Wednesday, June 30, 2010

BERTUAH JADI ANAK ANGKAT!!

Wah!! Untung budak2 sekarang,walaupun cuma sekolah mereka jadi anak angkat kepada Penerbangan Malaysia(MAS),tapi diorang pun dapat menikmati berbagai keistimewaan.Semalam pihak MAS menaja penerbangan diorang dari Kuantan-K.Lumpur(pergi dan balik) untuk program Motivasi Jaya Diri yang berlangsung selama 2 hari di Wisma Belia K.Lumpur.Seramai 30 orang pelajar tahun 6 yang terlibat,iaitu 12 lelaki dan 18 perempuan serta diiringi oleh 2 orang guru .Ini merupakan tahun ke3 pihak MAS menganjurkan acara2 sebegini dan objektifnya untuk memberikan semangat dan dorongan kepada para pelajar agar lebih yakin dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang baik dalam bidang akademik.Terima kasih kepada pihak sekolah dan MAS serta semua pihak yang terbabit dengan program ni semoga dapat memberi kesedaran kepada anak2 semua.




hai..pening gak cikgu melayan diorang ni,harap2 tak de yang termuntah kat atas tu!!
























Haziq...belum apa2 lagi dah berpeluh2...harap lepas balik ni ada la perubahan ek!!                                                 

Sunday, June 27, 2010

SAAT MENDEBARKAN......GENTING-BATANGKALI.

Jumaat lepas aku bersama suami dan beberapa orang anak ke Penang,menghantar anak ke2 aku yang mendapat tawaran belajar di sana....Kami memilih laluan ke Genting dan turun di Batangkali kerana nak menjimatkan minyak dan masa.Sewaktu menaiki jalan ke Genting,cuaca dah mula berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya.Sewaktu di pertengahan jalan sebuah kereta proton biru melentang di tepi jalan,dengan bahagian depannya melanggar tembok bukit..Suami aku dah mula rasa cuak,dia kata hujan camni jalan memang agak licin,hendaknya masa menuruni bukit.

Sewaktu menuruni bukit menghala ke Batangkali,suami aku bawak kereta dengan agak perlahan dan berhati2,malangnya tiba di sebuah selekoh,semasa dia menekan brek,tetiba je kereta seperti hilang kawalan.Berputar sendiri dan akhir terbabas ke bahagian kiri jalan yang berumput dan berpusing  berlawanan arah,tanpa sedar aku menarik hand brake dan kereta berhenti terus.Kejadian tu berlaku dengan pantas sekali,dan kami semua tergamam seketika.Setelah bertenang sebentar,baru suami aku perasan yang tayar belakang  menghampiri longkang dengan jarak yang dekat.Syukur alhamdulillah,kami semua selamat dan dapat meneruskan perjalanan pergi dan balik.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuruni bukit tersebut ke arah Batangkali.Beberapa km dihadapan,sebuah kereta nissan pula, separuh terbalik ke dalam longkang.Kemudian kami bertemu dengan beberapa kereta tunda yang sedang menanti  rezeki sedia menunggu.....Tiba di sebuah lokasi, kami melihat kesan tayar yang amat jelas terbabas di atas rumput sebelum menemui 3 buah kereta yang mungkin terlibat dengan kemalangan waktu itu.Kelihatan juga kereta peronda polis di tempat kejadiaan....Kami membuat kesimpulan bahawa jalan tersebut memang agak merbahaya dan berisiko pada waktu hujan.Kehadiran kereta tunda menguatkan lagi pendapat kami bahawa,mereka boleh mengagak bahawa waktu hujan  membawa rezeki yang lebih buat mereka.

Saturday, June 5, 2010

REUNION


Seramai hampir 50 orang bekas pelajar dan ahli keluarga mereka meraikan majlis yang tidak seberapa ini,tapi sangat menyeronokkan kerana kebanyakan mereka tidak pernah bertemu selepas berakhirnya zaman persekolah dulu...Mereka sanggup datang dari jauh semata2 untuk meraikannya bersama2.Ada yang datang dari Johor,Kuala Lumpur,Selangor,Trengganu dan juga Kelantan. Tidak mudah untuk mengumpulkan kawan2 sebegini ramai...Alhamdulillah terubat rindu dihati melihat kawan2 yang telah terpisah sekian lama tampil dengan wajah yang ceria dan masih sihat sejahtera....selepas ini,tak tau masih berpeluangkah kita untuk bertemu semula.


