Monday, August 31, 2009

CEPATNYA MASA BERLALU..

Adusss...rindu rasanya nak berblog....haritu tak de peluang sangat nak bermanja2 ngan pc ni...asyik berebut ngan anak2..maklumla cuti sekolah!!Jangan harap la aku nak guna...sesama diorang pun dok bergaduh...Hari ni baru la ada ruang sikit.....tapi masih juga tak dapat nak updatekan entri yang berserabut kat kepala ni......sebabnya bulan pose ni pun nampaknya lebih bz dari biasa......Sibuk melayan permintaan anak2..yang teringin nak makan itu ini....tapi yang bagusnya mereka tak mintak bende yang menyusahkan!!Semalam sebelum Nabila balik ke hostel,dia hanya mintak nak makan sambal telor...ahaks!Sekejap je rasanya masa berjalan.....dah 11 hari kita berpuasa!!!

Monday, August 24, 2009

AMBOI!!


Ek eleh!diorang plak yang rasmikan dulu.....Projek spa ayah baru je 80% siap, tapi anak2 yang paling teruja....
Hana yang paling malas mandi pun nampaknya dah semakin rajin nak mandi..tapi yang jadi mangsa mestilah ayahnya,pasal lepas ni mesti bil air melambung..hehehe....
Tengok le si Hana tu,test air dulu agaknya....sejuk ke tak??





Kesiannya!Perasan,cam mandi kat swimming pool la tuh!
Tempat sempit, mandi ramai2........Gambar2 ni aku rakamkan sehari sebelum puasa...kalau time puasa berendam camni,aku rasa
orang dewasa pun teringin!!





Ini bil air terbaru yang aku terima semalam...bil yang mengundang keresahan.Cuba peratikan...pertamakali ada tertera "subsidi kerajaan negeri".Maksudnya kerajaan negeri memberi diskaun hampir 50% dari jumlah sebenar yang patut di bayar!
Huh....terkejut jap!Jumlah sepatutnya aku bayar,RM82.35,cam tak caya je....Tak boleh jadi,lepas ni aku terpaksa menghadkan penggunaan air.


Kalau dulu kita sering melihat papan tanda projek2 ditepi2 jalan tu tertulis "Projek Barisan Nasional"...tapi kalau kita perasan sejak beberapa bulan lepas tertulis harga bersubsidi pada beberapa barangan makanan.Aku mula rasa musykil...adakah ini untuk menunjukkkan keprihatinan kerajaan kepada rakyatnya atau mungkin harga barangan tersebut akan mengalami kenaikan????
Tambahan pula gula asyik berkurangan di pasaran.....

Wednesday, August 19, 2009

MENJELANG RAMADHAN.

Baru2 ini, aku terima surat dari Astro,memaklumkan bahawa harga pakej akan dinaikkan kerana kenaikan kos siaran sukan.Tak larat gak dari harga RM 72.90 -RM 88.90.Akhirnya kami mengambil keputusan memotong saluran kartun dan mustika.Kesian Hana...tapi kira ok lagi la pasal dia masih boleh tengok "Ceria".Itu pun kalau diikutkan nak ambik seminima mungkin...tapi kesian pulak kat Angah,sebab dia suka tengok bola.Dia ni jenis yang tak layan rancangan2 cam AF ke,anak wayang,jangan lupa lirik...kirim salam je la!Kalau kami potong saluran sukan,nampak cam kejam sangat...ayah dia kata,tak pe la tahun depan kalau dia dapat belajar ke lain baru kitorang potong.

Ramadhan semakin mendekat...nampaknya semua orang pun bertambah sibuk dengan berbagai2 persiapan menjelang bulan puasa ini.Pagi tadi aku ke pasar,terkejut bila melihat harga bawang putih RM4 sekilo...sedangkan sebelum ni sekitar RM 1.90 (paling mahal pun).Ubi kentang pun dah naik ke RM 2.40 sekilo...Amboi!belum papehal harga2 barang dah mula naik,ni belum lagi ditambah dengan masalah kekurangan gula...Bengang gak kalau tak de gula,pasal aku memerlukan stok gula lebih dari biasa!!

Hari Ahad lepas,aku buat eksperimen pertama selepas membeli sebuah mesin pengisar soya(persediaan dalam bulan pose).Sebenarnya mesin ni kitorang tengok kat rumah akak ipar aku...dia dah guna sejak tahun lepas.Mesin ni memang best!(bukan nak promosi..pasal aku tak jual pun).Cuma nak bagitau,sesapa yang suka membuat air soya sendiri..boleh la dapatkan mesin ni...memang menyenangkan...sebab mesin ni mengasingkan hampasnya dan hasil air soya yang diperolehi sangat pekat!Sebelum ni aku terpaksa gunakan blender,pastu tapis dengan kain dan di perah menggunakan mesin pemerah kelapa.Itu pun tak larat nak pusing pemerah kelapa tu menyebabkan hampas soya tu tidak kering betul.Sayang, sebab pati soya tu tak keluar habis!!


Ini le rupa mesin tu......
rupanya mesin ni boleh buat jus buah2an/mesinkan kelapa untuk dapatkan santan/mesinkan ubi untuk dapatkan hampas ubi di buat bingka/mesin beras dan beras pulut...aku ingatkan untuk buat soya je.....hihihi.....
Dah 2 kali Angah buat air buah,sekali tu carrot,pastu dia buat air epal dan jambu batu...


Sebenarnya anak2 aku memang sukakan air soya dan taufu fah..jadi kalau aku nak membeli selalu..tak larat juga, sesekali kalau nak merasa taufu fah mau berabis RM1o...pasal anak2 aku je 7 orang campur mak ayah sekali...parah gak!Tu baru dapat sejenis makanan je....Tu la pasal,aku kalau bulan puasa ni memang tak pernah membeli kat Bazaar Ramadhan tu.Semua juadah berbuka, aku buat sendiri kecuali sesekali kalau nak merasa makan murtabak,barulah membeli...
Ini la hasilnya...ari tu aku buat air soya dan taufu fah sekali!Bagi kat jiran belakang rumah..dia kata boleh la bisnes bulan pose ni,dia berangan nak mengorder nanti...hehehe..aku kata, rentikan..biarla anak2 aku makan puas2..nanti kalo dia nak,aku boleh bagi je....sebab kalau buat setengah kilo kacang pun tak larat nak makan...dapat banyak!


Sebenarnya keluarga aku jenis yang suka berbuka dengan makanan ringan atau manisan.Jadi aku terpaksa menyediakan menu kuih muih yang berbeza setiap hari...biasanya aku akan menyediakan makanan yang menjadi kegemaran anak2,secara tak langsung aku meraikan mereka di bulan pose ni.Biasanya selepas tarawikh baru le kitorang pekena nasi.Bab lauk2 untuk nasi ni,diorang tak kisah...apa2 aje..tidaklah macam separuh orang yang perlukan lauk2 spesial.Waktu sahur lagi mudah,anak2 aku lebih suka makan nasi goreng atau makanan berasaskan telor je.Pendekata di bulan pose ni bukan saja aku boleh berjimat,malah aku juga merasakan tak banyak menghabiskan masa di dapur seperti selalu!!Jadi boleh la memanfaatkan masa yang terluang tu dengan amalan yang lain!!

