Thursday, January 28, 2010

KESILAPAN YANG TAK DISENGAJAKAN.

Sejak dari raya lepas,tak habis2 lagi acara menjejak kawan2 zaman sekolah dulu...semakin hari semakin ramai kawan2 yang berjaya ditemui...khasnya di ruangan facebook.Dalam seminggu tu ada saja panggilan telefon atau kiriman sms dari kawan2....semalam aku dihubungi oleh June.Dalam perbualan kami tu dia bagitau yang salah seorang kawan aku yang dok di JB tu dah ada kat facebook.Aku tau nama dia Maziah tapi terlupa plak nama bapaknya.June pun dah tak ingat,jgnkan nama bapak silap2 jumpa pun dah tak kenal,maklum la dah lebih 20 tahun kitorang tak bersua muka
 
Untuk nak memudahkan mencari seseorang di facebook,lebih mudah kalau kita tau nama penuh seseorang tu,setelah fikir sejenak,aku teringat kawan sekampung maziah ,yang aku temui minggu lepas.Aku pun sms kat Yati "Askm.Yati june baru cal aku ,dia bgtau yang maziah dah ada pesbuk..kita baru je sebut nama dia dah muncul.....maziah tu bt apa ek??"Tak sampai 10 minit si Yati membalas sms aku.."ye ke,aku jugak le yang murung,tak berpesbuk...maziah tu ceo kilang kat johor,tp dia ok je!!!"Habis je baca aku ketawa bagai nak rak....adoi la si Yati ni sengalnya tak habis2 sejak dari sekolah.....Aku pun balas balik msg dia"wei ..tak daya aku nak gelak...ko ni suka buat lawak..sakit perut aku...aku tanya betul2 la bt.. tu nama bapak dia la  maziah bt....bukan buat...hahaha"....Yati balas semula.."hahaha...ko pun satu ,dah tau aku ni sengal,guna short form.. aku ingat ko tanya keje dia...nama bapak dia  abdullah!"

Petangnya aku terima sms dari seorang teman yang dah terputus sejak berbelas tahun dulu..setelah bertanya khabar aku terima1 msg yang sangat mengelirukan "ko kat ktn, kat ner?dah lama ke kat sana?husband ko dgn dara lagi?"Ayat terakhir tu buat aku rasa  tergamam kejap...laki aku ada affair ngan dara mana ek???Nak tanya kat member tu rasa cam segan la plak,puas aku flashback memori....dara?dara?....Aku baca msg dia byk kali....ops!!toing...baru aku teringat semula.....agaknya member aku ni tanya husband aku masih keje kat DARA (Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara)lagi kot...huh!aku senyum sensorang.....ye la dah lama husband aku  berenti keje kat situ,jadi aku pun dah tak ingat...member aku pun satu hal kerana ejaannya dalam huruf kecik tu ..tak pepasal je,tertambah dosa sebab berprasangka buruk kat husband aku.....hehehe.....

Monday, January 25, 2010

BAIK BERPADA2!!

Baru2 ni ada sorang jiran minta tumpangkan anaknya ke kelas Fardhu Ain yang sama dengan anak2 aku...tapi aku rasa cam tak sedap hati, bukan kerana tak nak tolong tapi aku memang serik dengan apa yang telah berlaku sebelum ni.Walaupun tidak melibatkan aku tapi melibatkan kawan2 aku yang lain...dan berlaku didepan mata aku.Sebelum ni aku ada 3 orang kawan yang menghantar anak2 mereka ke Sek Fardhu Ain yang sama...2 orang tu memang surirumah yang tugasnya menguruskan anak2 sementara seorang lagi seorang peniaga yang agak sibuk.Aku tak tau apa motifnya dia menghantar anaknya ke Fardhu Ain tersebut sebab sekolah tu agak jauh dari rumahnya ..sedangkan yang sorang lagi tu menyekolahkan anaknya disitu kerana berhampiran dengan sekolah rendah anak2nya !!Aku sendiri menghantar anak2 aku di sekolah Fardhu Ain yang berdekatan.

