Friday, March 27, 2009

Kerja Gila.....

Tahun 1980,waktu tu umur aku baru 10 tahun,dan Kak Long berumur 12 tahun.Masa tu cuti sekolah jadi kitorang nak balik bercuti ke kampung.Kampung yang aku maksudkan terletak di Raub,Pahang.Ketika itu kami tinggal di Kelang,Selangor.Abah aku cukup berani melepaskan kitorang balik ke kampung berdua je.Dia hantar kitorang kat Bus Stand Klang je,pastu dia arahkan kitorang pergi ke Pekeliling untuk destinasi seterusnya.

Untuk ke Raub,kitorang terpaksa ambil bas ke Pekeliling,kemudian ambil satu bas lain ke Raub,dan bas tu akan berhenti 5 minit di bandar Bentong.Sesampai di Raub kitorang kena ambil pula bas yang menuju ke K.Lipis atau Benta,dan kitorang akan turun di pertengahan jalan iaitu di Dong.Walaupun kitorang kecik,otak Kak Long aku ni kira bergeligalah jugak.Weh,kalau tanya perasaan takut tu memang la ada tapi kita kena cekap berlakon.Bila kitorang berjalan atau nak melintas jalan,kitorang cari le pakcik atau makcik yang boleh kitorang harapkan untuk kitorang berlakon jadi anak mereka.Caranya dengan berjalan rapat kat belakang diorang,seolah olah ikut mak ke ayah kita gitu.Lagipun masa melintas tu agak selamat,dan orang mesti tak perasan yang kitorang ni hanya berdua waktu tu.

Akhirnya kitorang berjaya sampai ke destinasi setelah berpatah balik ke belakang sejauh 5oom dengan berjalan kaki setelah bas terlajak kerana kitorang lambat picit loceng...Pak Uda saya menyambut kedatangan kitorang dengan perasaan terkejut,gembira dan marah...Terkejut pasal kitorang balik berdua,gembira pasal kitorang selamat sampai dan marah pasal abah kitorang macam tak sayang anak.

Tahun 1982,masa cuti sekolah juga,kat rumah Wan(sebelah mak)di Mentakab.Masa tu aku baru darjah 6.Sepupu aku (lelaki)yang sebaya aku ajak pergi memancing di sungai berhampiran.Jorannya sebatang kayu yang diikat tali tangsi dan dipasangkan mata kail,umpannya hanya cacing.Sebelum memancing, kitorang cari cacing di persekitaran rumah Wan.Di satu kawasan tempat Wan tanam pandan tu agak lembab,jadi cacing kat situ panjang dan gemuk.Kitorang dapat penuhkan cacing satu tempurung kelapa dengan sekejap je..setelah dibantu oleh beberapa sepupu perempuan yang lain.

Entah camana sepupu lelaki aku ni cabar siapa yang boleh masukkan cacing tadi tu ke dalam mulut.Ek eleh,dia ingat aku takut,aku dan dia lumba siapa yang dapat masukkan cacing paling banyak dalam mulut.Sambil dia suapkan cacing tu dalam mulut dia akan kata 'capuak'...memang kelakar.Akhirnya bila dah penuh mulut,kitorang ngangakan mulut sikit,dan biarkan cacing tu berjalan keluar dari mulut cam citer hantu la konon.Rasanya camana tau,ada rasa masin gitu.
Kalau sepupu sepupu aku yang lain tu asyik menjerit jerit,dan ada yang rasa nak muntah dengan aksi gila kitorang tu...

Tahun 1984,aku dah form 2,Kak Long form 4,Masa tu abah dah jadi pengedar sos cili untuk pasaran seluruh Pahang.Ketika itu kami semua telah berpindah ke Mentakab.Hari tu abah akan ke K.L mengambil stok,kebetulan pula kitorang nak ke K.L juga jadi, untuk nak menjimatkan tambang,kitorang secara sukarela menumpang lori yang abah naiki.Tempat duduk kitorang bukannya di sebelah pemandu ke tapi di belakang lori bersama sama botol sos cili.Aduhai!gila betul, dah la panas,malu pulak tu,sebabnya kenderaan yang dok di belakang lori tu..memang direct nampak kitorang terhegeh hegeh dalam lori.Bayangkan la pompuan tu,2 jam jugak nak menyampai ke K.L.

Sampai kat K.L,kitorang dah janji dengan pakcik(sepupu abah)dia dari Raub.Pakcik ni tua lebih kurang 4-5 tahun je dari aku.Dia datang bersama kawan 'mat2 rock' dari kampung dan seorang sepupu perempuan aku yang baru darjah 6.Kawan2 pakcik ada la dalam 6 orang gitu.Salah seorang tu anggota band'Meditasi'.Hari tu kitorang berkonvoi beramai ramai,dari Chow Kit ke Pertama Complex ke Jalan TAR lepas sampai ke Muzium,kelakar mat2 rock melawat Muzium..Kak Long aku bawak pulak kamera (Yashica) abah,zaman abah jadi wartawan dulu.Bayangkan la kamera tu yang jenis main fokus dulu,dah la besar gantung kat leher macam tourist je.