Kepada teman2 blogger dan kepada mereka yang selalu berkunjung di blog ni aku ingin mengucapkan Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak.
Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini akan dapat menyucikan hati dan fikiran kita agar dapat menjalaninya dengan tenang dan aman.Mudah2an kita diberi petunjuk dan hidayah Allah dan dibukakan pintu rahmat dan keampunan dari NYA!!.... INSYALLAH...

Sunday, August 16, 2009

TAK SANGKA BOLEH JADI BEGINI!!!

Alhamdulillah!Mula2 sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pembaca yang saya hormati sekalian...saya berasa terhutang budi dan gembira kerana dengan komen2 yang diberikan dapat memberikan saya kekuatan untuk melakukan sesuatu tindakan yang saya sendiri tidak pasti mampu melakukannya sebelum ini.Saya percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.Bila saya bermuhasabah diri,saya rasa kehidupan yang saya lalui selepas mengalami peristiwa yang tidak diingini itu telah banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih positif.

Selepas peristiwa itu,saya lebih banyak menyendiri dan lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di rumah.Saya cuba menenangkan hati dengan mengaji,menanam pokok2 dan mencuba resepi2 baru.Kebetulan pula suami saya masukkan line internet ke rumah,maka bermulalah aktiviti saya di alam siber pula.Sebenarnya saya ni,tak la begitu mahir menggunakan komputer,untuk mendaftarkan emel saya,Along yang tolong buatkan.Tercetusnya idea untuk mempunyai blog sendiri selepas saya melayari beberapa blog di internet.Jiwa tengah kacau,saya fikir jika saya mempunyai blog sendiri mungkin saya dapat melupakan segala kesedihan hati saya di sini, kerana saya akan sibukkan diri dengan aktiviti yang baru.Untuk membangunkan blog ni,saya terjumpa "3 minit membuat blog"...jadi saya mengikut arahan di situ dan berjaya menghasilkan blog ini.Itupun hampir sekerat hari saya berfikir,nama apakah yang sesuai untuk saya letakkan untuk blog saya ni.Puas meminta idea dari anak2,akhirnya bila saya meminta pendapat suami..dia kata "ala, hentam je la"!!Jadi begitulah sejarahnya...oleh kerana saya membuat blog ni dengan lain perkataan 'main redah je', maka saya rasa ok jugak la saya gunakan ungkapan "Hantam saja la"!!

Sebenarnya saya tidak begitu yakin, bahawa saya boleh mengatur ayat yang boleh menarik orang untuk membaca entri saya kerana saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang penulisan. Walaupun saya mencurahkan hasil coretan yang tidak begitu baik, dibandingkan dengan orang2 yang berpengalaman,saya rasa gembira dan lebih menyeronokkan lagi bila ada orang sudi membaca dan memberikan komen2nya di sini.Kadang2 saya merasakan mereka seperti kawan2 yang telah lama saya kenali....Kemudian seorang kawan yang baru berpindah ke Kelantan memberi idea kepada saya untuk membuka akaun Facebook,menurut dia walaupun kami berjauhan tapi masih boleh bersembang seperti biasa.Saya mengambil masa 2 hari untuk mendaftar di Facebook,aduh!sengal betul....untuk nak upload gambar2 di Facebook dan di blog pun saya terpaksa bertanya kawan2 dan sepupu .

Tapi saya gembira sangat,selepas mempunyai Facebook,tak semena2 saya bertemu dengan ramai bekas kawan2 baik saya semasa belajar di sekolah menengah dan ada juga ketika di sekolah rendah...kadang macam tak caya...kawan2 saya tu semua dah terpisah lebih daripada 20 tahun lalu.Kuasa Allah,saya hilang sorang kawan,tapi dia gantikan kegembiraan saya dengan bertemu kawan2 yang lain di internet ni.

Begitu juga,tahun ni merupakan tahun pertama saya berjaya menggunting baju2 raya anak2 saya,sebelum ni semua mak saya yang buat.Saya memang tidak berminat dengan aktiviti menjahit,tapi kerana terpaksa saya boleh la menjahit baju2 kurung yang telah digunting.Sebelum ni dah banyak kali mak saya mengajar,tak pernah masuk juga dalam kepala saya.Alhamdullillah,tahun ni...saya rasa seperti diberi keberanian untuk saya mencuba sesuatu yang baru...rasa tak sabar nak tunjukkan hasil kerjatangan pada mak saya...mesti mak terkejut!!Saya bukan saja berjaya membuat baju kurung,malah baju mini kurung dan baju punjabi berseluar sekali.Apa2 pun saya bersyukur dan berserah segala2nya kepada Allah, kerana hanya DIA yang mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat!!!ALLAHUAKBAR!!

Thursday, August 13, 2009

BANTULAH AKU!!!

Sebenarnya aku ingin berkongsi permasalahan yang dah lama bersarang dalam hatiku ini,tapi aku sendiri tak tahu nak bermula dari mana??Aku cuba juga untuk mengajar hati ini untuk melupakan segala yang terjadi tapi setan dalam diri ni begitu kuat mempengaruhi .Aku tidak pernah mengharapkan berakhirnya begini,tapi apakan daya...bukan aku yang memulakannya.Mungkin juga kesilapan datang dari diriku ini...Ya Allah,aku telah mencuba....tapi....aku tak berdaya....walau dimulut berkata ya,tapi dihati seperti tiada keikhlasannya......

Kami berlima berkawan baik,kenal pun kerana duduk setaman...kami semua adalah surirumah kecuali S yang menjalankan perniagaan di pekan sari/pasar malam.Aku dan S sebaya,manakala 3 yang lain kira pangkat adik2.Keakraban kami,kami selalu ke pasar bersama dan adakala bersarapan di luar atau di rumah salah sorang antara kami secara bergilir2.Jika ada kelapangan kami akan keluar menemani yang lain ke bandar atau kemana2.Biasanya aktiviti begitu,melibatkan kami berempat kerana S agak sibuk dengan urusan bisnesnya.

Disamping perniagaan yang sedia ada,kebetulan masa tu dah dekat nak raya si S menjual aksesori ktistal dan emas celup.Oleh kerana dia merayu2 kat kitorang ni dan kerana nak menjaga hati kawan jadi aku pun ambik la seutas gelang yang berharga RM40,si Z ambik barang dalam harga RM150 ,si F ambik barang dalam harga RM700,cuma D yang tak ambil apa2.Mereka ni berani ambik camtu kerana si S kata boleh bayar hutang dan sukahati,tiap2 bulan ikut suka nak bayar berapa.Oleh kerana aku ni cuma ambil satu je,jadi aku bayar cash.

