Tuesday, June 23, 2009

PROGRAM,BEST!TAPI KANTOI LA PLAK!!!

"Kursus Melahir dan Membina Ushawan"merupakan program pertama yang aku sertai dibawah anjuran Jabatan Belia dan Sukan sekitar tahun `88.Wah!Hebat bunyinya tapi kursus tu cuma 3 hari je.Sebenarnya kursus ni disasarkan kepada golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan panduan bagaimana untuk mengendalikan sebuah perniagaan agar lebih ramai golongan ushawan berjaya dilahirkan.

Kebanyakan peserta program telah pun memulakan perniagaan masing2 dan selebihnya ada yang masih mencari2 ilmu untuk memantapkan diri sebelum bergelar ushawan.Aku??Hanya bercita2 untuk menjadi seorang ushawan,selain itu sekadar mengisi masa lapang hehehe...Aku tak ingat bilangan peserta yang menyertai kursus tu yang pastinya cuma 5 orang perempuan,termasuk aku.
Peserta2 dipilih dari beberapa daerah di seluruh Pahang.
Program itu diadakan di Tapian Gelanggang,Kuantan dan kami ditempatkan di sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai beberapa buah bilik dan setiap biliknya dipenuhi dengan katil2 dua tingkat,tak ubah cam kat asrama sekolah.
Peserta perempuan ditempatkan di tingkat atas,sementara itu semua peserta lelaki ditempatkan di tingkat bawah.

Program yang dianjurkan sangat menarik dan sentiasa dipenuhi dengan berbagai modul dan aktivitinya berpanjangan sehingga ke malam.Kami diajar bagaimana untuk memilih sesebuah perniagaan yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan pemilihan lokasi yang tepat,mengenal pasti persaing dan cuba mencari strategi mengatasi pesaing,membuat penilaian semua jenis kos dan meletakkan harga yang sesuai.Menyimpan semua penyata/dokumen dalam setiap urusan jual/beli.Membuat akaun penjualan/pembelian dan belajar secara asas dalam penyimpanan kira2,akaun untung rugi dan kunci kira2.Terrer tu,3 hari belajar macam2,sedangkan aku belajar buat akaun dari form 1-3....pun teruk!

Program di mulakan pada pukul 8.00 pagi (selepas sarapan) -12 tengahari.(Program)
12.00 tgh (makan tgh/solat) - 2 petang.(rehat)
2.00 petang - 5 petang.(program)
5.00 petang(minum/riadah) - 7 petang.(rehat)
7.30 malam(lps magrib/mkn)- 8.00 mlm
8.00 malam - 10.00 mlm (program)
10.00 malam(minum/tido)..........
Best wo...atucaranya penuh beraktiviti dan asyik diselangi dengan program makan/minum je...dah la kursus free,penginapan free,makan/minum free,tambang pegi/balik pun free...apa nak lagi??Seingat aku la,aku cuma bawak duit RM 20 je masa tu...zaman tu kira besar gak!Apa2 pun tima kasih la Kementerian Belia dan Sukan yang banyak menyalurkan dana tersebut.

Walaupun program hanya berlangsung untuk 3hari 2malam(cam cuti2 Dr.Fazley plak)tapi kemesraan antara kami berlima berjalan dengan baik dan menyenangkan,meskipun datang dari daerah yang berbeza.Aku dari Temerloh,2 orang dari Cameron Highland,sorang dari Bentong dan sorang lagi dari Kuantan.Diantara kami berlima aku yang paling muda,kerana mereka semua berumur lingkungan 20 an dan telah mempunyai perniagaan sendiri.
Nak dijadikan cerita, pada hari kedua,di sebelah petangnya semasa memenuhi aktiviti riadah,kami bermain bolajaring di padang yang terletaknya di belakang bangunan asrama tersebut.

Tengah dok syok2 layan bolajaring sambil bergelak ketawa tu,tetiba je kitorang dengar bunyi ptss..ptss...dari salah sebuah bilik di tingkat bawah.Opss!Ada 3 orang mamat yang tidak dikenali sedang memerhatikan kami dari tingkap bilik mereka sambil tersenyum2 menggoda.Sesekali terdengar juga mereka berbunyi mengacah bila kakak2 tu cuba menjaringkan gol!Nasib baik tak ada sesiapa diantara kami yang ambil pot usikan mamat2 tu.Sebenarnya aku cukup alergik dengan lelaki2 yang kalau nak usha(ambil perkataan bdk sekrg)pompuan bunyi ptss..ptss gitu...sumpah, aku meluat sungguh!Di tambah plak,salah sorang mamat tu dok memetik gitar cam bagus je...emm nak tunjuk macho la konon!Bo layan...