Oleh kerana anak2 mereka bersekolah bersama jadi kedua2 surirumah tadi berpakat untuk bergilir2 menghantar anak mereka,kononya untuk berjimat sebab waktu tu harga minyak naik!!Jadi kalau sorang ni hantar,kejap lagi sorang lagi gi ambil anak2...memang boleh berjimat la....tapi si peniaga tadi,bila melihat suasana yang begitu,dia pun cuba nak berjimat sama dan memutuskan untuk terlibat sama dengan penghantaran secara bergilir ni...Pada mulanya semua pun berjalan dengan lancar,tapi bila dah lama sikit dia mula asyik sibuk dan meletakkan beban kepada 2 orang kawan ni untuk menghantar 2 orang anaknya tu!Paling menyakitkan hati mereka berdua ,bila tiba giliran dia menghantar anak2 dia akan bagitau anaknya tak ke sekolah ...tapi bila giliran orang lain anak dia akan ke sekolah.Sewaktu mengambil anak2 pun begitu kalau tiba giliran dia,dia akan menelefon memberitahu yang dia tak sempat balik,jadi terpaksa la mereka berdua juga yang terpaksa mengambil anak2!

Akhirnya kerana ketidakpuasan masing2 maka berlaku persengketaan antara si peniaga tadi dengan surirumah berdua tu...dan tak pepasal sehingga melibatkan aku pulak!!Bukan aku tak sudi nak membantu jiran ni,kalau dia memang tak mampu atau tak ada kemudahan mungkin kita akan senang hati membantu.Masalahnya dia ada kereta dan boleh memandu cuma tak ada lesen je dan dia cuma ada anak 2 orang je.Aku rasa bukan alasan dia tak boleh nak urus anak dia sendiri sebab sekolah Fardhu Ain yang aku maksudkan tu cuma terletak dalam 1 km.Tahun lepas,aku tidak ada kenderaan untuk menguruskan anak ke fardhu ain waktu pagi sebab suami  gunakan kereta dan anak aku no 2 tu gunakan motor untuk ke sekolah.Dia sendiri bukan tak nampak, aku hanya gunakan basikal mengangkut 2 orang anak di seat belakang yang telah diletakkan bantal untuk mengelak sakitnya punggung diorang!!!Untuk mereper basikal tu pun,aku menghabiskan RM50.

Aku pun tak faham la dengan orang sekarang,anak baru je sorang yang bersekolah  dah nak mengharapkan orang lain,sedangkan aku mempunyai 7 orang anak yang selama ni aku uruskan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.Suami aku pernah bertugas selama 2 tahun di Pulau Tioman,aku tak ikut dia ke sana dan kami menyewa di Pekan, di sebuah taman perumahan yang berdekatan dengan sekolah.Anak2 ke sekolah menggunakan basikal,tapi sekiranya basikal mereka buat hal,terpaksa la berjalan kaki ke sekolah.Kalau itu berlaku,aku tidak pernah meminta jiran2 berdekatan untuk menumpangkan anak2..dan anak2 tidak merungut pun.Kadang2 anak2 bercerita juga sewaktu mereka berjalan tu ada juga insan2 prihatin yang menumpangkan mereka dan aku anggap itu rezeki mereka!!

Sekarang ni aku memang agak cerewet,dan lebih berhati2 sebab orang sekarang ramai yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain (bukan nak kata aku ni baik sangat).Tapi bila selalu sangat terkena rasa serik!!Nampaknya memang benar ungkapan yang di sebut sebagai "buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali!!"

Wednesday, January 20, 2010

ABIH CAMNO???

