Sunday, October 18, 2009

RUMAH TOK KERAMAT!!

Saya nak minta maaf kalau entri saya sebelum ini memeningkan kepala...mungkin nampak cam tak logik,tapi saya hanya ingin berkongsi cerita dari orang2 yang rapat dengan saya.Jadi terpulang kepada para pembaca untuk mempercayainya atau tidak kerana itu hak individu dan tiada paksaan untuk mesti mempercayainya... .

Arwah aki  saya(keluarga sebelah mak) pernah menyewa sebuah rumah di Kg.Bukit Keramat,Mentakab,sekitar tahun 60 an...lokasi tersebut letaknya bersebelahan dengan sek.keb.cina Chung Hwa dan berhadapan dengan kuil hindu di jalan Mentakab -Temerloh .Tuan punya rumah tu mengikut sejarahnya bernama Ab.Samad,berasal dari Kg.Berisu Melaka.Dia juga dikenali sebagai 'tok keramat' oleh penduduk sekitar bandar mentakab pada ketika itu.Mengikut cerita waris tok keramat ni,dia dilahirkan dengan bau yang sangat busuk dan sepanjang dalam 40 hari selepas lahir tu dia dihurung oleh langau dan orang2 kampung tak sudi untuk melihatnya kerana baunya yang busuk dan hanyir.Tapi selepas itu,bau tu hilang dengan sendirinya.Saya tak berani nak melabelkan siapa tok keramat ni..tapi  mengikut ceritanya lagi....kalau tok keramat ni menahan bas atau teksi tapi mereka tak nak berhenti,tiba2 je bas atau teksi tu akan rosak dan dengan sendirinya akan terhenti... bila dia naik je bas tu akan elok semula.

Menurut cerita orang tempatan di Mentakab,tok keramat ni suka pakai bush jaket labuh warna hitam lusuh dengan kain pelikat..Dia selalunya akan datang makan/minum di kedai di bandar tu.Pernah berlaku bila ada orang yang nak makan tengahari di kedai tu berkata"emm...sedapnya makan nasi ni kalau ada petai"!Tak semena2 dia menghulurkan  petai yang di ambil dari dari bawah meja je...Tok keramat ni jenis yang disenangi ramai kerana dia tidak menyombong dan kelihatan seperti orang tua yang daif...

Kalau tak silap saya, rumah tok keramat tu dibina pada tahun 1936.....binaan strukturnya berdasarkan rumah melaka dan bertangga batu marmar..... rumah tu siap ada pintu gerbang yang bertulis dalam bahasa jawi "sahaja begitu bagi tiap2 org yang sabar"!!Kawasan rumah tu dikelilingi dengan pokok2 ciku di hampir keseluruhan tanahnya lebih dari seekar....terdapat juga beberapa jenis pokok buah2an  lainnya seperti nangka,belimbing, rambutan,kuini,bacang dan beberapa jenis pokok lain....

Dalam tahun 60 an ,Tok keramat tu sendiri yang datang berjumpa arwah wan saya dan mengamanahkan dia untuk tinggal menjaga rumah dan rumah2 sewa miliknya.Mengikut cerita mak2  sedara saya,ketika itu Tok Keramat tu kelihatan uzur dan berkerusi roda,datang ditemani anak angkatnya...dan tak lama selepas tu Tok Keramat tu meninggal dunia.

Pada hari tok keramat meninggal,kebetulan mak saya ada balik ke rumah arwah wan saya.Mak saya dipelihara oleh kakak sulongnya yang berkahwin dengan seorang tentera dan tinggal di sebelah utara.Menurut cerita mak saya,pagi tu dalam pukul 7.00 pagi,dia baru masuk bilik air bila dengar suara budak memberi salam...kelihatan sepasang budak dalam umur 10 dan 8 tahun di muka pintu dapur,berbaju kurung/melayu putih,berkain/sampin hijau macam uniform budak sekolah agama.Mak saya menjawab salam dan bertanya dia nak apa??Dia terus tanyakan Arwah aki saya....dalam hati mak saya terdetik kata2,sibuk je budak2 ni, ..pagi2 cari abah nak apa???Pastu mak saya bagitau dia bahawa abah dia dah keluar...terus budak2 tu kata tak apa la!!Bila mak saya berpaling semula budak2 tu dah tak ada lagi...mak saya cuba cari budak2 tu..tapi mereka hilang begitu.......terus mak saya jadi takut!!!

