Wednesday, November 10, 2010

SYUKUR YA ALLAH......dan TERIMAKASIH CIKGU!!

Alhamdulillah!!Hari ni Haziq dah berjaya memecahkan rekod ......rekod UPSR di antara adik beradiknya.Sebelum ni paling tinggi pun hanya 4A1B yang dipegang oleh along dan angah.Lama menanti,untuk melihat sesuatu yang lain....sehingga anak ke 5,baru berlaku kejutan!Anak anak aku memang sangat lemah dalam subjek BI,termasuk Haziq!

Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang insan yang dapat merealisasikan impian Haziq untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Terima kasih cikgu Roseni.....cikgu yang pernah menemui aku dan memohon agar aku memasukkan Haziq dalam program tuisyen di sekolah.Dia begitu berkeyakinan yang Haziq boleh memperbaiki subjek BI dengan bantuan dia.Aku sendiri tak begitu yakin yang Haziq boleh melakukannya kerana ketika itu ,cuma tinggal 2 bulan sebelum peperiksaan sebenar!

Hari ni..seusai majlis,aku menemui guru2 tahun 6,tapi Cikgu Roseni,bagi aku sangat istimewa...Aku ucapkan syukur dan terimakasihku kepadanya,dalam suasana yang penuh syahdu,kami tidak dapat menahan perasan...Aku merangkulnya...kami  saling bertangisan....sungguh mengharukan.Aku dapat merasakan perasaannya ketika itu...tangisan kegembiraan seorang pendidik kerana berjaya membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia2.Semoga ada ramai cikgu,yang dapat mencontohi cikgu Roseni,jujur,ikhlas dan penyayang terhadap pelajarnya....tapi,jangan salah faham,kejayaan Haziq bukan atas usaha cikgu Roseni seorang, ianya atas kerjasama dan gandingan semua cikgu yang terlibat...kalau tidak tak mungkin sekolah Haziq berjaya melahirkan 34 pelajar 5A dan 33 pelajar lagi mendapat 4A1B....Tahniah pada semua!!

6 comments:

semut-terbersin said...

wah haziq dapat 5A ke makteh? congrats haziq!!! caya lah!

a.T.i.e.Q.a said...

Haziq dapat 5A eh Makteh? tahniah to Haziq..Makteh jugak!

Relevan said...

Tahniah weh..anok koi tahun depan pulok..

NorRa2009 said...

ibu bapa yang mendorong usaha pendidikan memudahkan kerja guru-guru..tahniah untuk haziq dan insan2 yang menyokongnya.Moga Izzah dan Hannah mengikuti...

Anonymous said...

waa..tahniah utk haziq...blh la apply masuk mrsm tun abdul razak, pekan!

:)

ummu said...

assalamualaikum Kak Hai
tahniah Haziq
alhamdulillah,terharunya saya.
teringat cerita suami akan keyakinan gurunya masa dia sekolah di feldanya dulu.cikgu suami berkeyakinan suami boleh dapat A BI walaupun suami selalau tak dapat A.cikgu ni buat kelas tambahan untuk suami dan kawan2nya.alhamdulillah,suami berjaya juga dapat A.