Saya ingatkan tahun ni bila semua anak2 dah bersekolah..saya akan punya lebih masa untuk melepak di komputer khasnya...ni jangan kan nak merendek ke  blog2 yang lain,blog sendiri pun tak de masa nak di update kan...terasa cam lebih sibuk dari tahun lepas.Kadang2 nak menyediakan juadah tengahari pun agak lewat,sebab dok kemaskan satu rumah ni....tak tau la dimana salahnya....mungkin kerana anak2 je ramai tapi semua kerja rumah terbeban keatas saya disebabkan saya ni surirumah sepenuh masa kot!!Berbuih mulut ni dok bagi arahan tapi nampaknya seperti tak diendahkan...macam pahat dengan penukul,sekali kena leter,2 -3 hari ok la...pastu balik camtu gak...kadang2 tergerak gak hati nak letakkan 3 biji gelas ngan 3 biji pinggan je..sebab diorang ni malas betul nak basuh pinggan.Kadang tu gelas bersusun kat atas kabinet,kat sink,atas fridge dan dalam fridge pun ada....letih betul,selagi tak abis gelas kat rak,selagi tu diorang ambik,guna dan pamer marata2 ...mana la kita tak hangen satu badan,bila dipungut, penuh satu sink.....huhuhu...rasa nak mengamuk pun ada.Bila kita tegur gelas atau pinggan yang diorang dah gunakan tu,selalu sangat alasannya "kejap2,nanti orang angkat le"...tapi haram..sampai ke esok le jawabnya dok bertapa kat situ!!Tu belum lagi citer bab bilek diorang...kalau stakat kertas2 je bersepah tahan lagi yang paling saya menyinga tu bila habuk2 pencil yang diorang asah tu bertaburan kat lantai.......tong sampahnya ada tapi tak digunakan!

Adoila...budak2 zaman ni tak macam zaman kita dulu,sekali dua mak ayah bagitau dah boleh ikut dan faham.Ni cakap beratus kali pun camtu gak...macamana tak pening,yang sorang tu dah bersekolah berbelas tahun pun masih tak reti nak letakkan kasut sekolah di rak kasut..bersepah depan pintu juga.Selepas makan nasi jangan harap diorang ni nak mengelapkan meja ke hape,pinggan lauk yang dah kosong tu pun tak diangkatnya  ke sink.Kalau kita tak arahkan tutup semula lauk2 tu jawabnya terdedah le...eii...nak buat camna le gamoknya???Tak ada inisiatif langsung....tu yang kadang rasa nak terkeluar anak tekak dibuatnya!!

Lagi satu pasal penggunaan letrik,suka suki diorang je on kan lampu  bilik air walaupun waktu siang,padahal bilik air tu dah terang benderang dengan cahaya matahari...yang buat kita bertambah sakit tu bila diorang tak reti nak off kan semula.Camtu gak le dengan kipas dan tv,kadang kipas berputar ligat,dengan tv yang memekak tapi sorang pun tak de....Tu belum bukak kesah tong sampah,bab kainbaju,almari baju,meja study,katil diorang dan macam2 lagi....adih..dih dih..macam2 hal la.. rasa penat bila ingatkan sumanya....arghhh...malasnya .... tension makcik camni!!Abih camno???

Wednesday, January 13, 2010

KUKIRIM DOA DI ANGIN LALU!!

Dulu, waktu zaman sekolah aku ni memang peramah,mudah mesra dan tak kisah dengan sesiapa pun aku boleh berkawan.Mungkin kerana itu juga ramai kawan2 yang selesa bersama aku,lebih2 lagi aku ni jenis yang easy going ....menyebabkan aku ni bagaikan jadi rebutan dikalangan kawan2 untuk menjadi teman mereka keluar ke bandar(outing)waktu tu tinggal di asrama,teman balik ke kampung dan jugak menjadi teman kepada rakan2 yang berdating...hmm...dapat saham sekali!!Kadang2 diorang ni siap booking aku untuk hujung minggu nanti...memang kelakar.

Walaupun dorm aku paling ramai penghuninya,hampir 30 orang.. tapi kami agak rapat.Aku pun tak tau kenapa kawan2 bukan takat selesa berkawan dengan aku malah mudah berkongsi masalah mereka.Mungkin juga aku ni seorang pendengar yang baik kot,perasan!!....tapi biasa la masalah budak2 je,masalah rendah diri,tertekan dengan harapan keluarga yang tinggi,masalah teman lelaki dan ada juga yang menghadapi masalah dengan keluarga,biasanya mereka ni datang dari keluarga yang menghadapi "broken family".

