Monday, August 3, 2009

TIKUS BAIKI LABU!!

Semalam,anak aku yang no 5 tu,melepek je...dari pagi sampai ke tengahari dia dok buat taik mata.Walaupun dia orang pertama yang bangun subuh tu,tapi dia tidur semula....Dalam pukul 9 dia bangun lagi,muka dia nampak sayu,lemah dan tak bermaya langsung pastu macam tak de mood je tengok nasi lemak yang aku dah buat untuk sarapan pagi.Aku memang pelik sangat kalau dia tak teringin nak bersarapan,sebab dia la satu2nya anak aku yang kuat makan....dia memang montel pun!!Aku pun risau jugak,al maklum la tengah dok sibuk2 denganH1N1 ni.Ishk,budak ni demam ke??Tak sihat ke???Selalunya kalau hari cuti ni,lepas subuh je dia dah mengadap bola kat PC...bukan apa, masa ni la baru dia dapat main kalau tak, mesti abang2nya menyibuk mengacau dia!!Biasa la kan adik memang selalu kena buli.Semasa dia tidur semula tu,aku rasa badannya...tak demam!!

Akhirnya pada pukul 2 petang baru la dia bangun,mungkin dah terasa lapar kot!!Semasa dia makan tu,aku dok peratikan muka dia dari jauh.Aku memang dah rasa tak sedap hati sebab dia tak pernah bersikap begini.Aku tenung wajahnya lama2 dari dia menyuapkan nasi ke mulut hinggalah aku melihat ke dalam matanya....ah....baru aku tersedar,matanya...ya,matanya memberikan aku jawapan.

Selepas makan,dia terus baring di hadapan TV di ruang tamu sambil menutup mukanya dengan bantal....Semua adik beradiknya heran dan bertanya "Haziq!Awak tak sihat ke??kenapa awak ngantuk je,awak ada makan apa2 ke???Aku menghampiri Haziq dan menyoalnya "Haziq!kenapa awak tak pakai spek"??Dengan lemah longlai dan takut2 dia menjawab"Spek Haziq,patah!!"
Aku pun dan2 jadi rimau lapor,saja nak eksyen depan Haziq..."Camana boleh patah??"Haziq lupa tanggal masa tidur"terketar2 dia menjawab.Angin aku sekejap,sebab aku dah banyak kali pesan,sebelum tidur simpan spek elok2.Heh! itu la puncanya perubahan Haziq yang sangat ketara...Haziq memang begitu,seorang anak yang sangat baik tapi penakut,pendiam tapi kuat makan.Banyak persamaan dengan Angah,abangnya..kecuali Haziq lembut,Angah baran dan laser!!!Dulu pun masa mula2 nak bagitau yang dia rabun pun,bukan main beralas percakapannya sehinggakan aku rasa mengadanya la dia.Apa taknya,cuba la cakap betul2.."Ibu!Haziq rasa mata Haziq ni tak berapa terang mungkin rosak ke,sebab tak nampak tulisan kat papanhitam!"Ini tidak,ada ke cakap gini"Ibu!Haziq rasa Haziq nak pakai cermin mata!"Tak ke ngada je bunyinya,yang aku ni ingatkan dia nak jadi Along, perasan hensem bila dah pakai spek!!!Akhirnya masa dia balik ke Dong,tak pepasal je Mak Long yang buatkan cermin mata untuk dia,selepas dia bagitau Mak Long yang pandangannya kurang jelas.Terima kasih Mak Long!!!Malu aku,nampak sangat Mak Long lagi prihatin...adih!dih!dih...

Oh,bukannya patah cuma kantanya tercabut,ayah kata boleh repair lagi...esok ayah suruh hantar ke kedai .Tapi tetiba je kecoh,bila angah kata kanta spek Haziq nampak cam rosak,aku pun tengok betul2.Ha ah la cam ada sesuatu yang terlekat pada kanta tu...bila disoal siasat rupanya Haziq biroh la pulak,kerana takut nak bagitau spek dia rosak,dia cuba lekatkan speknya menggunakan 'gam gajah'.Aku dah mula pasang radio,membebel ke Haziq...tapi ayah cool je,ayah kata tak pe, kalau kanta tu tak boleh guna lagi,tukarkan kanta baru je...Sebenornya ayah kesian tengok muka Haziq,sedih sangat!!!

Tadi aku ke kedai di bandar,setelah tokey kedai tu periksa dia kata" Haiyaa!! Ini tali kanta sudah putus,kalau ganti baru tak payah bayar,free saja...Tapi kanta sudah rosak..."!!Aku kata "tak pe la tokey,kalau ganti sebelah saja bole ke?""Bole!Tak de hal"!"Agak2 berapa tokey?"
"25 ringgit!"....nak kata apa, kira ok la tu!!Ok tak ok la, inilah yang dikatakan pandai sangat macam "Tikus Membaiki Labu...."Haziq!Haziq!...

11 comments:

kuSut said...

hahaha...
biasa la tu kak oi...
bgi dia, mgkin akan elok bila wat mcm tu, tp x brapa nak mnjadi...

Tirana said...

Kesian kat Haziq..takut mak marah terpaksa la jadi tikus membaiki labu cuma dia tak tahu..tindakan dia itu lagi buat mak marah..hehehe..

Hanisham Ab Halim said...

Hahahah..
Mak dah marah.. Aduiiii.. sian kat haziq...

una_noche said...

pandey la awok aziq....sape yg ngajo letak gam 20sen toh...nk kena aziq ni wakakakakaaa.....

Relevan said...

Bg tau haziq ..lain kali jgn guna gam gajah..guna je gam jenama tikus..he he

Guru said...

sian kat haziq...
saya dulu2 pun selalu tertido ngan spec...
sampai senget2 spec

hai said...

kusut,
hehehe..tu la,takut sendiri sebab rasa bersalah!!

Tirana,
bukan apa,dia selalu tgk ayah dia jadi mc gyver,tu yang dapat idea..tapi tak jadik la pulak!!tak pe la,harap2 dia belajar dari kesilapan..

Echam,
sebenarnya tak sampai hati nak marah dia,sebab dia ni memang lain...belum apa2 muka dah pucat semacam!!

una_noche,
kalo gam 20 sen ok lagi..tokey cina tu kata kalo gam uhu pun dia boleh tolong cucikan...gam gajah ni lagi power!!

relevan,
nasib tu je yang ada..kalo ada byk jenis mau dia try seme...

a kl citizen,
ya la...Haziq pun baru darjah 5,masih tak berapa pandai lagi..itu pun dah byk kali saya tanggalkan spek dia masa dia tertido!!semalam tu memang tersenget2,ada bende kecik kat hidung tu hilang sebelah,dia kata dah lama hilang tapi dia diamkan je...dah terlanjur repair sekali suma,dah ok tak senget!!

NorRa2009 said...

Apalah haziq ni... kelakar betul!
Tak pe...mak long pun tak marah..
Terharu jugak kerana ajit sayang beno dgn c.mata dia...belajo rajin2...

eL said...

Saya suka bebenor budok baik, pendiam gitu gaya. Akak nak tak jadi mok mentua saya? Ngeh ngeh ngeh <---- sedap dengar kak hai cakap, "mengadanya laaaa"...

hai said...

NorRa09,
Kak hai bgtau kat dia...maklong tak marah awak..sambil senyum dia kata YESS!!

emblem o p,
awok bior betul,akak tok kisah tapi larat ke nak nunggu dia abih belajor???

eL said...

apa tak betoi pulok kak...kira chop la yek hahahaha!!!