Alhamdulillah...tahun depan Hana dah naik ke tahun 2....melayan karenah Hana memang mengujakan.Maklum la anak bongsu....macam2 hal,kadang rasa gerammmm,ada masa melucukan....karenahnya yang memeningkan dan buat kita naik hangin...itu yang paling tak tahan!!!
Hana mewarisi semua karektor adik beradiknya....ada 6 orang atas pada Hana dan semua perangai abang dan kakak, Hana pulun sorang!Hana degil,nakal ,suka menyakat orang,ikut perangai Along.Bila datang angin dia mengamuk dan keras hati, ikut perangai Angah.Bila dia malas buat kerja sekolah,tak fokus dalam kelas dan suka berangan,ikut perangai Zakwan.Bila dia buat kerja ikut mood atau merajuk,ikut perangai Nabila.Bila dia suka bermanja2 dan mengada2,ikut perangai Izzah.Eh,baru terperasan...Hana tak ikut perangai Haziq,abang kelima dia...sebab Haziq ni jenis yang paling baik dari kecik,dan yang tak banyak karenah....badannya tak pernah susut dari lahir hingga sekarang...asal perut kenyang ,dia diam!!Patut la Haziq selalu jadi mangsa...mangsa buli Hana...hehehe...
Untuk membolehkan dia menyiapkan kerja sekolah sangat menyeksakan!!Cikgu dia pernah cubit kaki dia sampai lebam sebab dia asyik berangan dan tak siapkan kerja yang diberi,sedangkan kawan2 yang lain dah siap 3-4 mukasurat!Semasa peperiksaan pertengahan tahun dia tinggalkan 3 mukasurat soalan sains,yg akhirnya dia cuma mendapat markah 28/100.Bila saya tanya kenapa tak siapkan ??Dia kata ingat boleh bawak balik!!Pada peperiksaan yang sama,kertas B.Malaysia pemahaman...ada satu artikel,kisah tentang sorang budak bernama Hana,ayahnya bernama Rahim...dia mempunyai 3 adik beradik..dan Hana bercita2 untuk menjadi seorang doktor!Jawapan pada soalan tu semua pun salah,sebab Hana menjawab soalan berdasarkan diri dia sendiri...perasan!!Bila ditanya siapakah nama bapa Hana..dia bulatkan a.Rahman....yang kelakarnya tu ada plak nama ayah dia dalam pilihan jawapan....dia buat adik beradik Hana 7 org.dan sepatutnya Hana bercita2 menjadi doktor..tapi dia bermati2an mempertahankan jawapan tu guru sebab dia berminat menjadi guru...sakit perut kami sekeluarga di buatnya.!!Hana...Hana...
Pada peperiksaan akhir tahun,saya cuba memberi pemahaman pada Hana bagaimana untuk menjawab soalan...tapi Hana ni jenis yang tak berapa nak fokus.Dia buat dengar tak dengar je ,bila saya beri dia latihan, dia tidor.Bila saya suruh dia membaca dia tarik muka dan mula la mengantuk,marah sikit nak nangis...ajar dia matematik,eh.. dia pulak yang mengajar saya...Akhirnya saya yang terpaksa ikut cara dia...huhuhu...
Hari ni bila saya terima surat jemputan ke sekolah untuk meraikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah..saya dan suami rasa macam tak percaya!!Hana mendapat A untuk semua matapelajaran..Apa2 pun tahniah buat Hana dan kakaknya Izzah kerana mereka berdua layak hadir ke majlis tersebut atas usaha mereka!Semoga Izzah juga akan mengekalkan prestasinya dalam peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.Semoga anugerah yang diraih ini akan memberi semangat dan dorongan pada mereka untuk lebih berjaya ditahun hadapan...AMIN..
2 comments:
ahahahahahahahahaha hana..hanaa...sakit perut saya gelak! kelakar lah hana ni!
pandaiiinyee hana n izzah!! caya lah!!! clever girlss!
geli hati baca tentang si hana :)
alhamdulillah, tahniah
Post a Comment