Tuesday, May 26, 2009

APA DAH JADI???

Apasal aku jadi geram sangat dengan berita kontroversi yang membabitkan Ustaz Akhil,bini dia Maizawati dan Waheeda.Padahal sebelum ni pun, aku tak ambil kisah sangat,selebriti mana nak menikah ke,nak bercerai ke,sukahati diorang la.Aku setuju sangat bila ,bini Ustaz Akhil mengaku bahawa dia ibarat bom jangka.Kalau aku meletakkan diri aku dalam situasi dia pun aku pasti akan mengambil keputusan yang sama.

Bini Ustaz ni kalo dia nak marah pun aku tak kisah,tapi sekarang ni nampak si Waheeda tu pulak yang nak melenting sangat...Sampai keluar kenyataan kononnya jangan sampai saya tak sabar...Banyak dia punya sabar konon,bini Ustaz tu dah 2 tahun bersabar,tapi nampak relax je!Pastu ada ke patut,dia buat kenyataan kat akhbar"Saya suka Akhill"!mana lah bini Akhil tu tak sawan,aku ingat mana2 suami lah,kalau kawan bini dia kata "saya suka bini awak",ada kawan bini dia tu makan kasut size 9!Ini lah yang bini Akhil tak leh nak buat...terpaksa pendam je.Tu belum kes menonton wayang ( midnite show),ni bukan takat bini dia boleh naik angin,aku pun bengang...Selama aku kawin,laki aku tak pernah ajak tengok wayang!Bukan tak penah tengok wayang je,bercanda di tepian pantai pun tak ade. Pernah la aku ajak dia menghirup udara malam sambil melihat bulan sedang mengambang tapi dia kata "haramjadah bendenye dok tepi pantai malam2,baik layan mimpi".Sedihkan....tapi taklah sesedih bini si Akhil tu tengok laki dia di tepi pantai bersama teman2 dimalam buta sambil pekena ikan bakar lagi....

Secara logiknya kalau dah laki tak balik sampai 3 bulan tanpa sebab yang munasabah,tak ke sesuatu yang pelikkan.Bagi aku la bila laki dah la tak balik sekian lama tanpa bertanya khabar kita dan anak2,maksudnya apa???Dah tentulah dia dah memang tak perlukan kita lagi...dia memang dah lupakan kita dan sememangnya dah tak ada lagi apa2 perasaan langsung pada kita ni.Jadi kita nak buat apa,takkan nak tunggu dia melutut kat kita balik setelah semua perasaannya dilemparkan tah kemana...Kalau aku pun akan rasa pehal lak nak kata ada laki tapi cam tak de....nak kata dah berpisah masih lagi bini orang,dari hidup berlaki tapi laki asyik tak de,dan kita terpaksa layan cerita sensasi dia pulak, baik tak yah berlaki langsung.Hati tak sakit,kepala tak pening,jiwa tak terseksa......

Kebanyakan pompuan memang mempunyai sifat lebih penyabar,lembut hati dan mudah dipujuk tetapi jangan ambil mudah kerana sampai kepada suatu tahap bila kesabaran telah hilang,pompuan akan menjadi lebih keras hati dan tidak mudah untuk melembutkan hatinya walau diberi segunung emas...dan merayu untuk dia kembali semula.Bagi mereka selagi mereka boleh bersabar mereka akan cuba untuk bersabar,selagi mereka boleh bertahan mereka akan cuba untuk mempertahankannya.Dan selagi mereka masih memiliki rasa sayang,mereka akan cuba menyimpan kasih sayang itu dilipatan hati mereka.Tetapi bila kesabaran semakin tercabar dan luka yang terguris akan menjadi nanah yang membarah,maka perasaan sayang itu sudah pasti akan terbang melayang bersama semua kemanisan yang ada.....Dan mungkin ini yang dialami oleh Maiza,bini Ustaz Akhil Hayy, 2 tahun merana memendam perasaan yang lara, menanggung kesakitan yang amat perit dan memedihkan.Maka,bila tiba saatnya.. dia menjadi lebih berani dan nekad dengan keputusannya.

Kenapa aku pulak melalut ni,yang nak emo lebih2, nak marah sangat tu pahal?Apa kena mengenanya hidup aku dengan Ustaz tu??Sebenarnya aku rasa malu sangat...(tak tau la Ustaz tu),sebabnya aku lah orang yang' recommend' kat anak2 aku,kat kawan2 aku suruh diorang tengok ceramah2 ustaz ni.Aku korbankan duit untuk mendapatkan beberapa buah CD ceramahnya.Aku yang bagitau diorang, ni lah Ustaz yang boleh menjadi 'ikon' pada anak2 remaja hari ni untuk belajar mencintai 'Islam'.Sejak itulah anak2 aku pun dah mula menyukai Ustaz ni dengan ceramah2 nya,zikir munajatnya dan Cafe Akhill nyer...tapi apa dah jadi ni Ustaz???

Pada Maiza, tabahkanlah hati,anggaplah ini semuanya ujian dari Allah,semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.Kamu pun lawa giler,cam tak caya dah beranak enam pun masih nampak maintain gitu.Jangankan pulak lepas ni,kamu pulak dapat banyak 'offer' jadi model pakaian muslimah ke tak pun dapat jadi pengacara ke atau dapat jadi duta produk ke.Mana tau rezeki orang .....ye dak!

AKU DAN UMNO.

Sebelum aku meneruskan kisah aku dan belia,ingin aku menyentuh sedikit pengalaman aku yang cuba menjinakkan diri di dalam UMNO ketika di usia muda.Sebenarnya aku tidak berminat langsung dengan sebarang parti politik.Bukan setakat tidak menguasai sejarah tentang UMNO, malah banyak aktiviti dan fungsinya pun aku memang tak berapa tahu.Ini semua kerana mengikutkan cadangan abah yang mahu aku 'expose'kan diri aku agar dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan masyarakat di luar sana.

Tidak ada peranan penting yang dapat aku mainkan,dan aku lebih banyak menjadi sebagai seorang pemerhati sahaja.Aku cuba untuk menempatkan diri di kalangan mereka tetapi aku rasa seperti ada jurang yang memisahkan.Mungkin faktor usia,kerana ketika itu tidak ramai orang seusia aku terlibat dengan aktiviti parti politik ni,kerana dulu belum wujud lagi puteri UMNO!Aku hanya ibarat budak hingusan je....

Oleh kerana niat aku hanya untuk mempelajari sesuatu yang dapat memberikan sedikit pengalaman hidup,maka aku tabahkan hati menjadi pengikut, walaupun hanya di pandang sepi.
Sebenarnya aku sendiri memang rasa kurang selesa bila bergaul dengan orang2 yang lebih tua dan lebih berusia dari aku.Bayangkan kalau selama ini aku hanya berkawan dengan rakan2 sebaya,tiba2 terpaksa duduk di dalam kelompok orang2 tua yang rata2nya semua telah berkahwin.Cerita2 mereka berbeza,lawak mereka berbeza,gurauan mereka berbeza dan gossip mereka juga berbeza dari apa yang pernah aku lalui selama ini....

