Thursday, April 23, 2009

SILAP LAFAZ!!!!

Malam tadi aku dok tengok satu telemovie "Kerbau Dah Tumbang" kat tv 2,kelakar juga la cerita tu.Salah satu scene dia,bila rombongan pengantin lelaki tersalah rumah pengantin perempuan,dah dok atas pelamin baru tau salah bini...logik gak la pasal diorang dok tutup muka pengantin tu.

Memang jarang berlaku kes macam ni,yang biasa terjadi bila jemputan tersalah rumah pengantin dan ada pun yang dah selesai makan baru tau tersilap bila lihat pengantin yang tidak di kenali.....
Kisah yang di ceritakan oleh seorang kawan ni memang tak pernah lagi aku dengar,membabitkan abangnya.Al kisahnya abangnya bernikah dengan orang K.L,majlis pula di buat cara besar2an.Semasa acara lafaz akad nikah,di depan abangnya telah diletakkan mikrofon,jadi orang yang tidak menonton acara tu pun boleh mengikuti dari luar.

Tidak tahu dimana silapnya,abangnya menyambut lafaz nikah tu "Aku terima nikahnya.........(nama bekas makwe) .....".pastu dia terhenti kerana terperasan dia silap....hahaha...kebetulan nama bakal bini dan bekas makwe dia hampir sama,bermula pulak dengan pangkal Nor.Selepas tu, oleh kerana terlalu gabra, abang dia terpaksa mengulang lafaz nikah sebanyak 7 kali sebelum sah menjadi suami isteri.Ayah dan mak dia punya la bengang lepas tu,menanah la telinga abang dia kena marah....sebab keluarga dia rasa malu la kat keluarga perempuan tu.

Pengantin perempuan pulak,bukan setakat merajuk ngan insiden tu malah menangis sampai ke malam....kesian dia. Gila sakan abang dia nak pujuk bini,kawan saya kata padan muka abang aku....Apapun,sekarang mereka dah di kurniakan 2 orang anak dan hidup bahagia.....

Tuesday, April 21, 2009

SALAH SIAPA?

Zaman persekolahan zaman paling menyeronokkan,tapi aku rasa ramai dari kita melalui keadaan yang menyedihkan bila kita menjadi mangsa fitnah atau salah tuduh,salah tangkap,salah sangka dan macam2 lagi suasana yang melibatkan kita dan pihak sekolah.

Sewaktu aku di tingkatan 3,telah berlaku satu peristiwa yang tak mungkin dapat aku lupakan hingga kini.Pagi tu,guru kaunseling datang ke kelas dan mengarahkan aku ke bilik pengetua.Hairan juga,selama hampir 6 bulan masuk ke sekolah ni,inilah pertama kalinya pengetua nak berjumpa aku..Hati memang dah rasa semacam je,nak kata aku ni ada buat salah,eii...belum lagi rasanya aku melanggar undang2 sekolah.

Sampai je kat dalam bilik pengetua dia terus tanya" awak ni .........siap ngan bin....Awak tau kenapa saya panggil awak?"soal dia dengan garangnya."Saya tak tau,Cikgu"jawab aku terketar2,kaki,tangan dah mula berpeluh.Dengan pandangan yang macam nak makan orang tu dia kata "Aik,pasal awak diorang tu bergaduh,takkan la awak tak tau".Pening jap aku...sapa pulak bergaduh ni."Sumpah Cikgu, saya tak tau apa2 pun"aku cuba menjawab."Awak rasa awak ni lawa sangat ke?Sampai orang nak bertumbuk2 rebutkan awak.Awak datang sekolah ni nak belajar ke nak mengorat...kalau awak tak kenal,takkan la diorang sebut nama awak.. bla...bla.."Aku rasa sebak sangat,dada rasa nak pecah....tapi aku tahankan juga.Aku terbisu sekejap..sehingga lah pengetua kata" awak boleh keluar sekarang dan saya tak nak dengar dah perkara begini berlaku lagi".

Lutut aku rasa dah lembik sangat,nak jalan balik ke kelas pun rasa jauh...akhirnya aku sampai juga kat tandas,aku dah tak leh nak simpan airmata, aku menangis sepuas puasnya....aku sedih sangat part yang pengetua kata "Awak rasa,awak lawa sangat ke"?.Eh!Bayangkan kalau korang berada kat tempat aku waktu itu.Kalau apa yang di sebut oleh pengetua tu memang melibatkan aku,aku tak kesah la jugak.Kira aku boleh terima penghinaan dia tu.Masalahnya aku tak tau hujung,pangkal citer ni...betul2 memeningkan.

