Wednesday, July 29, 2009

BAYI BERKEPALA DUA.












PEKANBARU - Seorang doktor mengesahkan bayi berkepala dua yang menjadi tumpuan umum di sini meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ di sebuah hospital di Indonesia.

Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia semalam.

Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot sejak kelmarin.

Kembar yang lahir menerusi pembedahan itu berkongsi semua organ penting kecuali jantung sekali gus menyebabkan usaha untuk memisahkan mereka sukar dilakukan.

Kembar itu meninggal dunia di Hospital Arifin Achmad di sini yang terletak dalam wilayah Riau.

Bayi itu adalah anak kepada pasangan Badrun dan isterinya, Nurhayati yang berumur 23 tahun.

Nurhayati pernah bermimpi dia akan melahirkan anak yang mempunyai dua kepala.


***Al fatihah buat mereka!!Begitulah kekuasaan Allah yang menjadikan hambanya dalam berbagai rupa dan keadaan,agar kita sentiasa berfikir dan kembali kepada yang maha pencipta!!

Saya teringat sekitar tahun 84,saya pernah menyaksikan manusia berkepala 2 seperti gambar bayi tersebut di sebuah expo di Mentakab.Pemuda tersebut dalam lingkungan usia 20 an.Keadaannya sangat menyedihkan kerana hanya mampu terbaring dan dipertontonkan pula kepada orang ramai.Kak Long saya teramat bersimpati kepadanya sehinggakan dia mengalirkan airmata....dia juga rasa tak puas hati dan marah kerana orang sanggup mengambil kesempatan diatas kecacatan budak tu untuk meraih keuntungan.Sempat juga dia berkata "kesiannya!Muka hansem tapi jadi cam tu pulak"!!

Rupa2nya itu semua hanyalah lakonan untuk cari makan, kerana budak berkepala 2 tu datang mencari kami selepas pertunjukannya habis.Agaknya dia kesian melihat kebodohan kami dan terharu dengan keprihatinan Kak Long.......Dia akhirnya menjadi kenalan Kak Long dan dia menceritakan bagaimana teknik penggunaan cermin yang di buat,membantu untuk dia kelihatan seperti berkepala 2. Kita nampak dia cam terbaring,hakikat yang sebenarnya dia hanya duduk sepanjang dipertontonkan kepada orangramai itu.Cilakak!!Kopak jugak la kami 6 hengget malam tu....Haiya!Macam ni punya olang pun ada!!!

9 comments:

Basuh Baju said...

kerana duit, manusia sanggup berbuat apa sahaja..huhu

zai said...

Kuasa Allah mengatasi segala2nya. Banyak kejadian2 aneh yg dpt disaksikan didunia ini tapi itulah manusia masih leka dan tidak beriman..

Bercakap tentang ambil kesempatan atas kelebihan oranglain tu rasa2nya..mmg dah sinonim dalam masyarakat kita sekarang nie..ramai yg cuba cari peluang utk mengenakan oranglain utk kepentingan diri sendiri.

Fadh Rahman said...

Allah maha berkuasa...!

Relevan said...

Betapa kejadian Tuhan ini..memuliakan kejadian..kita yang hidup moga tabah menghadapi segala..

Hanisham Ab Halim said...

AlFatihah untuk adik kembar tu. Semoga diorang aman disana. Koi tak sanggup nak tengok masa tayang dalam tv aritu sbb terbayang kat anak koi masa mula2 lahir dulu. Lahir tak cukup bulan pastu duduk dalam NICU. Adoiii lah... kesian sgt2. Nangis koi tengok anok koi masa tu.

Vanderlin said...

apa nak jadi dengan manusia skarang...nak beri rasa simpati pun kena fikir dulu...bertimbang-timbang...takut jadi bodoh lak kalau kena tipu ni....tapi kalau tak de rasa simpati plak jadi apa ngan dunia ni kesudahannya.

hai said...

BB,
inilah lumrah dunia...demi wang,apa2 pun sanggup!!

zai,
walaupun telah ditunjukkan dengan berbagai2 kejadian aneh,manusia tetap juga alpa!!
hari ini,semakin ramai orang yang melakukan penipuan secara terang2an tanpa rasa bersalah!!

Fadh,
Siapa la kita....kita hanya hambaNya yang diberi peluang sementara merasai kenikmatan dunia yang sementara!!ALLAHUAKBAR!!

relevan,
Beginilah caranya Allah menunjukkan kekuasaannya supaya,kita semua dapat berfikir....

Echam,
Koi faham perasaan aok...anok koi yang ke 3,lahir,tak menangis langsung..3 hari lepas tu kena jangkitan peparu,muka biru...dok dlm inkubator dengan berbagai wayer...memang perasaan koi sentiasa berperang antara hidup atau matikah dia???
nok menyampai ke umo dia 3 tahun,merata hospital koi jelajoh!!
koi anggap semua ni ujian dari Allah buat kita!!kerana kerapnya dok hospital dan melihat penderitaan orang lain, koi dapat rasakan dugaan orang lain lagi mencabar dari apa yang koi rasa!!memang sedih!!

Vanderlin,
awak gi kat blog "Tatkala hatiku berbisik",awak nilaikan sikap orang zaman sekarang!!

semut-terbersin said...

laa tipu ke budak laki tuh?? tu laa memula angah baca, cam tak caye je ade org mesia yg berkepala 2(pernah tgk matsaleh je yg berkepala 2), alih2 blakon je rupenye bdk laki tuh..taun 84? angah br 2thn..huhu

hai said...

laa,masa tu kitorang sekolah menengah ,padan la pon kena tipu je...hekhek!!