Aku pernah mengikuti mesyuarat agung peringkat cawangan,apa yang aku perhatikan jawatan2 yang dipertandingkan dipegang oleh seseorang dengan kadar yang agak lama.Walaupun aku mendengar berbagai2 rasa tidak puashati sebahagian ahli2nya,tetapi mereka ni seperti tidak berani untuk menyuarakan ketidakpuasan hati itu dan seolah2 takut untuk melantik pemimpin baru yang mungkin lebih baik dari kepimpinan lama.Mereka ni hanya berani bercakap di belakang saja,dan membuatkan aku jadi geram sangat...Baik kepimpinan pemuda maupun wanita,sama saja,seperti tiada orang lain yang lebih layak.Dari pandangan mata seorang budak,aku rasa mereka hanya biasa2 saja dan tiada karisma seorang pemimpin pun....Kalau itu la standard yang ditonjolkan,aku rasa aku pun layak menjadi seperti mereka kerana aku pernah masuk pertandingan' pidato' dan' perbahasan'dan berani bercakap dikhalayak ramai, cuma aku perlu gilap sikit je dengan memasukkan elemen2 yang berkaitan dengan isu semasa.....chewah!cam terrer...hahaha....

Aku juga pernah menjadi pemerhati dalam sebuah mesyuarat agung peringkat bahagian.Agak dasyat jugalah bila perwakilan2 ni berucap, dengan pandangan2 mereka kira bergegar lah dewan.Agak jauh juga perubahan dari mesyuarat peringkat cawangan tempohari.Tetapi di akhir acara itu mereka ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seorang pemimpin yang ingin bersara dari UMNO kerana faktor usia dan kesihatan.Maka bangunlah seorang demi seorang yang memberikan ucapan yang berdegar2 dan penuh dengan puji2an yang menyebabkan aku rasa sangat meloyakan.Aku tak tahu kenapa tiba2 aku rasa sangat meluat dengan ucapan2 yang aku rasakan sangat berlebih2an.(terlebih suda)!

Sebenarnya apa yang aku paparkan merupakan sebahagian dari pengalaman yang aku alami. Ada beberapa faktor lain dan beberapa perkara yang berlaku, menyebabkan aku rasa tiada penyesuaian jiwa, dan bertentangan dengan pendirian dan prinsip hidup anak muda seperti aku.
Setelah aku membuat penilaian dan rumusan akhirnya aku mengambil keputusan bahawa aku sememangnya tidak layak dan tidak berminat untuk meneruskan aktiviti aku di dalam UMNO kerana aku gagal menjiwai semangat kebangsaan yang dilaungkan dan gagal merealisasikan impian abah untuk melihat aku memberi sumbangan kepada masyarakat melalui UMNO....

Monday, May 25, 2009

AKU DAN BELIA.

Dulu,semasa menunggu keputusan peperiksaan SPM,aku tak tahu nak buat apa.Jadi abah aku cadangkan aku join persatuaan Belia kat tempat aku.Mula tu rasa cam...apa barang,jadi minah belia,berbatik dan berkasut kletak kletuk...mesti tak best!Oleh kerana tidak mahu menghampakan abah,jadi aku pun isikan je la borang yang abah bawak balik tu,bukan borang Belia je,ngan borang UMNO pun dia suruh aku isi.Aku tak cakap banyak,esoknya terus submit je....walaupun dengan perasaan yang berbelah bagi....

Tak berapa lama tu aku dimaklumkan ada mesyuarat Belia akan diadakan untuk pemilihan ajk baru.Abah mengingatkan aku supaya menghadirinya kerana abah mahu aku di beri pendedahan dan melihat sendiri bagaimana aktiviti sesebuah persatuan dijalankan.Aku ni kira malas nak banyak songeh,so aku ikut je la....Tapi aku memang tersentap oo...bila nama aku dicadangkan dan terpilih sebagai AJK persatuan Belia yang aku sendiri haram tak tahu apa ke mendenya...

Jadi bermula dari hari itu sahlah aku menjadi AJK baru,dan antara yang termuda ketika itu.Apalah pengalaman yang aku ada ,stakat jadi naib pengerusi persatuan BM dan AJK Kelab
Kerjaya masa zaman sekolah...em..nasiblah korang!

Selepas tu,diadakan lah mesyurat pertama selepas pemilihan.Mesyuarat akan diadakan pukul 2.00 petang.Fuh! Semangat jadi AJK baru,pukul 1.45 aku dah sampai,itu pun pasal abah kata kita mesti menepati masa,jangan biarkan orang menunggu kita.Mesti jadi orang yang mempunyai etika ketika bermesyuarat.Masa aku sampai baru ada 3-4 orang je,aku pun mengambil tempat dan hanya tercangak2 je dok menunggu Ajk yang lainnya.Aku memang seorang yang cukup penyabar,tahniah kepada diriku kerana dapat bertahan menunggu keseluruhan Ajk yang tiba dan mesyuarat bermula pada pukul 3.30 petang.

Selepas mengambil beberapa cadangan didalam mesyuarat tu,kami membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan menjual makanan di pasar malam untuk menambah sumber kewangan untuk persatuan.Aktiviti ni diadakan secara sukarela kerana menggunakan dana yang ada dan keuntungan akan dimasukkan ke tabung persatuan semula.

Kami menjual karipap (goreng kat situ),beberapa jenis kuih serta mee.(goreng,sup dan kari).Jadi sepanjang hari Sabtu kami akan sibuk bergotong royang memasak untuk jualan di sebelah malam.Lokasi aktiviti di sebelah belakang kedai mak aku.Malamnya kami akan menjadi peniaga di Pasar Malam,sikit sebanyak aku mula rasa seronok juga,yang paling seronok sangat time kira duit untung hehehe..sayangnya bukan duit aku la....

Antara orang2 yang agak rapat dan boleh di bawak bergurau ketika itu,Kak Ijah dan Ustaz Mat(kawan abah aku)tetapi ada ramai lagi sukarelawan yang lain memberikan kerjasama termasuk seorang mamat ni yang telah menimbulkan kontroversi diantara kami.Mamat ni memang baik,rajin dan sangat boleh diharapkan.Kerana kebaikan yang di tonjolkan maka tersebar berbagai fitnah melibatkan aku dan Kak Ijah.Berbagai versi cerita yang kami dengar,malangnya semua tohmahan itu sangat menggelikan hati dan menjadi gurauan kami saja.

Antaranya ada orang menyebarkan cerita yang mamat ni syok kat aku,tapi mamat ni tak pernah pun menunjukkan ciri2 yang sebegitu dan aku pun memang tak ada perasaan langsung...not my taste..hahaha...sementara ada pulak yang bercerita ,si mamat ni tergila2kan Kak Ijah kerana dia suka bertandang ke rumah Kak Ijah.Kak Ijah pun cam tak caya je,pasal dia lebih tua pada mamat ni dan dia tak rasa mamat ni suka kat dia pun.