Gelang tu aku belikan untuk Nabilah,masa tengahari Hari Raya pertama gelang tu dah putus,jadi aku marah la Nabilah,pakai tak sampai sekerat hari dah putus..ganas!!Selepas beberapa bulan baru aku tau rupanya barangan yang aku beli tu memang tak berkualiti langsung,itupun setelah mereka berdua ni bukak cerita yang anak2 diorang pakai sehari dua dah putus.Konon takut member terasa taknak la bercerita!Aku pun memang terasa hati jugak,barang yang aku beli dari S tu sebenarnya berharga RM5 je kat luar.Tapi tak kisah la benda dah lepas lagipun rugi sikit je!!

Tapi bagi si F,dia rasa sangat tertipu,setelah membayar secara ansuran sebanyak RM200,dia terfikir untuk memulangkan barangan tersebut setelah dia membaiki segala kerosakan.Kami ber3 memang tak bersetuju dengan cara dia,takut timbul masalah dengan si S,tapi dia berkeras juga...kami nak buat apa kerana dia fikir itu hak dia terpulang lah!!!Kebetulan masa tu memang kitorang dah menjauhkan diri dari S ni ,kerana banyak tindakan dia yang tidak kena dan telah banyak kali membuat kami terasa hati.Bukan itu saja,tindakan dia menyeranah jiran berhampiran rumah aku juga sangat mengejutkan.Jiran tu bersalah kerana berpakaian seksi!!Memang dia agak seksi,tapi kami tak kisah sangat sebab dia ada suami,jadi bukan masalah kami!Si S datang meludah didepan jiran tu,masa jiran aku nak bukak pintu kereta...Dia salahkan jiran aku yang seksi tu kerana laki dia tak boleh nak sembahyang sebab tak khusyuk ...nak angkat takbir,ternampak jiran yang seksi ni.... S ni bercakap dengan nada yang kuat tah berapa ramai orang mendengarnya.Jadi berlaku la perang mulut antara diorang...sehinggakan si S ni menggelarkan jiran tu dengan kata2 GRO Tua....kitorang malas nak masuk campur...lantakla diorang!!!

Pagi tu F pergi memulangkan barang2 tersebut,dan menurut cerita si F,S kata tak perlu pulangkan dan dia kira segala bayaran yang belum dibuat tu kira halal!Sebelah petangnya aku terima msg dari S."Terima kasih atas ajaran korang"!Rupa2nya msg tu dikirimkan juga kepada Z dan D.Z dan D malas nak melayan jadi diorang tak balas pun...tapi tak tau camana aku tergerak hati nak membalasnya,lagipun aku tak puas hati dia menuduh2 orang sesuka hati.
Aku balas"jangan menuduh orang sembarangan,siasat dulu...cubalah muhasabah diri...kenapa orang buat begitu,mungkin ada salah dan silapnya"!Dia balas balik msg aku"ko la muhasabah diri ko tu, kalo tak takkan tuhan bagi ko anak terencat"!!aku rasa nak nangis baca msg dia....sampai hati dia boleh hantar msg camtu.Aku balas semula "Alhamdullillah!hari ni Allah dah tunjukkan kat aku sapa ko yang sebenarnya....soal anak terencat bukan masalah ko,semua pun anugerah dari Allah,maknanya ko menghina ciptaan Allah!"Dia tak mahu mengalah atau memikirkan kata2 yang dia lepaskan sebaliknya dia membalas semula "Allah pun dah tunjuk kat aku,sapa ko!"hehehe...tak de modal dah, tah apa2...tak kuasa aku melayannya!

Walaucamana pun ,aku memang terasa sedih sangat...selama 2 tahun dia berkawan ngan aku,adakah dia ikhlas sebenarnya???Tergamak mengeluarkan kata2 yang sangat menghiris perasaan.Anak aku yang terencat tu sebenarnya normal,cuma mata sebelah tu juling,memang la kurang dari segi rupa...kadang tu ada gak gagapnya..dan dia memang bermasalah sejak dari lahir...menghidap berbagai masalah kesihatan.Pelajarannya agak kurang dari adik beradik yang lain.Tapi aku bangga juga bila dia boleh dapat 1A1B3c masa peperiksaan UPSR dulu.Tahun ni dia akan menduduki PMR.

Tak terfikirkah dia,walaupun kita sempurna dan memiliki anak2 yang sihat,tapi kalau Allah tiba2 menguji kita dengan penyakit dan mengambil sedikit dari kenikmatan yang dia telah berikan kepada kita,agaknya apa yang dia rasa saat itu???Beberapa bulan lepas tu,anak sedara dia lalu depan rumah aku nak pergi ambik result SPM,jadi aku ni menegur la dia,lagipun waktu tu dia tengah bersembang ngan anak aku kat depan pintu pagar rumah aku!Aku pun anggap budak tu cam anak2 aku je...walaupun hubungan aku ngan mak sedara dia tak baik takkan la aku nak bermusuh ngan budak2.

Petang tu aku terima msg dari dia "kenapa tegur anak sedara orang,jaga je la anak ko tu baik2,betina sial"!!Bayangkan le camana perasaan aku masa tu....apa salah aku,besar sangat ke dosa aku sampai mengeluarkan bahasa sekesat itu...apa yang mampu aku lakukan cuma menangis..saat aku membuat catatan ni pun aku sedang menangis.Sampai bila2 pun aku terbayang2 perkataan itu.....sedihnya tak dapat diterjemahkan dengan kata2!!Sebelum tu aku tak kisah sangat,anak2 aku bermain dengan anak dia dan pernah juga masa hari raya aku ajak anak dia masuk ke rumah.Tapi selepas dia menghantar msg ke2 tu aku terus menjadi orang yang keras hati..Aku tukar no telefon aku,dah tu aku larang anak2 aku bermain dengan anak2 dia..aku tak sanggup nanti anak2 aku dihina pula.Anak2 dia pulak jenis yang tak boleh terkena langsung,apa2 sikit jenis suka mengadu!!Itu pun kerana anak, dia boleh bergaduh ngan jiran lain....sampai sekarang aku buat tak nampak je anak2 dia!!

Ada jugak si D,menasihatkan aku untuk memaafkan perbuatan dia,tapi aku rasa terlalu berat untuk memaafkannya kerana aku tak rasa aku yang bersalah.Dia ni pulak jenis yang tak nampak kesalahan sendiri,ego tinggi dan selalu rasa tindakan dia saja yang betul.Sebenarnya sebelum ni pun dia cuba melaga2kan antara kami berempat,tapi alhamdullillah hubungan kami jadi semakin erat dan keburukan dia yang semakin terserlah.Kadang2 aku terfikir jugak apa yang sebenarnya dia dengkikan sangat dengan aku...dari semua aspek sebenarnya dia melebihi aku,cuma aku lebih satu je..bilangan anak....dan lagi satu mungkin juga dia bengang kot..walaupun kami sebaya dia nampak lebih tua dari usia.....dan ada beberapa kali orang bertanyakan pada dia anak ke??sambil menunding jari ke arah aku....wakaka!!!(nak bagi mood hepi balik).

