Aku, ibu kepada 7 orang anak yang memberi tumpuan sepenuh masa di dalam urusan rumahtangga.Walaupun begitu,aku jenis yang tak berapa pandai dalam bab2 memanjakan anak atau memujuk anak2.Mungkin kerana aku dah terbiasa 'survive' sendiri ketika menjalani kehidupan sejak kecil.Bukan bermakna aku tak sayangkan mereka,tapi mungkin aku tak reti nak tunjukkan kasih sayang tu.
Anak menangis tanpa sebab,ha!.. part ni paling aku bengang,kalau dah pujuk baik2,nak nangis jugak,aku biarkan la dia nangis selagi dia terdaya..Tapi bebudak nikan kalau kita pujuk beria2 memang dia lagi mengada.Kalau anak2 aku bergaduh sesama diorang pun,aku biarkan je..asal jangan cedera sudah.Kejamnya!....Sebab apa aku tak leraikan?Kerana sekejap je gaduhnya,pastu diorang gelak2 dan bergurau balik...lantakkan je lah....Senangkan nak jadi ibu...hahaha...
Itulah sebabnya ramai orang kata,aku ni anak ramai tapi nampak relax je.......
Anak ramai,susah ke?Aku rasa anak ramai lagi senang sebab mereka punya kawan2 untuk bergurau bersama,bermain bersama,belajar bersama dan bergaduh bersama.Mereka mempunyai lebih pengalaman,oleh kerana itu mereka lebih pandai bertolak ansur,pandai berkongsi dan lebih pandai bergaul dengan teman2 di luar rumah.Dalam bab2 belajar pun aku rasa mereka lebih mudah belajar sesama mereka,pendekata anak sulung je yang aku ajar 'basic'.
Anak2 yang lain lebih banyak belajar sendiri dan sesekali aku akan jadi pakar rujuk dan hanya membuat pemantauan sahaja..mudahnya....hehehe....
Tentang pemakanan,anak2 aku jenis yang tak memilih...semua pun bedal, kecuali kalau tak sedap....masakan paling special bagi mereka, yang berasaskan telor.Tak kira la masak kicap ke,sambal ke, didadar ke atau mata kerbau.Semua jenis mee,kue tiow atau nasi pun wajib ada telor.Aku pernah memberi nama kepada nasi goreng yang menjadi kesukaan anak2 aku,iaitu 'nasi goreng bodoh'.Di harapkan nasi goreng ni boleh memberi idea kepada org2 yang jenis suka memasak cara mudah dan cepat.(pemalas).
bahan2...... Nasi sejuk(semalam) sepinggan,telor sebiji dan kicap.
caranya..... Letakkan sedikit minyak kedalam kuali,pecahkan telor sebiji dan digoreng
hancur,masukkan kicap sesuka hati,yang berpadananlah dengan nasi.kemudiaan
masukkan nasi sejuk ,kacau rata....SIAP.
Nasi goreng ni memang mudah di sediakan kerana anak aku yang darjah 1 pun reti memasaknya.
Yang kelakarnya anak aku pernah' order' nasi ni di kedai..."nasi goreng bodoh,satu"!....hahaha....Tercengang2 orang kedai tu.
Selain telor,masakan berasaskan ayam juga menjadi pilihan...biasala semua bebudak pun suka makan ayam.Ni ada satu lagi resepi paling mudah untuk disediakan:
Bahan2 : Ayam di potong sederhana.kemudian di garamkunyitkan ,garamnya sikit je.pastu goreng sampai masak tapi jangan terlalu garing dan angkat.Tumiskan bawang putih dan halia(yang ditumbuk hancur) agak2 garing masukkan sedikit sos tiram dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi,kacau dan angkat.
( kuantiti bawang putih,halia dan sos tiram ikut sebanyak mana ayam tu).
Sekarang anak2 pun dah semakin membesar,kadang2 mereka boleh memasak sendiri dan aku tidak bimbang untuk meninggalkan mereka untuk sehari dua.Janji segala keperluan di sediakan,resepinya terserah kepada mereka........
13 comments:
hahaha... kelakar part anak kau order makan. tergelak aku. hahaha.
kau mmg pandai menulis..teruskan
hehehe..ko mmg sempoi sbb tu awet muda. aku msh fail bab masak ni. mungkin sbb aku single. sampai sekrg pun kalu masak nasi aku masih bertanya dgn mak aku..err..air ni dah cukup ke tak lagi..mmg aku kena ketuk kepala lps tu..
itu dia luahan dari sorg ibu...syabas ibu...hehe
HBB,
moralnya,tak baik bagi nama yg bukan2..kan?Aku yang sengal!!!
cayoi,
mmg nak kena katuk,anak aku darjah 1 tu pun masak nasi cantekk..dia punya tip kalau satu pot beras,airnya kat no2.ko cuba tgk dlm rice cooker tu kan ada no..aku salute dia...aku pun tak perasan...hahaha...
kusut,
itu baru ciput punya luahan,belum masuk part yg penuh kekusutan..hehehe...
sebenonye kan banyak lagi msk yg cam tu...kalau Kak HAi nak le...cam mee goreng bodo, ayam masal bodo...baru ni blaja chicken chop bodo...hehehe tapi bila makan ingat tau baca doa sebakul...mintak jgn bodo
aku tobat dah,taknak guna nama tu lagiiiiii....hehehe...walau masak2 ala2 bodo gitu..janji sedapp..!
memang suka makan dia ni..haha
kak hai...
sy suka blog akak.lawak sesajer..
Basuh Baju,
tak la,suka tgk org makan je!
IdzaRis79,
Tima kaceh, sudi lawat blog akak....
Nasik goreng bodoh ni memang terkenal kat dapur rumah mak i coz bebudak U pernah oder kat i dengan resepi ni ! kelakar... siap bagi direction lagi.. masuk minyak.. no bawang.. just telur n kicap..siap. tapi sedap wooo.. Selamat Mencuba.
Err... bagi nama nasi goreng botak ok kut.. kalo bodoh, nampak mcm x sesuai plak utk makanan hehe...
Abang Terrer,
memang la nama'nasi goreng bodoh' tu tak sesuaikan.tapi nak tukar 'nasi goreng botak' cam terbayang kepala orang la plak.Apa kata kita namakannya 'nasi goreng hantam sajala' boleh gitu!hehehe...
Kalau arwah Nenek..naai goreng bodohnya hanya nàsi, bawang merah, garam, sedikit marjerin n myk masak...sedapnya kalau di mkn dgn gulai ikan semalam
Post a Comment