Disebabkan tiupan gossip yang semakin kencang melanda,akhirnya aku mula rasa cuak dengan masyarakat setempat.Ini di tambah lagi dengan mesyuarat yang sering aku hadiri di cemari dengan sikap2 Ajk yang tidak menepati masa(Janji Melayu).Ada juga Ajk yang tidak prihatin dengan tugas masing2,cthnya ada ke seorang Bendahari persatuan menghadiri mesyuarat tanpa penyata2 kewangan dan bertanya kepada Ajk lain agak2 berapa duit yang masih ada.Bila di tanya kenapa tidak membawa penyata bersama,alasannya tertinggal.Bukan sekali dua,maka aku semakin tawar hati dengan berbagai2 insiden yang membosankan!

Akhirnya aku menuju ke Pejabat Belia Daerah,aku bergerak secara solo....Fuh !Dasat aku,dengan beraninya aku menemui seorang Pegawai Belia dan memohon sekiranya ada apa2 aktiviti yang sesuai untuk aku.Alangkah terkejutnya aku bila Pegawai tersebut mengeluarkan senarai jadual aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia untuk sepanjang tahun itu.(panjang kertasnya)Malahan dia menyuruh aku membuat pilihan aktiviti mana yang aku mahukan,dan aku di kehendaki meninggalkan nama dan alamat supaya senang di hubungi kemudian.


Selepas pada tu,aku pun tidaklah aktif lagi dengan Persatuan Belia kawasan aku.Mungkin juga kerana faktor umur yang terlalu muda menyebabkan aku cepat merasa bosan dengan situasi yang sebegitu dan suka untuk mencari cabaran yang lebih!Dan selepas itu juga maka tamatlah kisah kontroversi yang melanda aku dan Kak Ijah apabila sebenarnya Mamat tu menjalin hubungan cinta secara diam2 dengan adik Kak Ijah...pandai diorang simpan rahsia!Dan mereka menikah jua akhirnya.Yang jadi mangsa, aku jugak....Suwey!

*bersambung.

Saturday, May 23, 2009

SENGAL BETUL !

Hari ni aku terpaksa hantar anakku, Zakwan pergi ke tuisyen.Kebiasaannya Angah,abangnya yang uruskan,tapi hari ni dia ada kelas di sekolah.Tak tau kenapalah hari ni aku rasa tension sangat....Kebetulan pulak hari ni hari Sabtu,orang ramai bercuti dan jalanraya pun agak sesak dengan kenderaan menyebabkan perjalanan agak kurang lancar.

Bermula dari Batu 3,Jalan Gambang lagi...sebuah lori yang baru buat pusingan U masuk ke jalan susur dan tak sabar2 nak masuk ke laluan utama.Aku perhatikan dari jauh,tak ada kenderaan pun yang sudi memberikan peluang laluan kepadanya,maka aku bersikap 'macho'lah konon,bagi can kat dia masuk dilaluan aku.Aduh,rasa menyesal la pulak,macam gam...ha mula nak menyumpah je,dah masuk kat lorong orang ,bawak lori terkemut2 cam lelabi...eeiii geram betul!Sampai je kat tempat tuisyen,aku masuk kat tempat parking sebab nak pergi SevenE kejap.Lepas ni aku kena pergi ke hostel Nabila pulak,macam2 bende dia order..mengadanya la.

Semasa nak keluar pada parking,aku dah tengok belakang,line clear...cantekk,elok aku masuk gear je,alarm signal belakang berbunyi.Gabra aku kejap,ah!pahal lak ni?Siot punya orang,ada ke patut India ni boleh berenti betul2 kat bontot kereta aku sebab nak turunkan anak dia yang nak ke tuisyen yang sama.Tak de otak betul,padahal banyak tempat lapang lagi....Elok kerete tu blah je,la.. bunyi balik,rupanya ada 2 orang budak bermotor pulak berhenti kat belakang gantikan kerete tadi...adoi, panas tol la....aku honkan baru dia perasan aku nak keluar.

Perjalanan seterusnya untuk ke hostel Nabila,jadi aku harus melalui Jalan Mahkota,sekali lagi darah aku menyirap...ya la jalan elok2 lancar tapi dihadapannya tiba2 jadi sesak pasal ada pemandu bas sekolah bodo mana tah yang parking kat atas laluan utama.Dari 3 lorong dah jadi 2 lorong,tambahan pulak orang yang dikanan nak ke kiri,orang kiri nak ke kanan,bencinya asyik kena tekan brek je.

Bila dah masuk ke Jalan Telok Sisik,lega sikit pasal jalannya agak clear ,tapi selepas satu trafik light kat depan 'Sate Zul' tu jalan jadi lembab pulak.Rupanya 4 kereta dihadapan tu slow pasal ada sebuah kereta didepan tu yang bawak kereta dalam istilah 'bersior sior'.Kalau kata kereta dia kokak,nak roboh dah, kot la kan...tapi dia bawak 'bmw'cam kayuh basikal....sapa2 pun benkeq!

Selepas aku melalui ke sebuah taman perumahan,barulah jalan betul2 lenggang dan aku memandu dengan tenang.Tapi sempat pulak mata aku ni terpandangkan sebuah kereta kancil(driving school) yang datang dari arah bertentangan.Driver tu seorang awek cun,yang kelihatan terhegeh2 mengawal kereta yang di pandunya,dan di sebelahnya seorang anak muda yang mungkin cikgu kelas memandunya.Apa yang peliknya,apsal cikgu dia mengajar sampai melentok lain macam je...mungkin juga mengikut sylabus yang terkini kot.

Dalam perjalanan balik,semuanya berjalan lancar sehinggalah aku berhenti di sebuah pasaraya untuk membeli sedikit keperluan.Sampai je kat kereta,ada lori 'Vitagen' pulak menghalang kereta aku...lahabau mana plak la ni?Nasib aku tak tunggu lama....budak Vitagen tu cepat2 lari dan alihkan lori dia....Geram betul aku,apsal hari ni aku jumpa ramai orang SENGALLLLL....

Thursday, May 21, 2009

HALAL KE HARAM?

Apa perasaan anda bila mengetahui makanan yang anda makan selama ini sebenarnya mengandungi unsur2 yang haram seperti 'babi' dan 'alkohol'?Boleh tak dibayangkan,dah berapa banyak makanan haram tu telah mendarah daging di dalam tubuh kita sejak sekian lamanya.Bagaimana pula dengan amalan2 yang kita lakukan,adakah ianya sia sia sahaja?"TIDAK akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram,” menurut hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad manakala dalam hadis riwayat at-Tabarani pula Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya".
Hanya Allah yang maha pengampun lagi maha mengetahui!

Jahil benar ke kita,hingga tidak dapat membezakankan sesuatu yang halal dan haram?Bodoh benar ke kita yang mudah diperbodohkan,mudah diperdayakan,mudah dipersendakan oleh golongan2 kafir laknatullah ini?Di manakah akal yang Allah kurniakan kepada kita supaya digunakan dengan bijaksana?

