Apr 7, 10 5:12pm
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam sebatan ke atas seorang tukang masak Maahad Tahfiz, Kuantan yang mengaku bersalah meminum arak.
Mohd Sabri Zulkepli, 24, mengaku bersalah meminum arak di kompleks beli belah Kuantan Parade pada 13 Februari lalu, jam 5.30 petang dan didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1987.
Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos, ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, hukuman penjara dan sebatan itu adalah sebagai pengajaran supaya tertuduh dapat menginsafi diri daripada perbuatan itu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan pendapatannya sebagai tukang masak hanyalah RM550 sebulan.
Tertuduh yang belum berkahwin, sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 18 Februari lalu ketika mula didakwa, sebelum menukar pengakuan kepada bersalah pada 13 Mac dan mengekalkan pengakuan bersalah pada 24 Mac lalu.
Hakim menetapkan hukuman penjara itu berkuatkuasa bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Februari lalu.
"Hukuman sebat akan dilaksanakan ketika tertuduh menjalani hukuman penjara itu," kata Abdul Rahman.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Farhana Md Yusuf.
- Bernama
**saya tertarik dengan artikel ni .....adakah selepas ni hukuman ini juga akan menjadi perdebatan seperti yang berlaku ke atas Kartika yang akhirnya hanya dihukum melakukan kerja2 kebajikan!!!
9 comments:
Salam Kak Hai..
Mereka nie mengaku cintakan Allahswt Tapi nak ikut undang2 Allah pun tak mahu.....mengelirukan...
Kawan rasa kes tukang masak minum arak ni tak sensasi isu nye..sebab beliau hanya seorang tukang masak bukannye beliau seorang model..
ada sesuatu yg menarik di sini...
mari fikir sama², apa positifnya tindakan JAIP apabila mengenakan hukuman maxima begitu?
1. bukankah ianya mkembangkitkan sensitiviti masyarakat utk mkaji hukum syarak yg sebenar?
2. bukankah ianya membangkitkan kesedaran terhadap masalah minum arak di kalangan umt islam (yg mula mjadi kebiasaan).
3. dlm beberapa keadaan, sy tabik kpd JAIP/ hakim yg berani mjatuhkan hukuman! itu sahaja bidang kuasa yg mereka ada.
soal ada pihak yg nak ampun dsbnya, kita pyh nk komen...
mmg pening bab camni.. kang ckp lebih2 langgar hukum lak hehe
permulaan yang baik tu....elok pergi serbu kat pusat2 malam nun, tengok berapa ramai org islam yg mabuk kat situ...
salam
undang undang hanya umpama sarang labah labah, jika yang melintas itu nyamuk lalat serangga, ia akan bebolot tapi jika dirempuh burung hmmm sempur..
salam atie,
ntah le,zaman sekarang ni macam2 ada...
salam relevan,
dia mmg bukan model,tapi sedih gak sebab dia tukang masak di maahad tahfiz...nampaknya walaupun dok kat tempat yg sgt diberkati allah,tapi suasana di situ,tak memberi kesan dihati dia!!
salam piewahid,
saya setuju ngan pandangan saudara,mereka dah cuba menjalankan tugas mereka sebaik mungkin..tapi nak buat camana kalau kuasa mereka terhad disitu je!!harap JAIP akan meneruskan operasi seumpama ini ..
salam maiyah,
kadang lebih baik senyapkan,cakap lebih2 pun x menangnya ke kita...pening!!
salam cikgu,
diorang kerap gak buat operasi di kelab2 malam,tapi dengornya...mereka hanya boleh ambik tindakan semasa org tu sedang menonggang air tu...kira bukti gitu le...bukan senang gak nak menangkapnya!!walahualam...
salam kelompen,
betul la tu,ni yang kena cuma anak2 bilis je..jerungnya sokmo terlepas!!tapi dgn hukuman2 yang dikenakan sebegini...rasanya ketor gak perut si jerung tu!!
salam.
pd sy jika mereka menyebat kartika,ianya akan jadi pedoman/rujukan pd kes2 lain.memang ada usaha utk menyekat undang islam,walau sebat yg diterima kartika bkn sepenuhnya hudud.salut pd tuan hakim,beliau dah terlepas dr t/jawab.
undi kita yg membiarkan polisi tersebut masih berjalan.
ya betul tu...kalau hukuman tu dilaksanakan,mudah2an akan memberi keinsafan kepada yang lain tapi kita bimbang tindakan yang seperti membela... menyebabkan sesetengah pihak akan memperlekehkan hukum islam itu sendiri..walau tidak sepenuhnya hudud tapi tahniah kepada hakim kerana telah berusaha ke arah itu....
Post a Comment