Monday, November 30, 2009

MUDAHNYA BERMAIN DENGAN TALAK!!

Kes 1
Sambil duduk bersantai di hadapan rumah sepasang suami isteri berbual mesra....
Isteri: Bang!Saya rasa nak gi potong rambut la esok....
Suami:Ish,tak yah la,awak nampak cantik dengan potongan rambut camtu....
Isteri: Ala..panas tau..tak tahan saya!!
Suami:Saya kata tak yah tu tak yah la ....
Isteri: Kalau saya potong gak awak nak buat apa?
Suami:Kalau awak potong jugak....kira jatuh talak 1!!!
Beberapa bulan kemudian si isteri telah dengan tidak sengaja memotong rambutnya.....Bila suaminya balik dari kerja petang tu dia terperanjat melihat isteri dia berimej baru dan terus teringat kata2 yang penah dia lafazkan pada si isteri beberapa bulan lepas....
Apalagi petang tu kecoh ....si suami rasa menyesal dengan kata2nya dan si isteri tak abis2 melayan tangisannya....akhirnya mereka dinasihati oleh seorang ustaz agar merujuk semula setelah di beri khutbah panjang!!

Kes 2
Seorang suami yang sangat berjaya dengan kerjayanya telah berhajat untuk beristeri ke 2,lalu memohon keizinan dari isteri pertama.Malangnya isterinya tidak dapat menerima permintaan tersebut dan mengamuk.. ..Ekoran dari itu si isteri telah membuat surat perjanjian yang mengatakan sekirannya si suami berkahwin juga maka dengan itu secara otomatiknya talak akan jatuh terhadap dirinya!Si isteri telah pergi ke pejabat untuk memaksa si suami menandatangani surat tersebut..oleh kerana takut timbulnya perkara yang akan menjatuhkan air mukanya maka si suami terpaksa menurunkan tandatangannya...

Kes 3
Seorang lelaki telah berkahwin secara rahsia di Thailand......Setelah diketahui oleh isteri yang pertama, dia telah dipaksa untuk menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh isteri pertama dan ibu mertuanya dengan cara melafazkan cerai talak 3 kepada isteri ke 2.....Oleh kerana isteri pertama mengugut untuk membunuh diri jadi dia secara tidak rela telah melafazkan  talak tersebut berpandukan kata2 yang di aturkan oleh ibu mertuanya!!Masalahnya yang timbul sekarang dia sendiri tak pasti samada talak itu benar2 jatuh atau tidak??
Emmm...begitu mudah dan beraninya orang sekarang bermain2 dengan talak!!

10 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, saya pun ada kawan yang macam tu, tak pasal2 cerai talak 3..hu hu hu...

Relevan said...

Orang orang yang sengkek pengetahuan agama..talak dibuat mainan..ada juga orang orang yang bijak pengetahuan agama buat mainan dengan talak ni..semacam ada perjanjian/pertaruhan degan talak ni..

Tirana said...

Bila yang berkawin itu tidak kuat berpegang pada agama, begitulah jadinya

endiem said...

Talak tak leh buat main2, Mula mula cabar mencabar, pas tu jadi betul betul. siapa susah, dia dan keluarga mereka juga yang susah.

eL said...

Tengah marah macam-macam disebut kat mulut. Bila marah dah reda, menyesal. Yang jadi mangsa, anak-anak. Diri sendiri pun mangsa jugak. Mangsa turun naik mahkamah.

hai said...

salam semuanya terima kasih atas komen2 anda,bagi saya mereka ni seolah2 memperlekehkan hukum agama dan mementingkan diri sendiri tanpa berfikir kesannya terhadap orang2 tersayang disekeliling mereka..ini la antara penyakit2 yang ada dalam masyarakat hari ini....dan orang2 yang terlibat ini sebenarnya merupakan orang2 yang berpendidikan dan berjawatan tinggi.....jadi fikir2kan la...mungkin kerana merasakan mereka terlalu pandai lalu bertindak mengikut logik akal mereka melebihi dari hukum allah!!

saharul said...

jgnn jadi gila talak sudah...

Maiyah said...

mmg dah mcm main fun & fair je hehe.. nasib talak takde kat kamus aku hehe

Fadh Rahman said...

benda halal yg dibenci Allah...TALAK.

ummu said...

hmm..sekarang perkara camni senang je diluncurkan oleh lidah tak bertulang,anak-anak yang mendengar jadi tension,pergi sekolah sebab nak elak dengar ibubapa asyik cakap perkara2 sebegini...kasihan kepada yang alami situasi macam ni.