Tuesday, May 26, 2009

AKU DAN UMNO.

Sebelum aku meneruskan kisah aku dan belia,ingin aku menyentuh sedikit pengalaman aku yang cuba menjinakkan diri di dalam UMNO ketika di usia muda.Sebenarnya aku tidak berminat langsung dengan sebarang parti politik.Bukan setakat tidak menguasai sejarah tentang UMNO, malah banyak aktiviti dan fungsinya pun aku memang tak berapa tahu.Ini semua kerana mengikutkan cadangan abah yang mahu aku 'expose'kan diri aku agar dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan masyarakat di luar sana.

Tidak ada peranan penting yang dapat aku mainkan,dan aku lebih banyak menjadi sebagai seorang pemerhati sahaja.Aku cuba untuk menempatkan diri di kalangan mereka tetapi aku rasa seperti ada jurang yang memisahkan.Mungkin faktor usia,kerana ketika itu tidak ramai orang seusia aku terlibat dengan aktiviti parti politik ni,kerana dulu belum wujud lagi puteri UMNO!Aku hanya ibarat budak hingusan je....

Oleh kerana niat aku hanya untuk mempelajari sesuatu yang dapat memberikan sedikit pengalaman hidup,maka aku tabahkan hati menjadi pengikut, walaupun hanya di pandang sepi.
Sebenarnya aku sendiri memang rasa kurang selesa bila bergaul dengan orang2 yang lebih tua dan lebih berusia dari aku.Bayangkan kalau selama ini aku hanya berkawan dengan rakan2 sebaya,tiba2 terpaksa duduk di dalam kelompok orang2 tua yang rata2nya semua telah berkahwin.Cerita2 mereka berbeza,lawak mereka berbeza,gurauan mereka berbeza dan gossip mereka juga berbeza dari apa yang pernah aku lalui selama ini....

Aku pernah mengikuti mesyuarat agung peringkat cawangan,apa yang aku perhatikan jawatan2 yang dipertandingkan dipegang oleh seseorang dengan kadar yang agak lama.Walaupun aku mendengar berbagai2 rasa tidak puashati sebahagian ahli2nya,tetapi mereka ni seperti tidak berani untuk menyuarakan ketidakpuasan hati itu dan seolah2 takut untuk melantik pemimpin baru yang mungkin lebih baik dari kepimpinan lama.Mereka ni hanya berani bercakap di belakang saja,dan membuatkan aku jadi geram sangat...Baik kepimpinan pemuda maupun wanita,sama saja,seperti tiada orang lain yang lebih layak.Dari pandangan mata seorang budak,aku rasa mereka hanya biasa2 saja dan tiada karisma seorang pemimpin pun....Kalau itu la standard yang ditonjolkan,aku rasa aku pun layak menjadi seperti mereka kerana aku pernah masuk pertandingan' pidato' dan' perbahasan'dan berani bercakap dikhalayak ramai, cuma aku perlu gilap sikit je dengan memasukkan elemen2 yang berkaitan dengan isu semasa.....chewah!cam terrer...hahaha....

Aku juga pernah menjadi pemerhati dalam sebuah mesyuarat agung peringkat bahagian.Agak dasyat jugalah bila perwakilan2 ni berucap, dengan pandangan2 mereka kira bergegar lah dewan.Agak jauh juga perubahan dari mesyuarat peringkat cawangan tempohari.Tetapi di akhir acara itu mereka ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seorang pemimpin yang ingin bersara dari UMNO kerana faktor usia dan kesihatan.Maka bangunlah seorang demi seorang yang memberikan ucapan yang berdegar2 dan penuh dengan puji2an yang menyebabkan aku rasa sangat meloyakan.Aku tak tahu kenapa tiba2 aku rasa sangat meluat dengan ucapan2 yang aku rasakan sangat berlebih2an.(terlebih suda)!

Sebenarnya apa yang aku paparkan merupakan sebahagian dari pengalaman yang aku alami. Ada beberapa faktor lain dan beberapa perkara yang berlaku, menyebabkan aku rasa tiada penyesuaian jiwa, dan bertentangan dengan pendirian dan prinsip hidup anak muda seperti aku.
Setelah aku membuat penilaian dan rumusan akhirnya aku mengambil keputusan bahawa aku sememangnya tidak layak dan tidak berminat untuk meneruskan aktiviti aku di dalam UMNO kerana aku gagal menjiwai semangat kebangsaan yang dilaungkan dan gagal merealisasikan impian abah untuk melihat aku memberi sumbangan kepada masyarakat melalui UMNO....

2 comments:

Kucing Parsi said...

jangan lah cakap UMNO kak, takut ni... nanti geng pekida dengar... kena belasah kang!!!

hai said...

Kucing Parsi,
ko ni buat akak seram2 kuku!