Tengahari tu arwah aki saya didatangi oleh seorang perempuan berpakaian putih, yang mendakwa dia isteri tok keramat ,dan dia memberitahu bahawa tok keramat telah meninggal subuh hari tu!!Kemungkinan budak berdua tu adalah anak2nya....walahualam!!

**saya telah dapatkan sekeping gambar rumah tok keramat, sayangnya dah 4 kali mencuba tapi tetap gagal untuk saya uploadkan ke entri ini...tak tau dimana salahnya...insyallah saya akan cuba di entri yang berikutnya!!!

17 comments:

mazru said...

hmmm...rumoh te ander lg ke kat mtkb?koi dapat agaklah lokasi nye..

satu lagi kisah misteri..mungkin sesetengah cerita elok dibiorkan misteri...

sebelum relevan komen ayat ni baik koi potong dulu.."jangan biarkan diri anda diselubungi misssteriiii"
hehehehhe

wallahualam..

Relevan said...

..Salam Hai..rasanye rumoh tu dah tinggal tangga jer kan?..banyak peristiwa2 pelik berlaku ket kwsn tu..tak ada yang berani ngusek kwsn tanah tua dak?..

Heh heh mazru..kau dtg Jerantut jumpa en Karim Jasmy..penulis cerita2 misteri kat majalah misteri..

Fadh Rahman said...

Kisah misteri nie kadang kala xterjangkau dek fikiran kita.

ummu said...

terima kasih kak atas entry ini....

Abang said...

Tok Keramat tu warak ke orgnya?

endiem said...

Di Pekan ada satu kampung nama Kg. Tok Keramat dekat dgn kg. Ganchong, mungkin ada kaitan kot?

hai said...

salam mazru,
rumah tu dah lenyap....segala misterinya juga dah jadi sejarah!!!

salam relevan,
memang betul..tinggal tangganya je...tu suma kerana sifat tamak anak angkatnya yang mahukan tanah tu dibangunkan kononya nak buat perumahan...dgn kata lain dia mengusir arwah wan koi..dan runtuhkan rumah tu...sayangnya sampai sekarang tanah tu terbiar tak boleh buat apa...arwah wan koi tak leh buat apa sebab diorang hanya buat perjanjian mulut je..x de bukti untuk pertahankan tanah tu!!
menurut citer mak sedara koi,orang2 yang terlibat meruntuhkan rumah tu sakit selepas tu..bulldozer yang meratakan tanah tu asyik mati enjinnya...tu yang akhirnya tinggal tangga je...

salam Fadh,
memang benar!!sebenarnya mereka juga makhluk allah!!

salam ummu,
akak sekadar berkongsi je...

salam abang terrer,
lupa nak tanya diorang..tapi mungkin juga sebab orang2 yang buat perangai tak senonoh kat area rumah tu akan jumpa mende2 yang menakutkan...macam jumpa lembaga tak berkepala!!penah penyewa yang kerja guard balik kul 3 pagi nak curi tulang...dia dengar orang tengah berwirid dgn kuat,kat pintu gerbang,memasuki kawasan rumah..terus dia x jadi balik tido,patah semula ke tempat kerja ..
salam endiem,
koi pun x tau..banyak sgt nama kg.tok keramat....tapi koi penah jumpa sebuah rumah yang seakan2 rumah tok keramat di jln gombak...sama..dihalamannya banyak pokok2 ciku....

