Tuesday, May 12, 2009

BUAT RENUNGAN....

Saya dan suami pergi ke Hospital petang tadi,melawat waris sebelah suami yang sakit di wad. Ketika kami sampai dia sedang nyenyak tidur,mungkin keletihan kerana baru menjalani pembedahan.Oleh kerana itu kami hanya bersembang di beranda tidak jauh dari katilnya kerana tidak mahu menggangu tidurnya.Anaknya memberikan kerusi kepada kami,untuk memudahkan kami meneruskan perbualan...

Sekitar jam 7 pm,seorang jururawat menghampiri kami dan meminta kerusi dari suami saya,"saya nak kerusi".Dia menarik dengan kasar dan kerusi tersebut jatuh terhempas ke lantai.Kemudiaan dengan wajah yang mencuka dia mengambil kerusi yang saya duduk tu.(mujur saya dah berdiri).Kemudian dia berkata "saya nak tutup pintu ni,lalu ikut sebelah sana".Saya berdiri betul betul kat muka pintu,jadi saya keluar untuk memberi ruang dia menutup pintu.Kami saling berpandangan,terdiam tanpa kata....

Saya memang tidak berpuas hati dengan sikap jururawat tu,tak boleh ke dia bercakap dengan lebih sopan,banyak cara untuk mengolah perkataan untuk tidak menampakkan dia kurang sopan atau kurang ajar...Kitakan orang melayu,yang kaya dengan budi bahasa.Sewaktu pulang saya ternampak banner yang besar tergantung di hadapan pintu masuk hospital,"Kami sedia membantu".Bagi saya cam tak ada makna kerajaan menghabiskan duit berjuta,untuk nak dirikan 'signboard',tampal poster dan banner dengan berbagai iklan dan kempen untuk mengingatkan kakitangan awam dan rakyat malaysia.Dok pi mai pi mai tang tu lah jugak!

Bercerita tentang sikap kakitangan kerajaan ni,saya pernah berurusan di sebuah sekolah rendah,atas urusan perpindahan anak2 saya disitu.Saya tidak perlukan sebarang penghormatan,cukup bila kita memberi salam,salam disambut dengan senyuman.Ketika itu saya membawa salinan2 dokumen yang diperlukan,seperti surat beranak,surat pertukaran dan kad pengenalan ibubapa.Oleh sebab kad pengenalan bersaiz kecil jadi saya sekalikan salinan kad pengenalan suami dan saya diatas sehelai kertas.Saya berhadapan dengan kerani yang telah berumur ini,sewaktu dia memeriksa segala dokumen yang saya serahkan.Ketika melihat salinan kad pengenalan dia mengomel sambil mengambil gunting yang ada dihadapannya"ingat,orang tak de kerja lain,asyik nak buat kerja dia je".Saya terkejut,tapi tak sampai hati nak membalasnya balik kerana dia terlalu tua .Apalah salahnya kalau dia menghulurkan gunting dan menyuruh saya menggunting sendiri,tentu saya boleh terima dan faham kesibukannya.Dia,menyebabkan hati saya berkata kata,alah! setakat kerja kerani nak berlagak!

Peristiwa yang berlaku di sebuah Pejabat Pos,disaksikan oleh saya,memang agak menarik,kisah ni berlaku di antara seorang buta dan kerani kaunter.Orang buta ni nak menghantar "money Order" kepada anaknya,kerana dia buta dia meminta kepada kerani pos tu untuk menguruskannya.Jadi kerani bertanya kepada orang buta ni"pakcik,nama anak pakcik apa?"so pakcik buta ni bagitau la nama anak dia.Kerani tu tanya semula camana ejaan nama anak dia?Pakcik buta ni boleh kata"aik! awak tu bersekolah,bekerja takkan nak eja nama tu pun tak reti".Kerani tu pun jawab balik "Pakcik ni dah la buta,bodoh pulak tu,kalau saya salah eja nama anak pakcik ni,dia tak boleh nak ambik duit dia kat sana".

Cara pakcik buta tu memang salah tapi,kerani tu pun sepatutnya tidak bersikap begitu,lagipun pakcik tu orang tua....apa apa pun renung2kan....

9 comments:

Vanderlin said...

nurse tu mmg kurang sopan, kerani tu pulak dah x sabar nak pencen...Pegawai pos office tu plak lurus bendul! Kahkahkah

Fa-T said...

ramai kakitangan kerajaan tak bleh handle emosi... tak bleh bagi kerja berat2... tu yang adi macm tu...

Vanderlin said...

Sebenarnye kerja dia org tak lah byk sgt nak compare dgn pekerja swasta...cuti tahunan melambak...diaorg pun byk programme motivasilah, kursus tu kursus ni..mcm2. Asyik cuti je keje ape...tu yg paperwork menimbun pastu itu yg jd emosi...menyusahkan rakyat lah...kdg2 malas je rase nak g berurusan dgn dia org... bukan apa takut salah ckp skit...kena hambur

hai said...

Fa-T,
inilah penyakit yang paling susah untuk diubati....

Vanderlin,
kursus2 dan prog. motivasi yang lebih kepada jalan2 cari makan.....

HBB said...

jgn kerana bbrapa kejadian maka disamakan dgn semua. Banyak lagi kebaikan kakitangan kerajaan yg telah dihulurkan berbanding keburukan. Dah memang perangai BURUK manusia suka membincangkan perkara yg buruk2 lbh dari yg baik2. :-).
Sama2 kita doakan agar ia berubah mnjadi lbh baik dari sblm ini.

Anak2 kita tetap mengatakan kita baik walaupun sesekali kita marah dia.
Oh Ibu, kau lah ratu hati ku.

hai said...

selalunya memang orang komen yang tak baik,supaya dapat diperbaiki dimasa depan...yang dah baik,tentu mendapat pujian..:-)Siap dapat anugerah kecemerlangan lagi!

Kita pun tetap sayang kedua ibubapa kita walau kena debik sekalipun kerana...dah memang salah kita.Takkan le tgh elok2 dia nak membantai...hehehe...

HBB said...

biasake kena debik masa kecik2 dulu.. ahaks

hai said...

Tipu la, kalo kata tak de ...ko pun sama je,sesekali merasa jugak kan!

Vanderlin said...

Ucapan terima kasih dah pasti bila kita berurusan dgn baik... tapi kalau kena maki tanpa sbb tak kan tak terguris hati...kdg2 tu dimalukan lagi dikhalayak ramai. Bukan sekali tetapi hampir jd resam. Itu yang banyak kita dengar dari orang ramai tapi dicelah-celah keluhan ada juga yang memuji dan berterima kasih.. Jadi kalau nak kata orang kita suka cerita yang negatif itu tak btepat. Kita kena kajilah adakah ia benar terjadi dgn apa yg di critakan. Agar ia menjadi sesuatu yang positif. Kalau ada pegawai kerajaan disini...renung2kanlah. Bukan nak mengata tapi diharap membina.