Tuesday, October 27, 2009

PANGGILAN HANGIT!!

Sememangnya dah menjadi peberet aku setiap pagi  mendengar radio HotFm.Sebabnya keletah dj2nya yang ceria sangat membantu aku dalam menaikkan mood aku untuk bertugas.Agak2 kalo basuh periuk tu sambil layan radio,laju sikit menggosoknya......kalo tak, rasa mengantuk tak abis lagi...antara rancangan yang ke udara waktu pagi tu ialah segmen panggilan hangit.Kadang tu rasa memang syok gak dapat pedajalkan orang,tapi adakala  rasa melampau sangat bila anak2 mengenakan mak bapak diorang.....

Pagi tadi,panggilan hangit yang selalunya menjadi gurauan tu bertukar menjadi kisah benar la pulak....apa kes???Ni mamat mana yang buat keje bodo,kononnya nak menghangitkan isteri dia dengan memohon kebenaran untuk berpoligami....Dj2 sengal tu ingatkan saja nak berguarau manja ngan isteri dia..rupa2nya kes dia tu sebenarnya adalah realiti...suami dia memang nak kawin lagi tapi cam takut2 nak cakap.Ada ke patut dia seolah2 menggunakan media untuk menjadi pengantara untuk memberitahu isteri dia.....(mungkin dia dapat idea.. kalo nak mintak cerai boleh gunakan media).

Oleh kerana tu maka kes dia tu dijadikan isu dan dibuka kepada pemanggil2 untuk memberi komen...Aku rasa bangga sangat sebab tak ada orang yang menyokong tindakan suami dia walaupun dari pemanggil lelaki!!Ramai orang bersimpati dengan isteri dia,dan betul juga kenyataan dari isteri dia yang cara suami dia tu tak kena langsung.....dan ramai pemanggil kata suami dia memang tak gentleman!!

Aku pun terfikir,jantan jenis apa suami dia tu,berani nak kawin lagi, tapi takut nak bagitau isteri.....Agak2boleh ke orang camni menjadi suami yang adil???Sedangkan dari awal dah nampak kelemahan dia sebagai seorang lelaki pengecut!!!!

**Aku harap lelaki yang buat keje bodo tu bukan  Echam  sebab kalo tak silap aku, dia kata ada antar 'panggilan hangit" untuk nak menghangitkan seseorang!!! hehehe......

14 comments:

Guru said...

assalammualaikum

saya dah lama tak mendengar radio ni... tak ada siaran ulangan ke? teringin gak nak dengar..

Tirana said...

Bila hai sebut hangit saya ingatkan ada kaitan dengan nasi hangit..rupanya cerita lelaki yang ada hati nak kawin dua tapi takut nak bagitau isteri...hehehe...Takut kena pelangkong dengan isteri agaknya..

YanDarwisy said...

Member2 plak skrg suka nak kenakan panggilan hangit sendirik bikin. Hanpeh jer kena kat batang idung...tapi kalau on air mau malu jugak!

Fadh Rahman said...

koi lama dh xdgr hot fm...makin lama dengar makin menyampah dgn celoteh dj2 yg 3suku. lelaki jenis nie laa yg menyebab lelaki2 baik mcm koi, echam, relevan dll xmerasa nak tambah cawangan...kuikuikui

Hanisham Ab Halim said...

Erkkkk.. tercekik nasi bila koi baca perenggan terakhir tu. Tak patut betoi laki dia buat camtu. Betoi kata cikgu Fadh tu. Koi setuju amat.. hahhahah

Relevan said...

Lor..pnggilan hangit? ishk2..kawan setuju dgn cikgu Fadh..

Weyy..ke aok bete yang buat panggilan tu Echam..? paroh ni..kome dengan cikgu Fadh boleh siapkan sepasang Baju Melayu baru ni..untuk mengapit..

hai said...

salam teacher,
kadang ada juga diorang ulang2 balik tapi x tentu masa....

salam Tirana,
hehehe..lelaki tu cuba ambik kesempatan...kononnya sambil nak buat lawak...lawak paling bodoh!!

salam yan,
x pe la kalo sesekali nak bergurau,jgn lebih2 dah le...

salam fadh,
koi ni jenis dengo radio waktu pagi je...hotFM tahan lagi..kalo dengar ERA..lagi le..x daya mendengo aznil asik ketawa je bila din beramboi buat lawak...nyampoh betoi!!
Bagus gak la gitu ek,sekurang2nya hokme x jadi nak menamboh!!

salam Echam,
Erkk...jadi memang bukan aok la yek...alhamdullillah!!

salam relevan,
jgn siap je baju melayu tu sok aok yang dulunya....

Anonymous said...

Tnya la koi, koi dah byk pengalaman. Sebetulnya kita kena tnya dan tau sapa betul dan sapa salah.

ps: ada sapa2 dgr lelaki yg dah berpoligami selama 15 thn tu bg nasihat? dia pun wat call ke hotfm.

semut-terbersin said...

makteh, camne tetibe bleh kantoi yg sebenarnyeh mmg realiti? jahatnyeh lelaki tu!

zai said...

Salam Hai..

Zai pun ada terdengar hari tu tntg panggilan hangit si suami kenakan isteri tentang poligami ni...

Kesian kat isteri dia..mmg lelaki dayus camtu namanya..berani buat tapi tak berani nak mengaku secara terus terang..samala dengan perempuan yg nak jadi madu dia tu langsung tak ada akai punya orang...kalau nak masuk rumah orang pun bagila salam dulu kan..ini tak main pakai redah jer..

Ini belum bermadu lagi dah laki dia buat camtu lepas kawin ntah camne nasib dia nnti..zai betul2 simpati kat ppuan tu lps dengar kisah panggilan hangit ni.

Maiyah said...

nape nak wat camtu kan, pakai media plak.. fce 2 fce ler

hai said...

salam Intan,
koi tak dengar la lelaki tu call....sebabnya koi ni kadang terpaksa gak meninggalkan radio jauh..nak jemur kain...hehehe...

salam ila,
memang suma org x tau..dj2 tu kira cam terkena gak..padan muka diorang, tapi kesian la kat pompuan tu...satu malaya lak tau kisah beno dia...

salam zai,
sebenornya x salah lelaki tu nak kawin..tapi cara dia memang hampeh!!!bini dia kata kalau kena cara dia mungkin boleh terima bermadu....tapi memang susah nak cakapkan,lelaki tu boleh dikategorikan sebagai apa???diorang pikir la sendiri!!

salam maiyah,
tu la bini dia hangin...agak2 bagi kawin lagi, terus cancel...hisss..

mazru said...

Jantan dayus la tu kak hai

abu muaz said...

jenis penakut tu kalau kahwin pun confirm haru biru.