Mereka ni memang sial lagi celaka..,sanggup menggunakan nama2 berunsurkan melayu,Islam dengan menggunakan cap 'masjid'(sbg.cth)pada bungkusan produk makanan mereka, hanya untuk memberikan gambaran bahawa ianya keluaran bumiputera yang beragama Islam.Ini di kuatkan lagi dengan logo 'halal' yang terpampang pada bungkusan produk.Akhirnya ramai orang Islam yang terpedaya!

Kalau kita perhatikan hari ini,semakin banyak produk di pasaran yang dikenalpasti mengandungi unsur2 'babi' termasuk yang telah mendapatkan sijil halal.Sungguh meloyakan bila kita membaca 'fish ball/fish cake' yang kita makan mengandungi campuran perut babi!Sausage menggunakan usus babi!coklat,cheese,chewing gum,gula2,pepsi,coca cola dan banyak lagi....semua mempunyai kandungan 'babi',itu belum lagi dengan produk2 berasaskan ayam dan daging.Ada yang tidak disembelih,diurus dengan persekitaran yang kotor tetapi mempunyai logo 'halal'.Pengeluaran sijil halal tidak lagi di keluarkan oleh Jakim tetapi telah di berikan kuasa kepada HDC(Halal Industry Development Corporation).

Adakah logo 'halal' dapat membantu kita membuat pilihan yang tepat?Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini,kerana ianya pasti melibatkan banyak pihak dan tentu isu ini sangat menyentuh sensitiviti umat islam seluruhnya.
Apa yang harus kita lakukan?Mungkin kita harus menjadi seorang yang prihatin,menjadi seorang yang berhati2 untuk membuat sebarang pertimbangan terhadap pilihan yang terbaik.........dan pastikan ianya benar2 halal!.... Boleh ke........???


Tuesday, May 19, 2009

NASI GORENG BODOH!!!!!

Aku, ibu kepada 7 orang anak yang memberi tumpuan sepenuh masa di dalam urusan rumahtangga.Walaupun begitu,aku jenis yang tak berapa pandai dalam bab2 memanjakan anak atau memujuk anak2.Mungkin kerana aku dah terbiasa 'survive' sendiri ketika menjalani kehidupan sejak kecil.Bukan bermakna aku tak sayangkan mereka,tapi mungkin aku tak reti nak tunjukkan kasih sayang tu.

Anak menangis tanpa sebab,ha!.. part ni paling aku bengang,kalau dah pujuk baik2,nak nangis jugak,aku biarkan la dia nangis selagi dia terdaya..Tapi bebudak nikan kalau kita pujuk beria2 memang dia lagi mengada.Kalau anak2 aku bergaduh sesama diorang pun,aku biarkan je..asal jangan cedera sudah.Kejamnya!....Sebab apa aku tak leraikan?Kerana sekejap je gaduhnya,pastu diorang gelak2 dan bergurau balik...lantakkan je lah....Senangkan nak jadi ibu...hahaha...
Itulah sebabnya ramai orang kata,aku ni anak ramai tapi nampak relax je.......

Anak ramai,susah ke?Aku rasa anak ramai lagi senang sebab mereka punya kawan2 untuk bergurau bersama,bermain bersama,belajar bersama dan bergaduh bersama.Mereka mempunyai lebih pengalaman,oleh kerana itu mereka lebih pandai bertolak ansur,pandai berkongsi dan lebih pandai bergaul dengan teman2 di luar rumah.Dalam bab2 belajar pun aku rasa mereka lebih mudah belajar sesama mereka,pendekata anak sulung je yang aku ajar 'basic'.
Anak2 yang lain lebih banyak belajar sendiri dan sesekali aku akan jadi pakar rujuk dan hanya membuat pemantauan sahaja..mudahnya....hehehe....

Tentang pemakanan,anak2 aku jenis yang tak memilih...semua pun bedal, kecuali kalau tak sedap....masakan paling special bagi mereka, yang berasaskan telor.Tak kira la masak kicap ke,sambal ke, didadar ke atau mata kerbau.Semua jenis mee,kue tiow atau nasi pun wajib ada telor.Aku pernah memberi nama kepada nasi goreng yang menjadi kesukaan anak2 aku,iaitu 'nasi goreng bodoh'.Di harapkan nasi goreng ni boleh memberi idea kepada org2 yang jenis suka memasak cara mudah dan cepat.(pemalas).
bahan2...... Nasi sejuk(semalam) sepinggan,telor sebiji dan kicap.
caranya..... Letakkan sedikit minyak kedalam kuali,pecahkan telor sebiji dan digoreng
hancur,masukkan kicap sesuka hati,yang berpadananlah dengan nasi.kemudiaan
masukkan nasi sejuk ,kacau rata....SIAP.
Nasi goreng ni memang mudah di sediakan kerana anak aku yang darjah 1 pun reti memasaknya.
Yang kelakarnya anak aku pernah' order' nasi ni di kedai..."nasi goreng bodoh,satu"!....hahaha....Tercengang2 orang kedai tu.
Selain telor,masakan berasaskan ayam juga menjadi pilihan...biasala semua bebudak pun suka makan ayam.Ni ada satu lagi resepi paling mudah untuk disediakan:
Bahan2 : Ayam di potong sederhana.kemudian di garamkunyitkan ,garamnya sikit je.pastu goreng sampai masak tapi jangan terlalu garing dan angkat.Tumiskan bawang putih dan halia(yang ditumbuk hancur) agak2 garing masukkan sedikit sos tiram dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi,kacau dan angkat.
( kuantiti bawang putih,halia dan sos tiram ikut sebanyak mana ayam tu).

Sekarang anak2 pun dah semakin membesar,kadang2 mereka boleh memasak sendiri dan aku tidak bimbang untuk meninggalkan mereka untuk sehari dua.Janji segala keperluan di sediakan,resepinya terserah kepada mereka........

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU!!!!

Di sini aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru2 di mana jua berada,yang telah berkorban masa dan tenaga demi memberi pendidikan kepada anak bangsa dengan penuh dedikasi dan mencurahkan kasih sayangnya untuk memajukan anak didiknya supaya menjadi rakyat yang berguna suatu hari nanti.....
Kepada bekas2 guruku...Terima Kasih Cikgu......
Cikgu2 di ,

: Sek.Ren.St.Anne's Convent,Port Klang.
: Sek.Men.Keb. Mentakab
: Sek.Men.Bandar 32, Bera
: Sek.Men.Keb.Mengkarak, Triang
: Sek.Men.Keb.Abu Bakar,Temerloh
: Sek.Men.Teknik Kuantan.

Sila ke alamat ini untuk mengimbas kembali zaman waktu sekolah dulu....
http://www.youtube.com/watch?v=dbCY0v2m1x4&feature=related
Layan........

Friday, May 15, 2009

BERKONGSI RESIPI

Aku memang dah lama teringin nak membukukan resipi2 kegemaran aku,oleh kerana ada permintaan dari seorang kawan jadi aku ingin kongsikan beberapa resipi paling ringkas dan mudah.Sebenarnya aku ni jenis yang malas nak menyusahkan diri,jadi aku suka resepi2 yang menggunakan cawan(tak pening,nak menimbang2).Dulu kalau resepi tu ada main bergram2 ke,siang 2 aku dah letak tepi...semenjak dah ada penimbang ni rajin la sikit..hehehe...