Lama aku lepak dalam tandas,rasa tak nak keluar,aku rasa malu teramat sangat....muka kembang semacam je..dah.Elok aku keluar je,Cikgu Kaunseling tercegat menunggu aku.Dia ajak aku masuk ke bilik kaunseling,pastu dia minta penjelasan dari aku mengenai pergaduhan pagi itu.Sumpah!Aku memang tak tengok,tak dengar dan tak tau apa2 pun.Akhirnya Cikgu Kaunseling yang cerita balik apa yang berlaku pagi tu,dan budak yang terlibat dalam pergaduhan tu pun aku tak kenal langsung...memang budak sekolah tu juga,tapi sorang lagi tu budak sekolah luar yang jauhnya 30 km dari sekolah aku.Patut la aku tak tau,diorang bergaduh di luar sekolah.Yang bestnyer, cikgu kaunseling tu memang simpati dan faham ngan situasi aku.Kalau budak sekolah aku tu aku kenal,memang buah hati aku ok la jugak,ni tah sapa2 .Cilakak!Diorang yang buat hal,tak pepasal aku plak kena marah...Pengetua pun main tuduh je tak siasat dulu....aku dendam ngan dia....

Sebenarnya,aku tidak la spesial mana di bandingkan dengan pelajar2 lain di sekolah tu,yang membezakan aku dengan mereka kerana aku adalah pelajar baru yang kononnya datang dari Bandar.Itu je yang membuatkan aku menjadi perhatian di situ kot.Lain2 aku rasa tak ada apa yang lebihnya ...melambak lagi budak yang lawa dan menarik tapi mungkin aku cerdik sikit ...hahaha...

Kesedihan hati aku tu,aku kongsikan bersama mak.Mak lah orang yang paling banyak memberi sokongan dan memberikan kata semangat untuk aku tabah menghadapi ujian tersebut.Akhirnya berkat usaha dan di bakar semangat nak menunjukkan yang aku adalah benar dimata pengetua,aku mendapat keputusan yang baik dalam SRP.Pengetua juga yang menyampaikan hadiah di hari penyampaian hadiah,(dendam aku dah terbalas)malah aku mendapat title pelajar cemerlang Bahasa Inggeris...hehe sekolah kampung boleh la.

Selepas aku meninggalkan sekolah tu,mak aku bagitau yang pengetua tu dah jadi kawan baik abah la pulak.Dia selalu ajak abah kesana kemari dengan berbagai aktiviti mereka. Cuba fikir balik,kalau perkara begitu terjadi di zaman sekarang,agak2 masih ada lagi ke ibubapa yang boleh terima dan menjalinkan silaturrahim sebegitu indah ....

Friday, April 17, 2009

HAPPY BIRTHDAY HANA


Semalam kami meraikan harijadi Hana,puteri bongsu saya yang ke 5 tahun.Wah,dia dah semakin membesar,dan rumah saya telah makin sunyi dengan tangisan anak kecil.Tidur saya telah lama tidak diganggu oleh karenah ditengah malam.Kadang kadang rasa rindu dengan suasana ketika melayan anak semasa masih bayi.

Tiada juadah yang istimewa disediakan cuma sebiji kek yang di pilih oleh Hana dan sate yang saya beli setelah 'travel' sejauh 60 km untuk mendapatkannya.Begitulah keadaannya,kami memang sanggup berjalan jauh untuk mendapatkan kepuasan dalam menikmati makanan yang kami gemar.
Saya belum menemui 'gerai sate' yang boleh dikatakan sedap di bandar Kuantan ni,Jadi saya ke bandar Pekan dan menjadi pelanggan tetap kepada sepasang suami isteri veteran di situ.Sate dan kuah kacang mereka memang best,setanding dengan yang dibuat oleh Pak Long Sahak(sepupu abah)yang juga pernah menjadi tokey sate di K.lipis.

Sepanjang jalan saya ke bandar Pekan,kelihatan orang sedang memasang 'signboard' dan poster Datuk Najib dalam pelbagai saiz bermula dari simpang di KIPSAS hingga ke bandar Pekan.Saya hairan juga,dalam cuaca yang tak berapa nak sihat tu,(hujan)mereka tetap bertungkus lumus menaikkan poster.Rupa2nya Datuk Najib Akan berada di sini pada hari Sabtu 18/4...patut la..

Antara gambar kenangan di Blok J,Jalan Kem.






