Bapa nampak 4 anak tenggelam - Empat beradik mati lemas dalam tali air
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
Jenazah empat adik-beradik yang mati lemas dalam tali air ladang kelapa sawit Kota Shahbandar, Rompin semalam.
ROMPIN - "Saya lihat keempat-empat anak saya tenggelam timbul dalam air sebelum kesemua mereka hilang daripada pandangan."
Demikian luahan sedih seorang bapa, Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di Kota Shahbandar di sini pada pukul 1.30 petang semalam.
Empat anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd. Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.
Sebelum kejadian, Samsuri bersama empat orang anaknya yang maut, isterinya, Saeyah Mohd. Noor, 38, serta sepasang lagi anak kembar mereka berusia enam tahun, Nur Ainon Syahirah dan Nur Ainon Syariah pergi ke ladang itu untuk memancing ikan.
"Sampai di tali air di ladang itu, keempat-empat anak saya (mereka yang mati) meminta kebenaran untuk mandi.
"Ketika mereka berjalan untuk mencari tempat cetek, Nursyakirah tergelincir ke dalam tali air menyebabkan tiga lagi anak saya cuba menyambar tangan Nursyakirah tetapi mereka juga terjatuh," katanya ketika ditemui di Felda Keratong 3 di sini semalam.
***Belum habis lagi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa 2 orang pelajar masterskill semalam,dalam kemalangan yang berlaku di KBMall .Hari ni dikejutkan pula dengan berita ini..Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan harap bersabar menerima ujian Allah.Siapalah kita untuk menolak semua takdir yang telah ditentukan,diberikannya kita rezeki yang melimpah dan sampai masa diambilnya semula!!Dari Allah kita kita datang dan kepadanya juga kita kembali......memang cukup memedihkan, kerana dengan sekelip mata pasangan tersebut kehilangan 4 orang permata hatinya .....
9 comments:
Semoga mereka tabah menghadapi ketentuan Ilahi. InsyaAllah dalam kepahitan tentu ada kemanisan yang kita tidak tahu tapi Allah lebih tahu..
Al Fatihah untuk adik-adik yang terkorban tu. Tak mampu nak baca cerita tu. Teringat kat anak2 koi....
Dari Allah mereka datang, dan
kepadaNya mereka pulang...
sedekah alfatihah
Allah yg menentukan.. takziah pd kuarga tu
Alfatihah untuk mereka. Sebak di hati,sebab kwasan tu sangat 'dekat' dengan kehidupan saya. 2 orang yang lemas pula ialah bekas pelajar suami. Dari Allah kita datang dan kpadaNya kita kmbali
innalillahi wa inna ilahi ro jiun...
semuga ditempatkan bersama hambaNya yg mukmin
speechless.. Al-Fatihah.
kehidupan nii benar-benar sementara ya.
Post a Comment