KEK COKLAT

bahan2nya
*
1 ketul butter(250gm)
1 cawan gula halus
6 biji telor
2 cawan tepung kek (tepung gandum pun jadi jugak)
1/2 camca baking powder (tapi kalau guna tepung gandum up kan baking powder 1 sudu besar)

**1 cawan gula kasar
1 cawan serbuk koko
11/2cawan air

untuk ** masakkan sehingga cair(menggelegak)

untuk * pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
kemudiaan masukkan telur sebiji,pukul...ulang sehingga habis.
masukkan bahan ** yang telah dimasak(biar sejuk dulu).
kemudian masukkan tepung( baking powder) secara sedikit2 dan gaul rata.....
setelah semuanya sebati,masukkan ke dalam bekas dan bakar ke dalam oven
dengan suhu 180 darjah selama sejam.(tapi kalau tak sampai sejam dah rasa cam masak
boleh la angkat begitu le sebaliknya tunggu sampai masak,nak test ambik garfu,
toothpick atau lidi sate(jangan sesekali menggunakan lidi penyapu)ko cucuk la kat kek
kira kalau tak melekat tu dah masak le).

TAMAT


KEK PISANG

Bahan2nya

11/2 cawan gula

5 biji telor

4 biji pisang(kalau besar cam pisang montel/embun 3 pun dah cukup)

1 cawan minyak

2 cawan tepong gandum

2 camca soda bikarbonat.


caranya:

pisang dilenyek dulu hingga hancur (pastu campurkan soda kedalam pisang)

Pukul telor dan gula sehingga kembang,kemudiaan masukkan pisang tadi,kemudiaan masukkan
minyak,dan akhirnya masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar....kek pisang ni cukup senang untuk di sediakan cuma mengambil masa dalam 5 minit tapi untuk tunggu kek masak dalam 45min - 1 jam........Silalah mencuba....

Untuk perhatian semua,jangan la sesekali memandai2 menukarkan serbuk penaik seperti baking powder atau soda bikarbonat sesuka hati,kerana penggunaannya terhad kepada kesesuaian jenis kek tersebut.
Ini kerana pernah berlaku kepada seseorang yang cuba berjimat dan menggunakan kepakarannya membuat butter kek menggunakan soda,hasilnya pahit....dia juga pernah membuat kek menggunakan mauripan... korang pikir la sendiri...harap ambil perhatian.

Wednesday, May 13, 2009

SEDAR ATAU TIDAK
PERASAN KE BELUM
HARGA MINYAK AKAN NAIK BALIK........

MIMPI,MENGIGAU!

Aku ada 7 orang anak,tetapi 2 darinya memiliki ciri ciri yang sama iaitu suka mengigau.Kalau setakat mengigau bercakap dalam tidur mungkin ramai orang pun mengalami situasi sebegitu.Yang membimbangkan kerana mereka ni kadang2 berjalan dalam tidur.Kejadian membuka pintu utama rumah di tengahmalam juga pernah berlaku.Mujurnya kami terdengar ketika pintu dibuka, dan kami terkejut melihat dia sedang berjalan keluar rumah.Peristiwa sebegitu dialami oleh kedua2 mereka.

Kadang2,gelagat orang tengah mengigau ni memang kelakar,ada ketika semua orang masih belum tidur,dia dah mengigau.Acara meracau,berborak,marahkan sesuatu atau seperti berinteraksi dalam kelas dah biasa kami saksikan.Kami juga dah puas melihat kedua2 mereka ni pernah berlegar2 di ruang tamu atau jalan berpusing pusing di dapur dan kemudian masuk ke bilik,tidur semula.

Tapi kejadiaan yang berlaku di suatu petang,agak mengejutkan.Hari tu,Angah tak berapa sihat,dia demam panas...dan dibenarkan pulang(dia tinggal di asrama).Kami sampai ke rumah pukul 3 pm,selepas mengambil dia.Tiba je di rumah dia terus tidur,tapi dalam pukul 5 pm,aku terperasan bila dengar pintu pagar dibuka,lalu aku mengintai melalui tingkap.Hairan! Aku nampak dengan jelas,angah sedang membuka pintu pagar tanpa memakai selipar dan apabila pagar terbuka je dia terus memecut laju,macam orang berlumba lari.

Aku rasa tak sedap hati,terus aku jeritkan anak2 ku yang kebetulan bermain di luar rumah mengekori angah.Dia berlari ke arah deretan rumah dan memusing ke jalan sebelah belakang.Aku terus menunggu dia di belakang rumah,sambil berlari dia sempat terjerit2 marahkan orang 2 yang mengekorinya.Apabila dia menghampiri aku,aku campakkan selipar dikakinya dan menjerkahnya.Dia terus berhenti ,kemudian dia duduk di birai longkang dan termenung,aku biarkan dia bertenang seketika sambil tu aku dah mula tergelakkan dia.
Dia memandang aku dengan penuh kehairanan,sambil bertanya kenapa dia di situ.....Hmmm la anakku ,inilah yang dinamakan mengigau di siang hari.....tak sangka,memang ada....rupanya.

Selepas itu,angah pernah memberitahu bahawa dia pernah mengigau di asrama,dia tak tahu apa yang berlaku sedar2 dia dah ada kat dewan makan.Ish,takut gak aku mendengarnya,bayangkan kalau dia memanjat tembok sekolah,kes naya..wo...
Abang ipar suami aku pun jenis yang kuat mengigau,kadang tu dia baru je letak kepala,dah meracau...pernah berlaku di satu malam,selepas dia balik dari surau dia sajalah baring di ruang tamu dibahagian bawah dan ahli keluarga yang lain di tingkat atas.Boleh pulak dia mengigau terjerit2 huh! huh!pencuri,pencuri,....bayangkan orang kat tingkat atas tu punya la gabra.....hahaha...Dan sekali tu kami semua bermalam di rumahnya,kebetulan kitorang tidor beramai2 di ruang tamu.Dia mengigau di tengahmalam yang sunyi...dengan pekikan arh! hantuu.....hantuu.......tak ke serammm dibuatnya..

Tuesday, May 12, 2009

BUAT RENUNGAN....

Saya dan suami pergi ke Hospital petang tadi,melawat waris sebelah suami yang sakit di wad. Ketika kami sampai dia sedang nyenyak tidur,mungkin keletihan kerana baru menjalani pembedahan.Oleh kerana itu kami hanya bersembang di beranda tidak jauh dari katilnya kerana tidak mahu menggangu tidurnya.Anaknya memberikan kerusi kepada kami,untuk memudahkan kami meneruskan perbualan...

Sekitar jam 7 pm,seorang jururawat menghampiri kami dan meminta kerusi dari suami saya,"saya nak kerusi".Dia menarik dengan kasar dan kerusi tersebut jatuh terhempas ke lantai.Kemudiaan dengan wajah yang mencuka dia mengambil kerusi yang saya duduk tu.(mujur saya dah berdiri).Kemudian dia berkata "saya nak tutup pintu ni,lalu ikut sebelah sana".Saya berdiri betul betul kat muka pintu,jadi saya keluar untuk memberi ruang dia menutup pintu.Kami saling berpandangan,terdiam tanpa kata....