Diorang ni sebenarnya ada target nak ke suatu tempat pada sebelah malamnya.Aku tak ambik pot pun.Sementara menunggu malam kitorang pergi ke Subang Jaya,rumah kakak salah sorang dari mereka.Sampai je kat perumahan kat situ,terkejut aku bila nama aku dilaung dari jauh,cilakak mamat mana pulak yang terjerit jerit melaung nama aku dari atas sebuah bukit tu.Fuh!memang gila kuat tu, bergema satu taman.Rupanya si mamat sengal sekolah aku,haramjadah tah apa yang dia buat kat situ.Aku buat bodo je....Kak Long aku gelak bagai nak rak..kitorang dilayan baik oleh tuan rumah(bukan orang lain waris aku juga).

Malam tu kitorang keluar balik ke K.L aku pun tidak pasti diorang bawa kitorang ni ke mana,kalau tak silap la cam kat area Jln TAR atau ke Medan Tuanku gitu le...blur aku .Rupa rupanya mamat2 ni semua nak pegi tengok kumpulan Search,(masa tu Search baru nak naik)Eh! bengang betul kitorang,diorang semua masuk kat' Red Rooster'.Abis takkan kitorang nak join diorang pulak,sebabnya kitorang suma di bawah umur.Sepupu aku yang darjah 6 tu siap menangis takut.Tempat tu memang nampak menakutkan bagi kitorang yang tak cukup umur ni.
Malam tu kitorang balik ke rumah kakak pakcik di Selayang...

Tahun 1988,Aku dan Kak Long nak pergi ke rumah mak saudara aku di Bentong,tak tahu macamana boleh timbul idea kitorang buat 'hitchike' dari Mentakab ke Bentong.(pengaruh T.V)Macam biasa, mastermind mestilah Kak Long,dia bagi tips untuk keselamatan.Katanya kalau kereta yang berhenti tu ramai lelaki,kita jangan naik.Kita hanya boleh tumpang kereta yang cuma ada seorang pemandu atau yang membawa isterinya saja.Kebetulan kereta yang berhenti tu seorang lelaki,boleh tahan jugak mamat tu.Dia dalam perjalanan dari Jengka ke K.L atas urusan business, so kitorang bagitau dia turunkan kitorang kat Bentong saja.On the way tu dia bagitau kitorang yang dia nak berhenti di Lanchang sekejap.Dia ada urusan di sebuah kedai hardware.Fuh!Kitorang saling berpandangan,tak sedap hati dah..Mula rasa cam ada sesuatu tak kena je tapi kitorang diam je.Sampai kat Lanchang,dia keluar berurusan dengan tokey tu,Kak Long aku dah mula buat aku bengang...Dia ni memang lorat sikit,dia kata ",eh entah2 budak ni nak berpakat ngan cina tu tak,dia suruh cina tu ikut dari belakang pastu dia behenti kat tengah hutan ke,mati kita".Lepas tu dia plan satu kemungkinan,kalau budak tu buat apa2,kita terjun dari kereta bila dia slow kan kereta...pening aku.

Adalah dalam 10 minit mamat tu selesai berurusan.Dalam perjalanan tu kitorang bersembang dengan ramahnya.Kak Long kata kalau kita berbuat baik,tentu orang tidak sampai hati nak bersikap tidak baik.Maka, kitorang pun berlakon cam nampak 'cool' je.Sesekali kitorang intai2 ke belakang takut diekori oleh kereta lain. Sebenarnya mamat tu baik sangat,orangnya pun cakap lembut je,hansome la pulak...he..he..akhirnya kitorang selamat sampai ke Bentong luar.Dia nak cepat,so dia tak dapat nak menghantar sampai ke bandar Bentong.Apa apa pun kitorang rasa bersyukur sangat...mamat tu sempat juga hulurkan kad dia pada aku..Alahai...

Untuk menyampai ke bandar Bentong kitorang terpaksa mengambil teksi atau bas,alamak! Puas
tunggu,akhirnya kitorang' hitchike' lagi,berhenti sebuah kereta,orangnya agak berumur.Rupa rupanya dia seorang POLIS..pakcik ni nasihat kat kitorang,jangan berani buat 'hitchike' ni bahaya,takut jadi apa apa .Ya la kitorang kan pompuan,comel lagi..ahak..lepas tu, tobat kitorang tak pernah buat kerja gila tu lagi....

