Sepanjang cuti tahun baru cina aritu,aku dok sibuk berulang alik ke hospital....sampaikan kenduri yang dirancang kat rumah mak pun terpaksa dibatalkan.Semuanya gara2 Nabila,anak ke4 aku ditahan di hospital kerana disyaki Denggi.
Kesiannya Nabila....2 kali setiap hari kena ambil darah,yang paling tak tahan,darah dia susah betul nak dapat.Doktor sendiri pun tak boleh ambik...terpaksa dicucuk 2-3 kali baru boleh dapat.
Dah la kurang isi, berat tulang je,lebam abis tangan dah lengan dia dikerjakan.6 hari jugak la dia kat hospital...mujur doktor bagi cuti lagi,kalau tak kerja sekolah pun tak sempat siap!!
Kemudian rally demam berganti2 plak melanda anak2 yang lain,lepas sorang2 dibawa ke klinik..mujur la hanya demam virus je kot!!Alhamdulillah semuanya dah semakin sihat.....
Eh,lari jauh dari tajukkan... ok,mari kita fikirkan....kenapa ada orang yang suka sangat bergurau dengan perkataan2 yang double meaning??Itu ok lagi....sebab ada orang paham,ada jugak yang jenis kayu tu,tak ambik pot pun sebab memang tak paham langsung.
Masalahnya ada golongan yang jenis direct to the point(amboi spik inglish la plak)terus menggunakan perkataan2 lucah tu.Sapa suka suasana begini???angkat papan kekunci!!Tak tau la kalau memang ramai yang suka ...iyalah kadang ramai jugak yang suka berseloroh bab2 sensitif gini.....syok ooo!!!Tapi ada gak orang yang akan rasa meloya mendengar gurauan berbaur lucah gitu!!
Ni la golongan yang paling aku tak paham, jenis yang tak kira dengan siapa,suasana dimana dan bagaimana....pendekata tak kira bila,samada dengan kaum lelaki atau perempuan,dia suka sangat bergurau dengan bahasa2 yang sangat lucah!!
Tak tau la kot, saja nak cari publisiti murahan...nak glamour lebih ....atau syok sendiri...ntah apa la motifnya,.!!
Kategori orang begini patut kita letakkan dibawah status apa ek???menteil...(bahasa jawanya...mengada2,gedik atau gatal) atau memang dia mental(sakit jiwa)!!
9 comments:
mcmana nak ckap ekh.. tp saya akan jadi mcm tu kalo ada orang yang mulakan dulu. tp di tempat kerja saya ada sorang pompuan sabah (maried) perkh.. kalo bergurau bab2 ni.. kita yang jadi malu balik,,
salam xpuasati,
risau ngan awk ni,xpuasati sokmo..hehehe..
kalau sesekali bercakap mgkn boleh la dikatakan gurauan...dan mgkn org lain boleh menerimanya tapi kalau setiap ayat2 dalam percakapan sentiasa keluar bahasa2 18sx gitu...sehinggakan dalam majlis orang bercakap tanpa segan silu..rasanya gurauan terlampau kot,sebab ramai yang naik menyampah mendengarnya!!
boleh di ketogorikan dalam manusia yang tak faham bahasa kak.... sianya anak akak... saya nie kalau masuk wad itulah kerjenya cucuk sana sini,,, minggu lepas darah kurang banyak bila nurse cucuk untuk masuk jarum... urat tu terus bengkak macam telur... ada lah dekat enam kali cubaan baru berjaya..... sabar je lah banyak2 .... semoga anak akak cepat sembuh...
saya ni jenis berisi sikit. urat darah susah nak jumpa. Nurse berpengalaman je yg pandai cari. Pernah sekali tu. nurse cari xjumpa2. Give up pastu just cucuk hujung jari then perah je, mcm perah buah kimau. nasib baik nak suku tabung uji jer. kalo nak 1 paket.. biru tangan saya jawabnya.
tah la kat tmpt keje deela pun mcm tu jugak selalu bergurau bnda lucah2..mslhnyer suka sgt ckp ngan kami2 yg masih bujang xkawen lg..malu la kami yg xkawen nie...huhu
Meh singgah: Trip to Cameron Highlands!!
ASALAMUALAIKUM
saya diberitahu kalau kata 2 yg tidak baik dan bukan didalam norma harian, jangan dibuat bahasa harian atau basahan.
lama kelamaan memang akan menjadi kebiasaan. Org mungkin tergelak, tetapi didalam hati pendengar itu mereka akan menetap kan pendirian, dia ni memang miang/ tak senonoh, lepas laku/thrill. Maka org akan was was nak mesra lebih rapat dgn si penyebut..
lagi satu kata yang berunsur lucah atau unsur innuendo yg directed pada sex, atau less moral mainly shows the upbringing of that person..
asal usul, pendedahan si penyebut dari kecil hingga dewasa dimana kata kata lucah, kotor, dan related to sexs dan immoral shows that person has sort of lax in ugama/akhlak..
kalau dibaca some blog menobatkan dan membolehkan dan menerima penggunaan contohnya CAMWHORING. Whore aadalah ayat yang berunsur negatif directed to seks haram immoral.. tapi kita dapat lihat yg menulis nya seperti bangga dia menyebut perkataan dia camwhoring again..
bukankah whore asas ayat pelacur tetapi pnerimaan dan pengguanaan nya didalam konteks ini amat dikesali.. tambahan pula yg menulis kebanyakkan nya wanita, malah ada bertaraf nenek dan ada yg bertudung tulis pasal ugama etc...
wasalam
atie,
sian kat atie,akak dah baca pasal penyakit atie tu!!harap tabah menghadapi dugaan.anak akak aritu pun x tau camna boleh jadi alergik sebab masuk drip je,pulak tu alergik pada tgn yg ada drip tu,pastu jadi bengkak..akhirnya psg drip kat tgn sebelah lagi.
xpuasati,
dasatnya cam perah limau tu,kira nak senang keje diorang je la!!kadang geramkan bila jururawat pelatih ke atau dr.pelatih yg ambik darah ni..kadang nampak sgt diorangnya nerves,buat kita x konfiden je!
fadheela,
mmg kebiasaannya yg suka bergurau gitu,golongan yg dah berkahwin dan jenis yg kurang sgt perasaan malu kot...orang camni kalo ada yg melayan mmg dia menjadik so untuk menghindarkannya senang je,buat pekak/bodo je,jgn layan...lantakkan dia syok sendiri!!
waalaikumsalam dapur laksamana,
saya setuju ngan pendapat anda...pendekata,kalo nak bergurau pun biar la berpada...jgn sampai gurauan tu menimbulkan rasa benci...perkataan x senonoh bila sentiasa menjadi mainan dibibir,akhirnya sebati dalam diri..
Jiwa kacau...
Post a Comment