Sebenarnya hati aku juga selalu tak tenteram bila memikirkan perselisihan yang berlaku.Aku cuba untuk memaafkan dia tapi hati aku cam belum bersedia untuk memaafkannya dengan seikhlas2nya.Ada rasa yang terbuku di hati....tak tau camana nak diluahkan perasaan sebenar.Sekarang ni pun aku simpati gak kat dia bila aku tengok orang2 kat taman ni pun nampak dingin je ngan dia. Mungkinkah aku perlu mengambil sedikit masa lagi??Mungkinkah sampai juga masanya kami saling bermaaf2an kembali??Bulan Ramadhan semakin hampir,bukankah waktu terbaik untuk bermaaf2an tapi....Aku benar2 keliru dengan perasaan sendiri.....boleh ke orang cam ni dibuat kawan????

Wednesday, August 12, 2009

YA ALLAH,JAUHI LA KAMI DARI ANCAMAN WABAK!!!

Pagi semalam Angah,anak aku telefon dari sekolah,dia diarahkan oleh pihak sekolah untuk balik kerana demam.Terkejut gak aku,malam tadi elok je bersembang dalam kul 12 malam tu sihat sangat..pagi ni tetiba je demam!!Tu la kan kalau Allah nak bagi sakit kejap je....siapa la kita nak melawan kuasaNYA.
Dalam kul 2 petang tu aku bawak Angah ke Klinik Kerajaan,itupun selepas ayah dia paksa kitorang pergi,kalau ikut kitorang memang malas pun sebab stok ubat demam,selsema dan batuk masih banyak.Sampai je kat situ,Angah terus dipanggil kat depan kaunter yang suspek influenza,siap bagi mask.Lepas tu dia terus ke bilik khas,jadi tak la lama sangat aku menunggunya.

Angah memang demam tapi yang buat dia nampak lemah je, pasal dia diserang sakit kepala yang amat sangat!!Dia dapat ubat demam,batuk dan antibiotik,lepas balik tu dia terus telan semua ubat2 tu dan tido.Malam tu,masalah baru pulak timbul...mata dia dah bengkak la pulak.Rupa2nya dia alergik antibiotik..salah sikit je dah dapat penyakit lain pulak.Aku tak heran sangat..pasal aku pun dah biasa jadi camtu sejak di sekolah menengah dulu!Aku pernah kena gitu,2 hari pulak nak tunggu bengkak kat mata tu surut.
Semalaman Angah tak boleh tido,dia kata sakit kepalanya tak reda langsung,pastu dia mengadu sakit pinggang dan kaki dia rasa lenguh!Aku rasa tak sedap hati gak,harap2 tak melarat la demamnya.Keesokkannya kami ke klinik tu semula,sampai je kat depan klinik..orang punya la ramai macam nak masuk panggung!!Tempat parking kete pun penuh,terpaksa la cari parking jauh.Panik kejap,apsal ramai sangat orang yang sakit ??Aku terus ajak Angah ke Farmasi,malas nak berurusan dengan doktor atau MA.Nasib baik farmacist tu ok,dia tukarkan ubat dan bagi ubat selsema kat Angah sebab dia tgk dalam senarai ubat semalam tak ada ubat selsema tapi Angah tengah selsema.

Dalam kul 10 pagi,telefon berdering...Hana anak aku yang 5 tahun tu angkat.Aku dengar dia menanya pemanggil tu "Nak cakap dengan sapa"?....pastu dengar lagi "Ala!Tau dah..mesti pakcik ni, jangan nak mengada la"!!Aku pun terus ambil telefon pada tangan dia,biasanya Arafat adik aku tu mesti nak bercakap ngan aku."Hello!" aku menyapa....tetiba"Hello!Saya guru kelas Muhammad Harith,boleh saya bercakap dengannya?"Ops..cikgu Angah rupanya,percakapannya berslang cina,memang sebijik macam yang pakcik Arafat selalu mengajuk cakap cina kalau bercakap dalam telefon...hehehe..padan la Hana dah tersalah dengar!!!

Sekarang ni pun demam Angah masih tak kebah juga,tapi sakit kepalanya dah beransur sihat.Aku dah sediakan air kelapa dan belikannya kurma,sebab aku terbaca kat blog 'tatkala hatiku berbisik'...ada beri tips untuk melawan H1N1.Harap2 Angah akan sembuh seperti sediakala,dia pun dah rasa ralat hati sebab dapat cuti sampai 4 hari.Bukannya apa dia takut ketinggalan pasal tahun ni tahun paling bermakna baginya ,sebab dia calon SPM tahun ni.Anak2 yang lain pun dah dikenakan perintah berkurung sejak petang tadi...bengkek je Hana sebab dia dah tak boleh keluar main cam selalu.Jadinya petang ni dia asyik melanyak ayah,mungkin nak tunjukkan protes kot,tapi akhirnya dia yang tertewas....tertido kepenatan!!

Monday, August 10, 2009

SEBENTAR DI ULU DONG.

Hari Sabtu lepas, selepas subuh kami sekeluarga balik ke Raub,tujuannya untuk mencari durian untuk dibuat tempoyak.Almaklum la dah dekat dengan bulan puasa ni,lagipun stok tempoyak tahun lepas pun dah habis.Perjalanan pagi tu sangat redup dan ada dibeberapa tempat seperti berkabus.




suasana berkabus di Mentakab sekitar jam 9.15am






Kami sampai di rumah mak sedara di Dong dalam pukul 11,selepas menyinggah di Bandar Raub dan Gali.Selepas berehat dan makan tengahari, kami meneruskan perjalanan menghala ke Ulu
Dong untuk melawat kebun yang dah lama tak dijenguk.... hehehe..perasan!!Aku cuma pergi bersama suami,Mokde dan kawan suami aku.Budak2 semua tinggal kat rumah je takut diorang boring!!




Begini la keadaan kebun yang aku pergi tu....mencuram giler!!