Tahun 1989,lokasinya di Taman Keramat,kitorang dah dok kat K.L rumah mak angkat kitorang.Malam tu kitorang rasa lapar,so Kak Long ajak aku pegi beli makanan.Kebetulan anak sedara mak angkat tu ada motor,jadi aku mintak pinjam.Bayangkan aku ni kecik je kalau naik motor kapcai tu pun kaki tak berapa nak sampai,ni pulakRsx..Masa nak start enjin abang tu hidupkan...pastu akupun jalankan je.Sampai kat beberapa lorong Kak Long aku dah memekak kat telinga,"Alamak!mati le kita,apa nak buat ni polis follow kita ni.Abih la kita kena saman ni,camana ni,takut la".Aku tengok pakai cermin tepi sah memang kereta polis,mampus!Dah la aku tak ada lesen,tak pakai topi keledar lagi...masak aku kali ni...

Pastu aku dengar Kak Long mengilai cam pontianak,siut tol..rupanya polis tu follow kitorang sebab dia nak balik rumah dia je ,lorat la Kak Long.Sesampai je kat Food Court tu kitorang pun beli makanan dengan senang hati.Waktu nak balik tu,suey la pulak,enjin motor tak boleh di hidupkan.Puas aku mencuba,nasib baik ada sorang mamat ni yang baik hati datang membantu tapi garangnya muka dia."ha,apsal ni"?"tak leh start la, bang"Aik,tadi sapa yang startkan?"Abang kat rumah"."Bawak pandai,start tak tau".Akhirnya dia yang hidupkan enjin tu.."Terimakasih bang","Ha,bawak tu lelok"akhir bicaranya.Dia yang aku maksudkan ialah penyanyi asal lagu "memburu impian"...he.........he.......

Wednesday, March 25, 2009

Tragedi Dungon.

Hari ni aku nak sambung kisah abah,sebagaimana yang telah di ceritakan oleh abah untuk aku kongsikan bersama yang sudi membacanya.
Pada zaman sekitar tahun 60 an,perjalanan dari kampung abah untuk ke K.Trengganu mengambil masa yang agak panjang.Adakalanya terpaksa bermalam di rumah kawan atau sedara mara di Kuantan.Keesokkan hari barulah menyambung semula perjalanan.

Ketika itu perkhidmatan bas telah pun ada,tetapi jambatan yang merentangi setiap sungai masih belum dibina seperti hari ini.Oleh itu, untuk menyeberangi sungai maka perkhidmatan feri digunakan.Disebabkan ferinya tidaklah sebesar feri di P.Pinang,maka hanya dua kenderaan sahaja yang dibenarkan menyeberangi bagi setiap satu perjalanan.

Dari kampung abah di Raub,abah akan menaiki bas ke Jerantut kira kira 60 km.Kemudian menaiki bas express terus ke Kuantan melalui Jalan Jerantut-Maran-Kuantan.(sekarang kalau dari Raub,perjalanannya Raub-Bentong-Temerloh-Maran-Kuantan)tapi lebih jimat masa.
Waktu itu jalannya kurang cantik dan cukup menyeksakan,ketika itu juga masih belum wujudnya Gugusan Felda Jengka.Dari Jerantut,abah akan menaiki feri pertama di Jerantut Feri dan melalui kawasan kampung dan hutan yang menghijau.Perjalanan tersebut sejauh lebih 140km.(mungkin lebih).Abah akan menaiki feri kedua sebelum sampai ke Kuantan ialah di Tanah Putih,iaitu berdekatan Giant sekarang.

Begitulah seterusnya abah akan mengambil bas ke Kemaman,dan akan menaiki bas express Kemaman-K.Trengganu.Sepanjang perjalanan itu abah terpaksa menyeberangi 5 buah sungai lagi untuk menyampai ke K.Trengganu.(bererti 5 kali jugalah abah menaiki feri) ,iaitu di Kemaman,Kemasik,Paka,Dungon dan K.Ibai.Begitulah payahnya untuk menuju ke destinasi pada zaman itu,mujurlah penggunaan kereta persendirian tidak banyak seperti sekarang.Saya rasa ada yang berkhemah,nak tunggu giliran naik feri.

Pada tahun 1959,sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan,abah telah meninggalkan K.Trengganu untuk pulang bercuti ke kampung.Seperti biasa abah mengambil bas express K.Trengganu-Kemaman.Menurut abah,ketika itu telah pun ada tiket bernombor seperti sekarang.Oleh kerana abah gemar duduk di bahagian tengah bas jadi dia dengan sesuka hati mengambil tempat tanpa merujuk nombor kerusi tersebut.Kemudian naik seorang makcik yang memohon untuk duduk ditempat itu sambil menunjukkan tiketnya yang bernombor 14.Abah mengeluarkan tiketnya dan sah,dia perlu mengambil tempat di kerusi nombor 4 dan dia beralih ke hadapan berdekatan pintu bas.

