Tuesday, October 6, 2009

ANAK GHAIB!!

Baru je pagi semalam bertemu seorang sahabat yang tiba2 bercerita tentang kisah kawannya yang kehilangan anak dalam kandungannya kelmarin.Menurut ceritanya,kawannya tu dah mengandung 7 bulan tapi ketika bangun pagi dia dapati tilamnya berdarah dan merasa perutnya kosong.Setelah membuat pemeriksaan di hospital,doktor mengesahkan dia tidak mengandung sedangkan dia telah menjalani pemeriksaan rutin bagi ibu2 mengandung.

Dia bertanya saya,"awak percaya tak cerita ni?Saya selalu baca kat majalah je,cam tak caya "!Saya bagitau kat dia...kisah camni dah biasa berlaku.....Kalau nak diikutkan mak sedara saya sendiri mengalami pengalaman sebegitu sewaktu mengandungkan anak ke2nya.Sewaktu dia mengandung, dia sering bermimpi dimandikan oleh seorang perempuan tua, 'mandi dengan berbagai jenis bunga'.Kadang bila dia sedar dari mimpi.,rambut dia terasa basah dan badan rasa segar...cam orang baru mandi.Ketika kandungan berusia 7 bulan dia bermimpi orang tua yang sama menyikat rambut dia dan tiup kat ubun2 dia.Dia mimpi bersalin pada usia kandungan 9 bulan,bila dia sedar hanya terdapat sedikit je darah dan perut dia dah kempis....doktor juga mengesahkan tidak ada tertinggal apa2 dalam perut dia!!

Kemudian dia pernah bermimpi,melihat anak dia ..lelaki!!Dalam mimpi tu ...dia diberikan ayat untuk datang melihat anaknya di alam mereka.Menurut dia ayat yang diberikan tu ayat dalam quran je...tapi kalau nak balik semula ke alam kita  ayatnya lain pulak.Oleh sebab mak sedara ni jenis yang penakut giler...dia kata dia takut jadi cam citer ali baba bujang lapok...kan si kassim baba tu tak ingat jampi serapah nak keluar dari gua tu....hahaha...macam tu le dia, dia takut tak ingat ayat2 tu,nanti dia tak lepas nak balik....Kitorang penah tanya dia kenapa tak tulis ayat tu...dia kata " haaah ye tak terfikir plak"!!Ya lah zaman tu tahun 70 an...orang2nya kurang kreatif!!

Cuma saya rasa sedikit peliknya dalam kes ni sebab, semasa mak saya mengandungkan saya pun, mak saya pernah bermimpi yang sama....didatangi orang tua yang sama,dimandikan menggunakan peralatan yang sama,dirumah dan tempat  yang sama,pengalaman ni diceritakan oleh kedua2 adik beradik setelah saya berusia 30 an....seronok mendengar kisah mereka yang saling ia mengia,macam sesuatu yang realiti walaupun mimpi....dan mereka juga terkejut kerana bayangan mereka dalam mimpi tu semuanya sama....bermakna pengalaman tu telah dirasai dulu oleh mak saya kerana saya lebih tua dari sepupu saya yang hilang tu dengan perbezaan 4-5 tahun gitu....Cuma ada sesuatu yang mungkin menyelamatkan saya..kerana dalam mimpi  tu,sewaktu meniup ubun2 mak saya dia ada memberitahu,bahawa kalau mak saya melahirkan anak lelaki ..namakan dengan nama 'mohamad syukri'...Alhamdulillah saya ni perempuan,kalau tak ntah ghaib jugak kot...hihihi....

21 comments:

zai said...

Salam Hai..

Kisah ini sama kejadiannya dgn sepupu suami..dia dah mengandungkan anaknya selama 9 bulan..semua barang2 keperluan dah dibeli bersama suami..melihat perut semakin membesar dan ada pergerakan stp hari sehinggalah pada satu malam beliau bermimpi telah melahirkan bayi tersebut disambut oleh 7 orang wanita berjubah..beliau menjerit agar anaknya tidak diambil ttp menurut mereka, mereka hanya menumpang rahimnya dan anak itu adalah anak pembesar mereka dan sebaik terjaga hanya ada darah dikainnya spt telah bersalin ttp tiada bayi disisinya..sangat menyedihkan dan itulah yg peristiwa benar dan aneh yg berlaku kira2 15 tahun dulu..sehingga kini seakan sumpahan beliau tidak pernah lagi mengandung dan terpaksa mengambil anak angkat.

Mungkin kerana itu Nabi SAW berpesan agar kita membaca ayat2 suci sebagai pendinding ketika bersama suami..mana tahu ketika bersama yg turut mencampuri kita adalah syaitan..

Tirana said...