Sebenarnya,kebun yang aku redah ni,kepunyaan(Halim) kawan suami aku ketika mereka sama2 bertugas di MDR dulu.Kira kawan lama je la,tapi dah jadi cam sedara bermusim la plak,sebab tiap kali musim durian,maka terjengul la muka kitorang kat kebun dia!Rupanya kebun dia ni luas la jugak agaknya ada dalam 7-8 ekar.Luas tu tak kisah la sangat,tapi dia punya berbukit tu yang aku tak tahan tu!Bayangkan la masa kami mengutip buah durian yang tergolek kat lereng2 bukit tu...huh!sangat mencabar.Mokde aku kata padan la reganya mahal kalau gini gaya la mengutipnya sikit punya seksa nak bawak naik ke atas.Aku dan Mokde menarik guni durian tu,agaknya ada 10 kali berenti..terasa cam nak mendaki gunung pun ada..memang curam weh!!




ini lah kedudukan kebunnya, dok kat puncak bukit!





Selepas tamat misi aku menaikkan seguni buah durian tu,rasa tak hingin dah nak mencarinya lagi.Lepas tu Halim menunjukkkan kepada kami,jika inginkan buah dokong dan duku Trengganu kami terpaksa ke destinasi lain pula.Mula2 aku rasa seronok untuk pergi ke tempat itu,tapi selepas Halim menunjukkan lokasinya menyebabkan kami terus tawar hati!Kalau tadi kami menurun bukit kali ni lokasinya memanjat bukit tinggi....mak datuk!!!




kat hujung atas bukit tu,kebun dokong dan duku Trengganu!!






Tapi aku respek kat orang2 di Ulu Dong ni mereka semua memang rajin,kalau aku ada tanah camni..eiii tak boleh nak gambarkan ..mampukah aku mengusahakannya sebegitu rupa.Menurut Halim tanah yang dia usahakan bermula pada tahun 88.Kalau tengok diseluruh kawasan tu memang kaya dengan pokok2 buah2an.Di kawasan tu juga terdapat banyak pokok kantan,sempat juga aku mencantas beberapa kuntum.Menurut Halim lagi,pendapatan sebulan dengan menjual bunga kantan pun boleh mencecah RM1,000.Tu belum cili api yang tumbuh melata...seronokkan!!









Inilah durian2 yang terkumpul...tapi belum lagi campur dengan durian2 untuk dibuat tempoyak yang di beri oleh Halim, Mokde kata dapat lah dalam segantang!Jadila...itupun,aku berhajat nak ke K.Lumpur keesokannya untuk menghantar durian dan tempoyak kepada adik beradik di sana pula.



suami aku sampai tersembam nak membawanya ke atas..hehehe..






Apa2 pun terimakasih daun keladi harap2 tahun depan kalau menjadi kome datang lagi.......




Ini lah Halim,tuan punya kebun...badan kecik je....







Amboi! Penat sangat le tu.....semua keletihan semasa dalam perjalanan balik!!

Friday, August 7, 2009

NAKALNYA ALONG!!!

Pengalaman mengandung,dan melahirkan anak memang satu pengalaman yang paling indah dalam hidup.Aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku peluang merasainya, namun mendapat anak yang agak lasak,nakal,terlebih kretiviti juga sangat mencabar kesabaran aku.Karenah dan kenakalan anak sulong aku memang banyak meninggalkan berbagai kenangan dalam hidup kami sekeluarga,antaranya...jom layan!!

Masa tu dah nak senja,biasa la waktu hampir senja ni memang waktu paling sibuk bagi kaum2 ibu cam aku,tambahan pulak masa tu aku masih dalam kategori berkerjaya..sibuk nak menyediakan makan malam.Along yang ketika itu berusia 3 tahun sedang bermain dengan Angah yang berusia 1 tahun lebih.Tetiba aku dengar Angah meraung...terkejutnya aku bila aku tengok Along tengah mengadap Angah sambil pegang putik kapas yang berdarah dah tu,muka dia nampak panik je .Bayangkan la,camana perasaan aku masa tu,jadi tak tentu arahnya bila tengok darah meleleh dari telinga Angah.Aku jerit panggil ayah dia,sambil tu aku dah mula nangis sama.Ayah dia cepat2 ambik Angah dan terus bawak ke klinik yang kebetulan kat belakang rumah aku je.Masa tu, keluarga aku tinggal selang 4 pintu je dari rumah aku,jadi senja tu memang gempar la di kejiranan kami.Doktor kata darah yang terlalu banyak menyebabkan dia tak pasti telah mengenai gegendangnya ataupun tidak,dia menasihatkan kami membawa Angah ke Hospital Besar keesokannya,tambahnya lagi biar darah tu kering dulu,baru senang nak buat pemeriksaan.Bila dengar penjelasan doktor begitu,menyebabkan aku lagi kecut perut...pada saat tu,sukar untuk aku menerima kenyataan seandainya, anak yang aku lahirkan normal akan menjadi tuli!!

Belum lagi perasaan aku reda,heboh pulak Along hilang dari rumah.Aku ingat dia pergi ke rumah mak sewaktu aku dan ayahnya sibuk berurusan di klinik,tapi menurut mak dia pun tak perasan kemana Along pergi.Ah, sudah!!..Jadi satu kerja la pulak orang kena mencari dia,ini semua berlaku gara2 dia takut sendiri la tu!!Hampir setengah jam jugak orang ramai dok mencari dia,akhirnya abah aku berjaya menemui lokasi persembunyiannya.Rupa2nya dia menyorok kat bawah meja bulat kat rumah mak,zaman tu memang trend meja bulat siap dengan skirting yang labuh.Abah aku hanya menemui lokasinya je,tapi dia suruh aku atau ayah dia yang pujuk Along keluar..Kalau tengok dari segi tempat dia sembunyi tu,memang orang tak terfikirkan yang dia boleh dok kat situ dekat sejam lamanya!!Malam tu kami pujuk dia elok2 dan pesan padanya supaya tak melakukan perbuatan itu lagi....begitulah Along,kenakalannya banyak melibatkan ramai orang!!

Keesokannya,berlaku satu masalah pula, Angah tak boleh duduk, bila dia duduk je dia tak boleh imbangkan badan,dia terjatuh ke tepi atau terlentang ke belakang. Bila kita dirikan dia,dia jalan terhuyung hayang,pastu terus jatuh....buatkan jiwa aku tambah kacau!!Setelah diperiksa oleh doktor pakar di Mentakab,baru la aku rasa lega...Syukur Alhamdulillah,Angah tak pekak..doktor kata luka tu berlaku di dinding telinga saja!!Habis kenapa Angah tak stabil..asyik nak jatuh je???Doktor kata dia akan normal dalam masa sehari dua ni,sebab dia cuma mengalami masalah bengang..pasal terlalu banyak darah(cecair) yang memenuhi kat dalam telinga dia.Alhamdullilah selepas tu Angah sihat seperti biasa!!
******************************************
Di kampung suami aku ramai sangat orang yang membela lembu,malangnya tuanpunya lembu2 ni tak reti nak mengandangkan lembu2 mereka.Jadi di kampung tu bersepah dengan taik2 lembu dan berlakulah pencemaran bau yang amat kritikal.Kalau nak ditegur kang semua pun sedara mara,apatah lagi tok empatnya pun sama, dua kali lima...abis nak buat camna???
Disebabkan setiap kali balik ke kampung,anak2 aku akan dijamu dengan pemandangan kawanan lembu dan taik lembu,jadi Along menggelarkan kampung tu dengan nama "Kampung Lembu".Ni kalau orang kampung tau...maroh deme!!!

Pagi tu,kitorang ikut arwah tok dia ke rumah waris dia dihulu,kami hanya berjalan kaki,semasa dalam perjalanan balik tu,kebetulan kami terserempak dengan beberapa ekor lembu.Along ni memang berani,sesekali dapat melihat lembu secara live tentu sangat teruja bagi seorang budak berusia 4 tahun ketika itu,dia mendahului semua orang,tak sabar nak tengok lembu dekat2.Mula2 ok je,kitorang pun buat tak kisah la,tapi tak tau bila masa dia ada sebatang kayu ditangannya.Dia pegi kat sekor lembu tu dan terus jolokkan kayu tu kat bontot lembu tu,ha...apalagi,secara spontan la lembu tu bagi back kick...ambik nak!!.dia tercampak ke belakang terus terduduk.Arwah mak mertua aku terus berkejor"Allah,cucu aku!!...Tapi aku memang tak tahan nak tergelak sangat...nampak real tu,melayang...jadi aku gelak je la....nasib dia tak apa2..Tapi dia memang terror, cuma terkejut sikit tapi haram tak nangis pun!!
**********************************************
Semasa dia berumur 6 tahun,kitorang menyewa di sebuah rumah yang bersebelahan dengan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub.Kebetulan jiran dibelakang rumah tu,berbangsa India dan memelihara berbagai jenis binatang peliharaan,dari anjing,kucing,ayam,itik,angsa dan beberapa spesis burung merpati .Al maklum la tinggal bersebelahan hutan jadi serba mak nenek binatang yang dibelanya.Disebabkan rumah aku dan rumahnya bertemu dapur,jadi aku tak kisah la kalau ayam, itik atau merpatinya masuk ke halaman aku untuk mencari makanan.Kadang tu memang aku sengaja membuang lebihan makanan tu kepada binatang peliharaannya .Dalam banyak2 binatang tu Along dan Angah cukup tertarik dengan burung merpati,dan burung merpati peliharannya sangat jinak, boleh tangkap gitu je.

Satu petang tu,Along dan Angah bermain di belakang rumah,tapi aku dengar kecoh semacam je..aku pun menjenguk,menyirap darah aku....Along tengah bagi burung merpati tu minum air paip dengan cara mengangakan mulut merpati tu,cam tadah air dalam kole je dibuatnya mulut merpati tu!!
Apalagi merpati tu kelemasan agaknya terus tak bernyawa...bila aku jerit suruh lepaskan,memang merpati tu dah lembik.....Aku pun panggil aci ,aku bagi balik merpati dia,dan cerita kat dia yang anak aku dah bunuh merpati tu!!Kesian pulak kat aci tu,dia kata banyak2 merpati tu,yang mati nilah yang paling jinak dan paling disayangi oleh anak lelaki dia!!Lagipun spesisnya payah nak dapat kat Malaysia.Hati aku berkata juga,tu la nasib ko merpati,apsal la ko jinak sangat!!Dapat gak Along sedas dua ngan aku petang tu.

Balik dari kerja petang tu,aku citer la dengan ayah dia pasal Along punya kes ...nampak sangat la ayah dia pun rasa kesal dengan kejadian tu,kebetulan anak lelaki aci tu,merupakan staff dia kat opis.Masa minum petang tu,ayah tanyakan Along.."kenapa awak bagi burung merpati tu minum"?Along kata"tadi Along kasi dia makan lepas dia dah makan,Along kasi la dia minum!!"adoi.....la anak tak abih2 buat hal!!!

Wednesday, August 5, 2009

SAPA LAGI PANDAI????

Beberapa tahun lepas aku tinggal di daerah Pekan,rumah yang aku sewa tu berhadapan dengan kawasan reserved TNB,jadi ianya dipenuhi belukar dan seperti hutan simpan.Di situ terlalu banyak kera yang mendiami kawasan tersebut .Oleh kerana kawasan sebelah dalamnya telah dibangunkan maka kera2 tersebut semakin banyak berhijrah ke arah taman kami.Kebetulan pula,ada manusia yang suka menjadikan semak2 sebagai tempat pembuangan sampah jadi beraya sakan la kera2 ni di kawasan itu!!

Kera2 kat sini memang berani betul,dia akan datang mengoperasikan hampir kesemua tong2 sampah yang menghadap ke hutan tu...habis semua sampah bertaburan di jalan.Ada juga yang meletakkan batu besar di atas penutup tong,tapi tak tau camana punya cerdik le binatang ni...lepas jugak dia membukaknya,dia tolakkan batu tu sikit2 sampai batu tu terjatuh ke bawah...Kera2 ni bukannya dia takutkan kita,silap2 dia yang kejar kita...kadang tu,bila kita halau2 dia....fuh! dia menganjing kita balik ...Ada masa , dia boleh main berlari kat atas atap2 rumah orang.Ada sekali tu,terjerit jiran belakang rumah aku,dia ingat sapa pulak dok mengintai dia tengah memasak, cantekk je.. dia ngulur kepala memandang ke bawah dari atas bumbung!!Tapi satu je kelemahan kera ni, dia takut dengan orang lelaki...kalau ada orang lelaki dok kat depan rumah,bercempera larinya,tak berani dia nak datang...kenapa??Aku pun tak tahu!!!

Tapi ada la satu hari tu,laki kawan aku ni cuba untuk mencari kebenaran...dia tak percaya yang kera hanya takutkan pada orang lelaki sahaja...jadi dia pun memakai kain batik bininya,siap dengan bertudung lagi,lepas tu dia pun berjalan ke arah kera2 yang banyak tu...kitorang hanya memerhatikan dia dari jauh je....Tetiba,bertempiaran kera2 tu lari bila sedar kehadirannya...sama reaksinya bilamana kera ni berhadapan dengan orang lelaki.....
Jadi dia pun berpatah balik ke arah kami,sambil tu dia mengomel,"eh!pelik betul menatang ni,kawe nyamor jadi orang betine pun die tau"!!Lepas tu bini dia terus je menyampok"awok ingat die bodo,die pun tau tengok...awok tu,pakai kain, pakai tudung tapi haram tok bebaju..die pun pelik....orang pompuan mende gitu"!!!Hihihi..memang keje pandir!!

Monday, August 3, 2009

TIKUS BAIKI LABU!!