Perjalanan berjalan seperti biasa,di sebelah abah duduk seorang makcik,meriba anaknya berusia dalam 3 tahun.Sesekali dia menarik narik baju abah,tapi dengan segera anaknya ditegur oleh ibunya"jangan kacau abang".Abah hanya senyum pada budak tu, abah tergerak hati nak pangku budak itu,tapi abah segan.

Akhirnya bas tiba di Dungon dan akan memasuki feri untuk menyeberangi Sungai Dungon.Di atas feri telah ada sebuah kereta dan bas akan mengambil tempat di belakang kereta.Laluan masuk dari jeti ke arah feri memang agak curam.Tidak tahu dimana silapnya,bas tersebut seperti hilang kawalan sewaktu memasuki ruang dalam feri.Ia meluncur laju,dan mencemaskan semua penumpang,dengan jeritan dan raungan suara yang menggegarkan suasana sepi itu,abah sempat melompat keluar dari pintu bas yang memang menganga.Abah dapat melihat dengan jelas bagaimana bas itu merempuh kereta di hadapan menyebabkannya terjunam terus ke dalam sungai bersama bas itu.Ya!Allah,suara jeritan dan raungan manusia bergema meminta tolong,dan abah lihat sendiri bagaimana bas itu menjunam masuk ke dalam sungai dengan hadapannya menegak terus ke dalam sungai.Air masuk dengan cepatnya melalui tingkap bas.Bloooop!Blooooop! bunyi air yang membuak buak dan terjahan air yang deras menghilangkan segala jeritan dan teriakkan mengerikan itu bersama tenggelamnya bas tersebut.

Suasana yang berlaku dengan pantas membuatkan abah hanya mampu meraung.Perasaannya bercampur baur,hiba,sedih,bingung,terkejut,keliru dan terkedu.Menurut abah,dia hanya melihat pemandangan di dalam sungai yang berkaparan dengan mayat dan barang barang penumpang yang timbul di permukaannya. Ada juga penumpang lelaki yang berjaya meloloskan diri melalui tingkap bas dan berenang ke tepi,tetapi tidak ramai.Orang ramai membanjiri kawasan tersebut seperti ada pesta.

Apa yang membuatkan abah rasa semakin tertekan apabila pihak penyelamat menaikkan penumpang yang lemas dalam kejadian itu.Jenazah mereka di bawa naik satu persatu,cukup mengharukan bila abah melihat jenazah makcik yang duduk disebelah abah berpelukan dengan anaknya.Ya!Allah,dia rasa macam nak pitam,dia kesal kerana tidak dapat menyelamatkan budak tu.Akhirnya semua jenazah berjaya di bawa naik dan disahkan tragedi di Dungon itu meragut 23 nyawa.5 penumpang kereta dan18 penumpang bas.

Sebuah kapal korek di bawa masuk untuk membawa keluar bas yang tenggelam itu.Semua barang barang yang terselamat di bawa ke Balai Polis Dungon,dan abah juga terpaksa bermalam di balai.Abah di antara orang yang terselamat dan melihat sendiri bagaimana peristiwa itu berlaku,ini menyebabkan abah tidak henti henti di minta memberikan maklumat kepada 'polis'dan 'press'.Menurut abah terlalu ramai orang yang menyoal membuatkan dia menjadi terlalu letih dan tidak bermaya.Menurut abah lagi,sebelum kejadian berlaku,orangramai mendakwa melihat buaya putih dalam sungai tersebut.Abah tidak dapat memberi alasan dan hanya mengatakan hanya Allah yang mengetahui.

Keesokkannya abah meneruskan perjalanan ke kampung.Di rumah,orang ramai membaca yassin kerana menyangkakan abah telah menjadi mangsa tragedi itu.Seluruh kampung gempar bila mendapati abah telah pulang,dan keluarga abah menyambutnya dengan tangisan dan kesyukuran.Selepas kejadian itu abah kerap menjerit jerit sewaktu tidur,tragedi itu menjadi trauma dalam hidupnya.Berbulan bulan jugalah abah sentiasa di bayangi mimpi ngeri...Dan akhirnya abah pulih jua.Tragedi ini jualah yang telah membunuh cita cita abah dan dia terpaksa menguburkan hasratnya untuk menerima tawaran pengajian ke Mesir kerana tidak mendapat keizinan orang tuanya.Bagi mereka abah seperti mati hidup semula.