Kini setelah sekian lama terpisah,hampir 22 tahun lamanya...aku bertemu semula dengan sebahagian daripada mereka.Pertemuaan yang berlaku di alam maya...dan di telefon sahaja.Aku masih rasa sangat terharu, kerana mereka masih sudi berkongsi cerita dan permasalahan mereka.Mereka masih  memberi kepercayaan kepada aku  untuk menjadi pendengar yang setia dan pada aku mereka  meluahkan perasaan dengan harapan agar dapat meringankan bebanan perasaan yang mereka tanggung selama ini.
Sedih rasanya,bila berhadapan dengan kawan2 yang menghadapi berbagai kisah pedih yang aku sendiri tidak mampu untuk meleraikannya.Hanya sekadar sedikit pesanan dan nasihat, doa dan harapan agar mereka akan menemui jalan penyelesaainya.... Itu je yang termampu aku lakukan buat masa ini....semoga mereka akan menemui jalan kebahagiaan!!

Sunday, January 10, 2010

TERTARIK DENGAN KALENDAR NI!!

Bila masuk je tahun baru tentu kita akan terjumpa berbagai2 jenis kalendar yang pelbagai ...kekadang terlalu banyak yang kita dapat sehinggakan tak tau kat mana nak diletakkan.Dari sekecik2 kalendar hinggalah sebesar2 manusia,boleh jugak la menutup lubang2 kat pintu bilik atau menutup dinding2 yang dah berconteng!!

Antara banyak2 kalendar yang diperolehi saya tertarik dengan kalendar meja yang dihasilkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan....sangat menarik kerana ianya mempunyai beberapa resipi masakan tradisional Pahang yang dihasilkan oleh Tengku Puan Pahang.Ada antaranya yang saya sendiri pun belum penah makan.
Ini adalah antara yang terdapat pada kalendar tersebut,saya kongsikan bersama....

Monday, January 4, 2010

ANAK DYSLEKSIA!!

Sejak kebelakangan ni masa saya agak sibuk dengan masalah kesihatan anak2 dan menguruskan keperluan persekolahan mereka,baru sekarang ni saya berkesempatan untuk  menyambung semula entri sebelum ini....

Anak saya sihat sepenuhnya selepas setahun melakukan pembedahan yang berkaitan dengan jantung di IJN.Dia membesar seperti kanak2 biasa cuma perkembangannya agak lembab dibandingkan dengan teman2 seusia.Sehinggalah dia memasuki alam persekolahan sewaktu berumur 6 tahun,dia lambat dan sukar untuk diajar menulis.Sehinggalah memasuki ke tahun 1,tulisan dia agak buruk dan selalu tersalah atau menulis abjad2 dan angka dengan terbalik.Kebiasaannya abjad yang ditulis terbalik ialah 'a','b'menjadi 'd' no '9' menjadi 'p'..'m menjadi 'w'dan angka 4 boleh jadi 4 ke bawah(ni memang pelik sebab saya rasa ramai orang akan merasa sukar untuk menulis 4 tertonggeng ke bawah).Keadaan menulis dengan cara tunggang terbalik ni berlanjutan sehingga dia di tahun 3.Malah ketika itu dia masih belum pandai membaca dan hanya boleh mengeja dan membunyikan perkataan yang mempunyai 2 sukukata sahaja.seperti batu,kaki....bila ada perkataan seperti sayur atau baling dia selalu tertinggal huruf terakhir seolah2 tidak nampak huruf tersebut.
Kadangkala dia mampu mengeja tetapi terlupa perkataan awalnya untuk dibunyikan.Sewaktu belajar dia tidak boleh menumpukan perhatian untuk jangkamasa yang panjang,sekejap nak minum air,kejap lagi nak ke bilik air...
Akhirnya saya tersedar sendiri,saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak  kena pada anak saya...kerana kedua abangnya sebelum ni tidak pernah melalui suasana pembelajaran yang sukar sepertinya.Saya menjadi sangat takut dan mula dibayangi perasaan bahawa anak saya akan mengalami masa depan yang sangat gelap...dan saya rasa cukup terdesak dan sesak memikirkan nasibnya.Saya mula berusaha membimbingnya dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya walaupun rasa sudah terlambat...tidak lupa juga saya memanjatkan doa agar Allah membantu usaha saya itu....Sehinggalah pada satu hari saya terbaca di sebuah majalah mengenai artikel mengenai kanak2 'dysleksia'.Itu la kali pertama saya berjumpa istilah tersebut,dan didalam artikel tersebut diperincikan ciri2 kanak2 tersebut sangat menepati dengan permasalahan yang dialami
oleh anak saya.Syukur ke hadrat illahi kerana artikel tersebut membawa kami dari Pekan,Pahang ke persatuan dysleksia di Taman Titiwangsa, K.Lumpur.