Semalam,anak aku yang no 5 tu,melepek je...dari pagi sampai ke tengahari dia dok buat taik mata.Walaupun dia orang pertama yang bangun subuh tu,tapi dia tidur semula....Dalam pukul 9 dia bangun lagi,muka dia nampak sayu,lemah dan tak bermaya langsung pastu macam tak de mood je tengok nasi lemak yang aku dah buat untuk sarapan pagi.Aku memang pelik sangat kalau dia tak teringin nak bersarapan,sebab dia la satu2nya anak aku yang kuat makan....dia memang montel pun!!Aku pun risau jugak,al maklum la tengah dok sibuk2 denganH1N1 ni.Ishk,budak ni demam ke??Tak sihat ke???Selalunya kalau hari cuti ni,lepas subuh je dia dah mengadap bola kat PC...bukan apa, masa ni la baru dia dapat main kalau tak, mesti abang2nya menyibuk mengacau dia!!Biasa la kan adik memang selalu kena buli.Semasa dia tidur semula tu,aku rasa badannya...tak demam!!

Akhirnya pada pukul 2 petang baru la dia bangun,mungkin dah terasa lapar kot!!Semasa dia makan tu,aku dok peratikan muka dia dari jauh.Aku memang dah rasa tak sedap hati sebab dia tak pernah bersikap begini.Aku tenung wajahnya lama2 dari dia menyuapkan nasi ke mulut hinggalah aku melihat ke dalam matanya....ah....baru aku tersedar,matanya...ya,matanya memberikan aku jawapan.

Selepas makan,dia terus baring di hadapan TV di ruang tamu sambil menutup mukanya dengan bantal....Semua adik beradiknya heran dan bertanya "Haziq!Awak tak sihat ke??kenapa awak ngantuk je,awak ada makan apa2 ke???Aku menghampiri Haziq dan menyoalnya "Haziq!kenapa awak tak pakai spek"??Dengan lemah longlai dan takut2 dia menjawab"Spek Haziq,patah!!"
Aku pun dan2 jadi rimau lapor,saja nak eksyen depan Haziq..."Camana boleh patah??"Haziq lupa tanggal masa tidur"terketar2 dia menjawab.Angin aku sekejap,sebab aku dah banyak kali pesan,sebelum tidur simpan spek elok2.Heh! itu la puncanya perubahan Haziq yang sangat ketara...Haziq memang begitu,seorang anak yang sangat baik tapi penakut,pendiam tapi kuat makan.Banyak persamaan dengan Angah,abangnya..kecuali Haziq lembut,Angah baran dan laser!!!Dulu pun masa mula2 nak bagitau yang dia rabun pun,bukan main beralas percakapannya sehinggakan aku rasa mengadanya la dia.Apa taknya,cuba la cakap betul2.."Ibu!Haziq rasa mata Haziq ni tak berapa terang mungkin rosak ke,sebab tak nampak tulisan kat papanhitam!"Ini tidak,ada ke cakap gini"Ibu!Haziq rasa Haziq nak pakai cermin mata!"Tak ke ngada je bunyinya,yang aku ni ingatkan dia nak jadi Along, perasan hensem bila dah pakai spek!!!Akhirnya masa dia balik ke Dong,tak pepasal je Mak Long yang buatkan cermin mata untuk dia,selepas dia bagitau Mak Long yang pandangannya kurang jelas.Terima kasih Mak Long!!!Malu aku,nampak sangat Mak Long lagi prihatin...adih!dih!dih...

Oh,bukannya patah cuma kantanya tercabut,ayah kata boleh repair lagi...esok ayah suruh hantar ke kedai .Tapi tetiba je kecoh,bila angah kata kanta spek Haziq nampak cam rosak,aku pun tengok betul2.Ha ah la cam ada sesuatu yang terlekat pada kanta tu...bila disoal siasat rupanya Haziq biroh la pulak,kerana takut nak bagitau spek dia rosak,dia cuba lekatkan speknya menggunakan 'gam gajah'.Aku dah mula pasang radio,membebel ke Haziq...tapi ayah cool je,ayah kata tak pe, kalau kanta tu tak boleh guna lagi,tukarkan kanta baru je...Sebenornya ayah kesian tengok muka Haziq,sedih sangat!!!

Tadi aku ke kedai di bandar,setelah tokey kedai tu periksa dia kata" Haiyaa!! Ini tali kanta sudah putus,kalau ganti baru tak payah bayar,free saja...Tapi kanta sudah rosak..."!!Aku kata "tak pe la tokey,kalau ganti sebelah saja bole ke?""Bole!Tak de hal"!"Agak2 berapa tokey?"
"25 ringgit!"....nak kata apa, kira ok la tu!!Ok tak ok la, inilah yang dikatakan pandai sangat macam "Tikus Membaiki Labu...."Haziq!Haziq!...

Saturday, August 1, 2009

AKIBAT KAWIN TERLALU MUDA,ANAK BERBAHASA TAMIL!!!

Beginilah komen yang aku tinggalkan di blog "relevan sokmo",dengan tajuk entrinya 'Kecoh dalam berbahasa inggeris.'

hai: mok ayoh deme tu orang putih,memang la dia pandai cakap bahasa deme..doh,anok orang melayu pon otomatik pandai cakap bahasa melayu..tapi akok koi la kan,mase kecik dulu lagi terrer,anok melayu,tapi tak reti cakap melayu,sebab india depan rumah mok koi yang byk dok ngasuh dia,dia asyik speaking bahasa tamil...pening mok koi!!

Webmaster@Echam: Dahtu gone skang ni akok aok. Buleh dah ke cakap melayu???


relevan: * A'ah lah hai..betui kata webMaster..anok akok deme te dah buleh cakop melayu dah?..

Nilah yang koi nok terangkan...
Sebenornya mok koi kawin masa umo dia 15 tahun..tengoh2 sekolah kena berenti...koi pun pelik ngape la arwah aki koi tergamoknya ngawenkan anok semuda tu..memang sume adik beradik mok koi kawin dalam umo gitu..mungkin juga arwah aki koi nak cepat lepaskan tanggungjawab dia sebab dia ada 8 orang anok dara!!Jadinya kalau ada je orang masuk meminang,dia tak pernoh tolak..terima je...mujur jugok la menantu2 dia semua berjenis walau tak le berharte!!

Mok koi ni jenis pandir lagi mase tu,yalah walau dah kawin masih lagi main masak2 ngan adik2 dia,manjat pokok ciku sampai ke pucuk masa mengandung 7 bulan..kerayai, arwah aboh dia...jadinya masa mok koi beranok anok sulung, umo dia 16 tahun.Masa dalam pantang bukannya dia jaga sangat anok dia,arwah uwan koi yang cara...kalau anok menangis malam2,mok koi tido semacam je,puas la arwah wan koi ngejut...dah tu selalu maroh2,pasal mengacau dia tido!! Abih pantang,dia merata gi memain..kalo anok nangis je,siapla arwah uwan koi bertempik...masa tu arwah uwan koi dok kat rumah Tok Keramat di Mentakab,sebelah je dengan sek.cina Chung Hwa kat ngan bandar Mentakab...mok koi biasenye main tayang ke,main seremban,main rebut tiang, kat sek. cina tu.Selain tu mok koi suka manjat pokok ciku,kat rumah arwah wan koi tu memang banyak pokok ciku,kadang manjat tu hanya main nyuruk2 je...(bila2 nanti koi citer pasal rumah Tok Keramat, citer2nya ala2 citer tamar jalis,hahaha...)