Sunday, March 22, 2009

Alhamdullillah, syukur ke hadrat ALLAH atas limpah kurniaNya memberi peluang kedua buat abah yang telah menjadi 'buta' selama 4 bulan lamanya.Abah telah selamat menjalani pembedahan membuang katarak mata sebelah kanan pada 20 Mac lepas,di Hospital Temerloh. Pembedahan telah ditunda sebanyak 3 kali kerana masalah kesihatan abah,lagipun abah telah berusia 69 tahun.Pembedahan itu mengambil masa 2 jam.Semasa di bawa keluar dari dewan bedah terdapat lelehan darah mengalir dari tepi mata abah.Kami rasa sebak melihat abah,tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama abah dimasukkan ke hospital.Kami menunggu dengan resah semasa jururawat membuka penutup mata abah buat pertama kalinya selepas dibedah.Itulah saat paling mencemaskan kerana semua orang tidak pasti adakah abah boleh melihat semula.Saat paling bahagia buat semua yang ada di sisi abah bila abah kata...alhamdulillah, saya nampak...


Kedua adik kembar abah yang ada ketika itu,jelas terharu dan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan tersebut.Bayangkanlah bila seseorang yang telah melihat dunia hampir 69 tahun, ditarik nikmat melihat untuk seketika dan diberi semula nikmat itu..Cuba letakkan kita didalam situasi itu.....Ya! Inilah ujian ALLAH,tapi abah masih bernasib baik,kerana 2 malam abah di hospital abah ditemani oleh satu satunya anak lelaki abah, Arafat(seorang lagi syndrom down),dan cucunya, Harith.Abah bertuah walaupun menantu lelaki abah tidak bersama kerana bertugas,tetapi dia mengizinkan isterinya menggunakan kereta dan merelakan beberapa hari untuk menguruskan keperluan abah hingga selesai.Semua anak anak abah balik menziarahi abah.Kak Long dan Huda balik dari K.L,anak jantan abah yang sorang tu,dari Kedah(masih belajar), Angah dari Kuantan dan kedua adik kembar abah datang dari Raub.Walaupun abah tidak dikurniakan ramai anak lelaki tetapi abah mempunyai 9 orang cucu lelaki dan 3 cucu perempuan dari 3 orang anak perempuan abah yang telah berumahtangga.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,pembedahan abah yang tertunda sebanyak 3 kali ada baiknya kerana pembedahan kali ini sewaktu cuti persekolahan.Tentunya,memberi banyak ruang untuk kami bersama abah,tetapi kami cukup sedih dengan jiran sebilik abah semasa di wad.Abah ditempatkan di sebuah bilik yang hanya memuatkan 4 pesakit sahaja.Kebetulan hari abah dimasukkan ke wad,hanya ada seorang pesakit disebelah abah.Ini bermakna hanya abah berdua sahaja di bilik tersebut.Beliau, seorang pakcik yang agak berumur dan telah hilang penglihatan seperti abah juga.Peliknya,pakcik ni hanya seorang diri sahaja tanpa ada sesiapa yang menemaninya.

Sewaktu kami sampai,makan malam sedang dihidangkan,waktu itu sekitar jam 6.30 petang.Datang seorang jururawat yang baik hati ni menawarkan diri untuk menyuap makanan pada pakcik,lalu kami pun bersembang bersama pakcik tu.Pakcik ni bukan setakat hilang penglihatan malah pendengarannya juga kurang.Kadang kadang kami rasa terhibur bila berbual dengan pakcik ni kerana dia agak kelakar dan jujur dengan ceritanya.Sesekali,suaranya seakan akan suara Hamid Gurkha.

Kami tidak pasti pakcik ni dihantar dengan ambulan dari Hospital Raub atau dihantar oleh anaknya tapi yang pasti anaknya ada sewaktu dia di masukkan ke wad.Menurut cerita pakcik ni,dia mempunyai 2 orang anak,seorang lelaki dan perempuan.Anak perempuannya tinggal di K.L dan anak lelakinya di Sg.Koyan,Raub.Isterinya sedang menjalani rawatan di Hospital K.Lipis.Ya Allah!Besar sungguh dugaan yang pakcik ni tempuhi,sewaktu dia tiba di wad,anaknya menerima panggilan yang ibunya agak kritikal kerana 'berak berdarah',menyebabkan dia meninggalkan ayahnya dan terus ke Hospital K.Lipis.Isteri pakcik ni mempunyai berbagai jenis penyakit,bila di tanya makcik sakit apa dia menunjukkan jarinya ada 5 penyakit....

Oleh kerana pakcik tiada waris untuk menguruskannya,maka kami arahkan budak berdua tu mengambil peranan sebagai pembantu pakcik selain menguruskan abah.Malam tu,perut pakcik ni meragam la pulak,3 kali Arafat menghantarnya ke tandas dan Harith hanya bertugas sekali saja menghantarnya ke tandas,sepanjang malam tu.Kesian sungguh pakcik tu,kalau abah tidak ada,tentu pakcik tinggal seorang di bilik dan hanya Allah yang mengetahui segala galanya.