Tapi pelik gak kenapa aku beria2 cam bengang ngan mamat 3 orang tu,sah2 la mamat tu tak mandang pun kat aku,pasal masa tu,aku ni ibarat budak hingusan je...dah tentu2 la kakak2 tu yang diorang nak usha pun,lagipun kakak2 tu suma pun ada rupa..eii..perasannya aku!Lupakan pasal mamat 3 orang tu.Selepas balik dari main bolajaring tu,kitorang terus je pergi mandi secara berjamaah.Almaklum la kitorang berlima je dok kat tingkat atas tu,takut jugak kalau gi sorang2.Dari dalam bilik air,kitorang dok berborak,membawak sampai ke depan pintu bilik tak abih lagi.Sementara yang sorang tu nak membuka pintu,aku letakkan semua kain basahan aku kat atas besi penghadang di beranda tu.Bila pintu dah dibuka,aku pun angkat balik semua khazanah aku tu tapi tetiba je,pup!ada sesuatu yang terjatuh dibawah.Kami semua menjenguk ke bawah,alamak!seluar kecik aku....kami berpandangan dan berderai tawa kami....camana ni???
Cilakak!Tak de bende lain yang nak jatuh,pasal apa yang itu jugak nak terjun ke bawah!Aku malu nak pergi kutip seluar kecik tu,jadi aku katakan "biarkan je la kak,segan la nak ambik".Semua kakak tu paksa aku suruh pegi kutip juga....aduh!seksanya aku masa tu.Ya lakan diorang pun malu jugak nanti kalau ada orang jumpa mesti kitorang berlima yang jadi suspeknya.Tetiba salah sorang kakak tu mendapat idea yang bernas...dia cadangkan supaya kami jatuhkan kain batik diatas seluar kecik tu,supaya kalau aku pergi ambik nanti,orang akan nampak aku hanya mengambil kain batik yang terjatuh je...cantek!!!

Maka,akhirnya berjaya juga la misi kami setelah kain batik tu di kembangkan beramai2 dan ditarget tepat jatuh menutupi seluar kecik tu.Aku pun dengan berdebar2 turun untuk mengutip kain batik yang menjadi mangsa tu.Adih!dih...baru aku sedar,rupanya benda alah ni jatuh betul2 kat depan pintu bilik mamat 3 orang tu.Kebetulan pulak pintu biliknya ternganga luas,ya Allah..harap2 diorang ni tak sedar dan tak nampak apa yang berlaku!Aku memberanikan diri,perlahan2 aku mengambil kain batik tu,sambil tu sempat lagi aku menjeling ke dalam bilik mamat tu.Kantoi!mamat 3 orang tu tengah dok atas katil cantek punya mengadap terus ke arah aku dan khazanahku,sambil tersenyum2 mengejek je aku rasa,siot tol!.Cepat2 aku berlari ke atas dengan perasaan yang malu giler,rasa nak sorok muka dalam sarung bantal!!

Selepas tu,aku berdoa sangat agar aku tak terjumpa lagi ngan mamat 3 orang ni,sumpah! malunya aku....Malam tu selepas habis program malam,kami semua heran kenapa di dewan,ramai sangat orang dan dari jauh kedengaran suara orang menyanyi.Disebabkan perasaan ingin tahu,aku berlima pergi menjengukkan muka.Ehh eahh..tak sangka pulak,semua orang tengah tengok mamat 3 orang tu sedang menyanyi.Fuh!Boleh tahan, best gak suara diorang tu,nyanyi sambil main gitar,yang sorang lagi gendang apatah...terpesona aku mendengar lagu2 yang jarang sekali aku mendengarnya.Akhirnya aku layan lagu2nya sambil diselang seli dengan pembacaan puisi dari grup mana tah, sampai la habis persembahan....aku respek kat diorang tu,pasal diorang buat persembahan sambil jual kaset sendiri...kadang tu kesian gak,pasal mamat yang sorang tu nampak poyo,dressing pun teruk,tgk kasut dia cam nak gi noreh je...tapi suara dia memang best!Sayangnya,aku tak de budget nak beli kaset diorang masa tu...tapi lepas tu aku jadi peminat lagu2 mereka.

No comments: