Thursday, November 11, 2010

BIOR BETUL!!

Pagi ni aku gi sebuah pasaraya....harga gula pasir kasar Prai RM1.90 sekilo.....Eh! harga gula dah naik ke...atau aku je yang tak tau!!

Bior betul....bila masa harga gula naik ni???

Atau harga gula terpaksa dinaikkan kerana harga minyak yang dah naik!!

Beras Nasional (beras untuk orang miskin)pun dah lama tak nampak di pasaran....Ini beras utama pilihan aku!!

Dah naik boring citer pasal harga barang naik ni......

Gaji tak naik2 plak....dahtu bonus untuk kaitangan awam pun tak ada.....bagi bantuan RM500 tu....bunyinya cam bagi sedekah je kat kakitangan awam.....

Iya la biasanya orang sebut bantuan banjir,bantuan warga emas....tak sama standard gitu  ke??Nampak cam susah sangat nak bagi bonus.......banyak sangat alasan!!

Sori la ek..sesapa yang tak setuju ngan aku....ini hanya pendapat aku sorang!!... huhuhu....

Wednesday, November 10, 2010

SYUKUR YA ALLAH......dan TERIMAKASIH CIKGU!!

Alhamdulillah!!Hari ni Haziq dah berjaya memecahkan rekod ......rekod UPSR di antara adik beradiknya.Sebelum ni paling tinggi pun hanya 4A1B yang dipegang oleh along dan angah.Lama menanti,untuk melihat sesuatu yang lain....sehingga anak ke 5,baru berlaku kejutan!Anak anak aku memang sangat lemah dalam subjek BI,termasuk Haziq!

Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang insan yang dapat merealisasikan impian Haziq untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Terima kasih cikgu Roseni.....cikgu yang pernah menemui aku dan memohon agar aku memasukkan Haziq dalam program tuisyen di sekolah.Dia begitu berkeyakinan yang Haziq boleh memperbaiki subjek BI dengan bantuan dia.Aku sendiri tak begitu yakin yang Haziq boleh melakukannya kerana ketika itu ,cuma tinggal 2 bulan sebelum peperiksaan sebenar!

Hari ni..seusai majlis,aku menemui guru2 tahun 6,tapi Cikgu Roseni,bagi aku sangat istimewa...Aku ucapkan syukur dan terimakasihku kepadanya,dalam suasana yang penuh syahdu,kami tidak dapat menahan perasan...Aku merangkulnya...kami  saling bertangisan....sungguh mengharukan.Aku dapat merasakan perasaannya ketika itu...tangisan kegembiraan seorang pendidik kerana berjaya membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia2.Semoga ada ramai cikgu,yang dapat mencontohi cikgu Roseni,jujur,ikhlas dan penyayang terhadap pelajarnya....tapi,jangan salah faham,kejayaan Haziq bukan atas usaha cikgu Roseni seorang, ianya atas kerjasama dan gandingan semua cikgu yang terlibat...kalau tidak tak mungkin sekolah Haziq berjaya melahirkan 34 pelajar 5A dan 33 pelajar lagi mendapat 4A1B....Tahniah pada semua!!

Monday, November 1, 2010

ALAHAI RINGTONE!!

Wah!Petang tadi dan  le aku melepak seround dgn kengkawan depan rumah ni....Apa yang paling menarik perhatian aku ialah  ringtone telefon salah sorang dari mereka...Main ko,tone mesej dia cam bunyi announcement  kat KLIA je gayanya!!Ting tong.....bla..bla..bla...sedap gak bunyinya..hehehe..

Cakap pasal ringtone,teringat kat anak aku yang sorang ni,.. Ada la beberapa tahun lepas,sibuk benor orang guna ringtone suara anak kucing mengiau kan..Ntah mana plak dia dapat idea,dirakamnya suara anjing menyalak dan dijadikan ringtone mesej dia.Kebetulan ada cina kat taman ni yang bela anjing,jadi dia sengaja dok kat depan pagar dan rakamkan suara anjing tu menyalak!Nak jadikan cerita,satu ari tu...masa dalam perjalanan balik dari K.L-Kuantan,kitorang singgah di sebuah masjid dalam daerahTemerloh untuk bersolat.Oleh sebab kesengalannya,tak dimatikannya telefon dia....Dah la waktu tu orang sembahyang berjemaah,tetiba plak telefon dia dok menyalak kat dalam masjid!Apalagi....usai je solat...Zakwan jadi mangsa kemarahan abang2nya.....

Baru2 ni dia buat hal lagi....telefon dia dah rosak,jadi dia guna telefon adik dia yang dok kat asrama tu!Ya la telefon tu jarang2 digunakan,hanya sesekali bila adik dia balik baru la telefon tu aktif.Minggu tu adik dia balik dari asrama,dan keesokanya dia pergi ke perpustakaan di bandar.Al kisahnya....waktu adiknya tengah dok dalam tandas,tetiba bunyi orang azan,terkejut la kawan tu...Rupa2nya azan tu datang dari telefon dia....sengal betul la Zakwan!!