Keesokannya,selepas penat berulang alik ke tandas malam tu,pakcik bangun agak lewat,jadi dia minum pagi pun lewat sedikit.Budak berdua tu melayan pakcik makan roti dengan air susu je,tapi belum sempat dia menghabiskan roti,datang pulak seorang jururawat yang membawa arahan doktor bahawa dia mahu membawa pakcik ke ruangan lain sebentar .Mulanya dia suruh pakcik tu sambung makan kemudian,tapi melihatkan rupa pakcik yang sedih dan lapar tu,dia beri masa untuk pakcik menghabiskan sarapannya.

Bila mereka bersedia nak membawa pakcik,tiba tiba je pakcik tu mengerang..."Adui...aku nak ke jamban....nak tercirit....".sabar je la,jururawat tu ingat pakcik tu saja membuat alasan,ada ke patut dia suruh pakcik tu" pospone" hajat dia.....nasib baik budak berdua tu bagitau yang memang pakcik tu benar benar sakit perut.Akhirnya selamat pakcik tu membuang hajat...

Tengahari tu,saya datang lewat sikit,terus ke katil abah.saya sangka abah dah selesai dibedah,rupanya abah baru je di masukkan ke dewan bedah.Kebetulan makanan tengahari baru je sampai,jadi saya tanya pakcik tu nak makan ke..Dia terus jawab" boleh juga".Saya dudukkan dia di kerusi,rapatkan meja,basuhkan tangan dan letakkan tangan dia pada nasi dan lauk.Hati saya cukup sayu bila dia menyuapkan makanan dengan tangan yang terketar ketar.Saya dapat rasakan dia terlalu lapar ketika itu.Bila saya ambil tangan kirinya dan letakkan pada gelas dia terus tanya" air ya"?Lepas tu dia meneguk hampir separuh air tu,saya mengadap dia makan hingga selesai.Dia memang terlalu lapar,dia menghabiskan semua makanan dan sendawa beberapa kali.Saya basuhkan tangan dia dan tiba tiba datang seorang jururawat mengarahkan saya memakaikan "pampers" pada pakcik tu.

Eh,biar betul..."saya tolong pakcik ni makan je"jelas saya."Ops...sori saya ingat awak waris dia."Rupa rupanya pihak hospital mahu menghantar pakcik ni ke Hospital Kuantan pula,dan ambulan telah menanti untuk menghantar pakcik.Pertemuaan saya berakhir di situ saja,tapi sejam kemudian datang seorang lelaki bertubuh sasa,misai melintang,menjenguk ke katil pakcik."mana orang tua kat katil ni"tanya dia."Saya rasa pihak hospital dah hantar dia ke Kuantan,tapi kalau nak kepastian tanya jururawat bertugas tu"arah saya.Seketika kemudian lelaki tu datang kepada saya dengan wajah yang hampa dan mengiakan bahawa abahnya telah dihantar ke Kuantan."Dah nasib saya,kedua duanya masuk hospital,tak ada upaya saya nak berkejar ke hulu ke hilir,mak saya agak tenat jadi saya lebihkan dia dulu.Abah,saya pasrah pada hospital untuk menguruskannya."Itulah luahan seorang anak,yang saya kira pasrahnya itu Allah bantu melalui adik dan anak saya ketika dia memerlukan pertolongan.

Bagi kami sekeluarga,kami amat bersyukur dipertemukan dengan pakcik Gantan B.Burak,yang telah memberi kami pengalaman yang paling berharga.Kenangan bersama pakcik biarpun sekejap cuma tetapi membekas di hati kami.Semoga pakcik dapat melihat semula,dan makcik sembuh seperti sediakala.Kepada sesiapa pun,ingatlah kalau kita rasa kita susah,ramai lagi orang yang lebih susah dari kita, begitulah sebaliknya.

Saturday, March 14, 2009

PAda zaman dahulu sekitar tahun 60 an perjalanan dari kampung abah untuk ke K.Trengganu mengambil masa yang cukup panjang,adakalanya terpaksa bermalam di rumah kawan2 sebelum meneruskan perjalanan.Ketika itu bas telah ada,tetapi jambatan yang merentangi setiap sungai,masih belum ada.Untuk menyeberangi sungai,maka semua kenderaan terpaksa menaiki feri.Oleh kerana ferinya tidaklah sebesar feri di P.Pinang,maka hanya sebuah bas dan sebuah kereta atau dua buah kereta saja yang dibenarkan menyeberang bagi setiap perjalanan.

