Monday, June 8, 2009

SAMBAL HITAM DAN SAMBAL TEMPOYAK JERING.













































Pada bulan 3 lepas,aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Temerloh.Bila dah duduk berlonggok beramai2 tu,mak ngah aku pelawa semua anak2 sedara dia datang ke rumahnya di Jengka,untuk mengambil buah jering yang berbuah lebat.Aku ni bukanlah nak 'ek' tak makan bende cam gitu,cuma aku tak suka makan jering atau petai mentah.Kalau dimasak sambal dengan ikan bilis dan campur tempoyak pulak,fuyoo..baru la ada umph!Aku bagitau kat mak ngah yang aku suka jering cambah je.(jering yang di tanam).ooohhh...rupa2nya semua sepupu2 aku pun mempunyai selera yang sama juga.

Oleh kerana itu,tercetus la idea mak ngah aku untuk menyediakan 'sambal jering tempoyak' untuk majlis perkahwinan anaknya pada 30.5. nanti.Kebetulan stok tempoyak dia banyak,dan dia ada masa lagi untuk menanam semua jering yang ada.Wah!kecur airliur kami mendengar perancangannya.Kami semua berpakat untuk tidak menguzurkan diri ke majlisnya,lebih2 lagi hari tu nanti bersamaan tarikh lahir aku,mak ngah kata boleh la aku tumpang potong kek,tentu best!

Malangnya,pada tarikh yang dijanjikan itu,tetiba je kakak ipar aku pulak mengadakan majlis tahlil untuk arwah mertua aku,jadi terpaksalah aku batalkan niat aku untuk ke rumah mak ngah.Perancangan awalnya memang aku akan ke Jengka dan kemudian ke Raub menghantar bebudak ni ke sana.Tukar plan, keesokannya baru la aku terus sahaja ke Raub,takkan nak ke Jengka lagi,jawabnya aku kena menggaras periuk la pulak!

Aku tak sangka,balik ke Raub kali ini aku telah mendapat sedikit stok 'belimbing rebus/hitam'.Asalnya aku nak suruh mak sedara aku carikan di pekan sari ke,tapi kebetulan di rumahnya memang ada.Jadi, dapatlah aku bawak balik sikit,tambahan pulak mak sedara aku membekalkan sekali maman yang telah dijeruk,oi..suka sangat!Dalam perjalanan balik tu aku singgah pulak ke rumah mak di Mentakab.Tak pepasal je,dapat pulak jering cambah(dia ambik kat rumah mak ngah) yang aku idam2kan tu.Apalagi,aku angkut la suma siap ngan tempoyak yang ada,pasal rumah aku dah kehabisan tempoyak.Ni nak kena tunggu stok tempoyak baru,mungkin dalam bulan 8 atau 9 ni.Alhamdullilah!Taklah kempunan aku nak makan sambal tempoyak jering,walaupun kena masak sendiri..

Ni aku sertakan resepinya sekali:

Sambal Hitam.

bahan2nya:

Ikan bilis yang ditumbuk(kalau banyak blendkan je,guna blender kering.)
Cili api, ikut suka kot.(tumbuk atau mesin kering)
belimbing rebus/hitam.(tumbuk hancur)
bawang merah sikit.(tumbuk)
caranya:
masukkan minyak masak banyak sikit(ikan bilis akan serap minyak),pastu tumis cili api,masukkan ikan bilis,pastu masukkan belimbing rebus dan bawang,goreng sampai garing dan kehitaman.(jangan sampai hangus dah le).gunakan api perlahan.Tak perlu letakkan garam tapi kalau rasa nak bubuh aji sikit terpulang,kerana belimbing tu dah masin.

Sambal ni kalau makan dengan nasi panas2 tu,tak yah lauk lain dah!

Sambal Tempoyak Jering.

Bahan2nya:

Jering cambah(di potong nipis2)
Cili api ikut suka..(ditumbuk halus)
Tempoyak ikut kuantiti yang nak di masak tu.
Ikan bilis sikit.(aku suka banyakkan jering pada ikan bilis)
Bawang besar dimayang.
Santan pekat sikit.

Cara2nya:
Tumiskan cili api,masukkan ikan bilis,pastu masukkan tempoyak,jering dan masukkan santan,akhir sekali masukkan bawang besar.Dari segi rasa,terpulang kepada masing2 kerana ada yang suka masin,ada yang suka manis sikit..biarkan ianya pekat sikit la.

1 comment:

Vanderlin said...

terliurnye KA...belimbing hitam ada lg tu yg kirim KA 2 tahun lepas... agak2 bleh guna lg tak? atau dah expired? mana nak cari jering cambah kt pasar?