Monday, July 13, 2009

SERABUT!!!!





























Dua tiga hari ni memang aku sibuk giler,projeknya ialah mengoperasikan rumah aku yang
berserabut ni!!Aku tak berniat pun nak buat entri ni,sebenarnya aku cadang nak menjahit langsir.(cam nampak beria je nak nyambut raya,hehehe).Tah camana plak,masa aku tarik bangku kat mesin tu,tangan aku rabak la pulak terkena paku kat tepinya tu.Dah berdarah ni,terpaksa la relax jap...lagipun kain yang aku nak jahit tu warna putih kang tak pepasal je bercop merah!2 hari ni aku sibuk dok mengecat kayu2 pada pagar dan set kerusi, meja kat luar tu.Cat2 tu dah dibeli 2 tahun lepas,adoi!Kenapa la aku terajin pulak minggu lepas.Memang haru kalau sesapa pun tengok persekitaran rumah aku ni...Yang jadi begini,kerana suami aku jenis yang hobinya suka membuat pengubahsuaian sendiri dan hanya mengambil masa, semasa cuti Sabtu/Ahad untuk mengusahakannya.Satu lagi rumah aku ni sesak sangat dengan tah apa2 barang yang menyesakkan bagi orang2 pompuan.Banyak barang yang dia tangguh nak buang,takut boleh digunakan lagi menjadi barang keperluan lain...... Poning den!!!

Kebaikannya,boleh la menjimatkan banyak kos,tidak berlaku pembaziran bahan2 dan berpuashati dengan hasil kerja tangan sendiri.....keburukannya,mungkin projeknya memakan masa 10 tahun untuk siap sepenuhnya dan terpaksa hidup dengan pemandangan yang menyakitkan mata .....

Walaubagaimanapun ini adalah antara hasil kerjanya yang menggunakan bahan2 seperti katil 2 tingkat semasa anak2 kecil dahulu....dijadikan set kerusi dan meja...































Almari kartun zaman anak2 masa kecil telah digubah menjadi meja komputer,tempat letak printer dan meja study....






























Pagar2 kayu dan pintu pagar rumah ni pun hasil kerja dia,dan antara projek yang masih
dalam pembinaan,taman mininya dan projek paling terkini,Spa impiannya....




























Tengok la tu,belum siap sepenuhnya dah siap boleh letak khazanah kat atas spa dia tu....kadang tu betul gak kata akak ipar aku,rumah sekangkang kera,macam2 nak di buatnya!!!

10 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Kak Hai...
Tu tandanya suami akak tu kreatif. Pastu mesti jenis tak dok senyap. Ada je keje dia nak buat.

MARINI said...

Okay la tu Kak Hai...Kalau Khaizu, semua benda kalau agak lama sikit nak dibuangnya... pastu bab bab DIY ni memang dia tak boleh langsung. He he macam - macam

pu3 balqis said...

wah.. rajinnya mengoperasikan umah...
gudluck.. t tunjuk lak keadaan pas operasi..
;D

endiem said...

Barang2 yang tak boleh pakai tu juallah kepada ... surat kabar lama.. beteri lama..surat khabar lama ..besi lama.. dapat jugak hasil..

hai said...

TQ,Webmaster!
suka la ko panggil kak hai,cam dah lama kenal je..hihihi..suami akak tu kalo rajin,mmg tak dok diam,tapi kalo angin malasnya tiba...siap la dia dok buat taik mata je sepanjang ari....

Mi,
Emmm..Khaizu tu plak sama je spesies ngan abah2 kita le!!

pu3 balkis,
tak tau tahun bila boleh siap dik,minggu depan,kalau tak ujan baru plak nak cat pagar yang besinya pulak,tu belum lagi cat temboknya...emm...entahla!!

endiem,
kalo ikutkan hati akak la,mmg dah selamat suma tu..tapi cam kete tu rasa sayang jugak...nak repair,spare part payah nak cari..nak jual??? emm...tak berbaloi,baik buat kenangan je....

semut-terbersin said...

haha...kretip tul eteh..tp lama aa nk tunggu siap benda yg die buat..tp at least, die nk gak buat kan..dr dok beli jeee...jimat per..

wah nk buat spa..mama mesti suka nih..mama kan suka spa2 nih..

eL said...

akak...tu spa ke rak periuk?

hai said...

semut...,
hehehe..kretip la tu,tapi berjanggut la tunggu nak siap!

emblem...,
spa tu kat belah bawah,1 ruang tuk stim,1 ruang lagi buat cam kolah tuk berendam ala2 mandi susu gitu.. so ruang atas tu memang di design khas tuk letak barang2 yang padan ngan tempat tu.

una_noche said...

kak hai ske tgk cite martha steward ker..no wonder la u expert..abg raman no on ecan challenge him bab2 pertukangan ni...

hai said...

una_noche,
Abg Raman ni kalo org ambik jadi tukang,jawabnya menyesal tak sudah...pasal berpuluh tahun tak siap2!!