Dari kampungnya di Raub,abah akan menaiki bas ke Jerantut kira kira 60 km.Kemudian dia akan menaiki bas untuk ke Kuantan melalui jalan lama iaitu Jerantut-Maran-Kuantan.Saya tidak pasti adakah Gugusan Felda Jengka telah wujud waktu itu.Perjalanan abah itu terpaksa menyeberangi 2 buah sungai untuk ke sampai ke bandar Kuantan,iaitu di Jerantut Feri dan Tanah Putih.Dari Kuantan abah akan meneruskan perjalanan terus ke K.Trengganu dengan menaiki bas express.Dari Kuantan ke K.Trengganu abah terpaksa menyeberangi 5 buah sungai lagi iaitu di Kemaman,Paka,Kemasik,Dungon dan K.Ibai.Begitulah payahnya,orang dulu melalui perjalanan yang agak sukar untuk menuju ke destinasi mereka.Mujurlah waktu itu tidak ramai orang yang menggunakan kenderaan sendiri seperti sekarang.Saya rasa ada yang berkhemah nak tunggu giliran naik feri.

Pada tahun 1959,sehari sebelum umat islam menyambut bulan Ramadhan,abah telah meninggalkan K.Trengganu untuk pulang bercuti.Seperti biasa abah menaiki bas express dari K.Trengganu ke Kuantan.Menurut abah,ketika itu telah pun ada tiket bernombor seperti sekarang,tetapi abah secara sukahati mengambil ruang di tengah.Tiba tiba naik la seorang makcik ni dan menegur abah,sambil menunjukkan tiket dia yang bernombor 14.Abah pun melihat tiket dia dan sah no tiket abah no 4,jadi abah terpaksa memberi tempat kepada makcik tu.Abah bertukar tempat paling hadapan berdekatan tangga bas.

Perjalanan berjalan seperti biasa,di sebelah abah duduk seorang makcik meriba anaknya yang mungkin berusia 3 tahun.Sesekali dia menarik narik baju abah,tapi dengan segera anaknya akan ditegur oleh ibunya..."jangan kacau abang".Abah hanya senyum pada budak tu.

Sebaik sampai di Dungon,bas akan menaiki feri untuk menyeberangi Sungai Dungon.Di atas feri telah ada sebuah kereta.Ini bermakna hanya bas yang abah naiki akan bersama sama kereta tersebut untuk menyeberangi sungai tersebut.Sewaktu bas menuruni untuk masuk ke dalam feri,bas tersebut telah hilang kawalan dan memecut laju memasuki feri.Berlaku suasana yang agak




Friday, March 13, 2009

Kisah Abah

Abah saya dilahirkan pada 3.9.1940 di Kg Gali, Raub ,Pahang.Dia mendapat pendidikan awal di Sek.Agama Rakyat Dong,dan meneruskan persekolahan di Sek.Mahmud,Raub(Special Malay Class)dari darjah 3 hingga tingkatan 1.Oleh kerana minatnya lebih kepada bidang agama,dia menyambung semula persekolahannya ke Sek.Agama Rakyat Dong.

Selepas menamatkan persekolahan,abah berjaya mendapat pekerjaan sebagai Junior Rubber Assistant di R.R.I(sekarang ni Risda).Dia ditawarkan bekerja di Kuantan sekitar tahun 1958.Dia ditempatkan di banchelor mess, Jln.Telok Sisek.Menurut abah,dia kerap pergi ke Pekan pada hujung minggu kerana cukup teruja dengan udang galah yang di jual sekitar RM1-RM2 selonggok. Kebetulan abah ada sedara yang juga bertugas di Pekan,Abdul Rahman b.Ismail, jadi abah akan bermalam di rumahnya.

Peluang membeli udang galah yang agak murah ni, abah mengambil inisiatif mengirimkannya ke kampung.Sebelum itu abah akan menggoreng bagi memastikan ia tahan lama.Kemudian dia akan isikan semua udang tu ke dalam tin empat segi Jacob.(orang2 lama tau la).selepas itu dia akan kirimkannya melalui pos.

Kira2 setahun bekerja,setelah abah dapat menabung sedikit dari hasil gajinya setiap bulan,akhirnya abah mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang agama.Sebenarnya abah belum bersedia untuk bekerja kerana dia masih menyimpan minat yang mendalam untuk meneruskan pelajaran.

Akhirnya dalam tahun 1959,abah membawa diri ke K.Trengganu dan bersekolah di Sek.Men.Zainal Abidin,tanpa pengetahuan keluarganya.Semuanya terbongkar apabila kiriman "nasi manis"atau "wajik"yang dikirimkan keluarganya telah di pulangkan semula.Ini menyebabkan kekecohan berlaku kerana keluarga menganggap dia melarikan diri.Kisah tu selesai bila abah mengirimkan berita dari K.Terengganu.

