Monday, June 8, 2009

NAIK PANGKAT!















Baru2 ni suami aku telah naik pangkat 'Datuk',secara tak langsung tentulah aku pun dapat title juga.Pangkat yang dianugerah oleh anak saudara sebelah suami aku,kerana dia baru saja melahirkan anak pertama dan 'baby' tu juga merangkap cucu pertama dalam keluarga sebelah suami.Wah!Aku peratikan yang paling teruja dan seronok lebihnya' tokpa' dan 'tokma' dia....yalah selama ni pun asyik dok layan kucing je.Kami pun tumpang gembira sama,cuma aku terkilan sikit kerana arwah mak mertua tak sempat melihat cicit pertamanya itu.

Suami aku tak kisah pun dengan pangkat barunya tu,tapi aku cam rasa tak selesa bila mereka memberikan aku gelaran 'tok'.Apalah aku ni,itupun nak di pertikaikan.Anak2 aku kata" ibu takut jadi tua ke"?Bukan masalah takut jadi tua ke,atau tak nak mengaku tua tapi aku rasa aku tak suka gelaran 'tok' tu je.Aku lebih suka dengan panggilan 'uwan' kot,pasal aku rasa panggilan tu sesuai dengan gelaran orang pompuan.Kalau 'tok' ni cam nak berebut gelaran ngan orang laki je....hahaha..panggilan pun jadi isu.Mungkin juga disebelah kaum kerabat aku,hanya menggunakan panggilan 'wan' dan atuk/aki jadi janggal bila dipanggil 'tok'.

Aku ingat aku je begitu,pak sedara baby tu yang bakal bergelar doktor pun lagi dasat,dah dia anak bongsu tentunya dapat gelaran 'pakcu' atau 'paksu' tapi dia pun tak nakkan panggilan itu.Abis nak panggil apa??Dia kata panggil dia 'Uncle Beckham',sabor je le!

4 comments:

kuSut said...

hehe...
congrats...
aku ada anak sedara gak, tpi ajar die x pnggil aku uncle, nmpk mcm tue da...hihi

hai said...

fuh!cepatnya ko komen,org tak abis adjust lagi,hahaha...
dah tu mesti ajar anak sedara tu panggil Bro gitu ek.perasan!

kuSut said...

hehe...
pggil uncle mcm da brusia je...
ahaha, ajar dia pggil aku bro gitu la...
hihiii

Pyanhabib said...

`tuk' hai, selamat timang cucu!