Tuesday, April 14, 2009

BLOK J,JALAN KEM.

merupakan rumah pangsa 9 blok untuk kakitangan LPK yang terletak di Jln Kem,Pelabuhan Klang.Disini la aku menghabiskan hampir sebahagian kehidupan zaman kanak2 aku.Zaman kanak2 adalah zaman yang paling menggembirakan bagi semua orang dan menjadi impian mereka untuk kembali melalui zaman itu semula.(kecuali suami aku).

Terlalu banyak memori indah dan kenangan bersama teman2 sewaktu kecil yang masih segar diingatan.Keluarga aku tinggal di tingkat 3,setiap tingkat ada 6 buah rumah sederet.Aku, boleh la di kategorikan jenis yang feminin sikit,so aku tidak la ada ramai kawan,hanya jiran2 terdekat.Tidak la macam Kak long,dia jenis yang brutal,permainan dia pun kira global sikit,siap ada partnership lagi.Kawan2 dia ramai,sampai tah blok mana dia berkawan dan bermain.Partnership dia dalam bisnes' guli','getah'@'rubber band' dan' gambar'.Mak selalu membebelkan dia sebab dia kalau keluar main,tak ingat makan/minum.Keluar pagi, balik senja,dan pernah la sekali tu dia bawak balik guli satu tin Nestum yang besar hasil kemenangan dia dan mak aku suruh dia pegi rebus guli tu untuk makan malam dia.

Kawan aku yang rapat cuma Linda dan Yati,kebetulan kami sebaya,tapi ramai juga la kawan2 di blok tu yang kita bermain bersama.Permainan aku berbeza ngan Kak Long sebab aku main 'masak2',siap ada anak lagi(anak patung),kemudian main pertandingan nyanyian,pentasnya kat tangga flat tu.(fuh,rasa dok atas tangga tu cam kat angkasapuri),kebetulan ada plak member yang namanya Rahimah Rahim.Part paling best...main kawin2,he.....asyik bertukar laki je.

Itu kira permainan yang kat atas flat je,acara main petang,barulah kitorang turun ke bawah.Masa tu ada la budak2 dari blok lain join jugak.Biasanya,kitorang akan 'main galah panjang',main' teng teng','konda kondi',main' rounders'(ala2 softbol),main 'chapping'(ya allah, sakit wo...budak laki main cam siut,baling bola tu cam nak bunuh orang)Lagi satu yang aku nyampah nak main,main ' polis sentri'..huh,budak laki main ganas..lebih2 lagi si Hashim ,abang Linda.Ada ke patut,bila kita nak tangkap dia je...main terajang2,sampai malam tak ada budak pompuan berani nak tangkap dia.

Sebut pasal Hashim ni,satu petang tu,aku ngan Linda naik tangga nak balik rumah,sampai kat tingkat 2 Kak Long ngan Hashim tengah bertaki.Kitorang tak tau apa puncanya,cuma bila aku sampai kat situ Hashim terus pegang tangan aku, dia cakap kat Kak Long aku "Tak pa,aku pukul adik ngko".Dengan sesuka hati dia ketuk kepala aku,pastu Kak Long ku yang brutal pun tarik Linda,"ngko pukul adik aku,aku pukul adik ngko".Maka katuk mengatuk tu berlaku untuk seketika sehinggalah kitorang yang menjadi mangsa kekejaman tu meraung kesakitan.Bodoh ek,lari la ,yang dok tunggu kena katuk tu pesal,nasib.....

Aku rasa kat flat tu,semua budak tak suka main ngan Zerin,sebab kalau silap sikit je, dia suka auta nak terjun flat.Bayangkan la dia akan panjat tembok dan mengacah2 untuk terjun....tapi dia tak berani ngan kakak(yusni) sebab dia selalu cabar balik"ha,nak terjun terjun la,peduli apa aku"...tak beraninya dia nak terjun.Bab bergaduh,pastu kawan balik ni dah jadi mainan gak,biasa la budak2.

Ini antara kisah yang tersimpan di Blok J,Jalan Kem....yang hanya tinggal dalam kenangan,hakikatnya Blok J,Jalan Kem telah hilang dari pandangan setelah menjadi korban pembangunan.

Monday, April 13, 2009

KAK LONG NGAN SALESMAN

Hari tu,Kak long didatangi 2 orang 'salesman' kat rumah dia.

Salesman:Assalamualaikum kak,kami dari.......kami datang ni,untuk pastikan sama ada akak menggunakan hose dapur gas yang dibenarkan atau tidak,sebab bahaya kak, boleh berlaku kebocoran gas.So,boleh kita masuk,nak check gas akak.

Kak Long: Ooo..minta maaf la dik,akak tak guna dapur gas.Maklum la dok kat rumah cam ni,susah nak angkut2 gas.

Salesman:Dah tu akak masak guna apa?