Maiyah said...

dah lama tak dgr cite camni, menarik gak kongsi sama :)

abu muaz said...

Salam. Macam cerita diruangan majalah mastika pula dah sekarang.

Muhammad faiz mahayudin said...

panggilan tok keramat ni besenye untuk orang yang tinggi kedudukanya..orang yang tinggi amalanya.

Abang said...

Huhu nanti teman pun nak konsi cite pasal org "keramat" kat kg teman... kalo ada masa la...

ajobegs said...

Tok mat keramat adalah adik beradik nenek kepada nenek saya, apa yang di sampaikan admin memang sama seperti apa yang di ceritakan ayah saya, tok mad keramat dilahirkan berdarah putih.keturunannya berasal dari turki. Dia biasa memakai tarbus..warak orang nya..dan buleh pergi ke mekah sekelip mata, mengeluarkan wang dalam poket yg kosong..

Anonymous said...

Salam .. Yep . Rumah tok keramat ni dekat brisu kan . Dekat sgt dgn rumah wan saya . Mase mak saye kecik2 dlu , mak saye sllu dtg tgk tv dkt rumah tok ni . Waktu tu tok keramat ni dah uzur . Dia mmg dduk dlm bilik je . Mak kata , klw time malam2 & sunyi sepi , dari dlm bilik dea mmg sllu dga budak2 & perempuan ketawa2 dari bilik dea .

Myn said...

Salam Hai,
Ada jugak dengar cerita tapi anak angkat nye yang mana satu ye? Berapa anak angkat dia?
Kat mana yg tapak rumah lama dia?
Ada GPS coordinat tak?

Salam Ajobegs
Pertanyaan. Kalau tok mad ni keturunnya dari turki (ikut salasilah)

Salam Izzah,
Rumah tok keramat kat brisu sekrang ada lagi ke?

Unknown said...

Asslmualaikum,

Cuma nak kongsi cerita, mak dan ayah saya mmg org kg berisu, melaka. Masa ayah sihat dan saya masih sekolah, rajin juga dia cerita perihal tok samad ni, salah satu cerita ketika ayah masih muda dan bersekolah, tok samad pernah panggil ayah saya ketika itu di dlm bas, tok samad selok saku dan diberinya gula2 kat ayah saya, dlm hati ayah saya masa tu dia ingat tok samad nak beri duit tambang bas rupanya gula2, kecewa juga ayah sebab dapat gula2 dari duit tambang...kejadian beri gula2 berulang sehingga 3kali setiap kali ayah bertembung dgn tok samad ketika dia naik bas, selepas tu setiap kali ayah saya naik bas, konduktor bas mcm pejam mata lihat ayah, tak pernahpun dia minta ayah bayar tambang bas, so lepas tu free2 aje ayah naik bas. :)

Kalau nak ikut banyak lagi cerita misteri kat kg berisu ni dari ayah saya. Contoh cerita tok bisu yg membuka kg berisu, cerita to said penghulu kg berisu cerita kerbau lawan harimau di hutan berisu..cuma org lama2 yg tahu cerita dan pernah alami peristiwa misteri ni kebanyakan dah lama meninggal dunia, so misteri tinggal misteri..

Unknown said...

Assalamualaikum
Aku dari kecil diceritakan oleh mak aku tentang arwah Tok Samad..kisah2 arwah nih bnyak aku pernah terbaca termasuk di mastika ada yg betul diceritakan dan ada yg ditambah oleh manusia. Anggap sahaja arwah adalah anugerah ALLAH kapada manusia untuk mengingati kebesaran pencipta bukan yg dicipta.Wallahualam.
* anak jati kampung berisu,batu 30 1/4 Kg berisu,lubok china.

Cahaya said...

Assalamualaikum, makam tok brisu dlm laman rumah moyang sy dan ia mak sy keturunan turki. Alhamdlah.