Mak oii....rupanya dah lama sangat aku tak menghapdetkan blogku ini....di landa kesibukan melampau + malas tahap kritikal!!Kerajinan yang mendatang ni pun disebabkan oleh mata yang tak boleh nak lelap semula selepas dikejutkan dengan raungan dan tangisan yang berpanjangan anak jiran sebelah!Tau tak pukul berapa sekarang???Pukul 2.30 pagi.....aku pun tak tau apa masalahnya jiran aku ni....tapi memang maknya tahap kejam aku rasa,kalau iya pun anak tu ada buat salah ke hape,takkan la kuncikan pintu dan biarkan anak kat luar rumah pada waktu2 camni....melalak sekuat2nya...boleh bayangkan tak??Kesiannya kat budak tu!!
Jiran aku ni berbangsa cina,anak dia sorang je pun....dahtu baru umur 6 tahun !Nakal tu memang la nakal sikit,tapi biasa la budak lelaki.Sebelum ni dah biasa dengar dia pukul anak dia....tapi arini memang gila la....dia boleh biarkan anak dia melalak tetengah malam buta,kat luar rumah plak tu!!Emmm...apa2 pun harap budak tu tak diapa2kan!!
Teringat la plakkan,masa aku budak2 dulu pun,mak suka kuncikan pintu dan biar kitorang(aku dan kak long) kat luar,sebagai denda atas kesalahan2 yang kitorang buat!!Aku pun pernah jugak kenakan denda yang sama pada anak2 aku ...cara alternatif selain dari merotan anak2 yang degil!!Itupun setelah aku rasa cara merotan tu sangat menyakitkan.Walaupun aku dan kak long meniru cara mak mendenda anak2 dengan menguncikan diorang kat luar rumah,tak ada la sampai anak2 kitorang melalak satu taman!!
Nak dijadikan satu hari tu,kebetulan aku sekeluarga bermalam ke rumah kak long.Al maklum la bila dah sepupu bertemu sepupu...bukan main sakan la anak2 kitorang tu naik lemaknya,tunjuk perangai masing2!!Dah sampai waktu tidur pun masih nak bermain,jadi kitorang pun suruh diorang dok kat luar rumah,ha main puas2...(tapi pintu pagar berkunci).Ntah macam mana anak sulong kak long bagitau dari luar rumah yang dia nak terberak....Aku suruh kak long bukakan pintu tapi kak long aku kata,eleh,tak yah layan..taktik je tu....oleh kerana dah tak tahan sangat, anak dia korek lubang dan melabur kat depan rumah...dan disebabkan kes tu,semua yang kena denda tadi akhirnya dapat masuk rumah semula....hehehe!!!
3 comments:
Sampai satu ketika nanti, bila anak-anak dah besar dan takkan terkontrol lagi, Nak marah mereka dah besar panjang. barulah mak bapak tak senang tidur...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Post a Comment