Setiap kali pulang bercuti, abah akan membawa balik kain batik,kain songket dan barangan tembaga untuk dijual ke kampung.Dia mengambil stok dari kawan2nya,peniaga sekitar K.Trengganu.Dia hanya tolong menjual dan mengambil sedikit keuntungan tanpa mengeluarkan modal.Itulah cara abah untuk menyara kehidupan zaman persekolahannya.

bersambung.....

Saturday, March 7, 2009

Kahwin Muda.

Saya berkahwin pada usia melewati 19 tahun...ha..cepat ke?Tak yah la terkejut,saya pun cam tak caya yang jodoh saya secepat itu.Saya kenal dia pun dalam 5 bulan je,terus setuju terima lamaran dia.Apa la specialnya mamat ni ek...saya boleh pilih dia sedangkan saham saya tengah naik waktu itu...orang ramai peminat la katakan (perasan)!Yang tengah tunggu giliran nak masuk meminang pun ada...nasib le..who comes first!Apa pun inilah pilihan terbaik yang Allah berikan pada saya dan saya amat bersyukur atas limpah kurnia kasih sayangNya.

Cerita saya kahwin muda taklah sehebat kisah mak saya.Mak saya dipaksa berhenti sekolah sewaktu berusia 14 tahun (1966).Dia ditunangkan dengan sepupu,kononnya nak mendekatkan hubungan keluarga sebab sepupu dia tinggal di Perak dan mak di Pahang.Mak saya ni sebenarnya seorang pelajar yang cerdik.Bila dia diberhentikan sekolah,ada seorang cikgu yang menawarkan diri untuk memelihara dan menanggung persekolahannya.Malangnya keluarga mak tak setuju,biasa la skrip orang dulu "Orang pompuan belajar tinggi2, akhirnya ke ceruk dapur jugak".

Adik beradik mak saya ada 8 orang.7 perempuan dan sorang je lelaki,mak pula merupakan anak yang ke 5.Saya rasa mungkin Arwah aki saya rasa terbeban mempunyai anak perempuan yang ramai jadi dia tak berkira sangat,asal ada orang dah berkenan dan masuk meminang anak dia..kira jadik la.Dia tak kira la anak dia suka ke tidak,janji anak dia selamat dan di jaga dengan baik.Kira perkahwinan anak2 hanya diatur oleh pihak keluarga...biasa la zaman dulu..hari ni,jawabnya lari dari rumah le.Walaupun begitu,tak ada pulak sejarah mak2 sedara saya ni yang bercerai berai...aman hingga ke tua.

Berbalik pada kisah pertunangan mak saya,akhirnya terputus di tengah jalan..apabila nenek sebelah lelaki memutuskan pertunangan itu.Apalagi, seronok giler la mak.Kira lepas ni dia bebas semula la.Orang dulu menurut mak saya,kalau dah bertunang banyak sangat pantangnya.Aktiviti di luar rumah agak terbatas dan pergerakan mereka sentiasa dipantau,ini bagi menjamin tidak wujud sebarang perkara buruk atau menjadi fitnah masyarakat.Bagi mak saya yang masih lagi kebudak budakan waktu itu tentulah proses pertunangan itu menyekat kebebasan dia untuk pergi bermain dengan kawan2.Begitu juga dengan aktiviti menonton wayang hindustan yang menjadi kegilaan orang di zaman itu.

Menurut mak lagi,pada masa dulu adat memutuskan pertunangan di sertai dengan kenduri juga.Maka berakhir la kenduri hari itu dengan jayanya selepas acara makan tengahari,dan rombongan lelaki pun pulang.Kegembiraan mak tak lama,petang tu selepas kenduri,datang pulak rombongan meminang.Mak dipinang sekali lagi,dan tentunya pinangan di terima......dan akhirnya itulah jodoh mak sampai sekarang.Paling saya kelakar tengok gambar perkahwinan mak,muka mak mencerut masam..nampak sangat cam kena kahwin paksa...Kak Long saya kata "nasib baik mak kawin ngan abah,kalau tak,kita pun tak ada la!"

moral of the story:Jodoh pertemuaan Allah yang tentukan,kerukunan dan keharmoniaan adalah berkat restu dan doa kedua ibu bapa..atas keizinan Allah yang maha esa.

Friday, March 6, 2009

Maafkan saya...

Saya bukanlah seorang pujangga yang pandai mengatur kata,bukan jua seorang penyair yang berlagu puitis.Malah saya bukan seorang penulis yang hebat melakarkan nukilannya.Sekadar manusia biasa yang saja suka2 mengisi masa...tiada yang istimewa....hanya ingin berkongsi cerita....

Hantam saja la....

Hari ni jadi sejarah dalam hidup saya....bila mempunyai blog sendiri....tak terbayangkan bila dah nak senja ni, baru nak buat macam2...nak pilih nama blog pun..dekat separuh hari...Lastly dah tak kuasa nak cari..Hantam saja la.....