Sewaktu disana anak saya dikehendaki menduduki ujian IQ bersama pihak di situ hampir sejam tanpa kehadiran kami bersama,dan akhirnya dia disahkan oleh pihak persatuan bahawa anak saya memang tergolong dalam kategori anak dysleksia.Waktu itu,terdapat hampir 20 orang murid yang mengikuti kelas di situ.Mereka diajar dalam masa 15-20 minit sahaja dan dibenarkan berehat dalam 5 minit dan sambung kelas semula...rupa2nya anak2 yang begini memang sifatnya begitu,konsentrasi mereka tidak panjang,mudah bosan dan meresah!!Padan la anak saya tak duduk diam bila belajar....
Waktu tu tidak wujud lagi persatuaan dysleksia di Kuantan seperti sekarang,dan saya hampir buntu untuk mencari guru yang dapat memberi bimbingan kepada golongan yang bermasalah seperti anak saya,kerana guru2 di sekolah dia pun tak berapa tau tentang masalah kanak2 dysleksia waktu itu.Saya cuma berbincang dan bercerita masalah anak saya kepada guru kelasnya dan saya hanya mampu memberi sedikit panduan mengikut cara saya saja.

Saya berpindah ke Kuantan ketika anak saya di darjah 5,penghujung tahun itu baru saya bertemu dengan seorang guru yang memang mengajar kanak2 dysleksia di sekolah itu,waktu itu dia dah pandai membaca cuma kurang faham apa yang dibaca.Jadi saya memohon jasa baik guru tersebut untuk membimbing anak saya,dan akhirnya anak saya dihantar tuisyen ke rumah guru tersebut...Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan guru terbabit di saat2 saya memerlukan bantuan seseorang ....Dia bukan saja pandai mengajar malah melayan anak saya seperti anaknya sendiri.Atas usaha dan tunjuk ajarnya pada tahun tu anak saya berjaya mendapat 1A1B3C untuk keputusan UPSRnya.Saya sangat terhutang budi kepada beliau dan orang yang saya maksudkan itu ialah Arwah Cikgu Mubin,dia kembali ke rahmatullah pada penghujung tahun 2008.Al-Fatihah!!

Semenjak naik ke tingkatan satu,saya dapati dia telah mula selesa dan pandai sikit menguruskan hal yang membabitkan persekolahannya,sekali sekala saya masih lagi membuat pemantauan.Saya tetap tak berpuashati dengan tulisannya,saya selalu bising pasal tulisannya yang buruk mengalahkan budak darjah satu....kadang saya katakan pada dia, kalau saya cikgu dia,dah lama saya ketuk tangan dia...Walaupun saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi padanya,tapi keputusan PMRnya yang lalu sangat membanggakan saya dan keluarga....akhirnya dia berjaya juga mencatatkan sejarah buat dirinya dengan memperolehi 2A2B3C1D.....dan tahun ni dia akan ke tingkatan 4,saya berharap sangat,agar dia lebih bersemangat dan berusaha melakukan sebuah lagi sejarah buat dirinya pada peperiksaan SPM tahun hadapan,dan saya percaya dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik!!Insyallah....