Orang dulu2 kata kalau anak yang dikandung hilang tiba2, ia diambil oleh orang bunian.. Pelik tapi benar kan? susah nak percaya tapi ia berlaku depan mata.

abu muaz said...

ia ke semua ni? bengkak kepala memikirkannya. percaya, tidak percaya, percaya, tak percaya....

hai said...

salam zai,
saya setuju dengan zai,itulah sebabnya ada ayat2 suci yang dianjurkan...cuma orang tak amalkan!!
dalam kes ni,mak saya dan adik dia ni sebenarnya memang dari kecik2 lagi org di alam lain tu dah berminat nak ambik ...nanti saya ceritakan di entri lain.

salam tirana,
selalunya gitu la memang berkait dengan orang bunian...memang susah nak percaya cam cerita dongeng!!

salam abu muaz,
jgn pecahkan kepala anda...memang cam tak logik...logik...tak logik...!!

endiem said...

orang bunian.

eL said...

Memang ada sungguh ke cerita macam ni? Ada terdengar cerita tapi belum pernah tengok depan mata.

10 said...

kesian kan pada kawan tu... semua ni ketentuanNya...Dia lebih mengetahui...

hai said...

salam endiem,
bunian gamoknya!!

salam el,
kalau tak tgk memang susah nak caya...tapi bila dah selalu sgt tgk dah tak rasa apa!!

salam 10,
hanya Allah yang maha mengetahui!!!

ummu said...

Salam Kak Hai...
sebelum tu, nak bagitau..suka tengok gambar akak yang baru akak letak di profile.

saya percaya apa yang Kak hai ceritakan..kerana seseorang yang amat hampir dengan saya melaluinya selain waktu kelahiran anak yang sebenar,kejadian yang aneh turut disaksikan oleh adik-adik ipar kepada wanita yang melahirkan bayi itu. Kemudian diceritakan pula kepada anak wanita itu bila bayi itu dewasa.


Semua itu kuasa Allah. semua makhluk Allah di bawah kekuasaanNya.Wallahua'lam

Maiyah said...

makcik sy pun kene, sampai skrg dia tak ngandung2 lagi pas anak dlm kandungan hilang tetiba

Pyanhabib said...

hah? ha! kalau tidak blog hentam jelah ini pun `ghaib!

al-mankaraqi said...

salam puan,

sy xder pengalaman krn blum beristri.

sy pnah trbaca ttg kehamilan palsu. katanyer si ibu rasa cam mengandung tp sebenarnyer x mengandung.

Ntahlar pening gak pikir.

hai said...

salam Ummu,
iya la...perkara begini sememangnya berlaku sejak dulu lagi..cuma sukar untuk dibuktikan!!hanya allah je yang tahu...

salam maiyah,
eh,citer maiyah sama ngan citer zai....tapi mak sedara ni ada 2 orang anak lepas yang ghaib tu...

salam pyanhabib,
mungkin juga dia memblog di alam ghaib..mana tau!

salam al-mankaraqi,
kehamilan palsu tu biasanya terjadi pada orang berkeinginan sangat untuk mengandung kot!!macam kes2 bayi mereka ghaib tiba2 ni....kandungan mereka sebelum ini,memang telah disahkan oleh doktor!!

Relevan said...

:) Salam Hai.. Anak manusia ghaib kena sorok bunian..anak bunian ghaib pula kena sorok manusia..

pecinta_Islam said...

salam kak..sy prnh dngr cte seumpama ni..cte jiran sy dlu..dia mengandung tetiba datang tentera berkuda dngn bidang2 nye serta permaisurinya..dia ckp dia nk amek anak tu..tapi dirinye lemah n terpaksa biarkn..kemudian bngn je tdo tngk2 dh x de dh dlm kandungan..yg menariknye dh lebih 5tahun tetiba anak dia tu dtng jmpe anak keduanya yg br umo 4-5tahun.anak dia ckp dia jmpe abng dia.pastu dia maen2 dngn abangnye.sdngkn dia blum smpt pun knl abng dia tu.pelik

hai said...

salam relevan,
hehehe...dalam maksud tu!!

salam syah,
peristiwa yang syah katankan tu memang berlaku pada adik akak ...dia bermain dengan anak mak sedara tu dan disaksikan oleh orang lain.....tapi nanti akak citer dalam entri2 yang akan datang!!

tinta kasturi said...

kisah yang menakjubkan.
ceritera yang berlaku diluar batasan kenormalan,
susah mahu diungkap,
hakikatnya yang ghaib itu memang ada.

Guru said...

assalammualaikum

pelik tapi benar...

Abang said...

Isteri wa baru bersalin Rabu lepas. Nasib baby wa tak ghaib...

hai said...

salam tinta kasturi,
ya benar,mereka juga makhluk tuhan...

salam a kl citizen,
benar tapi pelik....

salam abang terrer,
alhamdullilah semoga sihat hendaknya!!

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Hai,

"mistik campur seram ni",

"betul ke boleh jadi macam cerita ni ?".