Kak Long:Ha..tu la akak guna dapur minyak je,so tak yah la nak check dapur akak.

Salesman:(Dengan wajah yang benkeq)Terimakasih la kak...(.diorang pun blah.)

Mana mamat tu tak bengang,dok kat apartment guna dapur minyak...gila apa,orang kat Ulu Tembeling pun dah lempor dapur minyak dalam Sg.Pahang he....he....

Sunday, April 12, 2009

AKU TAK FAHAM!!!!!

Aku tak faham bila seorang lelaki dengan bergayanya mengaku masih lagi bujang hanya untuk meraih cinta seorang dara sedangkan dia bukan saja telah beristeri.Malah usia perkahwinan juga telah menjangkau ke angka puluhan tahun,dengan di kurniakan anak yang menimbun....

Aku tak faham bila ada wanita yang sentiasa merasa muda belia,sedangkan umurnya semakin lanjut,wajah telah mula di bayangi kedut yang mulai mengeriput tapi memanggil gelaran dengan semua perempuan di dunia ini dengan gelaran 'kak'.Adakah kerana dia seorang yang ingin mengekalkan adab kesopanan atau adakah dia seorang yang perasan....

Aku tak faham bila seorang wanita yang menjajakan dirinya sebagai seorang janda walhal,dia masih bergelar isteri kepada seorang lelaki yang mengamalkan poligami...

Aku tak faham bila seorang wanita yang baru mengecap kehidupan berumahtangga semula,setelah menjanda untuk kali kedua dan menikmati perkahwinan buat kali ke tiga berakhir dengan kematiaan suami dengan tragisnya.Betapa lakonan dan skrip yang baik dapat menghasilkan sebuah drama terbaik,malangnya drama tersebut menimbulkan berbagai persoalan bila suami yang telah mati,tiba2 muncul menunjukkan diri dan orangramai menjadi saksi sebuah misteri.......ah....apakan daya aku telah terpedaya.....

Monday, April 6, 2009

TOPUP OH TOPUP

Alamak!Siapa yang topupkan kredit telefon saya pada 3.4 yang lalu....walaupun cuma RM5,tapi ianya dah menimbulkan kontroversi yang taklah begitu hangat.Bila saya tanya my hubby,dia kata "saya tak main la topup 5 ngit ni,tah tah pak we awak kot".Adus!Hot,beb...nasib dia cakap sambil gurau..kalau tak, mau perang.

My hubby ada 2 henset,1 for office hour then the other 1 for personal.Pagi ni saya jumpa henset office dia kat atas almari,ada 2 message and 1 missed call.2 hari cuti ni, dia memang tak pegang langsung.Pergi Temerloh hari Sabtu tu pun dia bawak henset satu lagi.Saya baca je message tu coz dia jenis yang tak kisah pun,kalau dia malas,saya yang selalu tolong reply message.Eh eh,message tu dok habaq kredit telah berjaya dimasukkan...RM5 ...Dia pun terkejut jugak.Topup tu pulak masuk pada 4.4...selang sehari je dari yang saya dapat......Saya pun ambil kesempatan la,"ha...ke mak we abang plak yang masukkan".

Saya memang tak puas hati,sapa yang rajin tolong topup ni....mulanya hari tu saya ingat orang tersalah masukkan,tapi my hubby pun dapat...rasa cam takkan la tersalah kot.Then,sms kat my son,asked him about the topup,he denied.Saya rasa pun memang bukan dia coz dia pun selalu kering...duit MARA dia pun sangkut lagi..Whatever,I think I should thanks to the mysterious person......Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri..............he......he........

Sunday, April 5, 2009

Macam macam


Anak2 saya dari kanan Izzah,Haziq dan Hana.




Petang tadi Izzah,anak saya yang ke 6, berusia 9 tahun,mintak nak makan cendul,lalu kami membawa dia ke gerai mamak di Jalan Telok Sisek.Saya hairan juga kenapa dia hanya minum airnya saja,sedangkan cendulnya masih banyak didalam mangkuk."Apsal tak habiskan"soal saya.Dia kata"saya tak suka ular dia"....
.Saya teringat anak bongsu saya,Hana,berusia 5 tahun,semalam sewaktu kami dalam perjalanan ke Temerloh,saya offer dia gula2,dia kata "Ibu,Hana mana boleh makan gula2 nanti gigi Hana roboh".....


Hana memang selalu guna bahasa sesuka hati dia je.Hari tu, selepas mandi dia kesejukan,dia kata"Ibu,cepatlah ambik tuala hana,sejuk ni, badan Hana dah bergoyang"....Masa hantar dia ke kelas agama,dia bersalam,cium tangan,lepas tu dia kata "Bye Ibu,selamat bercuti"....macam macam....

Semalam,kami pergi ke Temerloh,kerana menghadiri perkahwinan sepupu saya,Herman.Kami singgah melawat abah,alhamdulillah abah nampak lebih ceria...kemudian kami terus ke Raub kerana Hana yang pandai sangat berjanji dengan atuk(pak uda saya,adik abah) nak balik ke rumah dia.(berjanji dalam telefon).Kami tidak ada niat untuk kesana,tetapi Hana berjaya merealisasikan harapannya untuk tinggal disana...dengan sehelai sepinggang...

Thursday, April 2, 2009

Saya pernah tinggal di Daerah Raub,Pahang selama 5 tahun,dari tahun 1995-2000.Apa yang menariknya di Raub ni saya benar benar jatuh cinta pada makanannya.Di sini saya banyak merasai makanan ala kampung yang mungkin orang lain pun tak pernah makan.Saya rasa orang zaman dulu mempunyai daya kreativiti dalam mempelbagaikan jenis masakan.Sebahagian besar masyarakat Pahang memang menggemari buah durian,tapi di sini mereka akan mengambil buah durian yang terbaik isinya untuk di buat tempoyak.Hasilnya,tempoyak mereka dapat bertahan lama sehingga bertahun walaupun tidak di simpan di dalam peti ais.

Durian juga dapat dihidangkan untuk santapan bersama nasi dengan beberapa cara,seperti Santan durian-iaitu santan yang dicampur sedikit garam,dan dimasukkan seberapa banyak ulas durian yang diperlukan, digaul mesra didalam santan....boleh makan.
Sambal durian-iaitu cili api ,ditambah sedikit garam dan sedikit ikan bilis ditumbuk lumat makan bersama isi durian yang telah dihancurkan.Cara begini juga boleh dimakan bersama tempoyak.
Tempoyak juga merupakan makanan yang paling di sukai oleh masyarakat di sebelah sini, juga sangat sesuai dimasak bersama ikan sungai,ramai yang tahu ikan patin,baung,jelawat...tetapi ramai yang tidak tahu bahawa masak asam tempoyak bersama ayam atau daging juga sedap...
Ada sejenis keladi,iaitu keladi kemahang (sejenis keladi yang hanya diambil sulurnya sahaja)kalau tak kena gaya gatal gila tekak lepas makan.Bagi orang di Raub ni,mereka kata orang yang paling terer masak ni orang Ulu Dong.Masakan ni pun dimasak bersama tempoyak. Pendekata,kebanyakkan menu mereka berkaitan 'Tempoyak'dan 'Ciliapi'.Sambal ikan bilis \udang tempoyak mereka juga menggunakan ciliapi.Mak Uda saya menggelarkan 'masakan lanun' untuk masak lemak tempoyak yang di campur dengan berbagai jenis daun,seperti daun kaduk,pucuk ubi,pucuk keledek,daun kunyit,buah terung pipit dan beberapa jenis daun yang sesuai(semua jenis daun dihiris seperti membuat bunga rampai).

Buah belimbing buluh juga sangat istimewa disini,selain dari di buat sambal belacan(gantikan asam limau)ianya boleh dimasukkan ke dalam masakan gulai lemak ikan.Jika buahnya terlalu banyak dan untuk mengelakkannya jadi busuk maka mereka akan merebusnya bersama garam sehingga airnya kering.Buah ni akan bertukar menjadi hitam tapi boleh di simpan bertahun lamanya.Ianya sangat sesuai di buat sambal menggunakan ciliapi dan ikan bilis yang ditumbuk dan dicampur sedikit belimbing hitam tu.Caranya, gorengkan semua bahan tersebut bersama sehingga garing dan bertukar menjadi hitam.Sambal ni sesuai di makan bersama nasi atau pulut..dan ianya tahan lama.(tidak basi).Orang di sini menggelarkannya 'sambal hitam'.Buah belimbing juga boleh di buat jeruk dan di buat halwa.

Kebiasaannya pucuk paku dimasak gulai lemak,di goreng atau di buat kerabu tapi tahu tak,orang disini buat rendang pucuk paku...sedap tau bila dah masak nampak macam serunding daging.Begitu juga daun maman pun sedap bila di rendangkan.Biasanya orang buat jeruk maman atau masak lemak je....rebung yang di jual di sini juga berbeza kerana disertakan bersama sejenis daging bahagian perut lembu...Sedap bila dicampur sekali,dalam masakan...itulah antara keunikan masakan disini yang paling saya rindu....