Jumaat lepas aku bersama suami dan beberapa orang anak ke Penang,menghantar anak ke2 aku yang mendapat tawaran belajar di sana....Kami memilih laluan ke Genting dan turun di Batangkali kerana nak menjimatkan minyak dan masa.Sewaktu menaiki jalan ke Genting,cuaca dah mula berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya.Sewaktu di pertengahan jalan sebuah kereta proton biru melentang di tepi jalan,dengan bahagian depannya melanggar tembok bukit..Suami aku dah mula rasa cuak,dia kata hujan camni jalan memang agak licin,hendaknya masa menuruni bukit.
Sewaktu menuruni bukit menghala ke Batangkali,suami aku bawak kereta dengan agak perlahan dan berhati2,malangnya tiba di sebuah selekoh,semasa dia menekan brek,tetiba je kereta seperti hilang kawalan.Berputar sendiri dan akhir terbabas ke bahagian kiri jalan yang berumput dan berpusing berlawanan arah,tanpa sedar aku menarik hand brake dan kereta berhenti terus.Kejadian tu berlaku dengan pantas sekali,dan kami semua tergamam seketika.Setelah bertenang sebentar,baru suami aku perasan yang tayar belakang menghampiri longkang dengan jarak yang dekat.Syukur alhamdulillah,kami semua selamat dan dapat meneruskan perjalanan pergi dan balik.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuruni bukit tersebut ke arah Batangkali.Beberapa km dihadapan,sebuah kereta nissan pula, separuh terbalik ke dalam longkang.Kemudian kami bertemu dengan beberapa kereta tunda yang sedang menanti rezeki sedia menunggu.....Tiba di sebuah lokasi, kami melihat kesan tayar yang amat jelas terbabas di atas rumput sebelum menemui 3 buah kereta yang mungkin terlibat dengan kemalangan waktu itu.Kelihatan juga kereta peronda polis di tempat kejadiaan....Kami membuat kesimpulan bahawa jalan tersebut memang agak merbahaya dan berisiko pada waktu hujan.Kehadiran kereta tunda menguatkan lagi pendapat kami bahawa,mereka boleh mengagak bahawa waktu hujan membawa rezeki yang lebih buat mereka.
6 comments:
mesti trauma ya hai..
saya pernah juga sekali begini, kereta berpusing tanpa dapat dikawal, tapi alhamdulillah selamat semua seperti hai juga...
Namapun jalan genting - batangkali. Menunggu putus je tu barangkali.
salam teacher,
hanya allah yg tau perasaan waktu tu...first time kena..syukur kerana semuanya selamat!!
salam pak,
hehehe...lawak plak,batang.. genting!!
Syukur tiada apa yang berat berat terjadi..
salam relevan,
alhamdulillah!!koi x reti nak mengomen kat blog aok untuk sementara waktu ni sebab kesah bola je...huhuhu....
syukur tak apa2..adalah yg nak mengaut untung dgn nyawa org tu..curah minyak..biasanya..sebal betul
Post a Comment