Tuesday, June 1, 2010

ALKISAH RENDANG KERANG.

Sabtu lepas,aku gi makan kenduri kat Temerloh Jaya....punya la syok juadah yang mereka hidangkan,memang payah nak jumpa kat tempat lain.Mula2 kitorang dah senduk nasi minyak,tapi boleh buang balik sebab tengok lauknya yang memang best!Nak tergelak pun ada,boleh pulak main tukar2 nasi....tapi tak kesah la..teruja betul tengok masak lemak umbut kelapa,sambal lanun(sambal tempoyak berbagai jenis pucuk tu),sambal goreng perut,kerabu perut campur daun selom.....tak pandang dah lauk ayam masak merah ,acar2 ni...pergh!!!memang sedap....tahniah kat  tukang masak!!Kepada kawan lama Hairul dan pasangannya,Zuryani....semoga berbahagia hingga ke akhirnya....

Harini aku masak,rendang kerang...memang dah lama teringin nak makan,tapi susah sangat nak cari kerang,kalau ada pun cam tak segar je....Sebenarnya ada citer di sebalik rendang kerang ni.....jom layan citer aku ni,kalau yang nak layan le....

Masa tu penghujung tahun 80an rasanya,family aku dah dok kat Felda..Waktu tu memang ramai sedara mara dan kawan2 abah aku,tak setuju dengan keputusan abah aku untuk jadi peneroka Felda...malah mak aku sendiri pun tak setuju,diorang berpendapat tak berbaloi,meninggalkan gaji yang dah mencecah seribu lebih waktu itu,hanya untuk jadi peneroka Felda.Tapi pemikiran abah aku ni memang lain sikit....akhirnya sekarang,ramai yang memuji2 tindakan abah aku dulu,dan keputusan yang dia buat,adalah yang terbaik untuk dirinya sekarang.

Ok,sambung balik....masa tu hari raya,tapi hari raya yang ke 3 ke 4 gitu....di Felda waktu tu,jauh nak keluar,jadi ramai peniaga di dalam,yang masih bercuti dan memang susah nak dapatkan bekalan ikan atau ayam.Biasanya waktu itu memang laku la ikan sardin ni.Biasanya raya pertama kat rumah kitorang memang ada rendang daging dan ayam masak merah....sampai la sekarang ni cam makanan wajib ada!!Disebabkan masih dalam mood raya,semua masakan yang dimasak pada permulaan raya dah habis...mak buat la rendang kerang,sebab masa tu ada kerang je kat kedai.Kebetulan hari tu,adik mak sekeluarga datang dari Temerloh,mujur la mak masak nasi impit dan kuah kacang gak....Tengahari tu,siap berjamu nasi la kitorang,....Diorang makan dengan berselera sekali....teringat kat sepupu aku yang seronok sangat makan rendang kerang....sampai dia kata "sedapnya rendang ni,mak tak penah buat pun"!!

Beberapa hari kemudian,pak sedara aku pulak datang ke rumah,itu la satu2nya adik lelaki mak aku yang ada!Kedatangan dia kali ni memang pelik,sebab dia bawak beras,gula tepung,biskut,sardin....kitorang semua pun heran...apahal??Rupa2nya....suami adik mak aku yang datang tu ari,telefon ke adik lelaki dia,bagitau yang kononya mak aku ni hidup susah kat Felda,sampai ayam pun tak mampu nak beli.....kitorang rasa sedih sangat,nak marah pun ada...sampai hati diorang boleh anggap rendang kerang tu makanan untuk orang susah rupanya!!Pak sedara yang mengata mak aku susah sangat tu pun bukan la senang mana takat keje tukang kebun je..berlagak!!


Tapi semua pun kisah lama...aku dah maafkan pak sedara aku tu....sekarang ni pun dia baik sangat ngan suami aku....tapi setiap kali  terpandang rendang kerang mesti aku teringat peristiwa tu!!!