Tuesday, April 21, 2009

SALAH SIAPA?

Zaman persekolahan zaman paling menyeronokkan,tapi aku rasa ramai dari kita melalui keadaan yang menyedihkan bila kita menjadi mangsa fitnah atau salah tuduh,salah tangkap,salah sangka dan macam2 lagi suasana yang melibatkan kita dan pihak sekolah.

Sewaktu aku di tingkatan 3,telah berlaku satu peristiwa yang tak mungkin dapat aku lupakan hingga kini.Pagi tu,guru kaunseling datang ke kelas dan mengarahkan aku ke bilik pengetua.Hairan juga,selama hampir 6 bulan masuk ke sekolah ni,inilah pertama kalinya pengetua nak berjumpa aku..Hati memang dah rasa semacam je,nak kata aku ni ada buat salah,eii...belum lagi rasanya aku melanggar undang2 sekolah.

Sampai je kat dalam bilik pengetua dia terus tanya" awak ni .........siap ngan bin....Awak tau kenapa saya panggil awak?"soal dia dengan garangnya."Saya tak tau,Cikgu"jawab aku terketar2,kaki,tangan dah mula berpeluh.Dengan pandangan yang macam nak makan orang tu dia kata "Aik,pasal awak diorang tu bergaduh,takkan la awak tak tau".Pening jap aku...sapa pulak bergaduh ni."Sumpah Cikgu, saya tak tau apa2 pun"aku cuba menjawab."Awak rasa awak ni lawa sangat ke?Sampai orang nak bertumbuk2 rebutkan awak.Awak datang sekolah ni nak belajar ke nak mengorat...kalau awak tak kenal,takkan la diorang sebut nama awak.. bla...bla.."Aku rasa sebak sangat,dada rasa nak pecah....tapi aku tahankan juga.Aku terbisu sekejap..sehingga lah pengetua kata" awak boleh keluar sekarang dan saya tak nak dengar dah perkara begini berlaku lagi".

Lutut aku rasa dah lembik sangat,nak jalan balik ke kelas pun rasa jauh...akhirnya aku sampai juga kat tandas,aku dah tak leh nak simpan airmata, aku menangis sepuas puasnya....aku sedih sangat part yang pengetua kata "Awak rasa,awak lawa sangat ke"?.Eh!Bayangkan kalau korang berada kat tempat aku waktu itu.Kalau apa yang di sebut oleh pengetua tu memang melibatkan aku,aku tak kesah la jugak.Kira aku boleh terima penghinaan dia tu.Masalahnya aku tak tau hujung,pangkal citer ni...betul2 memeningkan.

Lama aku lepak dalam tandas,rasa tak nak keluar,aku rasa malu teramat sangat....muka kembang semacam je..dah.Elok aku keluar je,Cikgu Kaunseling tercegat menunggu aku.Dia ajak aku masuk ke bilik kaunseling,pastu dia minta penjelasan dari aku mengenai pergaduhan pagi itu.Sumpah!Aku memang tak tengok,tak dengar dan tak tau apa2 pun.Akhirnya Cikgu Kaunseling yang cerita balik apa yang berlaku pagi tu,dan budak yang terlibat dalam pergaduhan tu pun aku tak kenal langsung...memang budak sekolah tu juga,tapi sorang lagi tu budak sekolah luar yang jauhnya 30 km dari sekolah aku.Patut la aku tak tau,diorang bergaduh di luar sekolah.Yang bestnyer, cikgu kaunseling tu memang simpati dan faham ngan situasi aku.Kalau budak sekolah aku tu aku kenal,memang buah hati aku ok la jugak,ni tah sapa2 .Cilakak!Diorang yang buat hal,tak pepasal aku plak kena marah...Pengetua pun main tuduh je tak siasat dulu....aku dendam ngan dia....

Sebenarnya,aku tidak la spesial mana di bandingkan dengan pelajar2 lain di sekolah tu,yang membezakan aku dengan mereka kerana aku adalah pelajar baru yang kononnya datang dari Bandar.Itu je yang membuatkan aku menjadi perhatian di situ kot.Lain2 aku rasa tak ada apa yang lebihnya ...melambak lagi budak yang lawa dan menarik tapi mungkin aku cerdik sikit ...hahaha...

Kesedihan hati aku tu,aku kongsikan bersama mak.Mak lah orang yang paling banyak memberi sokongan dan memberikan kata semangat untuk aku tabah menghadapi ujian tersebut.Akhirnya berkat usaha dan di bakar semangat nak menunjukkan yang aku adalah benar dimata pengetua,aku mendapat keputusan yang baik dalam SRP.Pengetua juga yang menyampaikan hadiah di hari penyampaian hadiah,(dendam aku dah terbalas)malah aku mendapat title pelajar cemerlang Bahasa Inggeris...hehe sekolah kampung boleh la.

Selepas aku meninggalkan sekolah tu,mak aku bagitau yang pengetua tu dah jadi kawan baik abah la pulak.Dia selalu ajak abah kesana kemari dengan berbagai aktiviti mereka. Cuba fikir balik,kalau perkara begitu terjadi di zaman sekarang,agak2 masih ada lagi ke ibubapa yang boleh terima dan menjalinkan silaturrahim sebegitu indah ....

No comments: