Wednesday, August 12, 2009

YA ALLAH,JAUHI LA KAMI DARI ANCAMAN WABAK!!!

Pagi semalam Angah,anak aku telefon dari sekolah,dia diarahkan oleh pihak sekolah untuk balik kerana demam.Terkejut gak aku,malam tadi elok je bersembang dalam kul 12 malam tu sihat sangat..pagi ni tetiba je demam!!Tu la kan kalau Allah nak bagi sakit kejap je....siapa la kita nak melawan kuasaNYA.
Dalam kul 2 petang tu aku bawak Angah ke Klinik Kerajaan,itupun selepas ayah dia paksa kitorang pergi,kalau ikut kitorang memang malas pun sebab stok ubat demam,selsema dan batuk masih banyak.Sampai je kat situ,Angah terus dipanggil kat depan kaunter yang suspek influenza,siap bagi mask.Lepas tu dia terus ke bilik khas,jadi tak la lama sangat aku menunggunya.

Angah memang demam tapi yang buat dia nampak lemah je, pasal dia diserang sakit kepala yang amat sangat!!Dia dapat ubat demam,batuk dan antibiotik,lepas balik tu dia terus telan semua ubat2 tu dan tido.Malam tu,masalah baru pulak timbul...mata dia dah bengkak la pulak.Rupa2nya dia alergik antibiotik..salah sikit je dah dapat penyakit lain pulak.Aku tak heran sangat..pasal aku pun dah biasa jadi camtu sejak di sekolah menengah dulu!Aku pernah kena gitu,2 hari pulak nak tunggu bengkak kat mata tu surut.
Semalaman Angah tak boleh tido,dia kata sakit kepalanya tak reda langsung,pastu dia mengadu sakit pinggang dan kaki dia rasa lenguh!Aku rasa tak sedap hati gak,harap2 tak melarat la demamnya.Keesokkannya kami ke klinik tu semula,sampai je kat depan klinik..orang punya la ramai macam nak masuk panggung!!Tempat parking kete pun penuh,terpaksa la cari parking jauh.Panik kejap,apsal ramai sangat orang yang sakit ??Aku terus ajak Angah ke Farmasi,malas nak berurusan dengan doktor atau MA.Nasib baik farmacist tu ok,dia tukarkan ubat dan bagi ubat selsema kat Angah sebab dia tgk dalam senarai ubat semalam tak ada ubat selsema tapi Angah tengah selsema.

Dalam kul 10 pagi,telefon berdering...Hana anak aku yang 5 tahun tu angkat.Aku dengar dia menanya pemanggil tu "Nak cakap dengan sapa"?....pastu dengar lagi "Ala!Tau dah..mesti pakcik ni, jangan nak mengada la"!!Aku pun terus ambil telefon pada tangan dia,biasanya Arafat adik aku tu mesti nak bercakap ngan aku."Hello!" aku menyapa....tetiba"Hello!Saya guru kelas Muhammad Harith,boleh saya bercakap dengannya?"Ops..cikgu Angah rupanya,percakapannya berslang cina,memang sebijik macam yang pakcik Arafat selalu mengajuk cakap cina kalau bercakap dalam telefon...hehehe..padan la Hana dah tersalah dengar!!!

Sekarang ni pun demam Angah masih tak kebah juga,tapi sakit kepalanya dah beransur sihat.Aku dah sediakan air kelapa dan belikannya kurma,sebab aku terbaca kat blog 'tatkala hatiku berbisik'...ada beri tips untuk melawan H1N1.Harap2 Angah akan sembuh seperti sediakala,dia pun dah rasa ralat hati sebab dapat cuti sampai 4 hari.Bukannya apa dia takut ketinggalan pasal tahun ni tahun paling bermakna baginya ,sebab dia calon SPM tahun ni.Anak2 yang lain pun dah dikenakan perintah berkurung sejak petang tadi...bengkek je Hana sebab dia dah tak boleh keluar main cam selalu.Jadinya petang ni dia asyik melanyak ayah,mungkin nak tunjukkan protes kot,tapi akhirnya dia yang tertewas....tertido kepenatan!!

10 comments:

Maiyah said...

salam.. semoga kita sentiasa dilindungi, Insyaalah.. dalam takut2 pun ada sikit berani dengan yakin bahawa ini adalah kehendaknya, Ajal maut ditangannya. Wabak sebagai peringatan akan kelalaian kita, Ya Allah lindungi kami sesungguhnya kami berserah padamu dengan penuh rendah diri amin

Hanisham Ab Halim said...

Dahtu camne Angah aok skang ni??? Dah sehat ke?? Koi risau betoi dengan wabak ni.

NorRa2009 said...

baca cerita tengku puan anak beranak pun kene kome pun jadi separa panikkk... kepada tuhan kami panjatkan doa semoga keluarga dan handai taulan dijauhkan dari wabak ini. Semoga angah cepat sembuh... dulu pun pak teh najib demam teruk... tp x H1N1... makan vit c ataupun madu pun ok.

Relevan said...

Sabo2..tiap penyakit ada ubat nye..

Tirana said...

Wabak semakin menular..kita perlu berhati-hati...dan ambil langkah pencegahan yang perlu..Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari segala keburukan..

endiem said...

sabar..mungkin demam biasa.

hai said...

salam maiyah,
Semoga kejadian begini dapat menginsafkan dan menjadikan kita lebih dekat kepada Sang Pencipta!

salam Echam,
Alhamdullillah!Pagi ni dah nampak segar sikit,tapi rasa sakit seluruh badan...tido je gamoknya!!Sapa tak risau,angka kematian makin meningkat.

salam Nor,
penyakit ni tak mengira darjat,tapi terkejut gak..pasal dia kena anak beranak.Angah dah minum air kelapa ngan kurma.Betul la kena byk makan vit c..macam anak kak long tu ari kena denggi..dia bagi minum air klorofil..alhamdullillah!!

salam relevan,
ya lah,koi cuba gak berikhtior dan berdoa,seterusnya beserah kepada Allah!!

salam Tirana,
sama lah kita berdoa agar kita terhindar dari wabak ini....mencegah lebih baik dari mengubati!!

salam endiem,
koi rasa demam biasa jugak,cuma demam kali ni teruk sikit!!

zai said...

salam hai ...

bagi angah minum madu lebah asli, 2 camca hari2, secamca pagi dan secamca petang..brand apa pun tak per janji asli nyer...insyaAllah..kerana Madu adalah penawar segala penyakit kecuali ..MATI..

hai said...

salam zai,
terimakasih kerana berkongsi ilmu...

MARINI said...

Kak Hai....hari tu Poli kami pun teruk jugak diserang...9 positif... ngeri jugak Mimi sebab hari hari kena berurusan dengan deme. Pastu balik rumah bebudak ni selamba badak je terkam kite... Alhamdulillah semua anak2 tak kena...