Saya memang tidak berpuas hati dengan sikap jururawat tu,tak boleh ke dia bercakap dengan lebih sopan,banyak cara untuk mengolah perkataan untuk tidak menampakkan dia kurang sopan atau kurang ajar...Kitakan orang melayu,yang kaya dengan budi bahasa.Sewaktu pulang saya ternampak banner yang besar tergantung di hadapan pintu masuk hospital,"Kami sedia membantu".Bagi saya cam tak ada makna kerajaan menghabiskan duit berjuta,untuk nak dirikan 'signboard',tampal poster dan banner dengan berbagai iklan dan kempen untuk mengingatkan kakitangan awam dan rakyat malaysia.Dok pi mai pi mai tang tu lah jugak!

Bercerita tentang sikap kakitangan kerajaan ni,saya pernah berurusan di sebuah sekolah rendah,atas urusan perpindahan anak2 saya disitu.Saya tidak perlukan sebarang penghormatan,cukup bila kita memberi salam,salam disambut dengan senyuman.Ketika itu saya membawa salinan2 dokumen yang diperlukan,seperti surat beranak,surat pertukaran dan kad pengenalan ibubapa.Oleh sebab kad pengenalan bersaiz kecil jadi saya sekalikan salinan kad pengenalan suami dan saya diatas sehelai kertas.Saya berhadapan dengan kerani yang telah berumur ini,sewaktu dia memeriksa segala dokumen yang saya serahkan.Ketika melihat salinan kad pengenalan dia mengomel sambil mengambil gunting yang ada dihadapannya"ingat,orang tak de kerja lain,asyik nak buat kerja dia je".Saya terkejut,tapi tak sampai hati nak membalasnya balik kerana dia terlalu tua .Apalah salahnya kalau dia menghulurkan gunting dan menyuruh saya menggunting sendiri,tentu saya boleh terima dan faham kesibukannya.Dia,menyebabkan hati saya berkata kata,alah! setakat kerja kerani nak berlagak!

Peristiwa yang berlaku di sebuah Pejabat Pos,disaksikan oleh saya,memang agak menarik,kisah ni berlaku di antara seorang buta dan kerani kaunter.Orang buta ni nak menghantar "money Order" kepada anaknya,kerana dia buta dia meminta kepada kerani pos tu untuk menguruskannya.Jadi kerani bertanya kepada orang buta ni"pakcik,nama anak pakcik apa?"so pakcik buta ni bagitau la nama anak dia.Kerani tu tanya semula camana ejaan nama anak dia?Pakcik buta ni boleh kata"aik! awak tu bersekolah,bekerja takkan nak eja nama tu pun tak reti".Kerani tu pun jawab balik "Pakcik ni dah la buta,bodoh pulak tu,kalau saya salah eja nama anak pakcik ni,dia tak boleh nak ambik duit dia kat sana".

Cara pakcik buta tu memang salah tapi,kerani tu pun sepatutnya tidak bersikap begitu,lagipun pakcik tu orang tua....apa apa pun renung2kan....

Monday, May 11, 2009

HARI IBU.

Sebenarnya aku tak berapa nak reti menyambut Hari Ibu ni....kerana setiap masa memang ibu tetap dihati....sehingga akhir hayatku,malah kasih ibu membawa ke syurga.....
Tetapi pada tengah malam Sabtu,waktu mata dah terlayang,telefon pulak berdering merdu."Happy Mother"s Day,ibu...ibu dah tido ke?"suara anak sulong(Along) aku dihujung talian.La..ngacau tul budak ni...cam tak ada siang."Ha..ah,baru nak terlelap,terimakasih la..."aku bersuara manja...ingat jugak dia kat aku...anak bertuah!Tak sampai 3 minit kemudian,sms pulak masuk...kawan Along wish mother`s day gak...dia bertugas di Kelantan,dan aku dah anggap cam adik sendiri je.

Keesokannya mak,abah,Joy dan Arafat datang ke rumah,aku mengambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Ibu sambil peluk dan cium dia.Tengahari tu aku masak ikan goreng,sayur kacang dan gulai asam tempoyak ikan patin.Abah kata,wah!ni kira masakan special hari ibu...tapi aku rasa bukan special untuk mak,nampak gaya cam special buat abah je,sebab abah makan dengan berselera sangat,meratah dan menghirup kuah,pendekata sehingga menjilat jari le....


Tengahari tu kawan baik (classmate masa form4-5)hantar sms..." it's normal when u're in ur 20s', u'll look very 'MENGANCAM'.....when u're at 30s', u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'......when
u turn 40s'-50s', u'll feel TERANCAM' and sadly, when u reach above 60s' orang langsung tak boleh 'CAM'!!!!!
ni specialll aku tulihh kat ko ni....lepaih ni kalu ko tak paham juga something wrong le tuuu...."
Thanks to you....Wan,menarik kata2 tu.....hehehe....


Petang tu aku bawak mak meronda di East Coast Mall,pastu terus ke hostel Nabilah,anak perempuan sulong aku yang baru tingkatan 1.Aku menghantar sedikit barang keperluan,sampai je di situ,dia terus hulurkan sekeping kad berbentuk rama2,dia coretkan ucapan dan kata2 penghargaan pada aku...dan aku tertarik pada sebaris ayat,"Harap Ibu belanja Bila sokmo!"Sedap je bunyinya....hai la anak...Anak aku Izzah ,sibuk bertanya ,"Ibu,boleh ke saya nak belikan ibu hadiah untuk hari ibu ni?"Aku kata "tak yah,membazir je,ibu tak nak apa2....cukup ibu ada kamu semua..."Betul ke jawapan aku tu.......?????

Selamat Hari Ibu pada semua yang bergelar ibu.......

Saturday, May 9, 2009

INDAHNYA KENANGAN

Hari ini,aku kembali ke taman itu,dan aku memilih bangku yang sama semasa dia meluahkan segala isi hatinya yang sarat membengkak.Di sinilah dia mencurahkan segala perasaan yang sekian lama terpendam dengan luka dan nanah yang semakin parah,membarah.

Setahun,dia memendam segala kelukaan dan kepedihan sendiri,menelan setiap kesakitan dan kesengsaraan dengan bertemankan airmata...Tiada siapa disisinya untuk meredakan segala penderitaan jiwa yang dialaminya.Tapi,apalah daya dia hanya seorang perempuan yang akhirnya tertewas jua dan terpaksa akur menerima ujian paling getir dalam hidupnya yang bergelar isteri...

Di bangku inilah dia,mengongsikan penderitaan dan kesengsaraan yang cuba dipertahankan selama ini,yang cuba di selindungkan dengan wajahnya yang sentiasa tenang dan ceria itu.Dia sememangnya teman yang sungguh menyenangkan dan tuturkatanya tidak pernah menyakiti hati.

