikkan,kononya akan mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan rakyatnya...sedangkan harga rokok yang mencanak naik pun, tak diendahkan oleh perokok2 .....kalau ini benar2 berlaku,saya pasti harga air dan kuih atau apa saja produk yang terlibat dengan penggunaan gula pasti akan berlaku kenaikan juga!!!

9 comments:

Relevan said...

Sedikit demi sedikit subsidi akan ditarik..mula mula cadang lepas tu jadi..

Oleh itu kurangkan gula dalam minuman..cuma senyuman kita akan jadi kelat kelat pasal kos pengambilan gula untuk badan akan berkurangan..

Fadh Rahman said...

relevan, subsidi ditarik sebab berkepentingan peribadi...ada nilai wang untuk mereka yang berkepentingan...bila subsidi ditarik, gula dijual mahal dan keuntungan akan berlioat ganda...cuba teka siapa bakal jadi raja gula selepas robert kuok?

Maiyah said...

propaganda nak tutup pekung.. ada bagenda disebaliknya

endiem said...

kena cari alternatif lain kepada gula , seperti gula kabung ke, tapi gula kabung pun mahal jugak. Gula kapas, gula nisan, gula kelapa..

abu muaz said...

ye ke kerana nak kurangkan orang dari dapat kencing manis atau kita semua nak dikencingkan oleh pak menteri ni?

mazru said...

bukan felda pun dah beli kilang dan ladang gule?...

langsung tak relevan....sapa lah yg buat idea tak bernas cam ni..

hai said...

salam releven,
rasanya lepas ni kena kurangkan juga acara mengeteh di kedai!!

salam fadh,
sapa agaknya??

salam maiyah,
kreatifnya diorang ni dengan agenda tersendiri dan tersembunyi!!

salam endiem,
idea yang baik tu, untuk student buat research!!

salam abu muaz,
nampaknya gitu le...

salam mazru,
bukan cadangan org kampung awok ke ni..hehehe...nanti bisik2 le ngan dia masa dia dtg ke tempat awok tu!!

Hashim Zabidi said...

Manis, manis, manis bukannya gula...
manislah lagi tektik kerajaan kita...

ummu said...

Jom kurangkan gula,tambahkan manis senyuman