Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu
mengeluarkan apa-apa perkataan.
Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.
Gambar Jesus di sana sini.
Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan
ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz
datang melawat mereka.
Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka
pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di
dalam sebuah gereja.
Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang
dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan
sudah beberapa yang mati di sini.
Dewan kuliah di gereja ini
Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan
yang dibuat oleh orang Islam.
Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi
hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.
Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,
"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang
sakit pun tidak dihiraukan".
Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,
"Imam masjid sebelah selalu datang"
Hati saya menyapa:-
Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya
tak ada tanah..."
"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan
sekali lah."
Hati saya menyapa:-
"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu.
Bersama pesakit HIV
Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk
apa yang saya nak sampaikan?
Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam?
Tajuk "semua perkara
ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?
"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau
lebih
tepat:-
"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari
dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."
Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya
hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin
banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-
"Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."
Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.
Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara
yang rendah, berkata pada saya:-
"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."
Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka
seolah-olah memberi tahu saya,
"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"
Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib.
Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.
Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-
"Nanti datang lagi ye.."
Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak
putus-putus berdoa:-
"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam
tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja
ini Ya Allah."
Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki
nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.
Kemudahan ambulans
Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah,
ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti
ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini,
selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang
Islam.
Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada
niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.
InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.
InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja
ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah
penjagaan bagi orang Islam.
Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi
9 comments:
Orang kita ni mudah lepa dgn hal2 begini..pas te dah jadi issue mula lah berambat..tapi pihak pentadbiran gereja tersebut te bg layanan istimewa kat pesakit2 aids te..ermm..
aku pnh bc artikel ni tp dah lupa kat site mane..
peace nO war..
releven,
tu lah ,orang kita ni sibuk dok bertaki pasal parti je,tak cakna langsung kes2 gini yek!!Biasa la org2 gereja memang tunggu peluang baik punyer nak menarik hati orang2 Islam ni,tak heran la kalo ramai yang murtad.Agak2nya duit tabung masjid tu buat mende je????
pOnstan,
sebenarnya,artikel ni aku ambik dari inbox emel aku je....yes, peace no war!!!
salam semua weh..
Terperanjat juge koi membaca entry aok ni weh..mmg berlaku tp koi x sangka boleh jadi di malaysia ni..
bile masyarakat semua menjauhkan diri dari mereka maka pihak lain akan ambil peluang,takleh nak nyalahkan org masjid atau jakim,mais etc...
masyarakat kite ni kadang tu cepat pandang hina bile org kena aids,kala boleh langsung x nak dekat bile ade sedara yg kena hiv,koi ade pengalaman camni dlm masyarakat tempat koi..deme di pulaukan dari masyarakat..dah bile dah camtu mana deme yg sakit ni nak bawak diri?tibe2 ade je badan ngo camni yg tawar tempat elok makan berjage,xkan deme nak tolok dak?SALAH KITE JUGEK SEBENORNYE...
huhu peace no war!
mazru,
betol juge kata aok tu,kerana kite sebagai masyarakat yang tak prihatin dgn masalah cengitu...sedih gakkan kalo keluarga kita yang menerima nasib camtu..dipinggirkan oleh masyarakat,kerana tak mau keluarga yang lain mendapat malu maka bawak diri sendiri...tak de aroh la weh,ikut nasib dia je la!!!
Bila baca, aku rasa nak nangis... sedih dan malu dgn umat Islam Malaysia kini.. dan malu juga dgn diriku sendiri... serta bertambah2 malu dgn Allah s.w.t. ...
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku" (Riwayat Bukhari)
Ya Allah... teruklah hambaMu ini diseksa kelak...
Duit zakat fitrah di Pahang ni berjuta setahun, lepas kemana? Buat apa duit ni kalau bukan untuk membantu pada yang memerlukan. Tokoh agama kita sebenarnya sedang mengumpulkan pahala untuk beli tiket masuk neraka.
Abang Terrer,
memang menyedihkan...camana kita boleh terlepas pandang pada mereka2 ini...
Pak Hashim,
Betul tu!!Kadang tu bila dah banyak sangat sampai tak reti nak salurkan ke mana!!camtu juga la dengan kutipan tabung masjid,ada masjid yang mempunyai dana yang hebat..tapi hanya gunakan duit tu untuk bayar api dan air je..tak tau nak buat apa!!
Post a Comment