Aku hanya mampu menjadi seorang pendengar yang setia,yang cuba berkongsi rasa setiap kepedihan yang menyelubungi hatinya.Harapan ku agar luahannya bisa mengurangkan bebanan yang ditanggungnya selama ini.Apa yang mampu aku lakukan cuma ungkapan 'sabar' dan 'berdoa'....

Aku memang amat bersimpati kepadanya,dia umpama 'sebatang kara'...walaupun masih mempunyai keluarga.Dia adalah 'saudara baru' yang jauh dari kalangan keluarganya kerana dipisahkan oleh Laut China Selatan.Dia amat bertuah kerana diberi hidayah Allah dan telah membuat pilihan terbaik untuk dirinya.Keputusan ini jugalah yang telah merubah keseluruhan hidupnya.Walaupun keluarga menerima keputusannya untuk memilih kepercayaan yang lain,namun perkahwinan dengan pilihan hatinya mendapat sedikit tentangan kerana pilihannya lelaki melayu...

Setelah mengharungi setiap cabaran dan dugaan,meredah rintangan untuk mendaki ke puncak yang lebih selesa dan bahagia, bermulalah badai yang melanda mereka. Adakah kerana keselesaan ini membutakan mata suaminya atau adakah kerana keselesaan ini telah memberi ruang kepada perempuan2 materialistik yang bersepah di kala ini,mengambil kesempatan.
Disaat ini dia terkenangkan,mungkinkah kerana perkahwinannya yang tidak direstui..dia mendapat balasannya.

Aku cukup berbangga dengan semangatnya,aku terharu dengan keredaannya,penuh dengan kesabaran,tabah menghadapi dugaan dan pasrah pada ketentuannya.Baginya setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya...

Keyakinannya terhadap pertolongan Allah tetap teguh,pendiriaanya bahawa senjata yang paling berkuasa adalah doa dan akhirnya serahkan segala galanya kepada urusan Allah kerana Dia yang maha mengetahui...

Berkat kesabaran serta doa yang sering dipanjatkan,akhirnya dia berjaya memiliki kembali kebahagiaan itu,aku menjadi saksi kebahagiaan mereka, semoga jodoh kamu berpanjangan hingga ke akhir hayat...

Aku bangkit dari bangku itu,tiba2 hatiku berbunga rindu padanya,dia telah kembali ke kampung halamannya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dan apakhabarnya kamu sekarang?Aku rindu dengan kenangan yang pernah kita lalui dulu.......

Thursday, May 7, 2009

RAGUT!!!!

Sedihnya....Kemalangan yang menimpa 2 orang wanita hamil gara2 di ragut hingga menyebabkan kematiaan mereka memang perbuatan melampau.Pelakunya wajar di hukum mati,kerana membunuh 2 nyawa sekaligus.Perbuatannya menyebabkan anak2 yang masih kecil kehilangan kasih sayangnya seorang ibu dan meyatimkan mereka.
Isu "ragut" ini akan dibicarakan sepanjang minggu di kedai kopi,di pejabat, di pasar,di radio dan yang sewaktu dengannya.Selepas tu,semua orang pun akan senyap,dan habis begitu saja....

Dalam kes ragut ni,kadang2 sikap kaum wanita yang mengundang aktiviti si peragut .Si peragut dah tentulah mencari kesempatan di atas kelemahan dan kecuaian kita.Sesekali aku rasa,penampilan cara lama aku mungkin selamat dibandingkan dengan penampilan aku sekarang.Dulu aku tak pernah mempunyai beg tangan,sejak dari sekolah rendah aku memang tak sukakan beg duit.Duit aku, cukup dengan dimasukkan ke dalam poket sahaja,cepat dan mudah untuk dikeluarkan dan disimpan.

Di sekolah menengah pun begitu,aku hanya membawa duit dan i.c tanpa beg duit.I.c lama berwarna biru tu lebih tahan lasak dibandingkan dengan sekarang.I.c tu pun,walaupun banyak kali terbasuh tetapi masih tetap elok.Oleh kerana itulah aku suka mengenakan seluar dan t-shirt kerana ringkas dan selesa.Keburukannya jika aku tak perasan bahawa poket aku bocor,jawabnya...kering la poket.

Selepas tamat persekolahan,barulah aku cuba menggunakan beg duit atau wallet,biasanya aku gemarkan yang kecil dimana ianya sesuai memuatkan i.c dan boleh disumbatkan ke dalam poket seluar.Aku berasa cukup rimas dan tidak selesa jika di tangan terpaksa membawa sesuatu,malahan payung juga merupakan barangan yang paling tidak menjadi pilihan aku walaupun hujan.Aku pernah kehilangan duit RM10 kerana aku selitkan di pinggang kain sewaktu memakai baju kurung yang tiada berpoket.

Tabiat tidak suka berbeg tangan berterusan sehingga selepas berkahwin,aku tidak pandai mendokong anak bersekali dengan beg tangan yang menyusahkan.Aku cukup selesa kemana mana tanpa beg tangan,kerana aku tidak memiliki banyak barang seperti orang sekarang.Aku tidak ada telefon,make up,kunci,dan tah apa2,pendekata aku perlu bawa i.c dan duit je.Mak aku pun pening ........yang seronok tentulah laki aku,jimat duit tak yah nak beli beg tangan kat bini...

Sehinggalah 3-4 tahun lepas,setelah umur aku mencecah ke waktu senja,baru timbul keinginan
nak berbeg tangan lah pulak.Itupun mungkin aku dah rasa bebas tidak lagi mengelek anak kecik.Yang bestnya kakak ipar aku pun turut memberikan beg tangan,dan mak aku memberi sokongan yang padu dengan perubahan itu.Ditambah berkawan dengan pakar perunding imej dan penasihat kecantikan waktu itu....si Diana dan Zai....abih ditukarnya imej aku yang dah nak mula bertobat,jadi kepada yang lupa diri....maka bergaya la aku menjadi seorang makcik yang dulunya ala2 tomboy,.tapi satu, jalan laju tu aku tak leh ubah....hehehe...

Memandangkan suasana ragut sekarang semakin menggila,jadi aku mengambil keputusan untuk menjadi aku yang dulu kerana cara dulu lebih selesa dan selamat.

Wednesday, May 6, 2009

LU PIKIR LA SENDIRI.

Kerana mendapat bantahan dari seorang ahli parlimen BN, seorang imam dipecat gara2 khutbahnya menyeru kepada "pemerintahan adil,telus dan cara yang betul".Tahniah la kepada yang membuat bantahan tu,dan berjaya menabur pasir dalam periuk nasi orang lain.Ingatlah,ada kuasa yang lebih besar,lebih hebat dari yang kamu rasa kamu ada sekarang.

Yang peliknya orang2 yang memang telah sohih,didapati bersalah dalam kes rasuah didalam pemilihan UMNO baru2 ini tidak pula diambil tindakan seperti dipecat,malah masih lagi memegang jawatan2 penting dalam kerajaan...sungguh menjijikkan!!!

