Alhamdulillah!Mula2 sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pembaca yang saya hormati sekalian...saya berasa terhutang budi dan gembira kerana dengan komen2 yang diberikan dapat memberikan saya kekuatan untuk melakukan sesuatu tindakan yang saya sendiri tidak pasti mampu melakukannya sebelum ini.Saya percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.Bila saya bermuhasabah diri,saya rasa kehidupan yang saya lalui selepas mengalami peristiwa yang tidak diingini itu telah banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih positif.
Selepas peristiwa itu,saya lebih banyak menyendiri dan lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah.Saya cuba menenangkan hati dengan mengaji,menanam pokok2 dan mencuba resepi2 baru.Kebetulan pula suami saya masukkan line internet ke rumah,maka bermulalah aktiviti saya di alam siber pula.Sebenarnya saya ni,tak la begitu mahir menggunakan komputer,untuk mendaftarkan emel saya,Along yang tolong buatkan.Tercetusnya idea untuk mempunyai blog sendiri selepas saya melayari beberapa blog di internet.Jiwa tengah kacau,saya fikir jika saya mempunyai blog sendiri mungkin saya dapat melupakan segala kesedihan hati saya di sini, kerana saya akan sibukkan diri dengan aktiviti yang baru.Untuk membangunkan blog ni,saya terjumpa "3 minit membuat blog"...jadi saya mengikut arahan di situ dan berjaya menghasilkan blog ini.Itupun hampir sekerat hari saya berfikir,nama apakah yang sesuai untuk saya letakkan untuk blog saya ni.Puas meminta idea dari anak2,akhirnya bila saya meminta pendapat suami..dia kata "ala, hentam je la"!!Jadi begitulah sejarahnya...oleh kerana saya membuat blog ni dengan lain perkataan 'main redah je', maka saya rasa ok jugak la saya gunakan ungkapan "Hantam saja la"!!
Sebenarnya saya tidak begitu yakin, bahawa saya boleh mengatur ayat yang boleh menarik orang untuk membaca entri saya kerana saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang penulisan. Walaupun saya mencurahkan hasil coretan yang tidak begitu baik, dibandingkan dengan orang2 yang berpengalaman,saya rasa gembira dan lebih menyeronokkan lagi bila ada orang sudi membaca dan memberikan komen2nya di sini.Kadang2 saya merasakan mereka seperti kawan2 yang telah lama saya kenali....Kemudian seorang kawan yang baru berpindah ke Kelantan memberi idea kepada saya untuk membuka akaun Facebook,menurut dia walaupun kami berjauhan tapi masih boleh bersembang seperti biasa.Saya mengambil masa 2 hari untuk mendaftar di Facebook,aduh!sengal betul....untuk nak upload gambar2 di Facebook dan di blog pun saya terpaksa bertanya kawan2 dan sepupu .
Tapi saya gembira sangat,selepas mempunyai Facebook,tak semena2 saya bertemu dengan ramai bekas kawan2 baik saya semasa belajar di sekolah menengah dan ada juga ketika di sekolah rendah...kadang macam tak caya...kawan2 saya tu semua dah terpisah lebih daripada 20 tahun lalu.Kuasa Allah,saya hilang sorang kawan,tapi dia gantikan kegembiraan saya dengan bertemu kawan2 yang lain di internet ni.
Begitu juga,tahun ni merupakan tahun pertama saya berjaya menggunting baju2 raya anak2 saya,sebelum ni semua mak saya yang buat.Saya memang tidak berminat dengan aktiviti menjahit,tapi kerana terpaksa saya boleh la menjahit baju2 kurung yang telah digunting.Sebelum ni dah banyak kali mak saya mengajar,tak pernah masuk juga dalam kepala saya.Alhamdullillah,tahun ni...saya rasa seperti diberi keberanian untuk saya mencuba sesuatu yang baru...rasa tak sabar nak tunjukkan hasil kerjatangan pada mak saya...mesti mak terkejut!!Saya bukan saja berjaya membuat baju kurung,malah baju mini kurung dan baju punjabi berseluar sekali.Apa2 pun saya bersyukur dan berserah segala2nya kepada Allah, kerana hanya DIA yang mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat!!!ALLAHUAKBAR!!
9 comments:
hantam saja la!
Perghhh.. Abg pyan pun komen kat sini. Abg pyan.... Jemput datang kat Echam.com....
Kak Hai...
Dah ader internet wehhh kat umah. Makin rajinlah update blog pasni.
Mengikut kata pyanhabib juge lah..hantam saja la!
ikut demalah.. hentam saja lah.
salam Pyanhabib,
terima kasih,kerana lu dan blog lu menjadi inspirasi untuk gua memulakan blog gua!!
salam Echam,
abg pyan merupakan kawan lama yang koi jumpa semula di tenet...mmg sedari awal tenet koi ni bermula dirumah je...
salam relevan dan endiem ,
koi rasa blog koi ni dah jadi sebahagian dari hidup koi...hihihi..hantam saja la ..yak!!
salam.. saya pun tak mahir sgt ngan tenet nih.. sampai jem sy keje kan.. yelah suka cuba apepon walau tahu nanti bleh wat tenet jem.. lagipun inilah satu terapi wat kita.. meluahkan
Ciri-ciri orang berjaya ...... hentam saja la...lagi fikir lagi tak jadi kerja ni.... menulis kalau tak mulakan memanglah payah .... tapi bila hari-hari duk hentam ....pecah juga kepala ni.
Salam Hai...
Bila baca N3 nie zai rasa sangat kagum pada hai sbb mampu melakukan banyak perkara yang tidak ada pada zai sendiri...
Sekurang2nya hai telah menjadi pendorong kepada zai utk berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang selepas ini ...
salam maiyah,
Jgn la nak merendah diri...akak tgk blog awak ceria je..emoticon yang macam2..nampak cam susah je nak buat!!
salam abu muaz,
kadang2 kerana hentam punya pasal...lagi hancus!!
salam zai,
Jangan rasa kagum..saya ni ada banyak sangat kekurangannya...saya masih lagi diperingkat baru belajar...belajar dari kesilapan..belajar menghargai apa yang sepatutnya saya mampu miliki...belajar mengenal diri..dan terlalu banyak yang perlu diperbaiki....Alhamdullillah...saya memang memerlukan kawan2 yang sudi berkongsi ilmu dan memberikan pendapat dan pandangan mereka kerana kawan juga boleh menjadi cermin untuk kita memperbaiki kekurangan diri....
Post a Comment