Semalam masa mengemas bilik anak lelaki...terjumpa telefon anak yang form 4 tu,bersepah je kat atas katil.Tah camana tergerak hati nak tengok baki kredit dia...tapi sebab telefon dia lain pesyen sikit,terbukak message inbox.So aku pun baca message yg ada....terdapat 3 message dari kawan satu taman ni yang mintak dia tolong hantarkan kasut,sejak dari Sabtu hingga pagi Isnin.....dalam message tu kawannya tu suruh dia datang ke rumah bawakkan kasut yang dia nak pinjam tu.Pelik gak,kasut apa yang dia maksudkan,kalau takat kasut sekolah....anak aku pun cuma ada sepasang je....kasut sekolah diorang ni warna hitam.
Syok ni,aku memang suka bab siasat menyiasat ni....aku gi kat tempat kasut,dok perati kasut2 yang ada.Baru aku perasan,kasut Angah yang warna hitam tu tak de....Jangan2 dia pinjamkan kasut Angah kat kawan dia,tak pe tunggu dia balik.Dia balik dari sekolah terus aku tanyakan pasal kasut Angah,mula2 tu dia macam buat blurr...x tau la konon...sebab takut!!Tapi lepas aku tunjukkkan message dia tu baru dia nak ngaku.Ha... tu yang buat aku lagi hangin.....aku tanyakan juga sampai bila dia nak pinjam.Dia sendiri pun tak pasti sampai bila.....aik,panjang lagi masa sekolah untuk tahun ni......
Aku ni bukan la berkira sangat,tapi aku rasa memang tak munasabah langsung dia meminjamkan kasut Angah tu,Dia sendiri tak berani nak pakai kasut Angah,boleh pulak meminjamkan kat orang lain.Sebenarnya kasut tu kasut berjenama dan harganya pun melebihi RM100....,Angah beli dengan menggunakan duitnya sendiri.Itupun hasil dari dia bekerja di restoran makanan segera semasa menunggu keputusan SPM aritu.Angah ni jenis yang sangat cermat dan pandai berjimat...untuk nak mendapatkan sesuatu barang yang dia berkenan,dia akan mengumpul duit sikit2.Dia akan fikir banyak kali untuk nak membeli sesuatu barang.Kasut yang dia tinggalkan ni pun,dia dah bagitau yang dia akan ambil masa balik cuti raya nanti,sebab barang yang dia bawak ke Penang tu dah banyak sangat.Semasa nak masuk ke uitm tu ari,suami aku cuma bayarkan yuran pendaftaran sebanyak RM570...kemudian topupkan separuh harga laptop dia....untuk keperluan yang lain semua gunakan duit dia...duit dari biasiswa yang dia simpan untuk 5 tahun,dari tingkatan 1-5,duit dermasiswa dari yayasan RM500,duit gaji dia masa keje 3 bulan.....setakat ni duit poket dia pun dia gunakan duit dia sendiri.Sedih pun ada bila fikirkan Angah cuba untuk meringankan beban ayahnya....Baru2 ni dia ada call,dia cerita tentang suasana di sana,dan sempat pulak tu dia bagitau,yang makanan paling murah dia makan tengahari cuma RM1.60..nasi +telor....fuh!berkira betul.....tu yang buat aku rasa tak patut untuk nak menolong orang lain, menggunakan barang dia!!
Kalau ikutkan memang aku hangin ngan anak aku yang sorang ni.....sengal betul,apa la salahnya cakap kat kawan dia yang dia pun tak de kasut lebih untuk dipinjamkan sebab kasut sekolah dia memang sepasang je.Dahtu sakit hati je,bila dia dipaksa2 oleh kawan dia untuk hantarkan kasut ke rumah dia...banyak cantekk ek,dia nak pinjam barang orang,suruh orang hantarkan kat rumah dia.Aku memang perasan pun anak aku ni selalu sangat di buli oleh kawan2,sejak dari sekolah rendah....tu yang aku tak berani nak lepaskan dia belajar jauh.Selepas PMR,dia sebut jugak nak masuk ke sek.teknik tapi aku tak benarkan sebab cara dia,membuatkan kita tak yakin dia boleh survive!!Kalau ikutkan aku,memang tak bersimpati sangat ngan budak tu,sebab keluarga dia bukan la orang susah sangat ...ada kereta,ada motor,budak tu pun pakai telefon bimbit.Dia pun cuma 2 beradik je....sedangkan aku ada 7 orang anak.Takkan la tak boleh beli kasut sepasang,sedangkan rokok pun dia mampu beli.(memang geram tengok budak sekolah hisap rokok)Kasut sekolah anak aku tu pun bukan mahal sangat reganya cuma RM25 je...tu pun mampu beli sepasang je.
9 comments:
makteh! suh laa zakwan sempit tu mintak balik! ish saya plak yg sakit ati..[haha dapat merasakan perasaan abgngah]..kang lunyai budak tu pakai..ish tak pueh ati plak saya..kalo saya, saya pi mintak balik cepat2!
susah2 kita kumpul duit berjimat2 nak beli barang kesukaan kita, tetibe bleh plak org lain tumpang bahagia! mana bleh!
salam angah,
dah...makteh dah brainwash si sempit yang semput tu..hahaha...kalo abg ngah tau mesti dia hangin gak tu!!
budak budak selalu tak pikir panjang. Hendak pulak ada kawan yang pandai pujuk.
tu la fasal... bukan senang nak cari duit... yg si adik tu pun sesuka ati ja p bg pinjam kat kawan... saya pun hangin jugak baca n3 kak ni...
isk..isk..isk.. tau dek angah, habis la! berani nya dia?!
agaknya niatnya anakanda tu murni sbb hatinya sgt lurus. cuma nampaknya anakanda keliru membezakan yg mana satu tolong yg mana satu ekploitasi...
salam,
anak remaja sekarang ni harus dipantau selalu..
dah dapat balik ke kasut tu?
saya pun baca, sakit hati
hehehe takde kena mengena pun ..
terbaru dari saya : long bamboo
melampau budak tu...samseng tu...c zakuan sure takut kat dia...
p jumpe je budak tu..mintak balik kasut tu..tukar je dgn kasut zakuan...biar dua2 padan muka!
Post a Comment