Tuesday, May 5, 2009

SEMANGAT KEJIRANAN

Minggu lepas,selepas membersihkan halaman,aku terpandangkan pokok ulam pegaga yang tumbuh dalam 2 buah pasu tu merimbun subur.Biasanya, aku cuma akan petik bila aku rasa nak makan je.Sayang,kalau ambil kesemua tapi tak habis makan,ianya cepat layu.Oleh kerana ianya telah melimpah keluar dari pasu aku rasa ada baiknya sedekahkan pada jiran2.Teringat pada Hasnah,jiran di lorong 40 tu baru bersalin jadi aku cabut sepasu ulam pegaga dan tinggalkan sepasu lagi untuk diberikan 2-3 hari nanti sebab sepasu pun dah banyak.Ulam pegaga ni walaupun selepas dicabut,pasti ia akan tumbuh kembali,merimbun semula kerana terdapat akar yang tertinggal di dalam pasu tersebut.

Keesokannya, Iza,jiran Hasnah menelefon menanyakan kalau masih ada lagi ulam pegaga yang aku tanam.Menurutnya,Hasnah ada memberikannya sedikit dan kalau ada dia hendak beli sebab pegaga tu jenis pegaga kampung.Sebenarnya pegaga tu bukan aku tanam pun,memang benihnya sedia ada bersama pokok bunga yang diambil dari kampung suami.Ish,tak ada niat langsung untuk berjualbeli,lagipun memang dah rezeki Allah beri.Oleh kerana ada sepasu lagi maka aku berjanji akan memberikan pada Iza nanti.

Pagi tu, selepas je mencabut sepasu ulam pegaga aku terus ke rumah Iza.Puas aku memberi salam,senyap je...pintu pagar dan grill pun berkunci.Aku hairan juga takkan la pagi2 Iza dah keluar,rasa menyesal pula tidak menelefon dia sebelum datang.Aku pun terfikir,tak pa la,letakkan je kat atas tembok rumah dia nanti aku telefon untuk bagitaunya.Lagipun tak adalah aku membuang masa untuk datang lagi.

Sampai je kat rumah terus aku capai telefon dan mendail Iza,"Iza,awak kat ner?Tadi Kak Hai gi rumah,bagi salam senyap je..."aku menanya."Eh!Iza ada je kat rumah,tengah gosok baju sekolah bebudak ni, tu yang tak dengar akak panggil kot".Lega dengar dia ada kat rumah,"tak pe la,tadi akak cuma nak anta pegaga tu ,awak gi ambik kat atas tembok pagar ,akak letak kat situ je,malas nak gi mari"."Oh,ya ke,nanti saya ambik,terimakasih la".Abih....

Sekejap lepas tu,telefon berbunyi,tertera nama Iza...di hujung talian terdengar suara Iza,"Kak Hai,tadi sapa yang anta pegaga ni"?"La..akak yang anta,kenapa?"Pelik je soalan Iza.Tetiba je dia dia ketawa panjang,"adoi.. la,puas Iza cari pegaga akak kat atas tembok tau!"aku jadi hairan pulak terus aku tanya dia,"kenapanya,tak ada ke?"Masih lagi dalam tawanya, "ada tu memang la ada, tapi bukan atas tembok rumah Iza,kat tembok rumah cina.Oi...la akak,takkan la tak tau rumah Iza,pagar Iza warna biru la,tu pagar warna pink."Apalagi aku pun gelak sakan la...cam tak caya boleh salah rumah sedangkan rumah dia tu tak la jauh mana.Bezanya lorong je,rumah dia jarak dalam 12 pintu je kot....Sengal betul la...betapa lemahnya semangat kejiranan aku....ish...ish...memalukan...

Monday, May 4, 2009

CUP CAKES.















































































































Pada 1 Mei lalu,saya rasa terpanggil untuk menyaksikan "Biggest Jalur Gemilang Made Of Cup Cakes For Malaysia Book Of Records",anjuran WI Kuantan.Ianya berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota,Indera Mahkota.Kebetulan saya kenal dengan seorang" pendeco",kawan lama yang sekarang ni kira dah jadi' sifu' kek.Kepada sesiapa yang nak mencuci mata dengan pemandangan berbagai jenis keindahan kek bolehlah melawat ke http://zatidhati.blogspot.com/.

Niat asalnya nak melihat kretiviti mereka dalam menghasilkan berbagai jenis 'design' yang mungkin menarik.Sayangnya saya sampai lambat,sebahagian besar cup cakes dah dibawa masuk ke dewan untuk disusun menjadi jalur gemilang.Semasa saya tiba hanya grup Kak Zati je yang tinggal untuk menghabiskan baki yang belum siap.Oleh kerana ramai yang dah penat,dan selepas melihat cara mereka 'mendeco' teringin pulak nak mencuba.Setelah di beri kesempatan,akhirnya saya berjaya menzahirkan percubaan kali yang pertama untuk 'mendeco' hingga selesai kesemua cupcakes tersebut.

Hasilnya seperti dalam gambar2 tersebut,memang seronok...selepas ni saya rasa teringin nak belajar kek aising pulak....

Sunday, May 3, 2009

JEJAK KASIH.



Bersama kenalan yang terpisah selepas 30 tahun.






Minggu lepas saya ada aktiviti di Kolej Komuniti,kebetulan bertemu kawan lama yang dah hampir 22 tahun terpisah.Seronok sangat,cuma pertemuan berlaku di dalam tandas..hahaha..Hasil dari perbualan dengannya,saya telah dapat menjejak seorang lagi teman baik kami.Dan saya telah berjaya menghubunginya melalui telefon petang tadi.Selepas ini saya berharap dapat mengumpul semua teman2 yang pernah melalui kehidupan suka duka kami sewaktu di zaman persekolahan dulu.

Melalui internet juga,saya telah terjumpa beberapa orang teman lama,ada yang dapat di hubungi semula dan ada yang saya hanya dapat membaca kisah kejayaan hidup mereka sekarang.Apapun jua saya gembira melihat perkembangan mereka walau telah terpisah lama,atau mungkin saya telah tidak dikenali mereka.Terlalu jauh jaraknya usia perpisahan yang kami lalui...dan ada hampir 30 tahun.Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi kesempatan untuk kami memanjangkan silaturahim yang telah terputus sekian lama.

SEMBANG

Beberapa hari lepas,jiran belakang rumah menegur,"hi kak, sibuk sangat ke?Dah lama tak bersembang ngan kami"."Ha ah,tak sembang ngan korang,tapi akak sibuk dok bersembang ngan kawan kat dalam rumah plak"aku menjawab."Aik,tak nampak sesapa pun datang rumah akak?".Dia mengerutkan dahi.."Memang la ko tak nampak,akak sendiri berborak ngan diorang tu pun,akak tak nampak muka..orang tu."aku menjawab.
"Eeiii...akak ni,biar betul...menakutkan saya je ,cakaplah akak borak ngan sapa,ke akak ada jumpa benda2 misteri ke?"Beria2 dia menyoal."Banyak la ko punya misteri,ko ingat akak dapat jumpa orang bunian ke? Dah akak bersembang kat internet, mana nak nampak muka orang...lainla kalau akak ada web cam , kira ok lah jugak..."aku tersenyum tapi muka dia yang masam..hihihi...