Pernoh sekali tu,mok koi gi tengok wayang hindustan,akok koi sampai ngisap susu ngan orang yang menyewa kat rumah Arwah uwan koi tu.Awok bayangkan le,mok koi menghabiskan pantang di rumah mok dia sampai anok umo 6 bulan.Dia balik untuk bersalin dari dia
mengandung 7 bulan sampai umo anok 6 bulan. Sebabnya bila aboh koi ajak balik,mok koi kata tak nak lagi..jadi aboh koi ikutkan je le.Tu le payohnye kawin ngan bebudok...nasib le...tapi aboh koi memang baik,koi rase kalo org sekarang dah lama bye!bye!Mase tu aboh koi dok kat Kg.Raja Uda di Pelabuhan Kelang.

Masa dok kat Kg.Raja Uda tu,mok koi dok nyewa sebelah rumah Benggali(bininya memang datang dari India betul),depan rumah pulok berjiran ngan orang India.Mok koi memang baik betul la ngan deme ni,masa kecoh2 tragedi 13 mei tu,mok koi tido je kat rumah Bibi,benggali tu sebab dia bimbang mok koi tinggal 2 beranok je,pasal aboh koi keje malam!!Disebabkan India ngan Benggali ni tak de anok kecik,jadi diorang ni suke sangat melayan akok koi,tamboh2 mok koi tak berape pandai ngasuh,akok koi tu jadi mangse kene bantai je...Kebetulan akok koi pun jenis budok lasak sangat!!Asal dengor je akok koi melalak,sampai je la India tu ,kalau tak Benggali tu ..kira diorang tu gilir2 menjaga akok koi,siap bawak balik ke rumah deme le..Dari belum pandai bercakap,akok koi asyik dengar Benggali ngan India tu speaking bahasa deme,lama2 akok koi pun paham dan reti cakap deme.

Kira2nya bahasa pertama akok koi,ialah bahasa tamil dan punjabi...dia kalo nak apa2 dia guna bahasa tamil,kadang dia guna bahasa punjabi...mintak air ke,nak mandi,nak makan semua dalam bahasa deme..bile mok koi tak paham,mok koi tanya la "Aci,dia nak apa dia cakap taani"?nanti india tu translate la...ooo..dia mau air la...!!Penyudahnye mok koi pun reti cakap bahase deme..tu yang kadang tu, mok koi paham je nengok citer india ke hindustan kalo tak de subtitle pun...

Lepas akok koi umo 2 tahun,keluarge koi pindoh ke Kapar,jadi terputusla hubungan ngan jiran2 kat situ..pastu puas la mok koi nok ngajor dia cakap melayu,dah la pelat...lidah dia dah macam orang india,susah nak nyebut perkataan yang berbelit sikit,satu lagi perangai mase dia kecik2 dia suka ngantukkan kepala ke simen kalau tak dapat ape yang dia nak...hisss..bukan masa kecik je,dah tua rente ni pun dia masih susoh nok nyebut aurat,calculator,kokurikulum...banyok lagi la....koi sokmo ngusik dia lidah...ke...ng!!!hihihi...
____________________________________________________________________

Koi rase la kan,kisah pandir mok koi mase dulu tu tokle teruk sangat di banding dengan kisah mok sedara(adik mok koi).Dia pun senasib ngan mok koi,kena berenti sekolah...dia bukan je tak nak kawen malah benci sangat ngan bakal laki dia sampai lari ke rumah mok koi di Kelang.Tapi arwah aboh dia datang menjemput,pastu bagitau kat dia "kalau awok tak nok,awok makan la sirih pembenci ni,bila awok makan nanti dia akan benci tengok muka awok"!Apalagi mok sedara koi suka sangatla...boleh pulok mintak se lagi...bior bakal laki dia benci betul tengok muka dia....
Bila dia sampai je ke rumah arwah aboh dia,tetiba je dia rase kesian tengok bakal laki dia tu,rupa2nye arwah aboh dia bagi dia makan sirih bagi suka kat bakal laki dia tu...tak lama tu elok je dia nak menikah!!Tapi berlaku jugak satu insiden,masa lepas je kenduri tu...mok sedare koi tu campok keluar beg baju pengantin lelaki ke luar tingkap....pasal dia tak nak kongsi bilik tu ngan laki dia..hihihi..tu koi kata ....nasib la sapa suruh menikah ngan bebudok...koi tak tau la lepas tu arwah aki buat mende ke dia...elok je lepas tu.

Mok sedara koi ni,laki dia keje tukang kebun je kat balai polis,mase baru2 kawin tu mok sedare koi kata dia tak pernoh pun memasak,bangun pagi2 laki dia dah siapkan sarapan sebelum gi kerje,dia pulok lepas sarapan je terus gi memain ngan anok2 polis kat situ....macam2 la aktiviti zaman tu.Yang herannya anok2 polis tu tak kisoh je...molek je berkawan ngan dia...nanti laki dia balik tengahari, laki dia masak untuk makan tengahari...kelakarkan....koi rase kalo sekarang ni ade bini hok gitu,mau makan penampo!!!Gitu la rutin dia,sampai la dia ngandungkan anok sulung ...bila perut dah terboyot2 dia tak la aktif sangat,kalo main pun main seremban ngan masak2 je...tu lah pandir tak pandirnye..dia kata,asal anok bergerak je kat dalam perut tu dia tumbuk,suruh dok diam2 sikit...dia rasa tak selesa nak memain .....mujur anok dia tak apa2!!

Selepas bersalinkan anok tu,dia masih lagi pegi memain,kadang ada jiran dia pangkat makcik le yang dok kat rumah dia, tolong jagakan anok dia,ada masa dia bawok anok dia main sama...pernoh dia tonyoh mulut anok dia ke simen,asyik melalak je..kawan tu lapor....masa tu dia nak timbang batu seremban..abih berdarah mulut anok dia....pastu dia rasa nyesal pulok!!!

eiiii...letih koi nok cerite kisah paling pandir,pasal kawen terlalu awal ni...banyak ngat lagi....tapi apa2 pun deme ni bila dah dapat anok ke 2,baru la cerdik sikit.....masing2 dapat laki pun jenis yang baik dan memahami,tu la dulu masa koi kecik2 pun koi suka aboh koi masak,sebab mok koi masak tak sedap!!....Alhamdullillah!!jodoh deme pun masih kekal sampai dah bercucu,harap2 kekal hingga ke akhir hayat!!!